Teaser 3
Random bab ( versi belum edit)
#pub
“Anak Ika mana? Pulangkan anak Ika, ibu.”
“Berani lagi kau datang rumah aku. Tak cukup kau buat anak aku mati, sekarang ni, kau nak ambil cucu aku. Aku takkan benarkan orang gila macam kau sentuh cucu aku.”
Tubuh Zulaikha ditolak. Tongkat juga sudah tercampak ke mana. Terkejut Encik Yasir dengan tindakan isterinya.
“Ibu... pulangkan anak Ika. Ika merayu. Hanya dia aje yang Ika ada.”
Zulaikha melutut dan memeluk kaki ibu mentuanya. Dia tidak mahu Puan Nafisah membawa pergi anaknya. Cukuplah dia kehilangan arwah Nazri.
“Kau tak layak jaga cucu aku. Kau yang jadi punca anak aku mati. Sekarang ni, kau pun dah tak betul, ada hati nak jaga cucu aku. Pergi!”
“Fisah, jangan macam ni. Semua ni salah. Pulangkan Nazmi.” Encik Yasir cuba memujuk.
“Tak! Cukuplah Fisah bodoh ikut cakap abang dulu. Disebabkan dia, masa depan anak kita yang masih cerah, terpaksa terkubur disebabkan perbuatan jijik dia ni.” Turun naik nafas wanita itu menahan marah.
“Ibu... Ika tak gila. Percayalah. Ika masih boleh jaga anak Ika. Ika dah terima rawatan.” Tangisan Zulaikha semakin menjadi-jadi.
“Kau ni memang degil kan.”
Disebabkan terlalu geram, dia mengheret tubuh Zulaikha sehingga ke muka pintu. Suara tangisan Nazmi di dalam bilik semakin bergema seolah-olah tahu dia bakal berpisah dengan ibu kandungnya.
Lekas Encik Yasir mengejar isterinya yang cuba menghalau Zulaikha. Namun belum sempat dia menghalang, isterinya sudah menolak kuat tubuh itu keluar dari rumah mereka.
Terpejam rapat mata Zulaikha kerana dia tahu tubuhnya bakal terjatuh ke atas tanah. Tapi lain pula yang berlaku. Terasa tubuhnya didakap erat oleh seseorang.
Tergamam Puan Nafisah dengan kehadiran tetamu itu. Lebih tiga tahun menghilang, dan kini lelaki itu muncul di sini. Encik Yasir turut berdiri kaku di situ.
“Tak cukup emak saya pernah gila disebabkan perbuatan kamu berdua, sekarang nak aniaya kehidupan Ika pula?” Keras nada suara itu.
Menggigil tubuh Zulaikha. Dia kenal dengan suara itu walaupun sudah bertahun-tahun mereka tak berjumpa. Perlahan-lahan dia membuka matanya. Tergamam dia seketika. Memang benar lelaki itu sudah pulang ke sini.
“Yusof, ibu bukan…”
“Diam! Kalau dulu, Yusof tak mampu nak tolong mak tapi sekarang, Yusof sendiri yang akan bantu Ika.”
Merah mata Yusof menahan marah. Kejadian lebih 20 tahun yang lepas terbayang dalam ingatannya. Disebabkan perbuatan abah memilih ibu tirinya, emaknya sakit dan sering dianggap gila oleh masyarakat. Kali ini dia akan melindungi Zulaikha. Bukan atas kehendak arwah Nazri tetapi atas keinginannya sendiri.
Tubuh Zulaikha yang kelihatan lemah itu dicempung dan dibawa masuk ke dalam kereta. Zulaikha yang masih bingung hanya sekadar membisu. Yusof bergegas masuk ke dalam rumah untuk mencari seseorang.
Tangisan Nazmi yang nyaring itu menyenangkan tugas Yusof untuk mencari anak Zulaikha. Lekas dia masuk ke dalam bilik arwah Nazri. Tubuh kecil yang masih menangis itu didukung erat. Tanpa membuang masa, dia membawa si kecil keluar dari rumah itu.
“Jangan bawa cucu ibu pergi!”
“Ke tepi! Nazmi masih ada ibu dan sampai bila-bila pun hanya Ika sahaja yang layak jadi ibu Nazmi. Sama macam Yusof. Hanya arwah mak yang layak jadi emak Yusof.”
Terhenyak Puan Nafisah mendengar kenyataan itu. Encik Yasir sudah kehilangan ayat.
🤧
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top