Lelaki Misteri
Dayang membuka matanya perlahan-lahan. Keadaan kelihatan agak gelap dan samar-samar baginya. Kepalanya terasa berpinar-pinar. Perlahan-lahan dia bangun dari situ bagaimanapun sesuatu menghalang.
BUKK!!
"Ouch!" Dayang mengerang kesakitan ingin memegang dahinya bagaimanapun tangannya pula yang terlanggar sesuatu. "Argh!!"
Dayang menarik nafas sedalam-dalamnya sambil membuka mata seluar-luasnya. Dia memandang sekeliling sambil mengerutkan dahinya. "Kat mana aku ni?"
Dia segera memandang ke sebelah kanannya.. Ada cahaya yang kelihatan di sebalik kain berwarna putih. Dia memegang kayu yang berada di hadapan mukanya kemudian menolak dirinya untuk keluar dari situ. Apa yang membuatkan dia berasa aneh, dia sebenarnya berada di bawah katilnya.
"Apa aku buat kat situ?" Fikir Dayang sambil memegang kepalanya yang terasa sedikit sakit. Dia bingkas bangun kemudian keluar dari bilik itu apabila terdengar bunyi orang bercakap di luar.
"Dayang!!" serentak Bella dan Nadya bersuara apabila terpandang wajah gadis itu muncul tiba-tiba.
"Apa yang jadi?" Tanya Dayang masih kebingungan.
"Fiza, Mira dan Fatimah dah hilang entah ke mana." jawab Nadya dengan wajah yang kelihatan berpeluh.
"Hilang??" Ulang Dayang sambil mengerutkan dahinya. "Tapi... Kejap! Kenapa aku ada kat bawah katil tadi?"
Serentak Bella dan Nadya membesarkan mata mereka.
"Kau kat bawah katil ke?" Nadya merenung wajah gadis itu.
Dayang mengangguk-angguk.
"Kami pun." ujar Nadya.
Dayang membesarkan matanya.
"Tak tahu pula aku kau kat bawah katil kau juga." Nadya bersuara lagi. "Aku pun keluar je terus. Jumpa Bella kat sini."
"Kita kena pergi dari sini." ujar Bella kemudian berlari menuruni anak tangga disusuli oleh Dayang dan Nadya. Mereka memandang sekeliling untuk mencari jika ada tanda-tanda kawan mereka yang lain berada di situ.
NGITT... NGITTT... NGITT...
Serentak ketiga-tiga mereka berpandangan. Bunyi itu kedengaran sayup-sayup entah dari mana.
"Bunyi apa tu?" Nadya memandang sekeliling mula tidak sedap hati.
Bella dan Dayang tidak membalas sebaliknya mengerutkan dahi cuba meneliti dari mana datangnya bunyi itu. Perlahan-lahan Dayang membuka langkah mengikuti bunyi itu. Dia berhenti di hadapan sebuah pintu. Pintu yang dia tidak pernah buka sebelum ini. Pintu bilik yang mana mereka di larang masuk ke situ. Dia memandang Nadya dan Bella yang tidak berganjak sekali imbas kemudian membuka pintu itu perlahan-lahan.
Bunyi itu semakin jelas kedengaran dan—
"AAAA!!!!!!!!!"
Dayang terduduk di lantai sambil menekup mulutnya apabila ternampak sesuatu yang dia sendiri tidak pernah nampak di depan matanya selama hayatnya. Bella dan Nadya segera mendekati Dayang dan melihat apa yang ada di dalam bilik itu.
"Aaaaa!!!!" Nadya menekup mukanya dengan tangan. Bella pula hanya berdiri tercengang tidak memberi sebarang reaksi seolah-olah rohnya sudah keluar dari jasad apabila ternampak satu susuk tubuh yang amat dikenalinya.
Fiza kini sedang terapung-apung di udara. Tali tergantung di lehernya yang mana ia diikat pada sebatang kayu yang menjadi tiang siling di bilik itu. Wajahnya sudah pucat membiru dan matanya terpejam rapat.
"Apa dah jadi?!!!!" Dayang menjerit tertekan. Airmatanya kini sudah mengalir perlahan-lahan.
"Dia dah mati ke??" Nadya menangis sambil memandang Bella. Dia langsung tidak mahu melihat keadaan Fiza.
Bella mengesat air matanya perlahan kemudian tunduk seketika sambil mengangguk-angguk. "Dah tak ada harapan untuk dia masih hidup lagi."
Tangisan Nadya semakin kuat.
"Bell..." Dayang mencengkam lengan gadis itu dengan wajah yang kini agak merah kerana menangis. "Kita kena pergi dari sini!!"
Dayang kini seperti tidak mampu berkata apa-apa lagi. Dia berusaha menahan tangisannya.
"Saya nak pergi dari sini!!!!!" pekik Nadya lalu berlari pergi dari situ.
"Nadya!!!" pekik Dayang.
Nadya langsung tidak peduli. Dia kini berlari keluar dari rumah itu dalam keadaan beremosi.
"Bella..." Dayang ingin mengejar bagaimanapun dia terhenti memandang gadis itu seketika.
"Kita kena turunkan Fiza dulu." ujar Bella dengan mata yang masih mengalir.
"Kau pergi kejar Nadya." Dayang menolak Bella. "Aku turunkan Fiza."
Bella merenung wajah gadis itu seketika kemudian berlari keluar dari rumah itu untuk mengejar Nadya. "Nadya!!!"
Tiada sahutan yang diterima. Bella segera berlari keluar sambil memandang sekeliling. "Nadya!!!!"
Tetap tiada sahutan. Langkahnya terhenti seketika. Dia terpandang sesuatu yang menarik perhatiannya. Sesuatu yang mereka cari selama ini. Van berwarna putih yang mereka naiki untuk ke villa itu berada berdekatan pagar utama tempat itu. Dengan pantas dia berlari ke sana. Van itu kelihatan kosong. Seingatnya, van itu tidak pernah berada di situ sepanjang ia didapati hilang kerana mereka asyik keluar mencari kawan-kawan mereka pada hari siang. Akan tetapi,van itu tiba-tiba berada di situ dan itu amat mustahil melainkan ada seseorang yang memandunya ke tempat itu.
BUKKK!!!!
Bella jatuh rebah ke lantai. Dia mengerang kesakitan sebelum matanya tertutup perlahan-lahan.
*****
Sofia membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya terasa pening dan agak berpinar-pinar. Dia memandang sekeliling. Dalam keadaan cahaya yang samar-samar, dia dapat pastikan bahawa kini dia sedang baring di atas sebuah katil berdekatan. Gadis itu tersentak tiba-tiba. Dia bingkas bangun dan memandang sekeliling untuk melihat dengan lebih jelas pagi.
Itu bukan biliknya. Dia kini berada di sebuah bilik panjang. Tempat kali terakhir dia pergi. Sofia membesarkan matanya apabila ternampak satu susuk tubuh dengan rambut panjang ke paras bahu dan agak kusut masai,dengan baju yang amat kotor sama dengan wajahnya muncul tiba-tiba di sebelahnya sambil memegang sehelai kertas berwarna putih.
"Aaa—" Sofia menjerit kuat ingin pergi dari situ bagaimanapun mulutnya ditekup kuat. Dia meronta-ronta meminta dilepaskan. Tangannya yang menahannya itu terlalu kuat menyebabkan dia susah untuk melawan.
Tiba-tiba sahaja dia dapat merasakan sesuatu diletakkan pada tangan kanannya. Kertas! Sofia terdiam seketika cuba untuk tidak melawan. Orang itu juga melepaskan pegangannya dari mulut gadis itu. Sofia mengerutkan dahinya memandang susuk tubuh yang menakutkan itu kemudian segera melihat apa yang ada di kertas itu. Dia agak terkejut kerana ia adalah nota.
Hai, saya minta maaf kerana pengsankan awak.
Tak ada cara lain lagi untuk saya bercakap dengan awak.
Nama saya Asyraf. Jangan risau.
Saya tak akan apa-apakan awak.
"Asyraf??" Sofia mengerutkan dahinya memandang orang yang mengerikan itu. "Awak ke??"
Orang itu mengangguk-angguk. Dia segera menuding ke arah mulutnya kemudian menggelengkan kepalanya.
"Awak tak boleh bercakap??"
Orang itu mengangguk-angguk lagi.
"Kenapa awak nak bercakap dengan saya?" Tanya Sofia serta-merta. Buat seketika, dia menyangka orang itu adalah perempuan kerana rambutnya yang panjang bagaimanapun, tiada perempuan yang bernama Asyraf pernah ditemuinya selama dia hidup.
Lelaki itu segera merampas kertas yang berada ditangan Sofia kemudian menulis sesuatu di atasnya dan memberikannya semula kepada gadis itu.
"Saya kena beritahu kamu. Tempat ini tak selamat. Kamu kena pergi dari sini dengan cepat."
Sofia membesarkan matanya memandang lelaki itu. "Dan kalau betul apa yang awak cakapkan ni... Dah terlalu lambat untuk awak beritahu. Kami dah nak pulang ke rumah dan macam-macam perkara dah jadi dan..." Sofia terdiam serta-merta. "Dah berapa lama saya kat sini?"
Asyraf cuba menjawab menggunakan tangannya.
"Sehari??" Sofia membesarkan matanya. "Semalam ke saya pengsan kat sini?"
Asyraf mengangguk-angguk.
"Esok kami sepatutnya pulang ke rumah." gumam Sofia. "Kenapa awak tak beritahu kami awal-awal pasal perkara ni?!!"
Asyraf tidak menulis sebaliknya mengangkat kaki kanannya bagi memudahkan gadis itu melihat sesuatu. Sofia terkejut melihat kaki lelaki itu. Dia dipasung! Asyraf segera menulis sesuatu lagi.
"Rantai ni menggunakan suis. Ia terletak di bilik bawah betul-betul di bilik pertama sebelah kanan. Ia berada dalam sebuah tempat berbentuk segi empat tepat terlekat di dinding. Saya perlukan awak tekan suis itu untuk buka benda ni sebab saya tahu apa yang dah jadi."
"Apa yang dah jadi??" Tanya Sofia. Asyraf tidak segera menjawab sebaliknya menunjukkan rantai dikakinya itu meminta ia dibuka.
Sofia masih lagi berkerut kerana curiga. Entah kenapa, dia merasakan bahawa dia percaya pada lelaki itu. Dengan pantas dia berlari keluar dan pergi ke biliknya. Ya. Bilik yang dimaksudkan adalah biliknya bersama Bella. Dia agak terkejut melihat Bella sudah tiada di situ.
Buat seketika, dia menyangka bahawa kawan-kawannya itu sudah meninggalkannya. Sofia memandang sekeliling tempat itu dan terpandang satu bentuk empat segi di sebuah dinding. Ia amat tinggi membuatkan gadis itu terpaksa mencapainya menggunakan kerusi. Terdapat satu suis di dalamnya dan dia segera menekan suis itu.
Tidak sampai seminit, Asyraf tiba-tiba muncul di muka pintu membuatkan Sofia hampir menjerit sekali lagi kerana penampilan lelaki itu yang menakutkan. Dia segera menarik Sofia keluar dan menuruni anak tangga. Lelaki itu membawanya masuk ke dalam bilik yang mana mereka tidak dibenarkan masuk ke situ.
Pertama kali masuk ke situ membuatkan Sofia agak tercengang melihat apa isinya. Asyraf segera menariknya masuk lagi ke sebuah bilik yang berada di sudut paling hujung bilik tadi. Gadis itu masih lagi tercengang bagaimanapun tergamam melihat sebuah bingkai gambar yang besar di mana Asyraf menuding ke arah gambar itu.
"Ini keluarga awak??" Tanya Sofia.
Asyraf hanya mengangguk-angguk.
"Dan ini awak ke?" Tanya Sofia lagi sambil menuding ke arah satu-satunya lelaki yang muda di dalam gambar itu.
Asyraf tiba-tiba menuding ke arah salah satu perempuan di situ. Sofia tersentak serta-merta. Perempuan itu! Dia amat kenal dengan perempuan itu. Dengan pantas Asyraf menghulurkan sehelai kertas yang penuh dengan nota panjang kepadanya.
"Ini adalah keluarga saya. Dan mereka adalah PEMBUNUH!!"
Sofia memandang Asyraf sambil membesarkan matanya.
"Mereka sebenarnya mengamalkan ilmu hitam yang memerlukan darah manusia untuk mereka terus hidup. Pada mulanya, ia hanya untuk hidup dan ia hanya dilakukan sekali sahaja. Akan tetapi, mereka menjadi ketagih untuk membunuh dan akan membunuh sesiapa sahaja yang akan datang ke rumah ini."
Sofia menelan air liurnya seketika. "Saya pasti awak kenal dengan perempuan yang saya tunjuk di dalam gambar itu dan dia adalah perancang atas semua yang terjadi pada kamu. Saya langsung tidak ikut campur dalam hal ini. Oleh kerana takut saya akan menjadi perosak semuanya, saya dipasung di tingkat atas kerana mereka tahu saya tak boleh bercakap dan tak akan membahayakan mereka. Saya adalah keluarga mereka dan membuatkan mereka lebih tidak sanggup untuk membunuh saya."
Sofia terdiam lagi. Dia hanya mampu memandang Asyraf dengan wajah seperti hendak menangis. "Kamu bukan kumpulan pertama datang ke sini. Sudah ramai yang datang ke sini dan semuanya langsung tidak kembali ke rumah. Semuanya mati dibunuh. Saya tak mahu ia berlaku lagi. Dan saya dapat tahu kamu datang. Saya pernah cuba lempar kertas yang saya lekatkan pada batu untuk sampaikan pesanan tapi tak ada reaksi. Saya berusaha sambung wayar piano lama di tingkat atas untuk memudahkan saya memanggil kamu ke sana akan tetapi tetap gagal. Malah, mereka membakar semua wayar dan alat-alat yang ada di atas untuk menghalang saya dari terus cuba berkomunikasi dengan kamu. Akhirnya awak naik ke atas dan saya beritahu awak semuanya."
Sofia terdiam kemudian segera merenung wajah Asyraf. "Awak tahu di mana semua kawan-kawan saya?"
Asyraf mengangguk-angguk kemudian menulis sesuatu lagi.
"Saya tahu tapi saya tak pasti sama ada mereka masih hidup ataupun tidak."
_______________________________________
A/n: Another update! Hehehe. Dah terbongkar sikit misteri kat sini. Lepas ni lebih byk misteri akan terbongkar. Tunggu tau. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top