17

PEMUDA E.R
He might be cheerful
But he is dangerous

LAMPU yang terhasil dari minyak tanah itu menerangi di dalam serta sekitar pondok itu. Alia yang sedap berbaring dipukul perut oleh Hafiz secara tiba - tiba.

   "Apa hal abang ni?" Alia bingkas bangun lalu menggosok bahagian yang sakit. Huhuhu, mahu baring pun tidak boleh.

   "Kau ni tak sopan betullah. Siao Fang ada dengan kita pun tunjuk perangai tak senonoh kau lagi." Hafiz memalingkan kepalanya ke kanan dan ke kiri berulang kali, rasa malu dengan perangai adik perempuannya.

   Alia berasa tanggapan alongnya salah membalas. "Orang baring jelah. Bukannya pergi menari depan pondok. Itu baru tak senonoh."

   "Yalah. Ikut kaulah." Hafiz malas mahu berbalah kata. Perhatiannya dialih pada Siao Fang yang sedang memerhati suasana dusun Durian waktu malam. "Wey, Siao Fang, kau nak dengar cerita seram tak?"

   "Jangan wey. Jangan!" Alia siap membuat simbol pangkah lagi. "Cerita along tak pernah seram. Baik jangan."

   Siao Fang tersenyum mengejek memandang Alia. "Oh, ceritalah abang Hafiz."

   "Begini..." Hafiz menunjukkan ke arah langit malam. Siao Fang dan Alia membuang pandangan ke arah langit sebelum menghayati cerita Hafiz.

   "Ada seorang perempuan ini..."

   Di suatu malam yang hening, dua orang remaja perempuan yang baru balik dari perkuburan. Tidak semena - semena, mereka berdua terdengar suara seseorang menangis di jalan perkuburan. Ah, kenapalah mereka tidak mendengar firasat hati mereka sebelum ini?

   "Rose, aku terdengar satu suara..." Percakapan Lisa terhenti apabila mulutnya ditekup oleh Rose.

   Rose berbisik ketakutan. "Ya, aku tahu. Teruskan berjalan."

   Entah mengapa langkah mereka menjadi semakin lambat. Tiba - tiba mata Lisa menangkap sosok tubuh seseorang bayi merintih di hadapan kubur seseorang.

   Menakutkan, bayi itu terlalu kurus sehingga terkeluar tulang rusuknya. Walaupun jarak yang agak jauh, Rose dan Lisa dapat melihat mata bayi itu merah. Malah, bayi itu menangis air mata berdarah!

   "Jalan, Rose. Jangan menangis." Lisa memegang erat tangan rakannya yang sudah sejuk.

   Hampir terkeluar jantung Rose apabila bajunya seperti ditarik sesuatu. Lebih mengejutkan, sebuah kepala bayi dengan isinya terburai sedang menggigit bajunya!

   Mengerikan, muncul kelopak mata pada usus bayi itu."Kakak nampak ibu saya?" Serentak dengan itu, semua mayat di kubur cina itu tiba - tiba bangkit dari tidur mereka!

   "Dahlah! Sudahlah!" Alia berteriak, meminta Hafiz menghentikan cerita tersebut.

   "Eh, rasa seram ke cik kak?" Usik Hafiz sambil tersenyum sinis.

   "Eh, taklah, mana ada." Alia cuba menegakkan benang yang sudah basah. Walhal dia sudah mahu menangis mendengar cerita itu! Sebab inilah dia tak nak dengar! Sudahlah mereka di dalam dusun yang sunyi!

  "Cepatlah abang Hafiz, sambung. Dah part best ni."  Siao Fang meminta Hafiz meneruskan jalan penceritaan, dalam masa yang sama dia sengaja mengusik Alia.

   "Korang ni..." Nada suara Alia berubah, seakan - akan ingin menangis.

   "Tak apalah, abang sambung esoklah." Hafiz membatalkan niatnya untuk menyambung bercerita. Takut meleleh pula air mata Alia.

   Kepala Hafiz direbahkan pada sebuah bantal yang dibawanya. Amboi, siap bawa bantal lagi! "Abang nak tidur kejap. Korang tunggulah durian jatuh nanti."

   Siao Fang mengangkat kening tatkala mendengar dengkuran Hafiz beberapa saat kemudian. Ini mesti anak murid Nobita!

   "Ha, ada bayi gigit tudung awak!" Siao Fang menjerit sambil jarinya menunjukkan ke kepala Alia.

   Alia apa lagi? Paniklah dia! Habis disapu - sapu kepalanya itu. Alia menayangkan wajah cemberutnya mendengar gelak tawa Siao Fang.

   "Ha, ketawalah. Ketawa. Ketawa sampai durian jatuh." Alia sudah buat posing merajuk. Berpeluk tubuh dengan mata yang terjeling - jeling. Parah ini!

  Setelah habis ketawa seperti baru menonton lawak burung puyuh barulah Siao Fang memujuk Alia. "Ala Alia. Jangan merajuk. Okay, apa kata saya ajar awak teknik pertahankan diri."

   "Awak gila ke? Nanti jatuh durian masa tengah kangkang angkat kaki." Alia masih lagi berjauh hati disebabkan 'gurauan manja' Siao Fang tadi.

   "Ala, kalau durian tu jatuh, saya protect awak." Siao Fang turun dari pondok. "Dah jom!"

   Alia melarikan pandangannya dari Siao Fang, masih lagi merajuk.

   "Kalau awak tak turun dari pondok, nanti ada..."

   "Yalah! Yalah!" Alia turun dari pondok itu secepat kilat. Ish, seram sis!

   "Okay." Alia meregangkan tubuh badannya. "Saya dah sedia."

   Siao Fang memeluk Alia dari belakang secara tiba - tiba sehingga Alia meronta minta dilepaskan. "Kenapa awak tiba - tiba peluk saya? Lepaslah!"

   "Kalau ada orang peluk awak dari belakang. Tarik kaki dia." Siao Fang memberi tunjuk ajar pertama. "Tarik je. Saya okay."

   Alia menarik kaki kanan Siao Fang sekuat hati. Siao Fang kehilangan keseimbangan lalu terjatuh ke belakang.

   Alia menyoal keadaan Siao Fang. "Wey, okay tak? Maaf siot!"

   Siao Fang menepis hidungnya. "Heh, boleh tahan."

   "Kalau macam ni pula?" Siao Fang memeluk pinggang Alia. Merah pipi Alia apabila seorang lelaki memeluknya. "Kau boleh guna siku kau untuk siku kepala dia."

   Siao Fang menarik siku Alia kemudian secara  perlahan menyiku wajahnya. Naya kalau kuat - kuat. Rosak muka hensem dia.

   "Ataupun awak buat macam ni," Siao Fang menggerakan siku Alia mengenai perutnya. Perlahan juga. Kalau kuat, senak perut nanti. "Jadi bila orang tu tersenak perut, awak bolehlah lari macam pondan."

   Alia memukul bahu Siao Fang. "Kepala otak awak pondan. Saya memang perempuanlah!"

  "Okay, berdiri tepi pondok tu." Alia mengikuti arahan Siao Fang, melangkah dan berdiri sebelah dinding tersebut.

   Siao Fang kemudian menghalang pergerakkan Alia  dengan meletakkan dua tangannya di sisi kepala Alia. "Kalau situasi macam ni, awak boleh  tumbuk dada dia ataupun siku dia. Awak boleh hantuk dagu dia guna kepala awak yang keras macam batu tu. Gunakan lutut awak yang tajam tu untuk cederakan kelangkang dia. Biar dia mandul. Jangan saya mandul."

   "Kenapa tak nak mandul pula? Mari saya mandulkan awak!" Alia mengacah mengangkat lututnya membuatkan Siao Fang terdorong ke belakang.

   "Ala kesianlah isteri saya nanti. Tak merasa first night." Siao Fang sempat lagi tersenyum miang. Amboi, lelaki!

   "Ya Allah. Kenapa aku dapat kawan yang fikirannya amat kotor? Lindungilah para pembaca dari otak Siao Fang yang kotor ini. Berikanlah Siao Fang kesempatan untuk bertaubat." Ucap Alia sebelum beristighfar berulang kali.

   Bagus Alia ini. Kau orang yang sedang baca pun patut beristighfar sekali kecuali yang bukan Muslim. Astagfirullahalazim...

  "Buk!"

   "Mama!" Alia terlompat ke belakang. Bergegar otaknya apabila kepalanya berlaga dengan dinding pondok. Aduh, sakitnya!

   "Jangan takutlah." Siao Fang mengangkat sesuatu. "Ini kepala bayilah."

   "Eee... Kepala awaklah. Tu durian!" Alia menumbuk dada Siao Fang. Terbatuk - batuk lelaki itu. Terbit pula rasa menyesal ajar Alia tadi.

   "Saya bergurau jelah. Jomlah letak durian ni dalam bakul." Habis berkata, Siao Fang membawa durian itu masuk ke dalam pondok.

  

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top