CM 10
*Aku sampai berjejeh hidung berhingus menangis masa tulis,korang tak tahulah..
*Just a warn,sediakan tisu.
"Helo ma.."Lemah sahaja suara Ken menjawab telefon.
"Ha?Bila?"Mata yang tadi hampir terpejam kini terbuka luas,terkejut menerima berita yang baru disampaikan Nora.
"Edry datang,Edry datang.."Talian dimatikan.
Ken bersusah payah bangun dari baring,jujur dia kata yang kepalanya sangat pening sekarang ni tapi dia gagahkan juga kakinya untuk memijak lantai.
Beg baju yang tersadai di hujung katil Ken capai dah menghilang ke dalam bilik air.
Baju hospital sudah bertukar ke baju biasanya.Ken pandang-pandang ke pintu,bagus tak ada doktor mahupun jururawat,bolehlah Ken keluar senyap-senyap.
"Bos nak pergi mana?"Tanya Haris dan Farid si pengawal peribadi.
"Saya nak turun bawah,ada emergency."Ken pandang kedua muka mereka yang nampak risau.
"Tapi Bos nampak tak sihat,doktor pesan suruh..."
"Saya okay.Saya pergi dulu."Ken bergegas tinggalkan Haris dan Faris menuju ke lif.Dia perlu cepat!
.....
"Ma,kenapa dengan Imra'?"Ken terus menerpa Nora dan Norman yang sedang duduk di luar bilik kecemasan.Mamanya sedang menangis sambil ditenangkan oleh abahnya.
"Edry..."Pelukan kini sudah bertukar,Nora peluk Ken pula.
"Mama,kenapa ni?Kenapa dengan Imra'?"Ken mula cuak.
"Tak tahu Edry,semalam dia demam,tapi tak berapa teruk sangat.Tapi pagi tadi bila mama kejut Imra' bangun tidur dia tak bangun."Norman bercerita buatkan Ken membuntang mata.
"Abah takkan lah..."
"Tak,Imra' ada lagi,Alhamdulillah abah periksa nadi dia,masih ada tapi lemah."
Ken meraup muka,mengucap syukur dalam hati.Ya Allah,jangan uji aku begini..
"Imra' dekat dalam ke?"
Norman iyakan.
Ken termenung memikirkan nasib Imra' di dalam.Kenapa Imra' tiba-tiba collapse?
Ken berdoa dalam hati agar Imra' baik-baik sahaja.Tak ada yang lain yang boleh dia lakukan selain berdoa sepenuh hati agar dia masih boleh melihat senyuman manis itu.
Imra',jangan tinggalkan Abang Ken lagi,Abang Ken tak kuat sayang...
...
Wafi berlari pantas menuju ke ward NICU bila dia dengar sahaja tentang Imra'.Mujurlah dia tengah waktu rehat.
Dari jauh Wafi dah nampak kelibat Norman,Nora,Zamir dan juga....Ken duduk di luar.
"Asalammualaikum.Kenapa dengan Imra'?"Tanya Wafi tanpa bertangguh,terdengar mengah dia akibat berlari dari bilik rawatan.
Zamir tarik Wafi jauh dari tiga beranak itu.
"Kenapa ayah?Kenapa dengan Imra'?"Perlahan Wafi bertanya.Dari riak wajah Zamir Wafi dah dapat teka,mesti ada benda yang buruk sedang terjadi.
"Imra' collapse."
"Kenapa sampai boleh collapse?"
Zamir berfikir sebelum mulutnya dibuka.
"It's stage 4."Perlahan,hampir tidak berbunyi tapi masih mampu Wafi tangkap.
"Apa ayah?"
Zamir angguk. "Diorang dah buat blood chemistry studies,there are too many lymphocytes in the blood and too few platelets.MRI pun dah keluar,lymph nodes,liver Imra' larger than normal,they are swells."Zamir bisik perlahan cukup untuk pendengaran mereka berdua.
Sebelah tangan Wafi letakkan ke pinggangnya,sebelah lagi memicit dahi yang mula berdenyut bila mendengar apa yang Zamir katakan.
"Tapi Imra' okay je sebelum ni.."Suara Wafi mula serak.
"The lymphocytes grow faster than we expected."
Ya Allah...
"Berapa lama yang Imra' ada?"Berat untuk Wafi menyoala tapi dia perlu tahu.
Zamir menggeleng perlahan.
Fahamlah Wafi.
Imra' tak punya banyak masa.Dia pusing belakang untuk melihat Ken,dan tanpa disangka Ken juga sedang melihat Wafi.
Mata mereka bertentangan,Wafi hadiahkan satu senyuman lembut.Dia lupa tentang marahnya pada Ken.
Bagaimana Ken menerima semua ini?
.....
"Asalammualaikum Imra'.."Ken bisik ke telinga Imra'.
Imra' buka matanya perlahan-lahan.Terkelip-kelip mata itu memandang Ken sebelum bibir kering itu mereka senyum.
"Waalaikumusalam Abang Ken."Lambat-lambat Imra' menjawab salam.
"Abang Ken datang ni..."
"Imra' rin..rindu Abang Ken."
Ken angguk sambil senyum kecil.
"Abang pun rindu Imra'."Ken genggam tangan kecil Imra',sejuk.
"Abang Ken sakit ke?"Imra' letakkan tangan kecil itu pada muka Ken.Benar,Ken nampak kurus.Pipinya sedikit cengkung.
"Tak,Abang Ken sihat.Abang Ken mana boleh sakit,kalau sakit macam mana nak jaga Imra'?"
Imra' cuba juga untuk gelak walaupun Ken nampak payah.
"Imra' tak sakit..."Kata Imra' perlahan.
Ken kesat air mata di pipinya yang mula jatuh.
"Tak,Imra' tak sakit.Imra' sihat.Siapa kata Imra' sakit?"Ken paksa bibirnya untuk melebar.Tangannya sudah singgah di dahi Imra'.
"Abang Ken jangan lah nangis...kan Imra' tak sakit."Imra' lap air mata Ken dengan tangan kecilnya buatkan air mata Ken makin laju keluar.
"Tak,Abang Ken tak nangis...air mata ni jahat keluar.."Ken tarik nafas dalam-dalam.
Ken diam memerhati Imra' yang sedang berkerut kening tiba-tiba.
"Imra',Imra' kenapa sayang?Sakit ke?"
"Tak,Imra' terfikir boleh tak Imra' nak mintak sesuatu?"
"Apa sayang?Cakap je Imra' nak apa?"Ken rapatkan badannya agar lebih dekat dengan muka Imra'.
Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk Imra',Imra' Cuma perlu katakan sahaja.
"Imra' nak pergi pantai.."Mata itu memandang Ken penuh mengharap.
"Tapi Imra' tak-"
"Imra' sihat.Imra' kuat.Imra' teringin nak pergi pantai."
Ken tergamam.Kalau Imra' sihat sudah lama Ken bawa Imra' keluar dari hospital ini.Tapi Imra' terlampau lemah hatta untuk berdiri.
Kepala yang tidak berambut itu dia usap perlahan.
"Please Abang Ken..."Rayu Imra' perlahan,lemah. "Imra' tak tahu bila lagi Imra' boleh pergi pantai.."
Hampir sahaja esak Ken terlepas.
"Abang cakap dengan doktor dulu ya?"Ken tak mahu hampakan Imra'.Tak,dia tak sampai hati untuk hampakan puteri kesayangannya ini.Dia akan cuba usahakan agar Imra' dapat ke pantai.
Imra' kerdipkan matanya sambil senyum kecil membenarkan Ken buat apa sahaja yang perlu.Imra' terlampau mahu ke pantai.
Ken cium dahi Imra' sebelum dia bangun dan bergerak keluar dari unit rawatan rapi kanak-kanak ini.Di luar sudah sedia semua ahli keluarganya dan juga Zamir dan Wafi menunggu.
Air mata yang tadinya mengalir Ken kesat.
"Macam mana Edry?"
"Boleh tak Edry nak bawak Imra' keluar dari hospital Cik Zam?"Ken pandang dalam-dalam wajah tua itu.
"Ha?"Zamir terkejut.Ken nak bawak Imra' ke mana?Imra' terlampau lemah untuk dibawa keluar.
"Edry nak bawa Imra' ke mana?"Itu dari Nora.
"Pantai,Imra' nak pergi pantai."
"Nonsense."Norman menggumam perlahan.
"It's too risky Edry."Zamir berikan pendapat jujur dia.
"Please Cik Zam,she is dying,all she want is go to the beach.Kalau tahan dia dekat sini pun,apa yang hospital boleh buat?"Sambil bercakap ken tak dapat tahan air matanya dari mengalir.
"Tapi dia terlampau lemah Edry.She is too weak,fragile.Kalau dekat pantai tu kita tak tahu apa yang akan jadi.Anything can happen."
"Please Cik Zam,I beg you.Just say whatever you want me to do,I'll do it...please let me bring he rto the beach."Ken pegang tangan Zamir.
Zamir mengeluh berat.
"Boleh,tapi dengan syarat."
"Apa Cik Zam?Bagi tahu je syaratnya."
"You need someone to watch over Imra',pantau dia in case something happen."
"I'm okay.As long as Imra' boleh keluar."Ken mula tersenyum.Imra',Abang Ken akan bawak Imra' tengok laut.
"Masalah sekarang,kita kurang doktor yang available untuk ikut Ken."
Terus mati harapan Ken.
"No one Cik Zam?"
"Semua ada jadual masing-masing Edry."
"Don't worry,saya ada."Satu suara dari belakang menyampuk tiba-tiba.Ken menoleh,Wafi sudah berdiri di sebelahnya.
Wafi pandang ken sekilas sebelum mukanya dialihkan ke Zamir.
"Doktor Zamir,saya off duty pukul lima nanti.Saya boleh assist LLA patients Imra' keluar atas izin dari Doktor Zamir dan pihak atasan."Kata Wafi dengan yakin.
"Awak sanggup take this risk dan bertanggungjawab sekiranya terjadi apa-apa terhadap pesakit?"
Angguk.
Zamir tepuk bahu Ken perlahan sambil hadiahkan senyuman kecil.
"Follow me,we still have a procedure to do."
Ken menekup mulut,air mata yang tadinya sudah kering kini mengalir lagi.
Wafi menunduk melihat melihat kegembiraan Ken.Hanya ini yang mampu dia lakukan untuk menggembirakan Imra',biarlah dia sakit sekejap bila harus berhadapan dengan Khairil Edry .
Asalkan Imra' bahagia di akhir-akhir hayatnya.
....
Angin pantai mula menampar muka Ken buatkan rambutnya terbuai-buai.
"Imra'...Imra'...bukak mata sayang.Kita dah sampai."Ken lembut mengejut Imra' yang terpejam matanya,lemah berpaut di bahu Ken.
"Imra'..bangun sayang.Kita dah sampai pantai.."Ken cuba lagi.
Perlahan-lahan,kelopak mata Imra' terbuka,kecil lama kelamaan membesar.
Dapat Ken lihat bibir Imra' melebar bila matanya terpandangkan air laut yang menguning kerana biasan cahaya matahari yang hampir terbenam.
"Pantai..."Serak.
"Ya sayang.Pantai.Cantik tak?"
"Cantik..."
Imra' di belakang badan Ken melempar pandang pada hamparan laut yang tiada berpenghujung.Memandang jauh ke hujung sana cuba mencari titik hujung air laut.Tapi tak jumpa.
"Luasnya laut..."
"Luas sangat..."
"Macam Abang Ken sayang Imra'?"Imra' benamkan mukanya ke celahan leher Ken.
"More than you know sayang,more than you know."
Bahagia Imra' yang mendengarnya.
"Abang Ken,nak rasa pasir.."
Ken pandang ke belakang,ada Wafi yang setia mengikut mereka.Ken beri isyarat mata agar membantu dia untuk dudukkan Imra'.
Wafi datang dekat,tubuh lemah Imra' Wafi angkat dengan sangat berhati-hati kemudian dia serahkan pada Ken yang sudah pun duduk bersila di atas pasir.
Ken sambut Imra' dengan penuh kasih sayang bimbang Imra' tercedera.
She' s too fragile.
Imra' menyandar selesa atas ribaan lelaki kesayangannya ini.
Ken genggam pasir dan dia letakkan sedikit ke dalam tangan Imra'.
"Nah rasa pasir."Ken taburkan pasir.
Tangan kecil itu meramas pasir perlahan-lahan,menghayati bagaimana tekstur pasir.Jelas Imra' kagum.
"Lembut..."
"Hurm.."
"Abang Ken..."Panggil Imra' manja.
"Ya sayang?"
"Kak Wafi..."Imra' toleh ke kiri melihat Wafi yang duduk sedikit jauh dari mereka.
Wafi yang sedar dirinya dipanggil merapati.Air mata dia kesat,tak mahu dilihat Imra'.
"Ya Imra'.."
"Jangan lah gaduh lagi."
Ken dan Wafi berpandangan antara satu sama lain.
"Mana ada kitorang gaduh.Kak Wafi sibuk sebab tu selalu tak dapat ikut Imra' jalan-jalan."Ken cuba terangkan pada Imra'.
"Yeke?"
"Ye Imra'.Kan Kak Wafi banyak kerja dekat hospital,kawan-kawan Imra' dekat hospital ramai yang Kak Wafi kena ubatkan."Wafi capai tangan kecil Wafi,dia bersihkan pasir yang melekat.
"Takpelah kalau macam tu."
"Imra' cepat-cepat sihat,boleh kita jalan sama-sama."Ken menunduk dan kucup pipi cengkung Imra' penuh sayang.
Imra' diam sahaja merenung pantai.
"Abang Ken,kalau Imra' mati,Imra' boleh jumpa umi dengan abi?"
Ken ketap bibir bila mendengar soalan polos Imra'.Ya Allah..kuatkan aku,kuatkan aku..
"Imra' rindu umi dengan abi.Tadi masa tidur Imra' mimpi umi dengan abi datang,umi senyum dekat Imra'."
Imra' gelak kecil.
"Bila Imra' kata Imra' rindu umi abi,diorang senyum je dekat Imra'.Lepas tu umi abi macam nak pergi,tapi Imra' tahan.Imra' tanya boleh tak Imra' nak ikut,abi angguk.Lepas tu Imra' dengar suara Abang Ken.Umi dengan abi dah mati kan Abang Ken?Imra' kena mati dulu ke baru boleh ikut diorang?"Imra' mendongak memandang Ken yang dah basah pipinya mendengar luahan hati Imra'tul Aisyah,permata hatinya.
"Abang Ken,janganlah nangis...."Imra' sapu air mata Ken.
Ken tak mampu menahan sebak,lantas Imra' dia tarik,hilang dalam dakapannya.
"Please don't go Imra'..please don't leave me."Ken menangis tanpa dapat dia tahan.Sedihnya tak terkata hanya memikirkan Imra' akan tinggalkan dia.
"Imra' tak pergi mana-mana,Imra' ada,Imra' tak tinggalkan Abang Ken..Imra' kan sayang Abang Ken."Imra tepuk perlahan-lahan dada Ken,memujuk lelaki kesayangannya ini sebagaimana Ken selalu memjuk Imra'.
"I love you Imra',love you so much."
Wafi tak mampu.
Dia bangun dan berjalan jauh dari mereka berdua.
Wafi sangka dia kuat.
Tak dia lemah.
Dia kalah.
....
"Abang Ken,cerita..."
"Tidurlah Imra'.Imra' penat kan?"
"Tak nak,Imra' nak Abang Ken cerita."
"Cerita apa?Imra' kan penat.Tidur dulu.Nanti bangun Abang Ken cerita."
"Tapi Abang Ken dah janji."Mata cantik berwarna coklat itu terkebil-kebil pandang Ken.
Ken gelak kecil.Hidungnya yang berair dia lap dengan hujung lengan baju.
Imra' lain benar malam ini.Petang tadi,balik sahaja dari pantai,Imra' terus jadi ceria.Semua benda dia mahu lakukan.
Makan mahu Ken suapkan,bermain,tukarkan baju,lap badan.Senang cerita Imra' sangat manja berbanding hari-hari biasa.Sekejap pun dia tak nak berenggang dengan Ken.
"Bila abang janji?"
"Hari tu.."
"Abang Ken kata apa?"
"Abang Ken janji nak cerita bila Imra' nak tidur."
Ken ingat.Waktu yang dia datang menjenguk Imra' membuat kemoterapi.
"Imra' nak dengar cerita apa?"
"Apa-apa je."
"Okay..."Ken tarik nafas. "Once upon a time,ada sorang budak lelaki ni,dia sakit.Sakit teruk sangat,sampai dia tak rasa yang dia akan hidup.Hari-hari dia kena makan ubat yang pahit,tapi dia kuat."
Ken mulakan cerita.
"Sakit macam Imra' ke?"
"Urm."Ken angguk.
"Lepas tu?"
"Lepas tu,Allah bagi dia kehidupan,bila doktor kata yang penyakit dia hilang. Dia pun mula hidup macam kanak-kanak biasa.Pergi sekolah,pergi jalan-jalan,ada kawan.."
Imra' cuma dengar.
"Lepas tu,bila dia dah mula selesa dengan hidup dia,sekali lagi Allah bagi ujian dekat dia.Dia jatuh pengsan,dan bila dia sedar dia dah ada dekat hospital."
"Dia sakit lagi?"
"Ya,dia sakit semula.Kali ni dia tak rasa yang dia ada harapan untuk hidup.Sebab doktor kata yang sakit dia lagi teruk dari dia mula-mula kena.Budak lelaki ni pun kena pindah masuk hospital.Dekat hospital ni dia jumpa kawab baru,yang sakitnya lebih kurang macam penyakit dia."
Ken berhenti kejap mengambil nafas.
"Kawan dia ni nama Najmi.Najmi ni baik,baik sangat.Bila budak lelaki tu rasa putus asa,Najmi selalu bagi cakap dekat dia yang dia tak boleh lemah.Dia tak boleh putus asa.Kalau dia lemah,sakit tu menang."
"Lama-lama budak lelaki tu boleh terima yang sakit dia tu tanda Allah sayang.Makin banyak dia menangis,makin banyak dia rasa sakit,makin banyak Allah sayang."
"Allah sayang Imra' sebab tu dia bagi Imra' sakit?"Soal Imra' polos.
"Sayang sangat,lebih dari Abang Ken sayang Imra'."
Seronoknya Imra' dengar,Tuhan sayang Imra'!
"Lepas tu?"
"Lepas tu,lelaki tu dengan Najmi kawan baik,semua benda yang diorang buat,diorang buat sama-sama.Sampai lah satu masa,lelaki tu dah semakin sembuh,Najmi pun.Tapi lelaki tu boleh keluar hospital dulu dari Najmi."
Ken berhenti sekejap.Air matanya bertakung.
Dia lihat mata Imra' mula memberat.Ken teruskan cerita.
"Diorang janji yang diorang akan keluar sama-sama untuk celebrate kesihatan masing-masing.Bila hari yang diorang janji tu sampai,lelaki tu pun datang hospital semula nak jumpa Najmi.Tapi...lelaki tu dapat tahu yang Najmi sakit teruk pagi tu dan kena masuk ICU.Dia tunggu,lama...just untuk dengar yang Najmi dah tak ada."
"Sejak dari tu,dia putus asa.Dia tak nak terima rawatan,dia hilang harapan.Budak lelaki tu dah jadi orang lain sebab sedih sangat bila Najmi tinggalkan dia,dia rasa Najmi mungkir janji."Ken pegang tangan Imra' yang sudah singgah di pipinya.
"Sampailah,dia jumpa dengan pasangan suami isteri ni dengan anak dia,comel...comel sangat."
"Iya?"Imra' teruja.
Ken ramas pipi Imra'.
"Comel..."
"Lepas tu?"
"Lepas tu lelaki tu dapat tahu yang rupanya baby comel tu sakit.Walaupun mak ayah dia susah,tapi diorang usahakan juga supaya anak dia tak sakit,hantar pegi hospital.Suruh doktor rawat."
"Lelaki tu pun sedar,yang dia manusia yang tak bersyukur,dia mampu untuk rawat sakit dia,tapi dia sia-siakan,tapi suami isteri tu susah,tapi sebab dia sayang sangat dengan anak dia,diorang sanggup buat apa je supaya anak dia sihat semula."
"Lepas tu dia pergi jumpa doktor tak?"Imra' menyoal.
"Pergi sampai dia sihat semula.Sebab dia kagum dengan baby tu yang kuat sangat.Sejak dari tu dia berubah jadi diri dia yang dulu semula.Yang penting sekali,dia sayang sangat dekat baby tu sebab baby tu bagi dia semangat untuk hidup.The end..."Ken senyum tawa sambil tepuk-tepuk tangannya.
"Bestnya...Imra' nak jadi macam baby tu lah."Imra' makin perlahan suaranya.Matanya kuyu,Ken perasan dari tadi Imra' lawan mata dari tidur.
"Boleh..."
"Abang Ken,Imra' mengantuk."
"Tidurlah sayang.."
"Tapi Imra' takut tak bangun dah."
Ken tergamam.
"Tak,jangan lah cakap macam tu.Imra' tidur,nanti esok kita main lagi."
"Imra' sayang Abang Ken tau?"
"Abang tahu,abang pun sayang Imra' sangat-sangat."
"Jangan sedih kalau Imra' tak bangun."
Ken terdiam lagi.
"Tidurlah.."Ken tepuk-tepuk lembut lengan Imra',memujuk anak kecil itu untuk tidur.
Perlahan-lahan mata Imra' terpejam.
"Imra' sayang Abang Ken.."Bisik Imra' perlahan sebelum tenggelam dalam lena.
"Me too.."Jawab Ken.Dia rasa lain macam sangat,rasa tak sedap hati.Bila yakin Imra' betul-betul dah lena,Ken bangun,pipi dan dahi Imra' dikucup.Lama dia perhatikan Imra' yang suci sahaja tidur sebelum dia keluar.
Selamat malam,tidurlah sayangku..
....
"Edry...Imra' dah tak ada."
Ken melorot jatuh.
Kosong.
"Abang Ken.."
"Iya sayang.."
"Cerita..."
"Nantilah sayang,Imra' tidur dulu."
"Tapi..."
"Imra' tidur dulu,nanti bila Imra' bangun abang janji bacakan Imra' bedtime story."
"Janji yang Abang Ken akan bacakan Imra' bedtime story?"
"Janji!"
"Bila?"
"Bila Imra' nak tidurlah."
"Ye la tu."
"Iyaaaa...nanti Abang Ken bacakan Imra' cerita bila Imra' nak tidur."
"Janji?"
"Janji...."
"Imra' cerita yang Abang Ken baik,selalu datang tengok Imra',peluk Imra' bila Imra' sakit,sayang Imra' banyak-banyak macam umi dengan abi.."
"Yeke Abang Ken sayang Imra'?"
"Tak lah,siapa entah sayang dia..".
"Abang Ken tak sayang Imra' dah ke?"
"Tak."
"Alah,sorry,sorry.Abang Ken sayang Imra'....sayang sangat.Abang gurau je,jangan lah nangis sayang..shh,shh."
"Kalau Abang Ken tak sayang Imra',siapa lagi nak sayang Imra'?"
"Shh sayang,sorry,Abang Ken gurau,Abang Ken ada,Abang Ken sayang Imra'.."
"Janji?"
"Janji princess.."
"Sayang Imra' sampai mati?"
"Abang Ken janji?"
"Sayang Imra' sampai mati."
Tidurlah Imra',abang tahu Imra' penat.Imra' tak payah tipu dah,kata Imra' tak sakit.
Tidurlah,sayangku...
*Susun sepuluh jari!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top