31
PEMUDA E.R
He is dangerous
Bu he will be a legendary
SEMALAM, Datin Seri Linda dijatuhkan hukuman sebat enam kali dan dipenjarakan sepuluh tahun kerana terlibat dengan melakukan peniruan senjata api dan memperdagangkan senjata tersebut di pasaran gelap bersama orang yang bersubahat dalam kejadian tersebut.
Lelaki bernama Eriz akan menghadapi hukuman sampai mati kerana melepaskan tembakan menggunakan senjata tiruan. Sebenarnya peluru yang diisi dengan bahan kimia berbahaya yang menyebabkan lengan kanan serta bahu Izzkhair mengalami kelumpuhan.
Eh, White Knight kena tangkap ke? Eh, tidak... White Knight sebenarnya bekerjasama dengan pihak polis dalam menangkap jenayah. Kiranya seperti Endanger Regulation ini kumpulan penjenayahlah. Malah, senjata api milik White Knight itu berdaftar.
Sejak kematian suami Datin Seri Linda lima bulan yang lalu gara - gara perbuatan Ah Long, Datin Seri Linda dahagakan duit untuk membayar hutang Ah Long dengan bunga yang melampau - lampau! Jadi, dia memilih untuk masuk ke dunia jenayah demi membayar segala hutang suaminya.
"Assamualaikum!"
Alia yang sedang sibuk bermain game FreeFire bersorak apabila berjaya mengalahkan musuh. Entah dengar atau tidak orang memberi salam tersebut.
"Wey, Alia. Kau tak dengar ke orang bagi salam itu? Sejak kebelakangan ini main FreeFire sahaja kerjanya." Amanda merungut dengan tabiat rakan serumahnya sejak kebelakangan ini. Halau dari rumah nanti baru tahu.
"Ala, kau nanti kan nak tunang dengan Fitri. Dahlah main cinta - cintun dengan Fitri waktu aku kena culik." Alia menukar topik bagi mengelakkan Amanda terus membebel. "Ha, pergi buka pintu."
"Eee, geram aku dengan kau ini." Amanda beralah, malas mahu berdebat dengan bekas Permaisuri Debat Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Damai. Nanti dia juga akan kalah nanti.
Alia tidak membalas sebaliknya kembali menumpukan perhatian pada game.
"Ada kepala bayi!" Serentak dengan itu, sebuah kepala anak patung hinggap pada ribanya.
Alia apa lagi? Terus melompat dan menjerit nyaring dibuatnya. Dada Alia naik dan turun menahan rasa bengang membuak - buak dalam hati. Alia memandang Siao Fang yang sedaya - upaya menahan gelak.
Nasiblah dia baik, kalau tidak pasti Siao Fang akan dia junamkan dalam tangki Indah Water.
"Hai, Alia! You sihat?" Sapa Ummi lalu berlaga pipi dengan Alia.
"Sihat je. Alhamdulillah." Ujar Alia sambil meletakkan tangan pada dada, ala - ala penceramah mengakhirkan usrahnya.
"Memanglah. Dah aku yang masak. Tu nampak berisi lagi." Sampuk Amanda dengan niat mahu mengusik Alia.
"Woi!" Alia berteriak memarahi Amanda yang berada di dapur. Terbongkar sudah rahsianya.
"Patutlah gemuk." Alia mencari suara yang berkata tidak bertapis itu. Kelihatan Izzkhair di dalam skrin melambai tangannya.
"Ingatkan seminggu pergi universiti ni bijak sikit. Saya pergi santau awak baru tahu." Ugut Alia.
Oh, Izzkhair kini menjejakkan kaki ke luar negara untuk belajar di universiti! Tidak Alia sangka yang Izzkhair muda tiga tahun daripadanya! Patutlah perangai tidak matang.
Izzkhair tersenyum, tidak terkesan dengan ugutan Alia. "Lah, bukan saya cakap. Saya tafsirkan bisikan Siao Fang tadi."
Alia menjeling ke arah Siao Fang. Siao Fang berpeluh memandang ke kiri dan ke kanan. Lah, si Izzkhair ini dengar apa yang dia kata. Tidak guna betul.
"Aduh... Sakit perut pula. Oh... Pegang tablet ini, Jack." Siao Fang melarikan diri dari kesalahannya mengutuk Alia. Sempat lagi disapa Amanda untuk ditanya di manakah tandas berada.
"Nah, air." Amanda meletakkan sedulang air ke atas sebuah meja kecil di ruang tamu itu.
"Terima kasih..." Ucap Ummi.
"Wah, rajinnya." Alia mencapai sebuah gelas sebelum menghirup sedikit air milo suam itu.
"Yalah, aku bukan macam kau." Terdiam sekejap Alia mendengar sindiran Amanda. Senyuman tidak ikhlas terlukis pada mukanya. Eh, nanti ada juga yang aku bunuh malam ini.
Amanda kemudiannya berlalu ke bilik, tidak mahu mengganggu mesyuarat tingkap Alia bersama teman - temannya.
"Huhuhu, tak dapat rasa." Izzkhair meluahkan rasa kecewa melihat semua orang menikmati air milo di sebalik talian.
"Nak?" Ummi menghulurkan cawan betul - Betul di hadapan tablet Jack sebelum membawa kembali ke dadanya. "Tak boleh..."
"Tak apa. Tak baik dilayan orang gila. Sebab itu saya tanya ayah. Ayah, buatlah sesuatu." Sempat lagi Izzkhair merapu pada hujung kata.
Nasib baik buat Izzkhair kerana Ummi tidak mendengar ejekan itu. Kalau tidak, pasti ada pertandingan gusti antara Izzkhair dengan isteri Jack.
"Kepala otak engkau. Merapu pula dia." Jack terasa terganggu untuk minum air mendengar lawak bodoh Izzkhair. "Oh ya, bahu kau itu macam mana? Kau pasti kau okay?"
"Ala, bahu kanan saja yang lumpuh. Bahu kiri okay lagi. Jangan risaulah. Dah, dah jemput minum." Jelas Izzkhair tidak mahu sepupunya khuatir dengan nasib dirinya.
"Oh, ya. Apa maksud Siao Fang pura - pura belot daripada kumpulan WK?" Alia bersuara menanyakan soalan yang kian bermain di mindanya.
Siao Fang yang entah datang dari mana memulakan cerita. "Enam bulan yang lepas, kitaorang mendapati ada seorang pembelot dalam kumpulan WK. Sebabkan.. Setiap kegiatan kitaorang menangkap penjenayah ataupun musuh ER mesti akan diketahui oleh agensi tersebut."
"Kau gila ke?" Siao Fang memejamkan mata apabila ditengking sebegitu rupa oleh Jack.
Perlahan - lahan Siao Fang menuturkan kata. "Perlahankan sedikit suara kau. Aku takut si pembelot itu terdengar. Ini sahaja jalan yang ada. Aku akan bawa Anita dan Afidah menyertai misi ini."
"Tapi... Ini semua kerja gila," Jack jelas tidak setuju dengan rancangan Siao Fang.
"Percaya pada aku. Semuanya akan selamat," Siao Fang cuba meyakinkan Jack untuk meneruskan rancangannya.
Jack memandang Siao Fang, tidak puas hati. Dia memberikan satu kemungkinan. "Macam mana kalau kau tertangkap?"
Siao Fang menggeleng. Satu senyuman terukir pada wajahnya. "Tak akan sebab Alia bukanlah macam perempuan lain yang berada di luar sana. Dia perempuan yang istimewa."
Siao Fang menyambung penceritaan. "Arifah dan... Afidah itu kawan lama aku. Arifah pun dah keluar dari Endanger sejak dia bekerjasama larikan kau. Apa yang kau dengar daripada adik aku, bahawa Jack datang ambil Pasukan White Knight sebenarnya hanya satu penipuan semata - mata."
"Itu memang pasukan Endanger Regulation yang menyerang hari itu. Dan Uzaiman dan Ridzwan tiada masa itu kerana berada di rumah. Seorang layan isteri - isteri manakala seorang lagi main game di rumah. Disebabkan Sina Yaya bukan ahli WK, Jack terpaksa menipu supaya Eriz tidak syak apa - apa."
"Dahulu, Pemuda ER merupakan musuh kepada Endanger Regulation. Pemuda ER dahulu ialah gelaran bagi atuk Jack juga bekas ketua White Knight. Beliau digelarkan sebegitu kerana kehandalan dia dalam menembak dan ramai ahli ER ditangkap dan mati di dalam tangannya." Panjang lebar Siao Fang menerangkan. Dia menghela nafas panjang dan membenarkan Jack meneruskan penceritaan.
"Lepas tu. Siao Fang ni ada idea yang hebatlah katanya. Dia masuk ke dalam kumpulan Datin Seri Linda dan pura - pura belot dari kumpulan White Knight untuk mengaburi mata perisik ER itu. Dan Siao Fang sengaja biarkan awak tengah Jalan Karak itu dan arahkan Izzkhair ambil awak."
Jalan Karak?
"Encik kenapa? Tolong! Tolong saya!" Sebaik sahaja Alia berteriak meminta pertolongan, pipinya ditampar oleh lelaki muda itu.
"Diam, diamlah bodoh!" Lelaki muda itu naik berang dengan kebisingan Alia. Namun, kemarahan itu tidak lama tatkala wajah lembut Alia menenangkan hatinya.
"Kenapa ada gadis cantik macam kau mengesot dekat sini. Apa kata aku isi masa lapang kau, nak?" Nada suara lelaki itu berubah miang membuatkan mana - mana wanita yang melalui situasi ini ketakutan.
"Kenapa muka you pucat, Alia?" Ummi yang sedar perubahan wajah Alia menegur wanita itu.
Alia menggeleng laju. "Tak, saya okay."
"Bye kau orang! Bye! Aku nak pergi sekolah... Eh, silap! Universiti!" Izzkhair menutup panggilan video itu serta - merta. Ini mesti bersiap pada saat - saat akhir.
Jack merenung pada jam tangannya. "Eh, jom balik. Dah pukul 10:30 ini. Kitaorang datang sini sekejap je. Eh, sayang. Awak kata nak ambil baju mengandung awak dekat kedai jahit?"
"Oh My Jack! Betullah you! Ish, I ini pelupa betul!" Ummi panik meletakkkan cawan pada dulang. Dia membetulkan kedudukan bajunya.
Alia menghantar mereka bertiga ke muka pintu. Tangannya melambai ke arah mereka. "Bye!"
"Korang pergilah kedai jahit itu. Aku nak cakap dengan Alia sekejap." Alia berhenti melambai mendengar bicara Siao Fang. Eh? Kenapa dengan dia ini.
"Yalah..." Sahut Jack. Beberapa minit selepas itu, kereta Jack menyusuri jalan meninggalkan rumah sewa tersebut.
Alia bertanya sambil memandang wajah Siao Fang. "Awak nak kata apa?"
"I'm sorry. I'm sorry for what I have done for you." Siao Fang memohon maaf dalam nada yang lembut. "Saya minta maaf."
Air matanya yang tumpah tanpa disedari segera dia seka. "Sampai hati awak tinggalkan saya dekat Jalan Karak seorang diri? Awak tak tahu ke saya diserang pencabul? Awak tahu tak..."
"Saya minta maaf. Kalau awak nak pukul... Uhuk! Uhuk!" Siao Fang terbatuk - batuk apabila dadanya ditumbuk kuat oleh Alia.
"Sakit gila..." Siao Fang memegang dadanya yang terasa perit. Nasib tidak patah tulang rusuk.
"Padan muka." Ujar Alia dengan penuh geram.
Siao Fang mengangkat tangan, mengaku kesalahannya. "Ya, ya saya salah. Jadi, awak maafkan saya?"
"Minta maaf panggil saya gemuk."
Siao Fang hanya melayan. "Ha yalah. Saya minta maaf. Awak cantik. Tak gemuk pun."
"Amboi, dua merpati sejoli sedang bercinta di depan pintu rumah saya. Wah, bila nak kahwin?" Merah padam muka mereka berdua mendengarkan usikan Amanda.
"Eee, memang taklah!" Alia secara spontan menolak Siao Fang kuat. Siao Fang kehilangan imbangan berpaut pada dinding. Alia ini memang.
"Saya balik dululah..."
"Ha, baliklah cepat!"
"Nak baliklah ini!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top