30

PEMUDA E.R
He might be cheerful
But he is dangerous

ALIA berundur ke belakang tatkala lelaki berhoodie itu cuba mendekatinya. Kau gila tidak berundur? Dia sudahlah pegang pistol! Ah, memang waktu begini kau tertinggal pistol, Alia!

   "Siapa kau sebenarnya? Syaitan atau manusia? Kenapa kau buat aku macam ni?" Si lelaki berhoodie itu tertawa mendengar soalan bertalu - talu daripada Alia.

   Alia memandang dia, hairan. Seingat aku tiada pula aku letak punchline  dalam soalan aku tadi.

   Tanpa menjawab soalan Alia, dia mengambil pistol dari poketnya sebelum dihalakan pada Alia.

   Alia menjadi panik. Eh, eh kenapa dia ini? Tiba - tiba keluarkan pistol lagi satu. Berapa banyak pistol Siao Fang ada?

   Alia memandang ke kiri dan ke kanan sebelum memandang pada dia kembali. Apa yang dia mahu buat?

   "Selamat tinggal, Alia..."

   Entah mengapa, seperti dalam drama filem, Alia memejamkan matanya, pasrah menanti darahnya menitik jatuh ke bawah.

   "Bang!"

   Tidak sebarang petanda ribut taufan, Alia jatuh disebabkan ditolak seseorang ke tepi. Alia mengaduh apabila bahunya terasa perit.

   "Kenapalah awak selalu macam ni?"

   Alia tersentak. Perlahan - lahan wajah yang menyelamatkan dirinya dipandang. Kelihatan Siao Fang menyapu - nyapu hoodienya yang kotor dengan tanah.

   Suara Alia seperti tersekat - sekat pada kerongkong. Jadi siapakah lelaki yang bertopeng E.R ini?

   "Siao Fang... Apa jadi?" Alia kelihatan keliru.

   "No time to explain." Siao Fang tidak memandang Alia sebaliknya merenung pemuda di hadapannya, tajam. Tangannya ditepuk perlahan. "Kau rupanya pengkhianat dalam kumpulan White Knight. Tak sia - sia aku pura - pura belot WK untuk tangkap manusia macam kau... Eriz."

   Eriz mengundur selangkah ke belakang, terkejut apabila identitinya telah terbongkar. Tiada yang bersuara antara mereka bertiga sehinggalah Eriz tertawa besar.

  "Hahahaha... Tak ku sangka yang kau ini bijak meneka! Tak perlulah aku menyarungkan topeng bodoh ini lagi." Rizu mencabut lalu mencampakkan topeng ER ke tepi. Alia terpana melihat wajah Eriz. Dapat dia lihat wajah Eriz penuh dengan dendam. Eriz juga menanggalkan satu cip dari lehernya. Itulah cip yang digunakan untuk mengubah suaranya menjadi suara Siao Fang.

   "Kenap..." Soalan Siao Fang dipotong apabila Eriz melayangkan penumbuk sulungnya pada dada Siao Fang sebagai salam perkenalan. Siao Fang berdecit menahan keperitan.

   Siao Fang cuba menerajang perut Eriz. Eriz tersenyum sinis melihat kesilapan Siao Fang dalam membuat langkah, bersedia memegang kaki lawannya. Namun, tindakan Eriz itu merupakan kesalahan terbesar tatkala sebuah penumbuk milik Siao Fang menghinggap kepalanya.

   Alia yang turut ingin membantu, menendang belakang Eriz. Bagai mempunyai deria keenam, Eriz mengelak ke tepi menyebabkan perut Siao Fang menjadi sasaran.

   "Aduh!" Siao Fang mengetap gigi. Apalah salah dia... Dada sudahlah kena tumbuk dengan Eriz manakala perutnya disepak oleh Alia.

   "Maaf. Huhuhu, saya nak tolong sahaja." Alia berasa bersalah atas kesakitan Siao Fang.

   "Jadi, tolong diam!" Eriz memaut leher Alia dari belakang. Alia meronta melepaskan diri tetapi apalah yang dia mampu jika melawan lelaki yang lebih kuat daripadanya. Hampir biru warna mukanya mencari nafas.

   Siao Fang yang perasan akan hal itu sekali lagi menumbuk wajah Eriz. Eriz memegang wajahnya sebelum memandang penuh rasa amarah pada Siao Fang.

   Bagaikan lembu yang ingin lari daripada disembelih, Eriz berlari dengan niat ingin menyondol Siao Fang. Kerana terlalu ikutkan amarah, Eriz tidak menyedari bahawa dia tersilap dalam pencaturan. Siao Fang melangkah ke kanan selangkah sebelum mengunci tangan Eriz kemudian merebahkan dia ke tanah.

   Alia yang masih tercungap - cungap mengambil nafas memandang Eriz yang sudah jatuh ke tanah dengan penuh rasa lega. Akhirnya watak antagonis sudah tewas!

   "Lepaskan aku! Lepaskan aku!" Eriz memberontak, cuba melepaskan diri namun sayang seribu kali sayang apabila kaki dan tangannya dikunci oleh Siao Fang.

   "Diamlah." Tangan kanan Siao Fang mengeluarkan tali dari poket hoodienya. "Alia, tolong ikat tangan Eriz. Ikat kuat - kuat."

   "Okay." Alia menurut arahan, menghampiri Siao Fang. Tali yang ada pada tapak tangan Siao Fang diambil. Sempat lagi Alia tersenyum mirip senyuman penjahat filem Melayu. Bolehlah tunjuk kemahiran dia dalam mengikat simpul mati.

   Dalam masa 2 minit, Alia berjaya mengikat simpul mati tangan berserta kaki milik pembelot White Knight itu. Siao Fang melepaskan tangan dan kaki Eriz dan menarik nafas lega.

   Tiba - tiba, mereka berdua merasakan muncung pistol ditekapkan pada belakang mereka. Tidak mungkin jika orang di belakang mereka itu ialah Datin Seri Linda...

   "Lepaskan adik aku."

   Alia  menjeling sipi - sipi persekitaran belakang. Dia hanya nampak lengan berbaju hitam berbelang kuning. Sekejap... Ini bukankah pakaian yang dipakai Izzkhair pagi ini?

   Melihat Siao Fang dan Alia yang berdiam diri seperti menyalakan api pada minyak tanah. "Kau orang tunggu apa lagi? Bukalah tali itu!"

   Bibir bawah Siao Fang gigit. Dia bingung memikirkan jalan keluar. Jikalau dia berpaling dan melawan, Alia berisiko akan ditembak.

   "BUKA! Kalau tidak, aku tembak!"

   Siao Fang dengan pasrah bergerak mendekati Eriz yang mencium rumput. Tali yang diikat dibuka dengan gunting yang dikeluarkan dari poket.

   Alia dengan muka redha memandang tali yang putus itu. Penat - penat aku ikat, kena potong pula.

  Alia laju mendekati Siao Fang apabila muncung pistol itu tidak melekat pada belakangnya lagi. Alia memandang muka abang Eriz itu dengan riak tidak percaya. Betullah sangkaan dia. Itu Izzkhair.

   "Aku ingat kau akan sertai White Knight selaman..." Eriz terdiam apabila muncung pistol itu beralih ke arahnya. Satu helaan sinis datang dari mulut Eriz. "Sanggup kau nak bunuh adik susuan sendiri?"

   "Cukuplah Eriz. Kau tak perlu ikut arahan mama untuk belot pada WK." Pistol itu masih tidak lepas menghala pada adiknya.

  "Sekarang ini persoalannya. Datin Seri Linda itu mama kau atau mama aku? Kenapa seperti aku yang merupakan anak kandung dia?" Sindiran sinis daripada Eriz membuatkan Izzkhair naik bengang.

   "Anak kandung atau tidak, tak ada kena mengena dalam hal ini!" Izzkhair perlahan - lahan menjatuhkan pistolnya. "Please. Kau jangan ikut arahan mama lagi. Mama nak gunakan kau je Eriz. Kau faham ke tak? Aku nak selamatkan kau..."

   "Tak, jangan!" Siao Fang cuba memegang tangan Eriz yang mengangkat pistol tetapi semuanya telah terlambat. Bahu Izzkhair yang sebelah lagi berlubang kerana letusan tembakan daripada Eriz. Darah mengalir keluar dari lubang tersebut. Perasaan Izzkhair bercampur baur dengan rasa sedih dan kecewa.

   "Kau okay tak, Izzkhair? " Siao Fang mendekati Izzkhair, risau.

   "Aku tak suka orang banyak cakap."
 
   Raut wajah Siao Fang merah menahan marah. "Kau..."

   "Kejam!" Alia seolah dirasuk memukul Eriz membabi buta. Siao Fang dan Izzkhair pula rasa gerun mahu masuk campur melihat gaya Alia mencederakan Eriz.

  Alia kehabisan tenaga memandang Eriz dengan penuh rasa marah. "Izzkhair cuba selamatkan kau tadi. Kenapa kau tak hargai diri dia walaupun sedikit pun?"

   "Kau takkan faham." Siao Fang menendang tangan Eriz yang cuba menembak Alia. Pistol pada tangannya tercampak jauh. Wajah Siao Fang dipandang kosong oleh Rizu.

   "You wanna play a game, huh?"

   Siao Fang kelihatan bingung dengan kata - kata itu namun dia bersedia dengan apa - apa sahaja yang ingin dilakukan Eriz.

   "Berhenti, kami polis!"

   Beberapa orang polis mengejutkan muncul di pintu pagar mengejutkan mereka berempat. Siao Fang merebahkan diri ke atas lantai, lega semuanya berakhir. Seorang anggota polis menggaru kepalanya melihat kerenah Siao Fang. Apa bendalah budak zaman sekarang ini.

   Anggota polis yang lain meluru masuk ke dalam gudang melalui pintu hadapan, sekaligus mengejutkan Datin Seri Linda yang sibuk berperang tidak ingat dunia.

  "Woi, agak - agaklah. Awak baring atas tahi kucing." Alia menegur Siao Fang yang berbaring seperti berada di taman syurga.

   "Apa?" Siao Fang panik lalu bangun. Siap suruh Izzkhair memeriksa belakangnya lagi. Alia sedaya - upaya menyembunyikan tawanya. Kasihan Siao Fang. Sudahlah percakapannya selalu dipotong, diperdayakan pula oleh Alia.

   Eriz mengeluh melihat tangannya yang sudah digari. Dia membuang pandangan ke arah gudang. Kelihatan ibu susuannya sudah digari bersama lima orang penjahat yang lain.

   Game over, ER.

 

  

  

  

  

  

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top