19

PEMUDA E.R
He might be cheerful
But he is dangerous

"JOHNNY, Johnny. Yes papa. Eating sugar? No, papa. Telling lies? No, papa. Open your mouth. Hahaha!" Alia akhiri lagu dengan ketawa besar.

   Dua kali pandang macam penjahat dalam filem Hindustan sahaja. Nasib tiada jurukamera. Kalau tidak mesti asyik zoom in zoom in sahaja kameranya.

  "Apa benda awak nyanyi tu?" Soal Siao Fang sambil matanya tidak lepas memandang ke hadapan. Tidak dinafikan dia terhibur juga dengan kelakuan Alia. Terubat jugalah rasa mengantuk dia.

   "Lagu Johnny. Saya dulu ambil kerja part time sebagai babysister. Memang dua puluh empat jamlah diorang pasang lagu Johnnylah... Monkeylah... Sampai naik hafal dibuatnya!" Alia tersengih teringat pada kanak - kanak yang dijaga sepanjang cuti lepas. Rindu pula mahu menjaga mereka!

  "Yalah. Teruslah nyanyi," Siao Fang memberi kebenaran kepada Alia untuk membuat konsert tidak berbayar di dalam kereta.

   Lagipun dia tidak suka buka radio. Bukan menyanyi pun tetapi lebih kepada banyak berbual! Mahu keras kembali tahi telinga dibuatnya!

  " Oh. Okay. Ehem!" Alia berdehem, bersedia melontarkan suara untuk menyanyi.

I Am Me - Datin Seri Vida

I am fun
I am pretty
I am beautiful
I am queen

I'm inspire
Your desire
I am Diva
Living La 'Alia'!

Come to me
Sayang sayang...

   "Woi! Dalam banyak - banyak lagu, awak pilih lagu tu juga." Siao Fang berbicara dengan lantang. Dia memang anti dengan lagu - lagu yang mempunyai aura gedik terlebih. Geli bulu ketiak tiba - tiba.

   Nyanyian Alia terhenti mendengar komen penuh kasih sayang oleh Alia. Wajah Siao Fang dijeling tajam. "Yalah. Lagu saya pilih semua tak best. Nak nyanyi. Nyanyilah!"

   Siao Fang menjongketkan kening. Eh, merajuk pula?

   Alia berpeluk tubuh, membuang pandangan ke luar. Eh, mereka sudah sampai di Jalan Karak? Itulah seronok sangat menyanyi sampai tidak sedar sudah masuk ke kawasan hutan. Nasib baik Siao Fang yang memandu.

   "Okay, saya cuba nyanyi. Jangan gelak, en?" Siao Fang memberi syarat untuk dia menyanyi.

   "Pinky promise!" Alia mengangkat jari kelingkingnya.

   Jangan risau, Siao Fang tidak sambut pun huluran jari Alia. Dia pun tahu mana halal mana haram.

Cukup Indah - Alif Satar

Tak pernah aku jauh darimu
Meninggalkan cinta kita
Tak pernah aku meluka hatimu
Perasaan dan jiwamu
Segalanya telah aku serah
Hanya engkau terindah

Hanya kena kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai
Ku tahu kau mahu ada di hati
Untuk didampingi dan untuk disayangi

Tiada yang lain selain dirimu
Kekal tinggi di hatiku
Tiada pengganti yang mampu ku cari
Yang secantik diri kamu
Cinta ini untuk dirimu
Rasa ini untuk kamu

Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai
Ku tahu kau mahu ada di hati
Untuk didampingi dan untuk disayangi

    Alia seolah - olah kehilangan kata. Ini kalau hantu - hantu dekat jalan Karak ini pun mesti terpegun dengan nyanyian Siao Fang walaupun dia nyanyi sambil pegang stereng kata.

   "Amacam?" Siao Fang meminta pendapat Alia setelah menyanyi.

   Lambat - lambat Alia menuturkan kata. "Are you okay?"

   "Kenapa?" Siao Fang pelik mendengar soalan Alia.

   "Awak menangis sekarang."

   Cepat - cepat Siao Fang mengelap pipinya. Memang sah Alia tidak menipu! Tangannya terketar sedikit melihat jarinya yang sedikit basah.

   "Siao Fang, ke kanan!" Alia menepuk bahu Siao Fang apabila kereta yang ditumpanginya hampir masuk ke dalam longkang.

   Umur mereka berdua masih panjang... Nasib baik Siao Fang memusingkan stereng mengelakkan dari berlaku sebarang kemalangan.

   "Awak okay?" Alia memandang ke arah Siao Fang, sayu dan risau bercampur baur. "Kalau awak nak luahkan, luahkan je. Berhenti dekat sana."

   Siao Fang tidak bercakap namun menurut kata Alia. Kereta diberhentikan di tepi jalan.

  "Siao Fang..."

  "Afidah." Satu nama yang cukup membuatkan Alia terdiam. "Dia tu crush saya. Sampailah dia mati, saya tak pernah beritahu yang saya suka dia."

   Siao Fang menekup mukanya. "I thought is going to be okay but it's getting worse."

   "Siao Fang, it's okay to not be okay." Tidak semena - mena terbit senyuman dalam diri Alia apabila dia teringat satu tajuk drama korea terkenal. Nasiblah si Siao Fang tengah tekup muka, kalau tidak mesti pelik kenapa si Alia ini tiba - tiba tersengih.

  "Mungkin Allah nak gantikan awak dengan jodoh yang lebih baik dari Afidah. Mana tahu awak dapat perempuan yang pilih awak walaupun diminati ramai lelaki. Terserlah pada diri awak untuk pilih.Tulah saya tengok dalam drama." Alia memujuk Siao Fang dengan penerangan panjang lebar.

  Siao Fang perlahan - langkah mengangkat wajahnya. "Terima kasih, Alia."

   Muka Alia berubah menjadi merah seperti tomato melihat senyuman Siao Fang. Alia melarikan matanya. "Sama - sa..."

   "Bam!"

   Bergegar kereta dibuatnya. Mereka berdua menoleh ke belakang. Kelihatan sebuah kereta hitam mengundur, bersedia untuk melanggar mereka lagi.

   "Tak guna! Tu orang Datin!"

   Siao Fang menekan pedal minyak sebelum memandu jauh dari kenderaan orang Datin. Bukan sebuah kereta malah ada lima buah kereta mengejar mereka dari belakang.

  "Alia ambil pistol dari laci."Arah Siao Fang sementara dia memandu seperti lagak ngeri.

   Laci dibuka. Tergamam Alia tanpa reaksi melihat sepucuk pistol berwarna hitam berada di sorok laci kereta. Pistol itu diambil lalu ditelek seperti memeriksa kertas ujian.

  "Tembak tayar mereka. Now!" Serentak dengan teriakkan itu, cermin pintu Alia terbuka.

   "Bismillah." Alia menjengukkan kepala ke luar dan menghala muncung pistol pada tayar hadapan kereta musuh. Picu ditarik dan...

  "Bang!"

   Kereta musuh hilang kawalan. Sekejap bergerak ke kiri dan ke kanan seperti kereta yang dipandu zombie sebelum meluru jatuh ke dalam longkang diikuti dengan kereta yang kedua. Lebih malang buat kedua kereta itu apabila ianya meletup sebaik sahaja masuk ke dalam longkang.

   "Three left. Tembak lagi."

   "Bang! Bang! Bang!"

   Musuh mula memberi serangan balas. Tembakan bertalu - talu mengenai cermin belakang kereta Siao Fang. Alia kembali melancarkan tembakan.

   "Bang!" Hampir tercabut jantung Alia apabila peluru itu hampir mengenai telinganya. Hish, kamu ini. Kalau jantung dia ada dua bolehlah buat begitu tetapi jantung dia cuma ada satu!

Nooroo : Pinjam ayat Pok Ro.

Pok Ro : Ikut sekmulah.

   "Tunduk!"

   Alia terus memasukkan kepalanya ke dalam kereta.

   "Pegang stereng. "

   Alia tidak melawan terus mengawal stereng. Memang pemanduan yang sangat ekstrem dan tak pernah dibuat orang! Dia sedang memandu di kerusi penumpang!

   Siao Fang menyeluk poket dan mengambil pistol. Dengan dua tembakan, ketiga - tiga kereta musuh itu hilang kawalan. Ada yang terlanggar tiang manakala ada yang terlanggar sesama sendiri. Namun, mereka berdua tidak bernasib baik juga apabila tembakan musuh mengenai tayar belakang mereka.

   "Alia keluar kereta! Now!"

   Alia dan Siao Fang melompat keluar dari kereta. Satu bunyi  bergema menyebabkan kesakitan gegendang telinga sesiapa yang mendengar.

   Alia tercampak ke dalam semak.  Kedua kakinya yang berlaga dengan tiang lampu berdenyut - denyut kesakitan.

   Tiba - tiba, sebuah kereta hitam melalui  jalan sebelum berhenti. Beberapa orang Datin berlari  menyelamatkan diri menuju ke kereta tersebut.

    Siao Fang berjalan terhinjut - hinjut mencari Alia. Semak dituju. Dia mencangkung menghampiri Alia yang sedang menahan kesakitan.

   "Alia, are you okay?"

   Alia menggeleng. "Sakit sangat..."

   "Awak akan okay." Siao Fang tiba - tiba bangun meninggalkan Alia terbaring lemah di dalam semak itu. Walaupun dalam samar kegelapan, Alia dapat lihat dengan jelas senyuman sinis lelaki itu.

   "Siao Fang..." Lemah Alia bersuara memanggil Siao Fang.

   "She's dead." Terbuntang mata Alia mendengar kenyataan yang keluar dari mulut Siao Fang.

   Siao Fang dipapah oleh orang - orang Datin masuk ke dalam kereta. Dalam sekelip mata, kereta yang dinaiki Siao Fang dipandu laju meninggalkan Alia di jalan Karak itu seorang diri.

   Tanpa Alia sedari, empangan air matanya sudah pecah. Rasa kesakitan kepada dua kakinya itu tidak terasa namun rasa terkejut itu membuatkan dada dia sakit sangat.

   Sebab inikah mama tidak mahu dia balik malam ini?

Saya tahu kau orang terkejut tapi jangan guruh, mohon bertenang. Belek lagi sehingga bab seterusnya.

Oh ya, tumpang promote... Ha, korang suka tengok video gamer main video hantu or game? Ha! Subscribe Youtube Pok Ro. Saya jamin memang setiap kali tengok video beliau, anda akan tersengih dan tergelak tidak kering gusi!

  

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top