Dia Hilang?
Nadya baring dikatilnya sambil merenung siling yang kosong. Entah kenapa,dia langsung tidak dapat melelapkan matanya. Dia memandang Dayang sekali imbas yang sedang tidur membelakanginya. Dalam keadaan gelap itu, dia hanya mampu mengelamun sendirian.
KLANG!!!
Nadya tersentak. Dia segera memandang ke arah tingkap yang terletak di antara katilnya dengan katil Dayang. Dia terkejut seketika apabila terpandang Dayang yang kini juga sedang memandangnya.
"Bunyi apa tu?" Tanya Dayang ketika duduk di katilnya.
"Tak tahu." Nadya turut duduk.
KLANG!!!
Sekali lagi bunyi itu kedengaran. Kedua-dua gadis itu memandang ke arah tingkap kerana ia datang dari sana.
PLANG!!!
Serentak Dayang dan Nadya terundur ke belakang apabila kaca berderai pecah bertempiaran ke sana-sini. Mereka berpandangan sesama sendiri sambil membesarkan mata.
"Dayang, apa tu??" Nadya memandang gadis itu mula tidak sedap hati.
Dayang tidak segera menjawab sebaliknya merenung tingkap bilik itu. Cerminnya sudah pecah yang mana mereka sendiri tidak tahu sebab apa. Seolah-olah ada seseorang membaling sesuatu yang keras dari luar.
Perlahan-lahan Dayang bangun dari katilnya. Dia berjalan penuh berhati-hati di dalam gelap kerana takut terpijak kaca yang bertempiaran di atas lantai. Dia menjenguk dari tingkap untuk memandang ke luar. Nadya turut menyusul di belakangnya. Apa yang peliknya, tiada sesiapapun di situ. Nadya dan Dayang berpandangan seketika.
"Kau dengar apa yang aku dengar kan?" Tanya Nadya berharap semua itu hanya mimpi.
"Aku belum pekak lagi lah." balas Dayang memandang ke luar semula.
"Tapi kau kan dah tidur?" Nadya mengerutkan dahinya.
"Aku belum tidur lah." beritahu Dayang.
"Aaaaaa!!!!!!!!"
Serentak Dayang dan Nadya menoleh ke pintu. Kedengaran suara seseorang menjerit terlalu kuat dari luar. Dengan pantas, kedua-dua mereka berlari keluar untuk melihat apa yang sudah terjadi. Mereka terkejut melihat Fatimah sedang tunduk melutut di tengah-tengah ruang itu sambil menutup telinga dan matanya.
"Fatimah!!"
Dayang dan Nadya segera berlari mendapatkan gadis itu. Pada ketika itu juga, Sofia dan Bella keluar dari bilik mereka.
"Apa dah jadi?" Tanya Bella.
Dayang dan Nadya tidak mampu menjawab sebaliknya memandang Fatimah yang masih lagi sama dengan posisinya.
"Ada apa ni?" Tanya Siska dengan matanya yang masih lagi tertutup sebelah. Sarra dan Pikah menyusulnya juga dalam keadaan mamai.
"Fatimah!!" Bella menarik tangan Fatimah. "Fatimah!!"
Fatimah membuka matanya secara mengejut. Dia sedang menangis dalam keadaan terketar-ketar.
"Apa dah jadi?" Tanya Dayang. Dia sudah tidak sedap hati.
Fatimah kelihatan tercungap-cungap dengan muka yang pucat. Dia seperti baru tersedar dari mimpi ngeri yang menakutkan.
"Kenapa dengan kau?" Tanya Pikah sekali lagi. Dia semakin keliru dengan apa yang sedang berlaku.
"Hidayah.... Hidayah...."
Serentak semua orang terkejut. Baru mereka sedar kelibat gadis itu tiada di situ. Mustahil dia tidak sedar Fatimah menjerit kerana mereka adalah rakan sebilik. Dengan pantas Sofia dan Nadya berlari masuk ke dalam bilik Fatimah. Mereka menghidupkan suis lampu untuk memudahkan mereka melihat bilik itu. Apa yang peliknya, Hidayah langsung tiada di dalam bilik itu.
"Mana dia?" Tanya Sofia merenung Fatimah.
Fatimah berdiri perlahan-lahan. Matanya mula berkaca sekali lagi. "Dia terjun dari tingkap tu."
"APA?!!!!" Serentak semua orang terkedu lalu memandang ke arah tingkap bilik Fatimah yang kini terbuka luas. Langsirnya bergerak-gerak ditiup angin.
Sofia segera berlari menuju ke tingkap. Dia memandang ke bawah. Tiada apa-apa di situ. Dia beralih memandang sekeliling. Juga tiada apa-apa melainkan hutan tebal yang gelap.
"Tak ada apa-apa kat sini." Sofia memandang kawan-kawannya yang lain. Dia tidak pasti apa yang harus dia percaya.
"Mungkin dia dah pergi tempat lain?" teka Siska.
Nadya menjeling tajam ke arah gadis itu. "Kau fikir bilik ni tak tinggi ke? Takkan dia dapat berjalan lagi kalau dia dah terjun kat situ."
Serentak semua orang terkejut.
"Kau pasti ke dia terjun dari tingkap?" Dayang merenung Fatimah.
"Ya!" jawab Fatimah dengan yakin. "Aku yakin."
"Macam mana boleh jadi macam tu?" Tanya Sarra. Dia juga tidak pasti sama ada dia boleh percaya cerita itu atau tidak.
"Aku tak tahu." Fatimah bersuara hampir menangis. "Aku dah tidur. Tiba-tiba aku rasa sejuk semacam. Bila aku buka mata, aku tengok dia dah duduk kat tingkap tu. Aku baru je nak tegur, dia dah terjun."
Semua orang kini mula berpandangan. Mereka tidak dapat memastikan sama ada cerita Fatimah betul atau tidak. Akan tetapi, perkara yang pasti pada saat itu mereka tidak tahu Hidayah pergi ke mana.
"Kamu tak main-main kan?" Nadya merenung wajah Fatimah.
Fatimah mendengus kuat. "Kau ingat kami ada masa nak buat benda macam tu ke??"
Semua orang terdiam. Masing-masing cuba memikirkan apa yang terjadi.
"Mana Fiza dan Mira?" Tanya Pikah tiba-tiba membuatkan semua orang memandang sekeliling.
Perlahan-lahan Sarra mendekati pintu bilik yang masih belum terbuka itu. Dia mula mengetuk pintu itu.
"Woyyy!!!" Siska turut mengetuk pintu bilik itu. "Fiza!!! Mira!!! Buka!!!"
Tidak berapa lama kemudian, Mira muncul di muka pintu dalam keadaan matanya separuh tertutup.
"Ada apa ni?"
"Ada apa kau tanya?!" Siska bercekak pinggang memandang gadis itu. "Tidur mati ke apa kamu ni?!"
"Kenapa?!" Mira memandang Siska agak bengang kerana gadis itu menjerit padanya.
"Fiza mana??" Tanya Sarra.
"Apa??"
Belum sempat Mira menjawab, Fiza muncul di muka pintu sambil menggosok kedua-dua matanya.
"Kita kena cari Hidayah." Bella memandang semua orang.
"Sekarang ni??" Siska tercengang memandang Bella.
"Tak." Bella menggerutu. "Tahun depan."
"Tapi kan dah malam?" Siska masih lagi ingin membantah. Dia memandang sekeliling.
"Habis tu kau nak biarkan dia kat luar tu kalau betul dia terjun?" Bella terus masuk ke biliknya untuk mengambil jaket.
"Apa dah jadi?" Tanya Mira masih kebingungan. Tiada siapa yang menceritakan padanya mengenai apa yang terjadi.
_______________________________________
A/n: Finally, dpt update. Mggu lepas full ngan presentation. Minggu ni sibuk pulak. Haiyoooo. Anyway, enjoy this chapter. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top