11
PEMUDA E.R
He might be cheerful
But he dangerous
MATA burung gagak itu meliar mencari makanan. Berpaling ke kanan dan ke kiri jika terdapat cacing menari inang di atas jalan pejalan kaki itu. Saat berganti minit, usahanya berbalas kejayaan.
Burung gagak itu sudah meleleh air liur melihat cacing yang seakan - akan melambai ke arahnya. Kakinya melangkah terkedek - kedek bergerak ke arah cacing itu sebelum mematuknya.
"Wargh! Dah lambat!" Burung gagak itu membuka kepaknya menuju ke pokok. Pemandangannya teralih pada Alia yang sedang terburu - buru berlari.
Ini mesti burung gagak itu sedang maki Alia sekarang. Tidak guna punya perempuan. Terlepas rezeki aku!
Oh, ya! Alia sudah kembali bekerja setelah mereput sahaja sepanjang bercuti selama tiga hari. Kalau boleh mahu cuti lagi tetapi nanti semua pekerjanya mahu cuti juga kalau si bos cuti lama. Huhuhu, apalah nasib.
"Sudah lambat. Sudah lambat. Sudah lambat. Sudah lambat." Mulut Alia terkumat - kamit sambil berlari dengan penuh laju ke arah kedainya.
Dengan tudung senget malah dengan baju yang sedikit berkedut... Memang tiada harapan Alia mahu orang meminang dia. Sendu betul hidup kau, Alia.
Tubuh Alia berlanggar dengan seseorang apabila berlari ala Usain Bolt. Sampai terkeluar bunyi 'gedebuk'!
"Sorry wey. Saya lambat pergi kerja ni. Sorry sangat - sangat." Alia membetulkan hujung tudungnya yang penyek kerana berlaga dengan tubuh seseorang itu.
"Tak apa." Alia terkedu apabila suara yang seperti biasa didengar. Dia mendongak untuk melihat wajah si pemilik suara itu.
"Uzaiman?"
Uzaiman tarik senyuman pendek. Tangan kanannya membuat simbol 'peace'. Selesai membuat aksi comel itu, Uzaiman bertanya. "Awak selamat daripada kejadian gudang terbakar tu?"
Alia mengangguk. Mindanya teringat pada mangsa kebakaran tersebut. "Tetapi Afidah..."
"Erm." Uzaiman melarikan matanya, mungkin tidak mahu Alia menampakkan riak sedih melalui matanya.
"Tidak apalah. Mungkin Afidah sudah tenang di sana." Alia berkata apabila melihat Uzaiman bagaikan kehilangan kata - kata.
"Siao Fang kata awak tak ada waktu tu. Awak pergi mana?" Alia menduga Uzaiman walhal dia sudah tahu jawapannya dari mulut Siao Fang sendiri.
"Mak... Mak saya ada kat rumah. Sebab tu saya teman mak saya." Uzaiman menukar topik. "Hey, awak nak tak..."
Bunyi deringan telefon Alia menghentikan kata - kata Uzaiman.
"Sekejap ya." Alia mengangkat tangan, meminta Uzaiman menunggu sebentar. Dijawab panggilan itu sebelum menyapa pemanggil. "Hello?"
"Woi, bila nak datang?"
Alia menjauhkan telefon dari telinganya. Kuat betul bunyinya! Siapa ini? Alia melihat nama yang terpapar pada skrin telefonnya. Oh, Amanda. Patutlah... Suara dia sememangnya kuat sehingga boleh pecahkan gelas!
"Aku terlanggar oranglah. Maaflah." Alia merendahkan suaranya, tidak mahu Uzaiman mendengar perbualannya.
"Kau memang. Selalu langgar orang. Nasib kau tak terbang kalau tak dengan burung sekali engkau rempuh dia. Tak ingat ke kau kerja hari ini? Atau kau ambil cuti lagi?"
"Eh, mana adalah. Aku nak pergi kerjalah ini." Alia ketap bibir bawah, rasanya kesemua tahi telinga mula mencair tatkala mendengar Amanda membebel di sebalik talian.
"Ya, ya. Bye!" Alia cepat - cepat mematikan talian. Hahaha, mesti bila sahaja kakinya melangkah ke kedai, Amanda akan memulakan bebelannya buat kali kedua.
"Awak nak pergi kerja ke?" Uzaiman bertanya sebaik sahaja Alia habiskan perbualannya.
"Eh, taklah, nak pergi terbang." Terkulat Uzaiman mendengar kata - kata sinis keluar dari mulut Alia.
Alia tergelak kecil. "Sorry. Sorry. Saya memang nak pergi kerjalah. Kenapa?"
Uzaiman berdehem, mungkin membetulkan kotak suaranya atau menghilangkan rasa kekok yang terasa pada atmosferanya. "Awak nak tak breakfast dengan saya sebelum pergi kerja? Saya pun nak pergi kerja ni tapi... belum makan lagilah."
Alia menjongketkan keningnya melihat riak wajah comel yang dibuat Uzaiman. "Kenapa saya nak ikut awak pula?"
Uzaiman merapatkan telapak tangannya. "Ala, Alia yang cantik dan perawan. Temanlah saya sarapan. Aik, macam pantun pula." Uzaiman menghamburkan tawanya pada akhir kata. Begitu juga Alia.
"Jadi boleh tak?"
Seperti dalam game yang menyuruh pemainnya memilih antara dua pilihan, Alia berasa tersepit hendak memberitahu sama ada ya atau tidak.
Kalau jawab ya, nanti dia akan lambat ke Cafe tetapi kalau jawab tidak, kesian pula dengan lelaki ini.
"Please, Alia? Please, please, please, please..." Desak Uzaiman dengan nada yang lembut, seperti seorang kanak - kanak menggesa ibunya membelikan aiskrim yang dingidamkan.
Amanda, aku pergi breakfast
dengan kawan aku, tau!
Inform kat semua workers.
Alia melukiskan senyuman pada raut wajahnya. "Okay, jom."
...
"Wah, nampak sedap sahaja air ini." Mata Alia bersinar - sinar melihat segelas jus tembikai terhidang di hadapan mata. Tangannya mencapai straw sebelum mengacau isi dalam gelas itu.
Uzaiman tertawa melihat kerenah wanita di hadapannya. Memang mencuit hati! "Itu baru tengok saja. Belum lagi awak rasa. Kedai Mak Tok ini memang sedap dia sampai menjilat siku!"
Alia terkebil - kebil sebentar mendengar kenyataan Uzaiman. Menjilat siku? Hiperbola sangat ini.
"Umm!" Alia bersuara teruja seusai menghirup jus itu. Betullah! Sedap benar! Lagi sedap daripada Amanda masak.
"Jadi, awak ada boyfriend atau tunang ke belum?" Sebaik sahaja soalan itu dilontarkan, Alia tersembur air pada wajah Uzaiman. Habis basah muka Uzaiman dengan sisa minuman Alia.
"Ya Allah." Kelam kabut Alia mengambil tisu sebelum mengelap muka Uzaiman. "Sorry wey. Dah awak tanya soalan macam tu. Terkejutlah saya!"
Uzaiman tiba - tiba tersengih apabila mukanya dilap lembut oleh Alia. "Lain kali awak semburlah muka saya banyak kali. Best pula kena lap oleh 'bakal isteri'"
Rona muka Alia berubah merah. Alia dengan geram melemparkan gumpalan tisu yang menjadi bekas lap sisa ludahannya pada Uzaiman. "Ish, tak senonohlah!"
Uzaiman tidak berhenti gelak sambil mengelap wajahnya dengan tisu baru.
"Saya serius, Alia. Awak nak tak dating dengan saya next time?"
Alia ketawa terbahak - bahak. "Dating? Hahaha, jangan buat lawaklah, Uzaiman!"
"Saya seriuslah, Alia. Do you want me to date you next time pretty girl?" Ketawa Alia mati melihat kenyitan mata dihadiahkan oleh Uzaiman.
"Uzaiman... Saya..." Alia tersekat - sekat menyusun kata. Tidak pernah lagi tercatat dalam kamus hidupnya, orang mengajak dia untuk keluar berduaan!
Uzaiman mengeluarkan pen dan mencatat nombor telefonnya pada sehelai tisu. Tisu itu dilipat kemas sebelum dimasukkan secara paksa ke dalam beg Alia.
Uzaiman menghalang tangan Alia yang cuba memulangkan kembali tisu tersebut. "Aip, jangan buang. Kalau nak date, cakap tau."
"She's not going to date anyone."
Alia menoleh ke belakang. Eh, Siao Fang?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top