14
PEMUDA E.R
He might be cheerful
But he is dangerous
PINTU gerai dikunci rapat. Alia menyapu - nyapu habuk halus yang terlekat pada tangan. Pintu sudah terkunci... Tinggal kemas barang sahaja untuk balik kampung petang ini.
Teringat lagi Alia berkenaan situasi semalam. Si Uzaiman itu siap memarahi dan memaki dia tidak tentu pasal bila dia ujarkan niatnya mahu balik. Pelik juga. Badmoodkah lepas nyanyi tadi?
"Oh, ya, kenapa awak tiba - tiba nak balik kampung?" Bisikan halus menyapa telinga Alia menyebabkan Alia terkejut sehingga jatuh tersembam ke pintu gerai.
Sedih betul hidup kau, pintu. Nasib tidak kemek pintu besi itu.
"Awak ni tak boleh tanya elok - elok ke?" Alia merenung Siao Fang, tidak puas hati.
"Awak dengar saya cakap macam Ah Long minta hutang ke tadi? Ada? Kira saya cakap elok - eloklah." Ujar Siao Fang, selamba.
Sudahlah semalam si Alia tuduh dia tidak mahu belanjanya. Hari ini dia terima pula tuduhan tanya macam ala gangster. Tidak faham betul dia dengan kaum hawa ini.
"Adalah." Alia melibaskan tudungnya. Nasib tiada orang di sebelah. Kalau tidak, pasti berbirat muka terkena libasan tudung Alia. "Sibuk je nak tahu."
"Saya nak ikut."
Alia membulatkan matanya mendengar permintaan Siao Fang. "Hei, mana boleh! Banyak benda awak boleh buat dalam lima hari. Main catur, lepak dengan kawan, ambil lesen memandu kapal terbang atau main game dengan family."
Siao Fang bersuara tanpa bernada. "Saya nak cuba balik kampung. (Sebab Siao Fang tiada kampung) Jadi, boleh saya ikut?"
"Tak boleh!"
"Boleh."
"Tak boleh."
"Boleh."
Alia mula naik bengang. "Ish, tak boleh tu tak bolehlah!"
Kena lawan Siao Fang ini selagi yang boleh! Perempuan kena menang!
Siao Fang merapatkan jarinya. "Macam inilah. Awak tanya abang awak. Kalau dia kata tak boleh, saya takkan ikut."
Otak Alia berfungsi lambat sebentar mentafsirkan kata - kata Siao Fang. Ha? Mesej along?
Siao Fang mengusap lehernya, kekok apabila diperhati Alia sebegitu. Padahal Alia tengah blur masa itu! "Erm, boleh tak jangan pandang saya macam tu?"
"Mana ada saya pandang awak! Saya nak ambil telefon sayalah ni!" Alia cepat - cepat menyeluk telefon bimbitnya daripada beg tangan barunya.
Kenalan alongnya dibuka.
Along, boleh tak kawan
Alia yang Siao Fang tu
nak ikut balik kampung petang ni?
Alia sudah berharap dalam hati. Tolonglah kata tak. Tolong kata tak. Dia berjanji pada diri sendiri akan belanja abang sulungnya itu coklat Forrero Rosher kalau abangnya menjawab tidak.
Along
Boleh je.
Ketika itu Alia terasa seperti ada mangkuk tandas menghempap kepalanya. Huhuhu, kenapa along cakap ya?
Alia merasa ingin menangis meniarap dan menjerit namun dia tidak melakukannya kerana risau Siao Fang menganggapnya orang yang terlepas dari Tanjung Rambutan.
"Along kata boleh," Tutur Alia dalam nada pasrah. Huhuhu, apalah nasib.
Siao Fang tersenyum tipis sambil berpeluk tubuh. "Jadi, aku ikut."
Huhuhu, kenapa kau khianat aku, along? Tiada buah tangan bagimu.
...
"Kau nak balik kampung lima hari ke setengah hari?" Amanda menyindir melihatkan beg sekolah lama yang digalas Alia.
"Ala, baju aku banyak dekat kampung. Jadi aku tak bawa banyak sangat baju." Ujar Alia.
"Yalah." Amanda malas mahu melawan kata dengan Alia. Kalau aku berdebat kata dengan dia, mesti asyik dia mahu menang.
Nasiblah kau Alia. Tidak cukup baju dekat kampung, jangan telefon dan nangis pada aku.
"Assalamualaikum!" Suara Siao Fang memberi salam mengejutkan Amanda.
Amanda kalut menyarungkan tudung bertanya. "Kau ajak Siao Fang?"
Alia memusingkan bola matanya. "Dah dia nak ikut. Lepas tu abang aku kasi. Memang aku tak bawa balik buah tangan untuk dia."
"Ala, abang kau nak kau selamatlah tu." Alia menjeling Amanda apabila Amanda seakan - akan membela abangnya.
"Oh, ya." Amanda tersenyum miang sebelum membisikkan sesuatu pada telinga Alia. "Selamat berdating."
Secara spontan, bahu Amanda menjadi sasaran tamparan Alia. "Eee, memang taklah."
Sementara itu, Siao Fang mengerling angka jam di skrin telefonnya. Apa fasal lambat benar Alia bersiap?
"Baik kita buat aktiviti berfaedah." Sebaik sahaja berkata, Siao Fang terus melakukan senaman lompat bintang kemudian beralih pada tekan tubi separa sebelum menari tarian Bombayah nyanyian Blackpink.
Kalau jiran lalu depan rumah mesti kehairanan melihat kelakuan Siao Fang bersenam macam orang gila.
Sedang Siao Fang dalam korus tarian, pintu rumah itu terbuka dan terpapar wajah masing - masing yang terpaku melihat Siao Fang menari ala Lisa dari kumpulan Blackpink.
Alia mengangkat tangan, meminta izin mahu menegur tetapi ditepis oleh Amanda.
Sedar diri menjadi tumpuan, Siao Fang kembali ke posisi biasa seperti tiada apa - apa yang berlaku. Sempat lagi Siao Fang berdehem bagi menghilangkan suasana kekok antara mereka bertiga.
"Jomlah." Siao Fang menunjukkan ke arah keretanya yang berada di belakang.
"Oh, kejap. Nak masuk kereta." Belum sempat Alia membuka pintunya, Siao Fang sudah bersandar pada sisi kereta milik Alia.
"Kita naik kereta saya. Dijamin selamat dalam perjalanan dan jimat duit minyak kereta." Siao Fang cuba memujuk Alia menumpang keretanya.
"Ala, naik kereta mana - mana pun sama je kan?" Alia menjeling Siao Fang, tidak puas hati. Menyibuk sahajalah mamat ini.
"Ala, Alia. Boleh jimat duit apa." Amanda menyampuk ketegangan antara mereka.
Jimat duit? Alia merenung bumbung rumahnya sebentar. Jiwa Alia bersuara dalam mindanya. Jarang orang belanja ini. Ambillah peluang itu!
"Yalah. Jom."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top