Cerita
"Weh." Aku pandang mereka yang sedang menghabiskan maggi cup.
Serentak pandangan mereka ke arah anak mata aku.
"Semalam, benda tu tegur aku." Kata aku jujur.
"..."
"SUMPAH LA WEH?" Jerit Kin sehingga maggi cup Hawa tertumpah.
"Bod..." Ujar Hawa sekerat.
"Do lah." Lalu Arin nenyambungnya.
"Sorry hahaha." Kami tergelak sebentar.
"Dia kata apa?" Soal Madu.
"Ain, kau rasa aku dah hilang ke~"
"Kejadah, dia ingat lawak kot."
"Kau tak nak berubat?" Soal Hani.
"Nak la tapi dekat siapa?" Soal aku kepada mereka.
"Ustaz Haqim?" Aku pandang Kin penuh tanda soal.
"Kau ingatkan masa aku kena rasuk secara tiba-tiba?" Tanya Kin.
Kami angguk.
"Masatu Ustaz Haqim la yang berubat aku." Jawabnya tenang.
"Eh, tapi bukan ke dia penceramah dua tiga hari lepas kejadian kau ke? Macam mana boleh berubat kau pula?" Soal Madu.
"Mana aku tahu. Jap, aku nak flashback. Kau ingat tak masa kita sembang pasal pak cik guard kita, tiba-tiba Arin tegur aku?" Semua pandang pelik.
"Oi Kin berkerut muka. Pasaipa?" Soal Arin.
"Tah. Ingat lawak kot." Hawa pula menyampuk.
"Aku dengaq orang panggil aku."
"Hang gila pa weh, pukoi berapa dah la ni?"
"10:30."
"Naluri aku ja kot."
"Haah la weh. Benda tu sebelum kau kena rasuk kan?" Soal aku kepada Kin. Kin mengangguk.
"Cerita la weh, macam mana kau kena dekat pss pula?" Pinta aku.
"Ok.."
"Weh Hani, letak buku dekat rak FM sekejap." Pinta aku.
"Ok."
Saat itu, pandangan aku tertumpu pada satu kelibat berwarna hitam.
Tanpa aku sedari, aku sudah rebah dan makhluk itu mendekati aku.
"Hani dan Madu mohon sambungkan macam mana aku kena rasuk." Pinta Kin.
"Masatu aku nak suruh kau susun buku, lepastu nak suruh sapu lantai. Tiba-tiba kau hilang. Aku cuit Madu, Madu buat reaksi takut." Terangnya panjang lebar.
"Lepastu, apa yang berlaku?" Soal aku pula.
"Lepastu...."
"Three." Sampuk aku.
"BANGANG!" Tak semena-mena kepala aku ditolak kasar.
"Lepastu.." Sambung Madu usai tergelak kecil.
"Kin! Nah buku rak 900!" Beritahu Hani semangat.
Pandangan Hani tertumpu ke arah rak 900.
"Eh, mana Kin?" Soal Hani kepada Madu.
"Aik? Entah, basuh tangan kot di sinki belakang." Jawab Madu tenang.
Prak!
"Bunyi apa tu siot?" Madu mencuit aku.
"Kamu dua, awal sampai? Mana lagi seorang?" Sapa Cikgu Nurul.
"Basuh tangan kot." Jawab Hani dan Madu serentak.
"Ok, cikgu masuk bilik Iqra dulu." Ujar cikgu lalu mengundur diri.
Sebenarnya mereka bukanlah bertiga, ada lagi beberapa orang pengawas tetapi diaorang bertugas di bilik akses. Tak jauh pun dengan rak buku.
Lagipula, Cikgu Nurul memang buat kelas tambahan haritu. Tambahan lagi, diaorang tidur dekat sana, semua. Bilik Iqra dengan bilik akses dekat sahaja. Semua bilik tu dalam perpustakaan ni, perpustakaan ni bukan besar mana pun. So, tak risau la kalau takut ke apa.
Dalam perpustakaan ni pun ada bilik guru untuk cikgu perpustakaan, dalam lima orang cikgu yang suka lepak dalam tu. Bilik ni pula dekat dengan dua bilik tu juga.
"Tak muncul-muncul pun Kin." Kata Madu dengan riak aneh.
"Tu la en, jom." Hani memegang tangan Madu lalu berjalan ke arah rak 900. Tak jauh pun terpaksa belok-belok sebab ada kerusi dan meja dekat tengah-tengah ruang ni.
"Weh." Bisik Hani kepada Madu. Pandangan Madu seperti tertanya-tanya.
Terdapat jasad Kin terbaring di atas lantai.
"Jangan kata kawan kita mati." Kata Madu ketakutan.
"Apa kebangang sangat. CUBA SANGKA BAIK."
"Kin~" Madu cuba membangunkan Kkn. Maklumla budak ni tak berapa tidur sejak-sejak tu.
"Bila Izrail, datang memanggil~ Jasad terbujur~ Di pembaringan~ Seluruh tubuh~ Akan menggigil~" Menyanyi Hani pula sambil menggoncang badan Kin.
Serentak dengan itu, badannya seperti terkejut dan menggigil. Kin duduk sambil mengelap mukanya.
"Ingatkan dah tak nak bangun. Asal weh? Kau mengantuk ke? Pi lah tidur." Soal Hani.
"Tak la." Kepala Kin tertunduk.
Baru sahaja mereka berdua bangun dan menghulurkan tangan supaya Kin menyambut, Kin memandang seorang demi seorang menggunakan matanya yang berwarna koko.
"Woi Asyikin." Cubaan Hani menarik tangan Kin, tidak berjaya apabila warna matanya segera bertukar berwarna merah terang. Tangan mereka berdua juga ditepis kuat.
Tiba-tiba sahaja Kin mencangkung sambil gelak kuat.
"Budak ni nak berak ke do?" Soal Madu. Hani mengucap di dalam hati. Ada yang mati nanti ni dengan aku.
Kin terus bangun lalu membaling kerusi ke arah kaunter pinjaman.
"Pungkoq dia, dia ingat guna duit dia ka buat kaunter tu." Tegur Madu lagi.
"HANG DIAM BOLEH DAK? Mangkuk ayun tu tak betoi, hang boleh buat lawak lagi." Hani menampar bahu Madu yang tersengih.
"Weh, tapi asal do?" Di dalam hati mengucap penuh nama Allah. Tidak lupa juga Madu yang terkumat-kamit berzikir dan membaca ayat-ayat tertentu.
Dek kerana ketakutan yang terlampau, Madu dan Hani tidak dapat mengeluarkan suara, kaki mereka juga lemah ketakutan.
Kin? Jangan ditanya, dia sudah memanjat rak buku FI.
Hani pandang Madu, mereka tahu mereka lemah semangat untuk berlari ke arah cikgu. Kalau nak jerit pun, tak berapa dengar sangat sebab pintu tertutup rapi.
"Damn." Madu menggagahkan diri untuk bangun.
"Ha! Ha! Ha!" Kin ketawa kuat sambil mengilai. Ya, 100% bukan suara dia. Kalau suara Kin, memang dah lama Hani dan Madu terkekeh gelak.
"Macam mana weh? Aku takut." Kata Hani kepada Madu, Kin dengan agresifnya menarik semua buku fiksyen inggeris keluar. Bersepah habis satu tempat tu.
Hani memejam mata. Budak ni la. Dia ingat senang ka nak susun buku.
"Aku tahu apa yang aku patut buat." Bisik hati Hani.
Dengan gagahnya, Hani berjalan ke arah Kin.
"HANG SAPADIA?" Soal Hani kuat, sehingga pengawas senior yang lain terjengul keluar. Reaksi mereka, takut, menjerit. Ya, mereka baru tau.
Kin memandang Hani tajam. dia mendekati Hani dengan gaya seperti mahu mengcekiknya.
"Heh." Sekali sepakan dari tangannya ke arah kepala Kin tepat, Kin rebah. Bukan itu sahaja, Hani membaca ayat-ayat suci Al Quran dengan berani.
Madu yang di belakang juga membuat aksi berani, dengan melakar nama Allah. Alif Lam Lam Ha di langit, dia dengan sekuat hati menolak nama itu ke dalam badan Kin.
Kin terus mengeluarkan muntah darah dari dalam mulutnya. Badannya terkumat kamit membaca sesuatu, serentak itu badan Kin terapung ke udara. Madu dengan gerak pantasnya, membuka silat dan menerajang badan Kk sehingga jatuh.
"Done!" Lalu Hani dan Madu membuat gaya seperti Kamen Rider W.
"Bangang, jangan reka cerita boleh dak." Sampukan Hawa menyebabkan Madu dan Hani mengalah untuk menyambung cerita
"Ok tak, bukan aku yang lawan Kin semua tu. Ustaz Haqim yang entah dari mana yang datang." Kata Hani dengan nada malu.
"Lepastu Ustaz Haqim suruh kami duduk luar. Aku tak tahu apa yang berlaku, kan Madu?" Madu mengangguk tanda setuju dengan pernyataan Hani.
"Habistu macam mana 'Kin' boleh balik dorm pula?" Soal aku.
"Tu bukan Kin la. Asyikin kan ustaz bawak pi rumah perubatan dia dengan Cikgu Nurul." Arin membuat tekaan.
"Haah." Hani mengangguk.
"Habistu?" Soal aku semula.
"Kawan kau yang menyerupai Kin dan merasuk Kin." Jawab Madu.
"Kawan?" Bisik hati aku.
"Spirit of the coin." Ujar Kin.
Serentak itu, kipas angin bilik mereka tertutup. Semua memandang sama sendiri dan mengeluh.
"Duit lagi." Kata aku dengan nada pasrah.
"Aku dah cakap jangan beli kipas murah!" Tegur Hawa.
"Ustaz Haqim eh?" Sengaja aku menyoal tentang ustaz itu, tak nak bincang pasal kipas rosak. Tak pasal-pasal kena hulur duit nanti.
"Yup, cuba la berubat dengan dia. Insya Allah, dah tak ada gangguan."
Dengan sengaja, aku memandang ke arah tingkap bilik kami.
Di mana, di belakangnya ada sebatang pokok buluh yang menyimpan segala memori persahabatan mereka, dia tersenyum. Tanpa sengaja kelibat lembaga yang menyerupai ketua geng Ice Princess, Fatin berada disebelah pokok itu.
"Fa-Fatin?" Monolog aku perlahan. Aku memandang mereka yang masih dalam sisa tawa.
"Weh, pokok buluh tu." Aku bisik ke arah mereka.
"Pokok buluh?" Serentak mereka memandangnya.
"Memori kita tu!" Mereka yang lain gelak, tersenyum sambil menceritakan.
"Aku ingat lagi janji kita, masa tingkatan 5 nanti baru kita korek balik."
"Korek apa?" Soal Hawa dalam keadaan blur.
"Oh! yang kita letak rahsia kita dalam botol tu kan?" Teka Madu.
"Haah la, kau ni lupa ke?" Soal Arin kepada Madu dan Hawa.
Aku tersenyum palsu, sambil memandang lagi pokok buluh itu. Sememangnya, aku seorang saja ke yang nampak 'dia'?
"Weh tak seterika lagi do baju. Jom la, aku malas nak seterika pagi-pagi." Ajak Hawa.
"Ok jom." Semua bangun mengambil seterika masing-masing. Bukan apa, mereka ni jenis kedekut nak share benda penting macam seterika. Itu yang seorang satu seterika.
Aku yang masih memandang kelibat itu ditegur oleh Hani, disebabkan itu lembaga itu menghilangkan dirinya.
"Dik, fikir bajet nak beli kipas baru ke?" Soalnya dalam gelak tawa.
"Kurang ajar kau!" Aku menampar badan Hani, lalu bangkit dari duduk.
#BangkitBersama
"Woi! Aku dulu!" Mereka saling berebut suis, maklum la ada tiga sahaja yang berfungsi, yang lain semua rosak. Kami menceritakan memori masing-masing sehingga aktiviti kami selesai.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top