CM 11
Wafi berdiri bawah pokok.Lama dia berdiri di situ.Memandang sekujur tubuh yang tenang berteleku di atas kuburan,membaca kalamnya.
Dari sini Wafi boleh mendengar alunan surah Yasin yang dibacakan oleh Ken.
"Wafi tak nak balik lagi ke?"Bahunya dicuit oleh Juma,buatkan dia menoleh ke belakang.Ada Zamir juga.
"Nak tunggu kejap boleh tak?"
"Nak tunggu Edry?"
Angguk.
"Tak apalah kalau macam tu.Ibu dengan ayah tunggu dalam kereta ya?"
Wafi senyum kecil sebagai tanda dia dengar.Pandangannya kini tertumpu pada Ken semula.
Sudah setengah majlis pengebumian Imra' berakhir,semua sanak-saudara dan kenalan sudah pun pulang ke rumah masing-masing.Yang tinggal cuma Norman dan Nora kerana menunggu Ken.
Cuma Wafi sahaja yang gatal tak nak balik lagi.
Wafi sengaja,kerana dia ingin menyelami rasa hati Khairil Edry.Lelaki itu sedang bermuram durja.
Siapa sahaja yang tak sedih?Alangkan Wafi sendiri dari pagi tadi lagi sudah bengkak mata bila mendengar berita pemergian Imra'.Apatah lagi Ken?
Imra' punya tempat yang tersendiri dalam hati Ken,itu memang tak ada siapa dapat nafikan lagi.
Imra' sangat istimewa.Mengenali Imra' banyak mengajar Wafi tentang kehidupan.Sakit tak semestinya harus lemah,harus mengalah,Imra' didik Wafi supaya sentiasa bersyukur dengan nikmat kesihatan yang dia punya,jangan pernah mengalah walau nyawa tinggal sejengkal.
"Imra' tak sakit,janganlah nangis."
Air mata jatuh kembali,Wafi kesat.Pandangan dia buang kembali kepada sebatang tubuh itu.
Jujur Wafi kata,yang dia agak rindu dengan Ken.Hanya pada waktu sebegini dia dapat melihat Ken dengan dekat.
Ken betul-betul menotakan katanya bahawa mereka 'tak ada jodoh'.Lepas dari itu,sekali pun dia tak pernah berjumpa dengan Ken.Sekali pun tak.
Walaupun beberapa kali juga Wafi dengar daripada rakan setugasnya yang Ken ada datang menjenguk kanak-kanak di wad pediatrik.
Selalunya bila sampai sahaja Wafi untuk melihat diam-diam dengan matanya sendiri,mesti Ken dah hilang.
"Edry!!"Wafi tersedar dari lamunan bila mendengar termpikan dari Cik Nora.
Wafi tersentak.
Ken sudah terbaring di atas tanah.
Berlari Wafi pergi mendapatkan Ken.Semua orang sudah pun berkerumun di sekeliling Ken.
Wafi nampak ada darah mengalir di hidung lelaki itu.Tangannya laju berkerja,mendongakkan kepala Ken agar darah tidak terus mengalir.Ya Allah,panasnya.
"Ayah,panas!"Kata Wafi pada Zamir.
"Cepat angkat dia,kita bawak pergi hospital.Man,jom."Zamir dan Norman pantas mengangkat Ken yang lemah terkulai.
Ya Allah,kesiannya.Mesti Ken terlampau sedih sampai demam panas macam ni.
Wafi berdoa dalam hati supaya tak ada apa-apa yang buruk berlaku pada Ken.
...
Kaki Wafi lemah,dia jalan perlahan-lahan,tangannya memaut pada dinding,tahan dari jatuh.
Bila jumpa kerusi,Wafi labuhkan duduk.Terasa seperti tak jejak sahaja kaki dia.
Kenapa?
Kenapa Ken mesti tipu?
Kenapa Ken tak ceritakan hal yang sebenar?
Teruk sangat ke Wafi?
Ken ingat Wafi apa?
Perempuan gila tak berhati perut?
Yang akan gelakkan lelaki itu bila dia hampir mati?
Ken ingat Wafi perempuan dalam cerita tv yang akan tinggalkan Ken waktu lelaki itu menderita?
How could he think so little about Wafi?
Ken kejam!
Kalau Ken tak pengsan,sampai mati pun Wafi takkan tahu yang lelaki itu menghidap LLA,sakit yang sama seperti Imra'.
Wafi pekupkan mukanya pada lutut,menunduk dan menghamburkan tangis.
Sedihnya tak terkira.
Selama dua bulan ini,pelbagai sumpah seranah dan makian Wafi hadiahkan buat Ken bila geramnya datang.
Wafi kira Ken lah lelaki yang paling tidak bertanggungjawab.
Hakikatnya?
Wafilah yang paling teruk.
Kata sayang,kata cinta,kata doktor!
Tapi Ken sakit,sikit pun Wafi tak perasan.
Lagi kuat Wafi menangis.
....
"Ma,did she know?"
Nora tak tahu nak jawab apa.
"Ma?"
Dia mengeluh berat.Bekas makanan diletak tepi.Nora lap mulut Ken dengan tisu.
"Dah."Lemah.
"Kenapa bagi tahu dia?"Ken rasa nak menangis.Rahsia yang dia jaga rapi selama ini akhirnya terbongkar juga.
"Mama terpaksa Edry."
"But you still can lie, just tell her whatever you need to tell her so that-"
"Tell her what? Have a fever? Dehydration?"Norman yang tadinya hanya duduk memerhati kini sudah berdiri di sebelah isterinya.
"Wafi tu doktor Edry,Cik Zam tu doktor.Edry nak tipu siapa?Ingat diorang tak cerdik tak reti bezakan sakit demam biasa dengan leukimia?"Norman cuba sedarkan Ken kepada reality.
"Mama tak boleh nak cakap apa-apa sebab Cik Zam sendiri yang admit Edry masuk ER.Kami semua panic bila Edry pengsan,I just can't think.What I know,that you are safe,I want you to be safe,mama tak boleh nak terima kalau Edry pun pergi macam Imra',I just..."
Ken terus tarik mamanya ke dalam pelukan.Teresak-esak wanita kesayangannya ini menangis.
Ken lupa,dia masih ada mama yang sangat menyatangi dirinya.
Ken selalu lupa.Dia Cuma pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan mamanya yang tak henti-henti risaukan dia.
Allah,berdosanya Ken..
"Ma,I'm sorry ma.Edry minta maaf."Ken bisik perlahan sambil membenamkan mukanya di celahan leher Nora.
"No sayang,mama tak pernah salahkan Edry."
"I just don't want her to be sad,nak pulak after Imra'-"
Sekali lagi katanya dipotong sebelum dia habis bercakap.
Tangan Nora sudah erat menekup kedua belah pipinya.
"Sampai bila Edry nak suruk?"
Ken termenung.Sampai bila?Sampai dia mati?
"I don't know."Ken menunduk.
Mukanya diangkat kembali oleh Nora.
"Sayang,listen to me. Didn't you learn something from Imra'?"Lembut mamanya bertanya buatkan Ken terpempam.
"Didn't you see her?"
"She was strong,kita tahu yang masa dia tak lama,dia sendiri tahu yang masa dia tak lama.Did you see her chase us away?Did she changed herself to another person?Not right?Tapi dia lawan.She savoured,enjoyed her very last time on this earth with smile,not cry.Didn't you see it?"
Lambat-lambat Ken mengangguk.
"This is your battle.Sakit tak bermaksud Edry kalah,tak sayang.You deserve to be happy.This is not your first battle.Kalau sebelum ni Edry boleh buat,why not now?"
Nora tenung dalam-dalam ke dalam anak mata anaknya,cuba menyelami hati Ken.Dia tahu Ken trauma.
Bukan mudah untuk berada di posisi Ken dan kata segalanya akan okay.
Tak,susah.
Selepas kehilangan Najmi dahulu,Ken berubah menjadi orang lain.Dia bukan dirinya lagi.Tapi Imra' hadir membawa Ken kembali,kini,Imra' pergi,ujiannya datang lagi,hadir bersama ujian hati,Wafi.
"I'm afraid ma.."
"Edry takut,mama takut,abah takut,Wafi pun takut."
"Tapi.."
"Edry,kita bukan tuhan.Sakit memang boleh mati,tapi mati bukan semestinya kena sakit.Kalau lah mati yang Edry takutkan,mama dengan abah lagi takut.We are so afraid that we gonna die first before you...afraid that we gonna leave you here,suffering on your own.Tak sekali pun abah dengan mama berhenti berdoa supaya Allah tak cabut nyawa kami sebelum Edry."
Kata-kata dari Norman buatkan Ken sebak.
Tertunduk-tunduk dia menahan tangis.
Lagi sekali...
Ken rasa dia sangat selfish.
"We loved you,mama dengan abah takkan tinggalkan Edry,so do Wafi."Nora usap-usap perlahan belakang Ken,memujuk anaknya ini.
"Really ma?Abah?"Polos.Erat dia memeluk Nora.
"Yes sayang.If you can love Imra' when she was sick,why can't Wafi do the same?"
Ken pejamkan mata.
Lama...
"But,I broke her heart, a lot..."
"She will understand Edry.She will.."Bisik Nora perlahan.
"That's it.You broke it,than you should mend it back?That's how you call yourself as a man."Norman tepuk bahu Ken.
If you can love Imra' when she was sick,why can't Wafi do the same?
Nora kesat air mata di pipi Ken.
Ken biarkan.
Lama dia begitu,tenang dan damai dalam pelukan sang ibu.
Hingga dia terdengar seperti hingar di luar bilik.
Badannya tegak bila Farid,pengawal peribadinya membuka pintu dengan muka cuak..
"Ya Farid?"
"Ada sorang perempuan nak masuk.Tapi kami tak kenal."
"Siapa?"Nora dan Norman berpandangan sesama sendiri.
"Ken,I know you in there,let me in!"Keras sahaja suara itu menjerit kecil.
Wafi!
Ken menelan liur.
Nora dan Norman tersenyum kecil.
"You got your chance,don't waste it Edry.Be a man."Norman kata sebelum menarik Nora keluar dari wad peribadi itu.
"Farid,bagi dia masuk.Wafi,masuk lah,Edry ada dekat dalam."Norman memberi arahan kepada dua pengawal itu.
"Thank you Cik Man,Cik Nora."Wafi merempuh dua pengawal peribadi itu dan masuk ke dalam bilik yang menempatkan lelaki yang paling dia benci.
Ada perhitungan yang perlu dia uruskan.
Ken nampak Wafi mula masuk.
Pintu ditutup dan dikunci.
Gulp!
Liurnya ditelan.
Wafi sudahpun berdiri depan katil Ken.Mukanya ketat.
Tiba-tiba Ken rasa sesuatu jatuh atas perutnya.Dia tunduk,kotak berwarna hitam itu dia ambil.
Ken buka,lidahnya kering.
Dia angkat muka mencari wajah Wafi.
"What do you mean by this?"
Wafi berdecit. "Takkan itu pun tak faham?"
Ken tercengang.
"Tak,saya tak faham awak nak-"
"Khairil Edry Norman,will you marry me?"
*SUKA LETTEW!
*HUH!
SEMALAM KENA SEMBUR DENGAN MINAH NI
YE LAH,KORANG KAN SUKA KEJU-KEJU NI!
*Next project in PHD is : Bi & Babs!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top