Dia pulang?
NGEETTTTT!!!!!
Bella membuka matanya dengan pantas. Dia memandang jam pada skrin telefon bimbitnya yang mana telefon itu sudah berada di tangannya sejak tadi. Sudah pukul 3.20 pagi. Dia langsung tidak dapat tidur sejak mereka selesai menenangkan semua orang yang menjadi huru hara akibat jeritan Nadya. Keadaan lebih kalut apabila gadis itu mendakwa dia ternampak Reena terjun dari tangga sedangkan dia tidur di dalam bilik. Perkara itu merunsingkannya. Dia tahu Nadya tidak berbohong. Tapi jelas apa yang dilihatnya bukan Reena.
NGEETTTTT!!!!
Bella mengamati bunyi itu dengan teliti. Dia sudah tidak pasti berapa kali bunyi itu kedengaran. Ia seperti bunyi derapan tangga kayu yang berada di sebelah bilik mereka sedang dipijak seolah-olah ada orang yang ingin naik ke tingkat atas. Akan tetapi, siapa yang berani naik ke sana sedangkan tempat itu adalah kawasan larangan untuk mereka. Bella tidak berani berbuat apa-apa kecuali memaksa dirinya untuk tidur.
******
"Bella!! Bella!! Bangun!!"
Bella membuka matanya perlahan-lahan. Sepertinya baru beberapa minit dia terlelap. Keadaan kini sudah terang. Matahari sudah memancar naik. Dia memandang Sofia yang kini tercegat memandangnya. Gadis itu sepertinya sudah mandi memandangkan dia kelihatan segar.
"Dah jam berapa?"
"Jam 11.34 pagi, Bell." jawab Sofia. "Kau je lagi belum bangun ni."
Bella terkejut mendengar jawapan gadis itu kemudian mencapai telefon bimbitnya untuk mengesahkan perkara itu. Memang benar. Ia sudah hampir tengahari.
"Mana yang lain??"
"Rasanya kau patut keluar dulu." ujar Sofia dengan wajah yang serius.
Bella mengerutkan dahinya. Dia dapat mendengar bunyi bising kawan-kawannya yang lain sedang bercakap di luar entah mengenai apa.
"Jom!" arah Sofia kemudian segera berjalan keluar dari bilik itu disusuli oleh Bella yang masih mamai.
Kelihatan kawan-kawan mereka semua berkumpul di ruang tengah itu dengan wajah yang serius seolah-olah sedang menyiasat satu kes pembunuhan yang berlaku di situ.
"Apa hal ni?" Tanya Bella dengan dahi yang berkerut.
Serentak semua orang menoleh memandang gadis itu sebelum berpandangan untuk memastikan siapa yang patut bersuara.
"Kenapa bising-bising ni?" Tanya Bella lagi setelah tiada jawapan.
"Reena..." dengus Hidayah.
"Reena??" Ulang Bella. "Kenapa dengan dia?"
"Dia dah balik."
Bella tersentak mendengar jawapan itu. Dia mengelipkan matanya seketika. "Apa?! Dia dah balik?! Bila?!"
"Pagi tadi." celah Fatimah.
"Dia balik naik apa?" Bella mengerutkan dahinya. "Dia bawa kereta ke?"
"Tak." Fatimah menggelengkan kepalanya. "Kunci masih ada kat aku. Lagipun dia tak pandai memandu pun."
"Kenapa kamu tak kejutkan aku?" Tanya Bella lagi.
"Bella..." Sofia memandang gadis itu. "Tak ada siapa pun tengok dia balik dari sini."
Bella terkejut mendengar kenyataan itu. "Habis tu macam mana kamu tahu dia dah balik?"
"Dia tinggalkan nota ni kat bilik." Pikah berjalan mendekati Bella lalu menghulurkan sehelai kertas bersaiz A4 yang kelihatan agak renyuk.
Bella mencapai kertas itu lalu membaca tulisan yang tertera di atasnya.
Guys,
Sorry sangat-sangat aku balik dulu dari hari yang sepatutnya.
Aku tak tahan demam aku ni melampau sangat. Jadi, aku minta
abang aku tolong ambil. And sorry tak kejutkan kamu.
Enjoy your holiday!!
- REENA –
Bella mendengus perlahan. "Kalau dia dah balik dulu apa boleh buat lah. Kita tak boleh nak buat apa-apa lagi."
"Ya." ujar Hidayah dengan nada sedih. "Lagipun dia sakit teruk tu. Seharian tak bangun langsung."
"Sebelum tu aku nak tanya."
Serentak semua orang menoleh memandang Pikah yang berdiri dengan wajah serius sambil bercekak pinggang.
"Ada sesiapa naik tangga ni tak semalam?" Tanya gadis itu sambil menuding ke arah tangga yang menjadi pemisah biliknya dengan bilik Bella dan Sofia.
Semua orang berpandangan sambil mengerutkan dahi.
"Siapa pula nak naik ke situ?" Siska merenung Pikah. "Dah penjaga tua tu cakap jangan naik kat situ."
"Mulut kau ni melampau betul lah." Fiza merenung Siska tajam. "Cakap elok-elok sikit."
"Kenapa, Pikah?" Tanya Bella yang langsung tidak berminat untuk mendengar pertengkaran Fiza dan Siska.
"Aku tak senang tidur semalam." jawab Pikah. "Aku dengar bunyi tangga ni berbunyi je macam ada orang turun naik kat situ."
Bella menarik nafas panjang kerana dia juga terdengar benda yang sama bagaimanapun mengambil keputusan untuk tidak memberitahu mereka. Dia tahu percutian itu akan berubah jika ada perkara aneh dibincangkan.
_______________________________________
A/n: Hmmm... Korang rasa Reena betul2 dah balik tak? Kalau tak fia ke mana? Anyway, leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top