02

PEMUDA E.R
He might be cheerful
But he is dangerous

KELOPAK matanya dibuka. Pemandangan pertama yang dilihat merupakan siling berwarna putih sebelum beralih pada dinding berwarna biru. Sejak bila si Amanda itu buang tabiat pergi cat warna bilik dia semalam?


   Alia mengurut kepalanya yang terasa berdenyut - denyut. Dia di mana sekarang? Macam mana dia boleh berada di sini? Lama dia termenung seperti orang tiada hala tujuan hidup, dia tiba - tiba teringat peristiwa gila semalam.

   "Macam mana ni? Macam mana kalau lelaki selamatkan aku tu orang jahat." Alia menggigit kuku, gelabah. Pemandangannya teralih pada satu - satunya harapan. Tingkap!

   Tergamam Alia melihat lukisan permandangan di luar. Yang terhiasi di depan mata hanyalah pokok pokok. Seperti hutan di hadapannya.

   Bila dipandang ke bawah, sedarlah dia berada di tingkat atas sekali. Tidak mungkin kalau ada tiada bahaya menanti di bawah.

   Telefon! Alia meraba - raba poketnya.

    "Eh?" Sekali lagi Alia tergamam melihat poketnya tidak timbul. Itu bermakna telefonnya tiada padanya! "Macam manalah aku boleh terjatuhkan telefon aku dekat dalam kereta Amanda?"

   Sebak berasa di dalam dada. Rasa putus asa mengalir dalam diri. Air matanya yang baru keluar diusap kasar. Tidak, dia tidak boleh mengalah. Dia perlu keluar dari sini!

   "Pintu." Alia bergerak menuju ke pintu. Hahaha, pasti ia terkunci. Tombol pintu yang berjaya dipulas itu dipandang seketika. Eh, tidak berkunci?

   "WARGH!" Suaranya dikeluarkan sekuat  yang mungkin melihat wajah 'wira' yang menyelamatkannya semalam di sebalik muka pintu.

    "Jangan menjeritlah!" Sudu berisi bubur disuapkan pada Alia, membuat si gadis itu berhenti menjerit.

   Eh?

   "Kenapa awak culik... nyum nyum... saya?" Soal Alia sambil menyuapkan bubur ayam ke dalam mulutnya. Siap duduk bersilang kaki lagi di atas katil bagai anak raja!

   "Bila masa aku culik kau? Aku cuma selamatkan kau." Alia terhenti  menyuap bubur mendengar bicara manusia di hadapannya. Eh? Apa benda mamat ini merepek? Jadi, apa dia buat dekat sini? Tidak mungkin kena kahwin paksa dekat Siam? Okay, itu tidak lawak.

   "Kau kenal Muhammad Hafiz bin Sharifuddin?" Soal lelaki bertopeng putih itu.

   "Mestilah kenal, dia abang saya," jawab Alia dengan jujur. Macam mana dia tahu nama abang aku? Abang dia itu tidaklah sepopular mana. Tiga pengikut sahaja di Instagram. Itu pun dia, mama dia dan abang kedua dia yang ikut.

   Ceh, Alia menipu sebenarnya. Pengikut abang dia di medan sosial sebenarnya lebih dari seratus!

   "Musuh abang kau, Datin Seri Linda ini misinya adalah ingin membunuh kau. Kira macam musuh dalam businesslah," ujar si lelaki di hadapannya. "Jadi tanggungjawab aku untuk lindungi kau sebab musuh abang kau dan kumpulan aku sama."

   "Kumpulan?" Soalan terpacul dari mulut Alia mendengar 'cerita' nya.

   "Yang tu kau tak payah tahu. Anggap je aku bekerja atas sebuah kumpulan." Senyuman sinis terbit pada wajah lelaki itu. "Panggil aku E.R. Kau akan selamat, jangan risau."

   "Nyum... nyum..." Alia menikmati makanan tersebut tanpa pedulikan Pemuda E.R.

   "Woi, kau dengar tak?" Pemuda E.R menjerit memanggil Alia yang tidak langsung menoleh ke arahnya.

   Alia memandang Pemuda E.R  tanpa rasa bersalah. "Kau panggil aku ke?"

   Keluhan terlepas daripada lelaki itu. Kenapalah aku culik budak ini? "Ya... kau dengar tak?"

   "Dengar, dengar," balas Alia sebelum meletakkan mangkuk di sebelahnya. "Wah, KENYANG! Oh, ya! Bila aku boleh balik?"

   "Kau tak boleh balik, " ujar Pemuda E.R. Tetapi jawapannya mengundangkan kemarahan Alia.

   "Eh, apa fasal pula?" Alia seakan - akan tertanya dan kelihatan keliru. Bengang pun ada dengan lelaki ini.

   "Orang - orang Datin Seri Linda tu ada di mana - mana. Tunggu keadaan jadi reda dulu baru kau boleh keluar dari sini." Pemuda E.R mengambil mangkuk di sebelah Alia sebelum mengorak langkah ke pintu.

   Baru sahaja Pemuda E.R melangkah kakinya ke luar, dia menitipkan pesanannya pada Alia. " Kau nak mandi. Kalau kau perasan ada pintu sebelah katil. Tu bilik air. Kain tuala, baju, semua dah sedia dalam almari. Kau mandilah."

   Pintu tertutup lalu kedengaran bunyi ianyanya dikunci dari luar. Selang beberapa saat,  kedengaran samar - samar suara Pemuda E.R  berkata. "Jangan risau, aku tak pasang CCTV!"

   Alia terpinga - pinga di atas katil. Dengan perasaan geram, dia berteriak memberontak. "Woi, aku nak keluarlah!"

   Ah, sudahlah. Dia mahu buat apa sekarang?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top