05

PEMUDA E.R
He might be cheerful
But he dangerous

TERBIT senyuman di bibir Alia melihat meja makan yang sudah bersih. Dia meletakkan gelas dan beberapa buah mangkuk ke atas dulang.

   "Kau dengar tak aku panggil ni?" Soal Amanda melihat rakannya seperti tidak mengelamun di siang hari.

   "Dengar, dengar." Jawab Alia berkali - kali. Ini seperti situasi aku kena baling pemadam papan putih kerana mengelamun dalam kelas. Huhuhu, masih teringat lagi.

   "Kau okay ke? Siapa culik kau? Bagitahu aku." Amanda memandang tajam ke dalam mata Alia.

   Alia meneguk air liur, memproses otak untuk memberi jawapan sesuai untuk temannya.

"Entahlah, wey." Alia berpura - pura mengurut perlahan pelipis matanya, kononnya masih pening. "Aku ingat kereta kau tu kena pecah masuk dengan dua penyangak tu. And then... I did'nt remember anything. Sedar - sedar je aku sampai ke sini."

   Ya, dia perlu menyembunyikan identiti penyelamatnya, Pemuda E.R. Hahaha, tetapi pandai bukan dia berlakon?

   Dua hari yang lepas, ibu dan kedua abangnya, melawat Alia. Alia berasa terharu dengan keprihatinan keluarganya sendiri. Memang terbukti dia anak kesayangan mamanya. Dan pada hari ini, dia mula bekerja tanpa mengendahkan nasihat si E.R itu.

   "OPOCOT! "Alia telatah sekali pakej dengan menayangkan muka hodohnya. Amanda tertawa terkekek - kekek melihat wajah rakannya.

   Alia mengangkat gelas, mengacah untuk memukul Amanda." Aku pukul kau nanti."

   "Okay, okay. Aku berhenti gelak. " Amanda mengelap air matanya dengan tawa yang masih tersisa.

   "Yalah, Alia." Ujar Syam yang sedang menjaga kaunter. "Awak nampak macam beruk mengidam bunga je."

   Alia menjeling Syam. Syam menyedarinya dirinya diperhatikan, dia berpura - pura bercakap dengan pelanggan yang ingin ke tandas sehingga pelanggan itu berkerut wajahnya.

   Pasti pelanggan itu pelik dengan gelagat Syam. Dia yang mahu pergi tandas, tidak usah beritahu dia. Pergi sahajalah.

   "Oh, itu pun Siao Fang." Alia menyerahkan dulang pada Siao Fang. Dulang berbalas dulang.

   "Awak boleh bawa ke, cik bos?" Tanya Siao Fang, risau. Nanti tumpah pula pesanan makanan itu.

   Alia tersenyum. "Tak apa. Saya kan kuat." Baru sahaja mahu acah tunjuk otot di lengan, dia tersedar dia tengah memegang dulang.

   "Yalah." Siao Fang kemudian masuk ke dalam bilik tukang masak.

    Langkah Alia untuk ke meja nombor 6 terhenti apabila terdengar jeritan nyaring dari pintu masuk. Tubuhnya bergetar melihat tiga orang lelaki menghalakan pistol ke arahnya.

    "ALIA, TUNDUK!"

   "Bang!"

   Alia berguling masuk bersama Amanda ke bilik tukang masak. Jantungnya yang berdegup kencang kuat hingga boleh terdengar pada gegendang telinga.

   "Kenapa kau orang ni?" Tanya Fitri. Baru sahaja Fitri ingin menjenguk melalui cermin kecil pada pintu, Amanda menarik lengan yang berlapik baju itu sambil menggeleng.

   "A... Da tig... Tiga orang lelaki itu..." Entah kenapa, kotak suara Alia tersekat - sekat. Terlalu takut, mungkin?

   Fitri mengetap gigi sebelum memberi arahan. "Jom. Kita ikut pintu belakang." Fitri menghayunkan tangan, perlahan.

   Dua wanita itu mengekori Fitri menuju pintu belakang sebelum kedengaran rempuhan pintu dari belakang.

   Amanda sempat menepuk dahi. Bagaimanalah mereka terlupa meletakkan penghadang pada pintu itu? Sekurangnya akan melengahkan penjahat - penjahat itu.

   "LARI!"

   Bunyi tapak kaki berlari dan bunyi tembakan berselang - seli bergema di bilik masakan itu. Nasib ruang dapur memasak ini seluas dewan sekolah. Jadi senanglah mahu main polis entry wan to jaga.

   "Aduh, masa macam nilah nak terkunci dari luar." Fitri mengeluh sebelum merempuh pintu tersebut. Amanda menjerit melihat bintik merah atas dahi Alia.

   Pintu dibuka.

   "Bang!"

   "LARI, ALIA. Diorang mahu kan kau!"

   Alia rasa tubuhnya ditolak keluar. Pintu belakang itu tertutup sendiri.

   "Bang! Bang!"

    "Kau orang!" Baru sahaja Alia ingin menghampiri pintu itu, dia diheret masuk ke dalam kereta oleh seseorang.

    "Lepaskan... Lepaskan..." Alia memukul gerangan yang 'menculiknya'. Gerangan itu mengaduh kerana sakit dipukul.

   "Aduh, aduh. Sakitlah!" Alia tergamam mendengar suara lelaki itu. "Kenapalah kau degil sangat?"

   Eh?

   Pemuda E.R?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top