09
PEMUDA E.R
He might be cheerful
But he dangerous.
"TAK apa, mama. Alia baik - baik sahaja. Ya, tak perlu risau." Alia tersengih mendengar suara mamanya membebel yang risau akan dirinya.
"Hish, kenapalah selalu ada orang mahu menculik kamu? Mama risau sangat dengan kamu," Keluh Puan Lina di sebalik talian, mengenangkan keselamatan anaknya. Sudahlah itu satu - satunya anak perempuan yang dia ada!
"Entahlah mama. Tapi hairan, kenapa Alia tidak ingat apa - apa?" Luah Alia. Maaf, mama... Alia terpaksa berbohong demi melindungi identiti teman Alia.
Dia masih lagi trauma dengan peristiwa semalam . Nasib baik tidak berlaku apa - apa yang buruk pada dirinya. Tetapi, Alia langsung tidak menerima apa - apa balasan mesej dari Siao Fang. Selamatkan lelaki itu?
Tangannya menggeletar dan tubuhnya menggigil ketakutan sekiranya teringat peristiwa semalam. Bunyi tembakan itu masih lagi jelas bermain di kepalanya.
"Alia? Kamu dengar atau tidak apa yang mama kata ni?" Suara Puan Lina di sebalik talian mengejutkan lamunannya.
Segera Alia membalas. "Apa mama kata tadi?"
"Ish kamu ni. Jaga diri, kamu. Kamu kesayangan mama. Mama nak sidai kain. Muah." Bunyi ciuman manja oleh Puan Lina membuatkan Alia tersengih. Dia memang rapat dengan mamanya.
"Okay mama. Bye, muah!"
Sebaik sahaja Alia mematikan panggilan, dia terdengar suara Amanda menegur. "Sudah siap berbual dengan Mama kau?"
Alia tersenyum kambing. Alia mengubah posisi dari baring kepada duduk. "Hehehe, bila masa kau ada dekat situ?"
"Oh baru lima saat." Amanda tergelak mendengar lawak sendiri, termasuk Alia juga tertawa. "Nasib baik kau dah pakai tudung. Ada kejutan untuk kau."
Alia menyengetkan kepalanya. Kejutan... Apa?
Seusai sahaja Amanda berkata, sebuah rombongan pekerja Cafe masuk ke dalam biliknya.
"Alia, kitaorang bawa kek!" Suara lembut milik seseorang mengejutkan diri Alia. Lah, Ayuni rupanya. Ingat siapalah tadi.
"Selamat hari kembali. Selamat hari kembali. Selamat hari..." Syam yang sibuk menyanyi mengikut nada 'Happy Birthday' tiba - tiba disiku perut oleh Fitri.
"Engkau ni. Mana tahu Alia tengah trauma. Kau pula sibuk nyanyi lagu. Dahlah suara sumbang." Fitri menegur kelakuan Syam dalam masa yang sama sempat lagi awal mengutuk teman sekerjanya.
Sambil tangannya mengusap perutnya yang terasa perit, Syam menjeling Fitri. "Sumbang pada pendengaran kau tapi merdu pada pendengaran bakal isteri aku."
Yalah tu, Syam. Girlfriend pun tiada.
Mata Alia bersinar apabila kek itu menyentuh lidahnya. Sedapnya! "Eh, siapa buat kek ini? Sedapnya."
"Mestilah aku." Ayuni melibaskan rambutnya yang keperangan. Amboi, berlagak betul!
"Elok - elok wey. Kang termasuk rambut dalam kek. Terus jadi kek rambut." Usik Syam sambil ketawa terkekek.
Ayuni tersenyum plastik. Cuba menenangkan diri. Tidak mengapa, Ayuni. Ingat pesan ibu kau. Jangan dilayan orang gila, kelak diri akan merana.
"Sudahlah. Jom makan. "Ujar Amanda sambil meletakkan pinggan ke atas lantai. Acara makan dalam bilik bermula!
Pesanan Nooroo : Anak - anak, kalau makan dalam bilik. Tolong sapu jika terdapat sisa makanan tertumpah bagi mengelakkan kehadiran lipas dan semut melancong.
"Kau dengar tak berita hari ini?" Syam memulakan perbualan dengan satu persoalan.
"Kenapa? Kau tertinggal kunci kereta dalam kereta lagi ke?" Teka Fitri berbaur usikan. Pernah sekali Syam tertinggal kunci kereta di dalam keretanya, siap dipanggil lima orang lelaki demi membantu membuka pintu keretanya. Memang kecoh!
Syam memandang Fitri dengan riak menyampah. "Mana adalah. Dengar ni."
Syam mengalihkan pinggan berisi keknya ke tepi. Diambil telefonnya dan dicari berita terkini.
"Semalam, di sebuah kawasan pedalaman Kuala Lumpur, terdapat sebuah gudang terbakar dilaporkan oleh seorang saksi yang sedang menuju ke rumah saudaranya."
"Saksi yang tidak ingin dikenali berkata, dia terus melaporkan kepada pihak berkuasa apabila kebetulan lalu di situ. Dia juga memberitahu dia ternampak beberapa kereta jenis Proton Saga terburu - buru meninggalkan kawasan gudang yang terbakar semalam."
Beberapa kereta? Ini mesti kereta - kereta milik orang suruhan Datin. Getus hati Alia.
"Pihak bomba menjumpai sekunjur mayat serta sebiji bom di tempat kejadian. Kes ini masih dalam siasatan... "
Rasa seperti gugur jantungnya mendengar. Serta - merta tangan Alia menggigil. Terketar - ketar kakinya seperti jeli dan berpeluh satu badan. Mayat Siao Fang kah itu?
"Teruknya. Aku rasa mesti kerja mafia." Komen Ayuni sebaik sahaja mendengar laporan daripada berita TV33.
Syam menyangkal tekaan Ayuni." Aku rasa ni kerja Along. Mafia? Kau banyak baca novel berkisarkan mafialah."
"Alia? Napa muka kau macam risau je?" Bahu Alia disentuh lembut oleh Amanda.
Alia tersenyum palsu. Dia mengalihkan tangan Amanda dari bahunya. "Tak apa. Aku okay."
"Maaf, lambat!" Tiba - tiba kedengaran satu suara dari luar bilik mengejutkan semua orang di dalam bilik itu.
"Eh, kau rupanya. Memang masuk tak bagi salamkah, Siao Fang? " Tanya Amanda berbaur sindiran. Walaupun datang diundang, sekurangnya bagi salamlah dahulu!
"Aku punyalah bagi salam banyak kali tapi korang tak dengar. Rupanya tengah gosip tak ajak aku. Kebetulan pintu tak berkunci, aku masuk jelah." Jelas Siao Fang. Nadanya terselit kegeraman kerana dituduh sebegitu oleh Amanda.
Sudahlah berpesta makan kek tidak menunggunya. Memang nasib hidup seorang Siao Fang, selalu dipulaukan.
Mata Alia tidak lepas memandang Siao Fang. Dalam hatinya terselit rasa hairan. Jadi... Mayat siapa yang ditemui polis itu?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top