Piano

Sarra dan Siska yang kini berdiri di muka pintu utama rumah itu tercengang memandang sesuatu. Mereka berpandangan seketika masing-masing tidak tahu hendak berbuat apa. Kawan-kawan mereka yang lain baru sahaja turun ke ruang tamu. Masing-masing memakai jaket dan membawa lampu suluh.

"Guys..." Siska memandang kawan-kawannya. "Mari sini dulu."

Semua orang segera mendekati kedua-dua gadis itu.

"Kenapa?" Tanya Mira memandang ke luar rumah yang kosong dan tiada apa-apa yang mencurigakan di situ.

"Mana van kita?" Tanya Sarra.

Mendengar pertanyaan itu, serentak semua orang berlari keluar. Mereka memandang kawasan hadapan rumah itu untuk mencari van mereka. Akan tetapi, van itu tiada di situ.

"Fatimah..." Dayang memandang gadis itu. "Kau letak van kat mana?"

"Saya tak ada hidupkan van selama kita sampai kat sini hari pertama okey." beritahu Fatimah.

"Habis tu mana pula van kita?" Tanya Siska mula kebingungan.

"Mana lah aku tahu." Fatimah turut kebingungan.

"Dah." Nadya meleraikan pergaduhan itu. "Kita cari Hidayah dulu. Lepas tu kita fikir pasal van."

"Jangan-jangan dia yang bawa van kita?" teka Fiza.

"Merepek lah kau ni." Mira menggerutu. "Dia bukannya pandai memandu. Macam mana dia nak bawa van tu??"

"Iya juga." Fiza menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. "Yang pandai memandu pun Fatimah, Sofia, Bella, Dayang dan Nadya je."

"Dah." Dayang bersuara. "Kita pergi cari dia dulu."

Tiada seorang pun membantah. Mereka memeriksa kawasan di mana tingkap bilik Hidayah dan Fatimah kelihatan. Bagaimanapun, mereka langsung tidak menjumpai kelibat Hidayah di mana-mana.

"Takkan dia masuk ke dalam hutan?" Bella memandang hutan tebal yang berada betul-betul di belakang bilik itu. Hutan tebal itu mengelilingi kawasan villa kecuali di bahagian hadapan.

"Mana tahu." Pikah mengangkat bahunya. "Dia kan suka berjalan ke sana-sini. Mungkin dia tengah bertelefon dengan seseorang ke?"

"Kat sini kan susah nak dapat line." bantah Fiza. "Nak bertelefon macam mana pula?"

"Guys..."

Serentak semua orang memandang Sarra yang kini memandang mereka dengan wajah yang pucat.

"Kau apa hal??" Siska merenung wajah gadis itu.

"Kan kat sini susah nak dapat line..." Sarra bersuara sambil berfikir mengenai sesuatu. "Macam mana Reena dapat hubungi abang dia kalau tak ada line??"

Serentak semua orang terkejut mendengar kenyataan itu. Apa yang Sarra katakan itu memang benar. Bagaimana Reena dapat menghubungi abangnya jika sukar untuk dapat line di situ?

"Woi, kamu..." Siska mula rasa tidak sedap hati. "Aku dah rasa lain macam dah ni."

Tiada seorang pun bersuara.

"Kamu betul-betul nak cari Hidayah lagi ke?" Tanya Mira. "Dah malam ni. Bahaya masuk dalam hutan tu."

Tiada seorang pun membalas. Masing-masing tidak tahu hendak berkata apa. Apa yang jadi sekarang ini sudah tidak dapat dipastikan lagi.

"Apa ni?"

Serentak semua orang memandang Sofia. Gadis itu kini sedang tunduk merenung sesuatu di atas lantai.

"Apa?" Tanya Bella yang kini sudah mendekatinya. Semua orang turut menyusul untuk berada dekat dengan gadis itu.

Mereka kini memandang sesuatu di atas lantai. Tompok-tompok berwarna merah bagaimanapun sudah agak kering.

"Jangan cakap itu darah." Mira memandang setiap orang yang ada di situ.

"Tak tahu." Bella merenung kesan tompok warna merah itu. "Dah kering. Tak tahu apa."

"Apa yang pasti..." Sofia kini menggerakkan matanya mengikut ke arah sesuatu. "Ia bergerak."

"Bergerak??" Ulang mereka semua hampir serentak.

"Ke arah hutan." Sofia memandang hutan tebal itu.

"AAAAAA!!!!"

"Aaaaaa!!!!"

Mendengar jeritan kuat dari Fiza, hampir semua orang juga menjerit. Serentak semua orang terkedu apabila terpandang satu susuk tubuh sedang memandang mereka dari balik salah satu pokok pada hutan tebal itu. Ia kelihatan sedang berdiri di situ dengan rambut menggerbang dan memandang mereka. Tidak sampai beberapa saat, ia hilang secara tiba-tiba.

"Apa tu?" Siska bersuara dengan nada seperti hendak menangis.

"Kali ni kita semua nampak kan?" Pikah merenung semua orang.

Belum sempat sesiapapun menjawab, tiba-tiba sahaja kedengaran satu alunan yang amat merdu bagaimanapun cukup menakutkan bagi mereka.

"Apa lagi tu??" Fiza memandang sekeliling.

"Piano??" Dayang bersuara sambil masih mengamati bunyi itu.

Ia adalah alunan bunyi piano yang mereka tidak tahu sama ada dimainkan sendiri oleh seseorang atau ia hanya daripada mana-mana rakaman.

"Bunyi tu dari dalam villa ni." Nadya memandang villa itu kemudian merenung kawan-kawannya satu-persatu.

"Siapa pula yang main?" Tanya Sarra.

"Tapi..." Fiza mencelah. "Bila masa pula ada piano kat villa ni?"

"Jom!"

Bella tiba-tiba sahaja membuka langkah dan masuk semula ke dalam villa itu disusuli dengan yang lain. Bunyi piano itu semakin jelas kedengaran. Setiap orang mula mengamati dengan teliti dari mana datangnya bunyi itu.

"Dari atas." Sofia memandang Bella.

Tanpa sepatah kata, Bella terus berlari menaiki tangga. Semua yang lain hanya mampu menjadi pengikut. Sampai di tingkat atas, Bella membuka pintu-pintu bilik di situ satu-persatu. Akan tetapi, tiada sebarang piano dapat dijumpai di situ. Mereka cuba mencari jika ada pemain muzik yang memainkan bunyi itu. Bagaimanapun, tiada apa yang mereka temui.

"Ia dari atas lagi, Bella." Dayang memandang gadis itu dengan wajah yang kini sudah semakin risau.

Serentak semua orang terkejut. Bella kini tidak bergerak. Dia berfikir seketika sambil memandang tangga kayu yang menuju ke tingkat atas itu. Tingkat atas adalah tempat larangan untuk mereka.

"Jangan cakap kamu nak naik atas?" Siska mengerutkan dahinya tanda tidak setuju.

"Habis tu..." Sofia memandang Siska. "Bunyi tu datang dari atas."

"Kau nak buat apa kat atas tu??" Siska masih membantah. "Kau boleh fikir waras tak? Siapa yang nak naik atas??"

"Mungkin Hidayah?" teka Nadya.

"Main piano??" Fiza menyampuk. "Kat atas tu?? Kau rasa dia akan buat macam tu ke??"

"Habis tu siapa yang main?" Nadya bersuara. "Hantu??"

"Mulut kau ni macam aku nak siat-siat je tahu tak!" Sarra kegeraman.

"Nak tengok tak?" Tanya Sofia memandang Bella.

Bella tidak segera menjawab. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan lagi.

"Tak payah lah." Fatimah bersuara. "Kita tak dibenarkan ke sana. Tak payah kita cari nahas."

Semua orang hanya menarik nafas panjang bersetuju dengan kata-kata Fatimah.

"Baik kita tidur dulu." sambung Fatimah. "Tunggu esok pagi baru kita cari Hidayah balik."


_______________________________________

A/n: Sorry alls. Lama pulak tak ter-update. Terlupa kejap. Maklum la. Terlalu busy. Huhu. Anyway, harap korang enjoy chapter ni. :)

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top