28
PEMUDA E.R
He might be cheerful
But he is dangerous
"PRAK!" Ranting kayu yang patah dipijak Alia berbunyi. Persekitarannya diperhati setiap inci. Betulkah ini gudang markas White Knight?
Ada beberapa bahagian gudang ini tidak mempunyai pokok. Malah terdapat banyak lumut tumbuh celah - celah dinding. Terdapat beberapa kotak besi segi empat yang besar bersepah di sekitar markas itu.
"Seriuslah ni gudangnya? Buruknya," Laju mulut Alia mengucapkan kata tanpa bertapis. Jujur dia kata, gudang kumpulan ER lagi cantik daripada gudang ini!
Izzkhair tidak melayan tetapi bergerak menuju ke penjuru kanan pintu belakang gudang. Izzkhair mengusap lantai yang tidak berlumut itu. Lantai itu diketuk dan keluar seperti bunyi ketukan kayu.
"Okay, ini jalan ke bawah tanah." Izzkhair tersenyum apabila menjumpai jalan sebenar menuju ke markas White Knight.
Alia terkejut mendengar kenyataan Izzkhair. "Jalan bawah tanah?"
Izzkhair mengeluh kuat.
"Kenapa? Awak kena menari lagi ke kalau nak buka pintu?" Alia cuba meneka kata laluan untuk memasuki gudang bawah tanah tersebut.
"Bukan..." Izzkhair menggeleng perlahan. "Kena menyanyi."
"Oh... Jadi nyanyi jelah. Bukan saya nak nilai pun suara awak." Ujar Alia, memberi ruang untuk Izzkhair menyanyi. Padahal dia sudah bersedia memberi komen - komen pedas ke atas nyanyian Izzkhair. Eleh, dia pun pekak tona. (Eh, betulkah ejaan?)
"Okay..." Izzkhair berdehem, bersedia untuk menyanyi. "Bebaskan... Bebaskan... Tak mampu bertahan lagi... Bebaskan... Bebaskan... Bukanlah seperti dulu..."
Pintu gudang itu terbuka. "Woi! Woi! Siapa nyanyi subang sangat tu?"
Si pemilik suara itu mendongak mukanya. "Oh, Izzkhair rupanya. Patutlah suara sumbang semacam."
Izzkhair membuat muka menyampah mendengar kutukan penuh murni dari rakannya. "Sekurangnya suara aku lagi sedap dari kau, Amran."
"Ha, marilah masuk." Kepala Amran hilang masuk ke dalam ruangan bawah tanah.
"Alia, masuklah. Tapi dalam sikitlah. Kira - kira dua kaki, tidak silap aku."Izzkhair berura - ura masuk ke dalam menuruni tangga. Tangganya seperti tangga lubang saluran paip. Anak tangganya dilekatkan pada dinding.
"Tak naklah. Biar Amran turun dulu lepas itu saya turun dan baru awak turun dulu." Alia menolak sekeras - kerasnya. Dia bukan apa tetapi risau Izzkhair ini tidak semena - mena akan menjadi mata keranjang bila dia turun masuk setelah Izzkhair.
Pada awalnya, Izzkhair tidak memahami tetapi lama - kelamaan Izzkhair menyembunyikan senyuman gatalnya, memahami maksud Alia. Haih... Dia tidak adalah miang sebegitu!
"Haih... Yalah."
Minit digantikan dengan saat, Izzkhair melaungkan suaranya ke bawah. "Amran, dah turun ke?"
"Dah!"
"Ha, ladies first!" Izzkhair menunduk ala putera raja, mempersilakan Alia menuruni anak tangga terlebih dahulu.
Alia mengoyakkan senyumannya yang tidak dapat ditahan. "Yalah."
Sementara itu, Amran menari gaya raver di bawah sambil menunggu Alia dan Izzkhair menuruni anak tangga. Tangannya didepakan sebelum dihayunkan ke kanan dan ke kiri. Kakinya pula digoyangkan seperti orang mabuk.
Lama menari sebegitu, bahunya ditepuk oleh seseorang.
"Bang, abang... Ini bukan tempat abang, bang. Mari saya bawa abang ke Hospital Sakit Jiwa. Sekejap, saya nak hubungi pihak atasan." Izzkhair berpura - pura menelefon khidmat Hospital Tanjung Rambutan.
"Kepala otak engkaulah." Muka Amran berbahang menahan malu.
"Wah..." Alia terpesona melihat keadaan sekeliling. Ada banyak pistol, senapang serta berbagai senjata yang kebiasaan dijumpai dalam filem dan permainan video terpapar di hadapan mata. Ini kalau buat muzium pameran pistol mesti laku keras. Sedang dia sibuk meneliti keadaan markas tersebut, dia terperasan seorang lelaki berhoodie sedang bermain game di skrin telefonnya.
"Hei..." Baru sahaja Alia ingin menegur lelaki tersebut, lelaki itu tiba - tiba memegang perutnya lalu menaiki anak tangga keluar dari sini.
"Eriz tu. Dia nak pergi tandas dekat ataslah itu." Amran memberitahu nama lelaki itu kepada Alia.
Izzkhair mencapai sebatang senapang dari rak tergantung itu. Melihat keterujaan Alia, Izzkhair berkata. "Ha, sebab itu kita tak boleh nilai sesuatu daripada kulit bukunya."
"Ha, yalah. Sindirlah lagi. Sindir." Ujar Alia apabila merasakan Izzkhair seakan menyindirnya.
"Tak ada masa aku nak pujuk." Izzkhair mencampak senapang ke arah Alia. "Gunakan senapang itu."
Izzkhair menyusun beberapa patung tidak bermuka sejauh 1 meter di hadapan Alia. Ada empat jumlah semuanya. "Senapang ini kau tak boleh guna untuk jarak jauh. Boleh guna jarak dekat. Kalau nak tembak jarak jauh pun boleh sebenarnya tapi kau kena pandai sasarkan."
"Sebabkan kau begginer..." Izzkhair memasang skop pada senapang Alia. "Kau boleh sasarkan dengan senang sebab berdasarkan kau punya stamina, kau sesuai jadi penembak jarak dekat."
"So, sekarang. Tembak."
"Bang!"
Tembakan Alia melencong ke tempat lain. Tersasarkan sofa pula!
"Tch." Izzkhair menggeleng melihat cara Alia menembak. Tetapi puas sedikit hati dia. Tidaklah menyampah melihat Alia asyik terkembang - kembang hidung sahaja.
"Begini. Menembak menggunakan pistol dengan menggunakan senapang adalah dua cara berbeza. Kau tak boleh guna senapang macam guna pistol. Pegang bukan dengan satu tangan. Pegang dengan dua belah tangan. Satu tangan pegang hadapan. Satu tangan berada dekat dengan picu pistol." Izzkhair memberi penerangan lebar. Sudah seperti membentangkan kajian Sejarah pula.
Alia membetulkan kedudukan tangannya. Kepala patung itu dilihat melalui skop. Selesai mendapat titik fokus yang betul, Alia perlahan - lahan menarik picu!
Kepala patung yang berisi butir kapas itu terkoyak hasil tembusan sebutir peluru yang ditembak oleh Alia.
Amran melukiskan sebuah senyuman pada raut wajahnya. "Kau belajar dengan cepat."
"Ya, en?" Alia tersengih. Dalam masa yang sama, berasa hairan. Jadi, kenapa sebelum ini semasa pembelajaran Matematik, dia tidak faham walaupun sepatah haram pun!
"Bam! Bam! Bam!"
Bunyi seperti seseorang mengetuk siling dari atas. Beberapa ketika kemudian, Eriz terjatuh dari siling lalu menghempap sofa yang diletakkan di tepi dinding.
"Kenapa kau masuk ikut laluan tandas?" Amran menyoal dengan jantung yang berdebar - debar. Sepatutnya Eriz menggunakan laluan biasa tetapi jika dia menggunakan laluan alternatif...
"ER... ER sudah tiba ke sini!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top