Mana semua orang?

Bella menghentakkan telefon bimbitnya yang langsung tidak berguna baginya di atas meja kemudian memegang kepalanya. Dia kini sudah mula kusut. Dayang hanya mampu memandangnya tidak berkata apa-apa. Nadya pula hanya duduk di situ sambil memandang semua orang satu-persatu. Fatimah kelihatan sedang berfikir panjang. Sepertinya apa yang terjadi sekarang ini benar-benar sudah berada di luar jangkaan. Mira dan Fiza hanya mampu berpandangan sesama sendiri.

"Kita dah tak boleh duduk diam lagi." Bella mendengus perlahan. Dia kini kelihatan seperti orang kurang waras.

"Apa kita kena buat?" Tanya Mira risau.

"Apa kata kita lari dari sini?" Fatimah memandang setiap orang yang berada di situ dengan penuh harapan.

"Ya." sokong Fiza. "Sebelum terlambat."

"Dan tinggalkan yang lain??" Dayang merenung Fiza dan Fatimah. "Nak tinggalkan mereka dan balik macam tu je?"

"Kita kena cari bantuan." ujar Fatimah. "Kalau kita duduk diam kat sini tak ada apa kita boleh buat."

"Kau nak balik guna apa??" Nadya merenung gadis itu. "Nak jalan kaki boleh mati kat tengah jalan."

Fatimah mendengus kuat kemudian memandang ke atas rak yang berada berdekatan tingkap. Dia tersentak apabila perasan ada sesuatu yang hilang di situ. "Oh, tidak!"

"Kenapa?" Tanya Mira.

"Ada sesiapa ambil kunci van yang aku letak kat situ ke?" Fatimah memandang setiap orang yang berada di situ.

Serentak semua orang mengerutkan dahi sambil menggelengkan kepala.

"Aku letak kat situ." Fatimah bingkas bangun kemudian berjalan mendekati rak yang dimaksudkannya. "Aku letak sini. Siapa ambil??"

"Tak ada aku ambil." ujar Fiza kemudian memandang yang lain yang mana semuanya menggeleng dengan wajah yang bingung.

"Habis tu siapa pula yang ambil??" Fatimah merenung semua orang satu-persatu.

"Yang kau letak kat situ buat apa?" Dayang berkerut memandang gadis itu.

"Kau lupa ke aku letak kat sini waktu kita keluar cari Siska dan Pikah kelmarin?" Fatimah bercekak pinggang memandang gadis itu. "Aku lupa pula nak ambil balik. Sebab aku selalu letak kat kocek seluar aku."

"Jangan-jangan Sofia yang ambil?" teka Fiza. "Mungkin dia ambil dan bawa lari van tu."

"Jangan mengarut lah!" bentak Bella. "Takkan lah dia nak buat macam tu."


*****


Mira melangkah masuk ke dalam ruang tamu setelah selesai minum di dapur. Dia memandang sekeliling tempat itu. Jika tidak silap, dia terdengar seseorang sedang berlegar-legar di situ dan membuka satu pintu yang dia tidak pasti mana satu. Dia memandang pintu depan yang masih tertutup rapat. Kemudian beralih memandang pintu bilik yang mana mereka tidak dibenarkan masuk itu. Ia juga masih bertutup rapat.

Tanpa berfikir banyak, Mira terus sahaja naik ke biliknya. Baru sahaja dia hendak memulas tombol pintu bagaimanapun terhenti seketika apabila terpandang salah satu pintu bilik di situ terbuka. Perlahan-lahan dia berjalan mendekati bilik yang sebelum ini dihuni oleh Fatimah dan Hidayah. Kelihatan Fatimah yang sedang terhendap-hendap di tingkap. Mira segera mendekati gadis itu.

"Apa kau buat?"

"Opocot kau!!" Fatimah terlompat sambil memusingkan badannya. "Kau ni... Sikit lagi aku nak kena serang lemah jantung."

Mira hanya tersengih. "Apa kau buat?"

"Cuba tengok ni..." Fatimah kembali menghadap tingkap.

Mira segera mendekati gadis itu dan cuba untuk melihat apa yang ada di luar. "Apa dia?"

"Tengok tu..." Fatimah menuding ke arah sebuah pondok kayu yang berada sedikit jauh di dalam hutan. Ia kini terang-benderang dengan cahaya seolah-olah ada orang di dalamnya.

"Ada rumah kat sana??" Mira agak terkejut.

"Ya." ujar Fatimah tanpa mengalihkan pandangannya. "Aku tak perasan pula sebelum ni."

"Jom kita ke sana!" Mira menyigung gadis itu.

"Nak pergi sana??" Fatimah merenung gadis itu. "Kita berdua je??"

"Jom lah beritahu yang lain." Mira segera beredar menuju ke biliknya. Pintu dibuka dengan pantas bagaimanapun mengerutkan dahinya melihat bilik itu. "Mana Fiza??"

Fatimah memandang gadis itu agak pelik. "Bukan dia dengan kau ke??"

"Aku ke dapur seorang je tahu." ujar Mira.

"Yalah." Fatimah bersuara turut mengerutkan dahinya. "Tapi dia menyusul lepas tu. Dia kata dia pun haus juga."

"Dia tak ada ke dapur pun." Mira masih lagi membantah. "Aku seorang je kat bawah dan tak nampak kelibat sesiapapun di sana."

Fatimah terdiam seketika. Dia kini mula berfikir dengan dahi yang berkerut. Dia yakin apa yang dilihatnya memandangkan dia menumpang bilik dengan mereka. Sebab itu dia berada di luar bilik. Dia pada mulanya ingin ke dapur juga bagaimanapun membatalkan niatnya dan hanya masuk ke bilik asalnya tadi untuk mengambil barang yang masih tinggal.

"Jangan-jangan bunyi pintu yang aku dengar tu dia?"

"Bunyi pintu??" Ulang Fatimah.

Mira mengangguk-angguk. "Aku ada dengar bunyi orang berjalan dan pintu tertutup. Tak pasti pintu yang mana. Jangan-jangan dia yang keluar pergi ke pondok tu. Dia dah tahu pasal tempat tu ke?"

Fatimah mengangkat bahunya. "Waktu dia turun tu baru aku pergi bilik tu nak ambil barang-barang aku."

Mira berfikir seketika. "Jom beritahu yang lain.."

Gadis itu segera berjalan keluar disusuli dengan Fatimah. Mereka segera membuka pintu bilik Dayang dan Nadya yang berada betul-betul di sebelah mereka. Akan tetapi, tiada sesiapa di bilik itu. Penghawa dingin dan lampunya menyala tetapi tiada orang.

"Ke mana mereka pergi?" Tanya Fatimah mula tidak sedap hati.

"Tak tahu." Mira mengerutkan dahinya kemudian menuju ke bilik Bella. Apa yang menghairankan, bilik itu juga kosong dengan lampu dan penghawa dingin yang masih terpasang. Mereka memeriksa setiap bilik yang ada di situ bagaimanapun tetap tidak menemui apa-apa.

"Jangan-jangan mereka pergi sana dengan Fiza?" teka Fatimah.

"Jom!" Mira segera mengambil lampu suluh di biliknya kemudian berlari keluar menuju ke hutan disusuli oleh Fatimah.

"Kau yakin ke kat sini?" Tanya Fatimah yang berjalan dalam keadaan teragak-agak.

"Mestilah." ujar Mira tanpa menoleh ke belakang. Dia ingin sampai ke pondok itu dengan lebih cepat.

Fatimah berhenti berjalan. Dia dapat merasakan ada orang lain yang berjalan dengan mereka. Dia mula tidak sedap hati. Perlahan-lahan dia menoleh memandang ke belakang. "Hah—"

"Mesti mereka pergi dulu ke pondok ni." Mira bersuara tanpa sedar apa-apa. "Mereka tinggalkan kita macam tu je? Lain kali tu beritahu lah. Boleh pergi ramai-ramai. Kan??"

Mira terdiam apabila dia menoleh ke belakang. Kelibat Fatimah sudah tidak kelihatan lagi di situ. Mira mengerutkan dahinya kemudian memandang sekeliling. "Fatimah!!! Fatimah!!!"

Kedengaran bunyi seseorang geseran daun-daun di situ.

"Fatimah!!!" Mira menoleh ke belakang apabila dia merasakan ada seseorang berdiri di situ. "Aaaa!!!!!"

_______________________________________

A/n: Dapat pun update. Cerita ni dah nak habis pun. Tak panjang sbb cuma cerpen je dulu. Anyway, seronok baca tekaan korang. Tapi nak tahu kena ke tak, mesti baca. :)

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top