Teaser 2
“Abang.”
Yusof berpaling ke belakang. Tajam anak matanya memandang wajah gadis yang sudah merosakkan masa depannya. Zulaikha tunduk menekur pasir.
“Puas hati kau?”
Terkedu gadis itu. Pertama kali Yusof menukar panggilan mereka dengan kasar. Kali ini dia beranikan diri untuk menatap wajah lelaki itu.
“Maafkan, Ika. Ika buat sebab…”
Pang!
Tergamam Zulaikha saat wajahnya ditampar. Tubuhnya menggeletar menahan tangis. Pipinya disentuh perlahan. Masih terasa perit kesan tamparan tadi.
“Kau memang dah melampau. Kalau kau nak malukan aku, kenapa perlu libatkan maruah keluarga kita? Jawab!”
Hampir bergema suara Yusof di kawasan pantai itu. Zulaikha sudah menangis kerana sedar perkara yang berlaku semalam membuatkan nama baik Haji Hasnol tercemar. Malah sudah ada beberapa keluarga tidak membenarkan anak mereka belajar di madrasah walid.
“Ika... Ika minta maaf. Ika... sayangkan abang.”
Yusof tergelak sinis. Selangkah dia mendekati gadis itu. Tanpa rasa belas kasihan, rahang Zulaikha dicengkam kuat. Terdongak kepala gadis itu ke atas.
“Sayang? Ini bukan sayang tapi nafsu! Kau dengar sini... aku langsung tak ada nafsu dengan perempuan keji macam kau. Tergamak kau buat hidup aku macam ni. Kau akan menyesal dengan setiap perbuatan kau.”
Kecewa kerana Zulaikha sanggup bertindak sehingga sejauh ini. Dia sendiri malu melihat gambar-gambar semalam. Sanggup Zulaikha merakam aksi mereka berdua yang boleh mendatangkan fitnah.
Terdiam Zulaikha mendengar pengakuan Yusof. Malu kerana sudah terang lelaki ini memandang jijik terhadapnya.
“Aku setuju kahwin demi keluarga kita. Aku fikirkan perasaan walid. Kau jangan harapkan apa-apa dalam perkahwinan kita ni. Faham!” Rahang gadis itu dilepas kasar.
Tersedu-sedan Zulaikha menangis. Dia sendiri tidak tahu lagi cara untuk meminta maaf kepada Yusof.
Lelaki itu segera meninggalkan Zulaikha. Cukuplah dia mengajar gadis itu supaya tidak mengikut nafsu semata-mata.
Zulaikha terduduk lemah di atas pasir sambil memeluk lutut. Masih terdengar lagi suara jerkahan dari lelaki itu. Perkara yang dia tidak mahu berlaku, akhirnya berlaku juga. Yusof sudah terlalu bencikan dia.
🔥
Kesian Ucop🤧
#pub
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top