20

PEMUDA E.R
He might be cheerful
But he is dangerous

RASANYA baru  lima minit dia mengesot sepanjang tepi jalan Karak tersebut namun dia terasa seperti mengesot lima puluh tahun! Kalau kereta pandu lalang di sini pasti ingatkan dia ialah hantu Suster Ngesot!

   "It's okay Alia. Teruskan. " Alia mengetap bibir, menahan sakit. Sudahlah kedua belah kakinya bengkak teruk hingga dia tidak dapat berdiri walaupun satu saat pun!

   "Tolong! Tolong saya!" Alia cuba meminta tolong kepada kereta Myvi yang lalu di sebelahnya. Pemandu kereta itu bukannya mahu menolong bahkan memandu laju pergi dari situ!

   Tetapi... Siapa sahaja akan turun bila melihat wanita sepertinya meniarap dan  mengesot - ngesot? Lagi - lagi di jalan berpuaka seperti ini.

   "Pin Pin Pin!" Alia melindungkan wajahnya dari cahaya lampu yang datang dari arah hadapan.

    Lelaki itu segera turun dari motor lalu mendekati Alia. "Cik okay?"

   Ketika itu, terhambur tangisan penuh lega oleh Alia. Rasa lega menyeluruh di dalam diri. Alia mengangguk laju. "Terima kasih... Terima kasih..."

   Tanpa sebarang amaran, lelaki itu memusingkan tubuh Alia sebelum menindih tubuh kecil wanita itu. Tangan Alia serta kakinya dikunci supaya wanita itu tidak dapat bergerak.

   "Encik kenapa? Tolong! Tolong saya!" Sebaik sahaja Alia berteriak meminta pertolongan, pipinya ditampar oleh lelaki muda itu.

  "Diam, diamlah bodoh!" Lelaki muda itu naik berang dengan kebisingan Alia. Namun, kemarahan itu tidak berpanjangan tatkala wajah lembut Alia menenangkan hatinya.

   "Kenapa ada gadis cantik macam kau mengesot dekat sini. Apa kata aku isi masa lapang kau, nak?" Nada suara lelaki itu berubah miang membuatkan mana - mana wanita yang melalui situasi ini ketakutan.

   Belum sempat lelaki itu mengusap pipi Alia, Alia menghantukkan dahinya ke arah kepala lelaki itu.

  "Argh!" Lelaki itu memegang matanya akibat ditanduk oleh Alia tadi. Tidak melepas peluang, Alia menumbuk kelangkang lelaki itu sehingga lelaki itu secara spontan terbangun.

   "Sakit! Bonda, sakit!" Lelaki itu mengetap gigi, menahan keperitan yang dirasai dan difahami oleh mana - mana lelaki. Itulah. Cuba mencabul anak dara orang lagi.

   "Ini sebab kau tak hormat perempuan!" Batu bata yang berada di sebelahnya itu dibaling tepat ke arah kepala lelaki itu. Mengejutkan, batu - bata  yang mengenai lelaki itu  pecah berderai lalu jatuh berterabur ke atas rumput.

   Lelaki itu mengusap dahinya, kasar. Darah yang mengalir pada raut mukanya tidak dipedulikan. Dadanya berombak - ombak menahan perasaan marah. Maruah dia jatuh pada seorang perempuan yang ditemui di Jalan Karak!

   "Kau ni memang nak kena!" Baru sahaja lelaki itu ingin menyepak wajah Alia, badan lelaki itu menggeletar seperti ternampak sesuatu. Beberapa saat kemudian, lelaki itu terdorong ke belakang sebelum rebah ke tanah.

   Sebenarnya, hijab mata lelaki itu terbuka sewaktu lelaki itu ingin mencederakan wajah Alia. Lelaki itu sempat menangkap wajah seorang wanita tua bermata merah yang sedang merenungnya tajam seperti mahu menelannya hidup - hidup.

   Alia tercengang melihat lelaki itu tiba - tiba pengsan. Alia berpaling ke arah langit sebelum menarik nafas lega. Tidak sia - sia dia belajar seni pertahankan diri dengan Siao Fang. Kalau tidak, pasti maruah yang dijaga selama 23 tahun ini tergadai jua.

   "She's dead." Terbuntang mata Alia mendengar kenyataan yang keluar dari mulut Siao Fang.

   Siao Fang dipapah oleh orang - orang Datin masuk ke dalam kereta. Dalam sekelip mata, kereta yang dinaiki Siao Fang dipandu laju meninggalkan Alia di jalan Karak itu seorang diri.

   Hatinya berdegup sayu. Dia tertanya. Kenapa Siao Fang tinggalkan dia seorang diri di sini? Sebenar tadi dia hampir dicabul. Air matanya  bercucuran laju mengalir di pipi. Pemandangannya semakin lama semakin kabur.

   "Cik?"

   Wajah seorang lelaki yang samar - samar itu dipandang. Ya Tuhan... Suara itu... Dia kenal sangat!

   "Si... Siao... F... Fang?"

   Ataupun dia hanya berhalusinasi?

   "Hehehe..."

   Itulah perkara terakhir yang Alia dengar sebelum semuanya hitam dan kelam.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top