16
PEMUDA E.R
He might be cheerful
But he is dangerous
"SAYA nak balik."
Wajah lelaki itu berubah masam. "Kenapa nak balik?"
Alia mula berasa tidak selesa dengan Uzaiman. "Sebab saya nak baliklah."
Kaki Alia berhenti berjalan menuju ke pintu keluar apabila tangannya direntap oleh Uzaiman. Alia melihat raut wajah Uzaiman, bingung. "Awak kenapa? Saya nak baliklah!"
"Tak." Suara Uzaiman yang bertukar nada menjadi psiko agak menakutkan Alia. "Alia tak boleh pergi mana - mana!"
"Lepaslah!" Alia menggeleparkan tangannya agar tangannya terlepas dari genggaman Uzaiman. Namun, Uzaiman seperti orang gila, memegang pergelangan tangan Alia seperti tidak ingin lepaskan sehingga orang di sekeliling terpaksa menolongnya.
Setelah beberapa ketika serta dengan pertolongan orang ramai, Alia terlepas dari pegangan Uzaiman. Tercungap - cungap Alia mengambil nafas lega.
"Hei, perempuan! Pergilah! Nak pergi sangat kan?"
"PAP!"
Pupil matanya memfokuskan imej Siao Fang yang sedang bercekak pinggang. Haih, manusia ini. Nasiblah Alia tidak terlambungkan bakul panjang ini.
Silap - silap bakul itu bukan digunakan untuk mengutip sayuran dari kebun tetapi untuk memukul kepala Siao Fang!
"Apa awak buat dekat sini?" Alia bertanya sambil tangannya ligat membelek cili, mencari cili hijau. Dia ini suka makan pedas orangnya!
"Mama awak suruh sebab lama sangat awak duduk dekat kebun. Risau awak buat sawah padi pula." Seloroh Siao Fang mendapat jelingan dari Alia.
Tiada kerja dia hendak membuat sawah. Baik dia habiskan game White Day yang terbelangkai dan bersawang dalam data komputernya!
Bunyi burung - burung menjadi pengganti suara antara mereka berdua. Alia menggoncangkan sedikit bakulnya. Rasanya cukup cili ini. Mama suruh ambil lima kan?
Siao Fang membuka pertanyaan setelah beberapa saat membelek tomato. "Awak nak tahu tak, kenapa saya suruh awak jauhi Uzaiman?"
Alia mengerling ke arah Siao Fang. Eh tiba - tiba mamat ini. Disebabkan rasa ingin tahu, Alia mengangguk seraya bersuara. "Mestilah nak."
Siao Fang menyeluk poketnya sebelum mengeluarkan telefonnya. 10 saat sudah berlalu namun tiada tanda - tanda Siao Fang ingin memberi jawapan.
Kerana terlalu geram, Alia memukul Siao Fang menggunakan bakul sehingga lelaki itu terjerit mengaduh sakit. Rasain lo, kuasa bakul panjang nojina jutsu!
"Awak buat apa lama sangat?"
"Awak tak popular senyaplah. Saya tengah check followers berapa."
Alia memutarkan bola matanya. Hek ek leh, popularlah sangat. Setakat tiga ribu followers. Huhuhu, tetapi kira banyaklah itu. Dia ini... Lima ratus followers pun tidak sampai.
"Nah." Alia lambat - lambat mengambil telefon Siao Fang.
Entah mengapa terketar - ketar dia melihat skrin pada telefon Huawei tersebut. Terpapar gambar perkahwinan Uzaiman. Skrin dibeleknya sebelah. Ada empat gambar bertemakan pengantin baharu bersama empat gadis yang berbeza! Gambar gadis keempat itu mengejutkan tangkai hati Alia.
Perlahan - lahan Alia dongakkan wajahnya memandang Siao Fang, seolah tidak percaya. "Siao Fang, betul ke semua ini?"
Siao Fang mengangguk. "Ya. Uzaiman dah kahwin empat dalam umur 29 tahun. Dan isteri keempat dia ialah ibu saudara saya, Finna."
Mata Alia berkaca bersalut rasa marah. "Selama ini.... Dia panggil saya sweetheart, nyanyikan lagu untuk saya..."
"Saya bukan nak buat awak sedih. Semua benda tu... Dia pernah buat pada isteri - isteri dia. Isteri - isteri dia tergoda dan sudi mengahwininya. Sama juga dengan Finna. Saya dah larang dia banyak kali. Tetapi dia degil mahu jadi isteri keempat Uzaiman kerana cinta kononnya." Siao Fang membongkarkan kebenaran yang begitu menyakitkan.
Terlepas bakul panjang dari tangan Alia. Nasib cili di dalam bakul itu tidak tercampak. Siao Fang mengeluh sebelum mengutip bakul yang terjatuh.
" Alia..." Bunyi esakan dari Alia menghentikan niat Siao Fang untuk meneruskan bicaranya.
"Saya rasa saya sayangkan dia," Luah Alia. Air mata itu mengalir laju, membenarkan kata - kata yang baru diucapkan itu. "Sangat - sangat."
"Haih... Alia... Alia..." Siao Fang menghulurkan bakul panjang itu kepada Alia. "Kadang - kadang orang yang buat baik pada kau, tidak mempunyai niat yang baik. Tapi tak bermaksud kau kena jadi salah seorang seperti diorang. Kau boleh buat baik pada semua orang tapi hati - hati."
Alia mengetap bibirnya sebelum memandang ke arah lain.
"Ha cepatlah ambil. Penat saya pegang ni." Siao Fang merungut apabila tangannya terasa lenguh memegang bakul itu. Walhal tidak sampai seminit pun dia memegangnya.
Alia mengelap sisa jernih air mata yang melekat di pipi sebelum mengambil bakul panjang itu. "Bila Finna kahwin?"
"Tiga bulan yang lalu. Yang hari tu awak nampak dia kat rumah aku sebab masa tu Uzaiman tidur rumah bini kedua dia."
Tiba - tiba, kedengaran suara Puan Lina melaung lembut dari dalam rumah. "Kenapa lama sangat dekat luar?"
"Jomlah masuk." Ajak Siao Fang. Alia tidak semena - mena mengangguk lalu mengekori Siao Fang dari belakang.
...
Tit... Tit... Tit...
Titik berwarna merah berkelip - kelip di skrin telefon milik Datin Seri Linda. Terlukis senyuman sinis di wajah perempuan tersebut. Tidak sia - sia dia meletakkan cip penjejak GPS pada belakang telefon Hafiz.
"Bagus tindakan kau Hafiz. Bawa balik Alia bermakna kau bawa balik bahaya untuk dia."
"Meow..." Kucing parsi putih itu bergesel pada pipi Datin Seri Linda. Datin Seri Linda ketawa geli kemudian membelai kepala kucing tersebut.
"Datin nak saya serang mereka ke?" Soal salah seorang pekerja Datin Seri Linda.
"Tak apa. Biar mereka berseronok dahulu."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top