Gangguan

Rehat keesokannya...

“Macam mana Kin kena rasuk?” Soal aku.

“Entah, tengok tengok dia dah merangkak dekat almari. Mata dia merah sangat."

Aku hanya terkesima.

Tetapi yang lagi misterinya, kenapa budak yang tegur aku kelmarin tu nampak macam marah?

Malam tu...

“Syakira? Kau dekat sini ke?” Soal aku.

Pandangan aku ke 'papan ouija' yang aku reka haritu.

“Y.A.”

“Kau kenal tak budak yang tegur aku tu?” Soal aku.

Syiling aku bergerak ke huruf K kemudiannya E , seterusnya N, kemudian ke huruf A dan berhenti ke huruf L.

“Siapa?”

Syiling bergerak.

“Jangan--- kawan dengan.. dia?”

Aku pandang hairan.

Syiling bergerak ke perkataan 'GOODBYE' .

“Yo brader! Buat apa?” Soal Madu.

“Tak ada apa la.” Aku segera menyorokkan benda tu.

“Anyway, jom main.” Sampuk Hawa.

“Main?” Sampuk Hani pula.

“Spirit of the coin~” Jawab Arin.

“Jom!”

Aku mengeluarkan semula.

Malam tu semua tak boleh tidur.

“A-aku nak pindah.” Ujar Arin takut.

“Pindah apa?” Soal Hawa.

“Dorm.” Jawab Madu.

“Kau ikut sekali?” Madu geleng.

“Kenapa nak pindah?” Soal Hani hairan.

“Kau lupa ke kejadian kelmarin?”

“Datang dan sertailah permainan ini, wahai roh.” Seru kami.

“Hang kat sini ka?” Soal Hani berani.

Syiling bergerak ke perkataan Yes.

“Nama hang apa?” Soal Hawa.

Syiling bergerak lagi.

S.Y.A.K.I.R.A

“Kau?!” Soal aku.

Syiling bergerak ke perkataan Yes.

“Kau kenal?” Soal Madu hairan.

Belum sempat aku jawab, syiling mula bergerak.

“K.. A... M.. I... K... A... W... A... N..”

Hani pandang aku pelik.

“Aku.. pernah main sebelum ni. Nanti aku cerita..” Jawab aku bersalah.

“Boleh kau bagitau cara nak tackle 'dia' ?” Soal Hawa.

“D... I... A.. S... U.. K.. A... B.. U.. N.. G... A.”

“Jadi?”

“B.. A.. G.. I.. D... I ..A ... R.. O..S.”

“Ok.”

"Wuish. Laki minat bunga. Hahaha.” Kami tertawa.

“Dalam bilik ni ada benda lain tak selagi kau?“ Soal Madu berani membuat aku menepuk bahunya.

“A.. D.. A..”

“Dekat mana?”

“S.. E.. B.. E.. L.. A...H.”

“Sebelah?” Soal aku.

“K..A..U..”

“Sebelah aku?” Akibat terlalu terkejut, tanpa kami sedar.. kami melepaskan jari dari syiling tersebut.

“H..A..H..A...”

Lampu bilik terpadam. Terdengar bunyi tapak kaki berjalan.

Krekkk....

Pintu bilik dibuka.

Kelihatan kelibat seorang wanita.

“Arghh!!” Kami jerit.

“Dia.. dia pegang apa tu.” Ujar aku tergagap.

“Pi.. pisau...”

“Weh... Dia tak ada kepala!” Jerit Aini ketakutan.

Mulut kami terkumat kamit membaca surah perlindungan syaitan dari kepala.

Pisaunya dilibaskan dari atas ke bawah. Ibarat bersedia untuk merotan.

Madu mengambil langkah untuk membaling garam yang dia bacakan doa di kelibat tersebut.

'Dia' berhenti. Badannya seperti bakal terbakar. Tetapi, kembali semula.

“Hahaha.. takkan semudah itu.”

Kami semakin ke belakang, rapat ke dinding.

“TOLONG!!!!” Jerit kami semua.

“Astaghfirullahalazim! Kenapa ni kamu semua?” Soal seseorang.

“Tolong kami ustazah..” Air mata turun akibat ketakutan.

“Cuba cerita..”

Kami semua diam. Akhirnya beberapa orang bersuara, nampak gaya seperti mereka ini senior dari bilik sebelah.

“Kami dengar diaorang jerit. Saya tengok pintu tertutup, ingat kan kena dare geletek ke. Tengok-tengok jadi macam ni.”

“Ko-korang.. pintu tak buka ke?” Soal Arin takut.

“Mana ada.” Berkerut kening mereka menjawab.

“ Kamu berdua, mari tidur di tempat saya.” Arah Ustazah Balqis.

Kami hanya mengikut. Persoalannya apa yang kami lalui itu, khayalan? Atau realiti?

“Jangan la macamtu.” Pujuk Hani.

“Tak apa la aku stay, kalau tak jadi apa-apa la.” Kata Arin lemah.

“Bila Kin nak datang balik?” Soal aku.

“Hari ini rasanya.”

“Ok.”

Di tandas.

“Eh Kin dah sampai?” Aku teruja melihatnya memperbetulkan tudung di dalam tandas.

“Hmm..” Jawabnya.

“Hang ok?” Soal aku.

Dia senyum.

“Kesian hang. Sorry la tak melawat.” Soal aku sambil membasuh muka.

Dia menggelengkan kepala.

Tiba-tiba pintu dibuka luas. Kelihatan budak yang tegur aku tu. Huda kot nama dia.

“Kau buat apa Ain?” Soal Huda sambil membawa tuala.

“Basuh muka.” Jawab aku sambil meneruskan aktiviti.

“Aku mandi dulu.” Beritahunya.

“Ok.. weh Kin, hang dah tau cerita? Pasai aktiviti tu.” Soal aku.

Aku mengelap muka lalu aku pandang dia.

“Apa?” Kepalanya memandang aku dengan keadaan menyenget.

Aku menjerit lalu melarikan diri.

Huda keluar dari bilik mandi. Pandangannya kelihatan marah.

“Kenapa kau ganggu dia?” Soalnya kepada 'Kin'.

“Saja.” Garau suaranya berkata.

“Kau tiada hak untuk berkawan dengan dia.” Huda membuka langkah untuk mengejar aku dan meninggalkan 'Kin' keseorangan.


Ppang!

Cermin aku pecah, buku dibaling. Barang tajam berada di udara. Aku dah penat, masuk kali kedua aku kena harini. Mula-mula 'Kin'. Lepas itu benda ni. Banyak kali dah aku pengsan.

“Weh kenapa barang selerak ni?” Soal Madu hairan..

“Ada benda yang buat...” Ujar aku lemah.

“A-aku minta maaf. Kalau aku tak ajak hampa main, mesti tak jadi....”

“Apa pun, kita kena juga bagi benda ni tak ganggu kita dah.” Tekad kami semua.

“Esok ada orang datang beri ceramah. Hampa nak join dak?” Soal Arin.

“Tajuk ceramah?” Soal Hawa.

“Hantu wujud?” Arin membaca tajuknya.

Aku mengangguk tanda setuju. Mereka juga.

“Alang-alang minta Ustazah Balqis bagitau dia untuk tengok kawasan ni.” Cadangan Madu disetujui.

Aku dah penat dah ni.

Ttok! Ttok!

“Siapa tu?” Soal Madu.

“Syafiza..” Aku menggangguk kepada mereka tanda 'aku kenal dia'.

“Kita kena cakap dua.” Ujar Syafiza.

“Ok.” aku hanya turuti.

Dia duduk di atas katil aku sebagai kerusi, mereka yang lain hanya mencuri dengar.

“Sebenarnya ada benda kuat yang ganggu kau.”

Aku terkedu.

“Apa dia?” Soal aku dengan nada lemah.

“Dia kuat sebab dia warisan turun temurun keluarga kau.”

Aku membuat reaksi muka ingin tahu.

“Dia?”

“Ayah kau punya 'benda'.”

Aku terkejut. Jadi, betul la selama ni. Benda yang aku nampak waktu kecik dulu. Milik ayah?

Bbang!

Aku ternampak kereta bertembung kereta di depan aku. Tak, bukan kereta mak dan ayah aku. Kereta orang lain....

Aku terkedu. Di saat aku memberanikan diri untuk tengok dari jauh. Aku ternampak lembaga hitam memandang tepat ke arah aku. Matanya merah pekat, rupanya.. tidak dapat aku gambarkan. Rupanya seperti ayah.

“Boleh kau terangkan?” Soal aku. Aku taktau sejak bila aku menaruh harapan dekat kak ni.

“Sebenarnya, belaan ayah kau yang kawal mainan kau.”

“Macam mana tu?”

“Ayah kau memang nak serahkan benda tu dekat kau.”

“Apa kaitan dengan Spirit Of The Coin?”

“Kau tau kan benda ni macam saka. Kalau nak tukar pemilik, mesti pemilik dia sendiri kena terima....”

“Dan dia tau kau takkan terima. Lagipun, kau memang berpisah dengan ayah kau kan?” Soalnya.

Aku angguk kepala.

Aku pandang pelik. Kenapa mesti aku? Kenapa bukan orang lain?

“Tapi... macam mana dia tahu aku nak main Spirit Of The Coin? Macam mana dia berkomunikasi dengan aku?” Soal aku.

“Aku minta maaf, yang tu aku tak tau, yang pasti..” Dia berhenti berkata-kata dan menghela nafas panjang.

“Tiada apa yang mustahil dalam dunia ini.” Sambung Syafiza lalu meminta untuk mengundurkan diri.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top