25

PEMUDA E.R
He might be cheerful
But he dangerous

MERAH pipi Alia menahan rasa segan tatkala tangannya membelek beberapa helai baju wanita yang terdapat dalam sebungkus plastik. Memang cantik belaka semua pakaian ini! "Ummi, seriuslah awak beli semua ini untuk saya pagi tadi?"

   "Iyalah. Takkan nak kasi suami I pula! Nanti jadi Sajack pula!" Ummi tertawa jahat membayangkan Jack memakai gaun bagaikan seorang puteri. Namun tiada seorang pun yang gelak. Memang Ummi dengan Izzkhair ini kena ambil kelas untuk menjadi pelawak nampaknya.

  "Tak apalah. Nanti saya bayar. Mesti mahal ini." Alia mengeluh, menolak sambil kepalanya ligat memikirkan jumlah duit yang perlu dibayarnya.

   Melihatkan Alia seolah tidak mahukan baju - baju tersebut membuatkan Ummi naik panik. Tidak mungkin semua baju itu dia mahu pakai pula! "Why, girl? Sebab I beli dekat Tesco ke? Kalau buruk, I minta maaflah. Huhuhu, I hanya insan biasa yang bersuamikan arkitek serta seorang wanita yang cantik da..."

   Alia memotong percakapan Ummi yang asyik memuji dirinya sendiri. "Taklah, mana ada. Elok sahaja. Serius ini, tak perlu bayar?"

   "Eee, I kata tak payah bayar! Tak perlu bayarlah! I ikhlas tau belanja you!" Ummi sudah menunjukkan raut wajah yang garang menyebabkan Alia meneguk air liur ketakutan. Seram pula dia dengan isteri Mafia ini.

   Patutlah si Izzkhair itu tidak mahu mencari masalah dengan 'anak angkat' Ummi. Ketika itu, Alia menaruh syak bahawa Ummi merupakan guru disiplin di tempatnya bekerja.

   Raut wajah umi lama - kelamaan berubah menjadi tenang. "Tak payah bayar, okay?"

   Lambat - lambat Alia membalas. "Oh... Okay?"

   "Eh, bukan you ada kelas menembak dengan Izzkhair ke sekarang? Izzkhair rasanya tengah tunggu you dekat meja makan." Sebaik sahaja Ummi menghabiskan katanya, Alia seraya menepuk dahi.

   Astagfirullah! Dia terlupa!

...

   Maggi di dalam mangkuk itu digulung - gulung menggunakan garfu sebelum disuakan ke mulut. Kalau kau orang mahu tahu beginilah hidup seorang peniaga di pasar malam. Kadang - kadang sahaja makan benda yang enak. Tumpang pun rumah sepupu.

   "Suapan terakhir." Izzkhair bersedia mengangkat garfu separa mulutnya, mahu menghabiskan maggi.

   "Ha, makan tak baca bismillah!"

   "Mak cik anak atok aku!" Terhinjut bahu Izzkhair kerana dikejutkan. Garfu pun melayang entah ke mana.

   "Tidak... Maggi terakhir..." Izzkhair terduduk tepi kaki meja, meratap pengakhiran sarapan yang tidak dijangka.

   Alia hanya menonton drama terpapar Izzkhair. Izzkhair siap menumbuk lantai, seakan tidak menerima kenyataan. Satu saat drama itu berterusan barulah Alia menegur. "Woi, nak ajar saya menembak ke tak?"

   "Oh, ya."Bagaikan tiada apa - apa berlaku, Izzkhair mengutip garfu di atas lantai. Garfu dan sisa yang jatuh yang lain diletakkan ke dalam mangkuk sebelum kakinya berjalan menuju ke singki.

  "Jom, ikut aku." Izzkhair mengarahkan Alia mengekorinya dari belakang selesai sahaja dia membasuh pinggan. Mereka berdua naik ke tingkat atas dan bergerak menuju ke bilik Izzkhair.

   Saat itu, fikiran buruk Alia merasuk dirinya. Eh, kenapa tiba - tiba Izzkhair suruh masuk bilik dia? Kata mahu belajar menembak, kenapa mereka bukan berada di pandang.

   Memandangkan tubuh Alia yang kaku di situ membuatkan Izzkhair tertanya. "Lah... Napa kau duduk situ? Aku tak perlukan patung hiasan depan bilik. Masuklah. Kata nak belajar menembak."

   Perlahan - lahan Alia melangkah masuk ke dalam bilik Izzkhair namun jarak dia dengan tubuh Izzkhair sejauh 1 meter.

   Tidak semena - mena Izzkhair melaungkan sesuatu. "Baby shark doo doo doo. Baby shark doo doo doo. Baby shark doo doo doo. Baby shark!"

   Alia melopong melihat Izzkhair kini menari tarian lagu kanak - kanak yang agak popular satu ketika dahulu.

   "Mommy shark doo doo doo. Mommy shark doo doo doo. Mommy shark!" Sebaik sahaja tamat nyanyian Izzkhair, sebuah pintu dari atas siling terbuka dan tangga dijatuhkan ke bawah.

  "Itu kata laluan untuk masuk WK. Dahlah. Jom naik." Ujar Izzkhair lalu menjejak anak tangga untuk menaiki ke loteng, tempat ahli White Knight belajar menembak. Haih... Pelik benar kata laluan dia.

  "Macam awak tahu. Jack pergi kerja. Jadi dia izinkan sahaja saya guna loteng ni." Kotak segi empat lebar yang berada di atas meja dibuka. Terdapat beberapa pucuk pistol tersusun di dalam.

   Izzkhair mencapai sepucuk pistol sebelum diletakkan silencer. Nanti kalau mahu belajar menembak, kenalah diam sedikit. Tidaklah mahu ganggu jiran sebelah.

   "Siao Fang dulu ahli WK." Izzkhair melambung pistol itu ke arah wanita itu. Haih... Macam si Alia ini perempuan mafia pula dibuat begitu.

  Alia cepat - cepat menyambut lambungan itu dengan sambutan aras dada. Seperti main bola jaring pula. "Siao Fang dulu ahli WK? Serius?"

   Izzkhair mengangguk. "Tapi dia belot."

   Alia yang sedang meneliti ukiran pada permukaan pistol itu terhenti. Alia mengangkat wajahnya memandang Izzkhair. "Belot?"

   "Empat bulan yang lalu, ibu saudara dia iaitu Fanna  mahu kahwin dengan seorang lelaki dari kumpulan ER. Puas si Siao Fang tu pujuk Fanna tapi dia berdegil mahu kahwin dengan Uzaiman."

   Izzkhair mengambil sekerat nafas sebelum menyambung kembali ceritanya. "So, he get out from our team. Sebab dia tak mahu kalau dia terlibat dalam misi, dia akan bunuh 'pak cik' dia. Which it's can make her aunty gets really sad."

   Izzkhair mengeluarkan beberapa patung untuk menjadi sasaran tembakan dari dalam almari. Patung - patung itu disusun agak jauh dari Alia.

  "Bila awak masuk WK?" Soal Alia.

  Izzkhair mendongak memandang siling loteng. Mungkin ini kesan terminum air kopi yang terdapat dua ekor semut di dalamnya. "Oh, saya masuk WK lima bulan yang lepas. Tak adalah lama sangat. Masa lima bulan lepas pun saya kehilangan ayah saya."

   Alia mula rasa bersalah. "Inanlilalahiwainnahirojiun. Sorry wey. Kalau saya tahu. Saya takkan tanya!"

   "It's okay. Kejap en. Saya nak ambil pistol saya." Izzkhair bergerak menuju ke meja untuk mengambil pistolnya, meninggalkan Alia mengelamun sendiri.

   Alia mengusap silencer yang dipasang pada muncung pistol. Fikirannya seakan bercelaru dengan apa yang diceritakan oleh Izzkhair tadi.

  Jadi, adakah kerana cinta antara Uzaiman dan Fanna penyebab Siao Fang jadi pembelot?

♕♕♕

Terjawablah quotes itu.

He might be cheerful
But he is dangerous

Siao Fang ini nampak je macam baik rupanya dalam diam dia cuba mahu bunuh Alia! Hish, jahat betul si Siao Fang itu.

Tapi Finna salah juga dalam hal ini. Kalau dia tidak buta mencintai Uzaiman, pasti Siao Fang takkan belot pada WK.

Dalam masa yang sama, Siao Fang pun tidak sepatutnya keluar sahaja dari kumpulan WK, kena bincang dulu dengan member - member dia. Macam gitu kan korang?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top