Pssttt! Pssttt!
Mereka menikmati makan malam tepat pukul 7.30 p.m.. Mereka masak bersama-sama yang membuatkan mereka mengambil masa yang lama dan terus makan kerana kelaparan. Setelah itu, mereka duduk bersama-sama di ruang tamu kecuali Mira dan Fiza. Mereka kini sedang mencuci pinggan di dapur akibat kalah dalam permainan.
"Asyik kalah je kita ni." rungut Fiza sambil membasuh pinggan yang dihulurkan oleh Mira.
"Sekali-sekala." ujar Mira tanpa memandang wajah gadis itu. Dia hanya menerima kekalahan.
"Tapi villa ni besar betul kan." Fiza memandang sekali imbas ke luar tingkap yang ada di hadapan mereka. "Kenapa tuan rumah ni tak tinggal kat sini je? Sayang betul."
"Gila kau nak tinggal kat sini." Mira berkerut memandang Fiza. "Dah lah jauh dari Bandar. Nak cari kedai pun susah. Berjam-jam baru nak sampai."
"Betul juga." Fiza mengangguk setuju. Mereka kembali fokus untuk membasuh. Berharap kerja itu akan selesai dengan cepat.
"Pssttt! Pssttt!"
Mira tersentak serta-merta. Dia memandang Fiza yang masih meneruskan kerjanya tanpa sebarang reaksi. Sepertinya gadis itu tidak mendengar apa-apa membuatkan dia berfikir mungkin khayalannya sahaja.
"Pssttt! Pssttt!"
Mira mengelipkan matanya beberapa kali cuba memastikan sama ada ia benar atau tidak. Dia mendengar jelas bunyi itu. "Fiza..."
"Mmm?" Fiza menyahut tanpa memandang wajah gadis itu.
Mira masih lagi cuba menumpukan pendengarannya. Dia segera mematikan paip air.
"Apa hal ni?" Fiza memandang Mira yang kini sedang melilau memandang sekeliling dapur itu cuba mencari sesuatu.
"Kau ada dengar apa-apa tak?" Tanya Mira.
Fiza cuba memasang telinganya untuk mendengar jika ada apa-apa bunyi yang pelik. "Tak ada pu—"
"Pssttt! Pssttt!"
Fiza terdiam serta-merta. Dia juga mendengar bunyi itu. Mira menjenguk ke tingkap. Tiada apa-apa yang pelik di situ. Fiza pula masih lagi memandang sekeliling cuba mencari punca.
"Mungkin mereka nak takut-takutkan kita lah tu.." ujar Fiza cuba melegakan hati sendiri.
Mira tidak membalas walaupun masih ada kecurigaan dalam dirinya. Dia berharap tekaan itu betul.
"Dah siap." Fiza mencapai tuala bersih di tepi sinki untuk mengelap tangannya. "Jom masuk ke dalam."
"Jom." Mira terus membuka langkah disusuli oleh Fiza. Kelihatan semua orang sedang berkumpul di ruang tamu menonton televisyen.
"Memang kat sini tak ada line telefon ke?" rungut Pikah sambil menggoncang-goncang telefon bimbitnya.
"Yalah." Nadya turut merungut sambil merenung skrin telefon bimbitnya itu. "Tak dapat nak online."
"Kamu tu memang macam tu." Fatimah menjeling ke arah kedua-dua gadis itu. "Tak boleh hidup tanpa telefon."
"Mestilah." balas Pikah selamba.
"Wei, kamu..." Mira bersuara sambil bercekak pinggang. "Siapa yang kacau kami tadi?"
Serentak semua orang memandang gadis itu.
"Apa maksud kau?" Hidayah mengerutkan dahinya.
"Hellloooo... Jangan buat-buat tak tahu pula." Fiza menggolakkan bebola matanya. "Kamu tu yang nak mengacau."
"Tapi kejap..." Sarra menyampuk sambil mengangkat tangannya. "Apa maksud kau kami mengacau?"
"Kamu kan nak takut-takutkan kami?" Fiza mengangkat keningnya.
"Bila masa pula??" Reena mengerutkan dahinya. "Helllooo!! Tak ada masa kami nak buat kerja-kerja macam tu okey!!"
"Eh???" Fiza kebingungan seketika.
Mira turut berfikir sejenak. Mustahil mereka berkhayal atau tersalah dengar? Kalau ianya hanya satu halusinasi, kenapa kedua-dua mereka mengalaminya serentak? Bunyi itu mereka berdua dapat pastikan ianya ada.
"Kenapa, Fiza?" Sofia memandang gadis itu. "Apa yang berlaku tadi?"
"Ada orang panggil-panggil kami." beritahu Fiza masih dalam kebingungan. "Kami ingat kan kamu yang kacau kami."
"Kau jangan nak mengada-ngada." Siska bersuara sambil membetulkan kedudukannya. "Dah meremang bulu roma aku ni."
"Kau fikir aku mengada-ngada ke sekarang ni?!" bentak Fiza.
"Mungkin imaginasi kau je kot." Sarra cuba meneka.
"Kalau imaginasi aku..." Fiza memandang Mira sekali imbas. "Takkan kami dengar sama-sama."
"Ya juga." Sarra sudah mula berfikir.
"Lupakan lah." Bella bersuara. "Mungkin bunyi burung atau apa ke."
Fiza tidak bersuara lagi. Begitu juga dengan Mira. Mereka cuba untuk bersangka baik. Berharap tiada apa yang pelik terjadi.
_______________________________________
A/n: Hah. Baru gangguan pertama. Gangguan yg biasa je lah. Ni mmg biasa dgr bunyi2 kena pangg camni. Tak teruk lagi. Anyway, leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top