Bab 9 [EDIT]
Votelah duluuu😉💫
Sudah hampir seminggu Syamim tidak menegur Zara walaupun mereka hari-hari bertemu. Barangkali serik dengan ceramah Zara hari itu.
Hari-hari Zara berjalan seperti biasa. Namun, hari ini akan menjadi luar biasa.
Sebaik sahaja tiba di rumah, Zara disambut pulang oleh Amar dan Hakim seperti biasa.
"Maksu!"
"Ye, sayang. Mama dengan ibu mana?"
"Ada kat dapur, tengah buat air. Tok baba ada tetamu. Tapi Amar dengan Hakim tak kenal pun atuk tu. Tok baba suruh panggil atuk tu tok wan."
Zara menunjukkan wajah hairan.
Siapa pulak tok wan?
"Takpelah. Jom masuk!"
Belum sempat kakinya menuju ke arah tangga, Raja Zulkarnain memanggilnya untuk melayan tetamu. Hampir terkeluar biji mata Zara melihat tetamu itu.
Seminggu hilang, tiba-tiba ada kat sini? Dah apa pulak mamat sewel ni nak buat.
"Zara, mari sini duduk dengan atuk. Layan tetamu."
"Atuk, mereka tetamu atuk, bukan tetamu Zara."
Tanpa menghiraukan Raja Zulkarnain, Zara mengatur langkah ke anak tangga untuk menuju ke biliknya, namun ada lagi halangan. Kini Harris dan Hilmi berdiri di anak tangga itu. Pasti mereka mendengar percakapan Zara dan Raja Zulkarnain.
"Adik, kenapa cakap macam tu dengan atuk? Dah lah. Jom. Abang pun atuk suruh duduk sana."
"Adik tak nak lah, abang! Dengan ada mamat sengal tu lagi."
Hilmi tidak boleh membiarkan hal ini. Badan Zara dipusingkan dan Hilmi menolak Zara untuk turun. Harris hanya tertawa kecil melihat adegan itu.
Zara terpaksa akur. Takkan lah dia tiba-tiba hendak mengamuk pula.
Mereka bertiga hanya mempamerkan senyuman kepada kawan baik Raja Zulkarnain, Tengku Aziz, atau lebih mesra dengan panggilan atuk Aziz, lalu mereka mengambil tempat di sofa panjang bersebelahan Raja Zulakarnain.
Syamim yang berada di situ tersenyum melihat Zara yang sudi untuk menemani mereka. Zara ternampak Syamim tersenyum ke arahnya. Namun, senyuman itu tidak dibalas.
Apa lagi niat kau kali ni? Tak puas lagi ke nak sakitkan hati aku?
"Zara, sebenarnya atuk Aziz datang di nak jumpa Zara." kata Tengku Aziz.
Dah kenapa atuk Aziz nak jumpa aku ni? Ada projek baru ke? Kalau projek baru pun, takkan sampai datang ke rumah.
Melihat Zara yang hanya mendiamkan diri, Harris menyiku Zara. Orang tanya boleh pulak dia berangan.
"Ye atuk Aziz. Kenapa atuk nak jumpa Zara?"
"Sebenarnya atuk datang ni, bukan saja-saja, tapi atuk datang bawa dua hajat. Yang pertama, atuk nak melamar Zara jadi cucu menantu atuk."
Hajat pertama yang ingin disampaikan sudah terkata. Syamim yang mendengar sangatlah bahagia. Bukan senang ingin memujuk atuknya supaya melamar Zara. Daripada hari pertama dia jejak kakinya di Kuala Lumpur ini, dia sudah menyatakan hasratnya untuk menjadikan Zara ini teman hidupnya. Namun, dia dikatakan gila oleh atuknya sendiri kerana meminta perkara yang aneh sebaik sahaja tiba di tanah air. Manakan tidak. Tengku Aziz tidak jarang bertemu dengan keluarga ini sejak peristiwa lima tahun lalu.
"Hajat atuk yang kedua?"
Zara memilih untuk mengetahui kedua-dua hajat Tengku Aziz dahulu. Walaupun hajat pertama itu sudah boleh membuatkan jantungnya berhenti.
"Hajat atuk yang kedua, atuk nak jelaskan situasi sebenar yang berlaku lima tahun yang lepas."
Mereka bereempat beranak terkedu. Masing-masing kaku.
"Aziz, kau tahu apa yang berlaku lima tahun yang lepas? Kenapa kau tak pernah bagitahu aku?"
"Maafkan aku, Zul. Aku tak bagitahu sebab aku sendiri tak tahu macam mana nak bagitahu keluarga kau. Sebab aku pun terlibat sama pada hari Syamim terpaksa tinggalkan Zara pada hari nikah mereka."
"Okay, stop this nonsense. Atuk Aziz. Tell me the truth right now!
Zara sudah tidak mampu untuk menunggu lagi. Kebenaran akan terbentang sekarang.
"Masa hari nikah. Atuk tak datang, kan? Bukan sengaja atuk tak datang. Sehari sebelum hari nikah, atuk kena culik dalam perjalanan balik dari dewan bersanding kamu berdua. Atuk fikir, mereka hanya mahukan duit tapi tidak. Mereka mahu untuk Syamim tinggalkan Zara. Itu saja cara untuk Syamim selamatkan atuk. Syamim turutkan. Lepas pada peristiwa itu, kami berdua mulakan hidup di Amsterdam. Tapi, atuk balik Malaysia lepas 3 tahun. Syarikat atuk kat sini ada masalah. Atuk cuba untuk berhubung dengan Zul walaupun atuk tahu kami ada melakukan kesalahan. Syamim minta untuk rahsia ini disimpan sehinggan dia dapat pulang ke Malaysia. Dan atuk rasa, sekarang adalah masa yang sesuai. Aku harap kau dengan cucu-cucu kau boleh maafkan aku, Zul."
Zara terkedu. Syamim memilih untuk menyelamatkan atuknya. Dia pun dalam keadaan tersepit pada waktu itu. Selama lima tahun, dirinya menuduh yang bukan-bukan tentang Syamim. Kebenaran ini memang pahit. Tetapi, setidaknya, dia mengetahui alasan dirinya ditinggal tergantung tidak bertali.
Harris dan Hilmi sedar akan perubahan riak wajah Zara. Tangan mereka mencapai tangan Zara.
Namun, Raja Zulkarnain membuka mulut terlebih dahulu.
"Aziz, aku terkilan. Tapi hak untuk memaafkan itu ada pada tangan Zara. Aku tak layak nak berikan kata maaf itu. Tapi apa yang aku nak kau tahu, aku dah pun maafkan kau dengan Syamim. Sekarang, keputusan terletak pada Zara."
"Adik."
Zara sedar dari lamunannya. Nafas yang ditarik perlahan-lahan dilepaskan.
"Zara minta maaf sebab selama ni fikir hal yang bukan-bukan pasal atuk Aziz dan Syamim. Cuma, kenapa sekarang? Zara tak faham."
"Saya minta maaf. Atuk rahsiakan semua ni atas permintaan saya. Saya harap awak boleh faham macam mana tersepitnya perasaan saya masa tu, Zara. Saya merayu, tolong maafkan saya."
Syamim sudah tidak tahu apa yang perlu dijelaskan. Memikirkan saat itu, dirinya kusut. Dia harus memilih antara orang yang sudah berjasa kepadanya atau wanita yang dia cintai separuh nyawa.
"Awak cakap, saya perlu minta maaf pada awak dan keluarga awak dengan cara yang terhormat. Saya dah buat Zara. Jadi, saya perlukan kata putus dari awak. Saya pernah dapatkan awak dengan cara terhormat tapi saya sia-siakan peluang itu dulu. Jadi sekarang, dengan cara yang sama, saya nak melamar awak menjadi isteri saya."
"Terima kasih atas penjelasan yang saya tunggu selama lima tahun ini. Tapi, tentang lamaran tu. Saya tak boleh bagi jawapan sekarang. Bagi saya masa untuk saya fikir."
Cukuplah dengan kata-kata Zara yang tidak pasti itu sebagai harapan untuk Syamim. Syamim tahu Zara juga menanti detik ini.
Permudahkanlah urusan hamba-Mu ini, Ya Allah.
...
Zara menghempapkan badannya ke atas katil. Dia memikirkan tentang lamaran itu. Memang benar dia masih marah atas tindakan Syamim, namun ini juga yang diingininya agar Syamim menjadi imam yang membimbing dirinya ke syurga ilahi.
Sekarang ini, dirinya yang tersepit. Bagi menenangkan hatinya, Zara menunaikan solat sunat istikharah terlebih dahulu untuk membuat keputusan sama ada dia menerima atau menolak lamaran itu. Dia ingin membuat keputusan yang terbaik untuk dirinya agar tiada kesilapan lagi.
Sebaik sahaja Zara selesai solat, Zara pergi ke dapur dan membuat secawan kopi sebagai penemannya untuk menyambung kerjanya yang tertangguh.
Zara meneliti fail yang berada di hadapannya dengan tekun. Saat ini fokusnya benar-benar pada kerjanya. Tanpa Zara sedar, Harris masuk ke ruang kerjanya.
"Khusyuknya adik buat kerja sampai tak sedar abang masuk."
Kata Harris sambil membelai rambut ikal milik Zara kemudian duduk di kerusi lebihan di sebelah Zara.
"Eh, abang! Adik tak sedar pulak abang ada."
Harris yang memerhati gelagat Zara diserang rasa bersalah untuk bertanyakan sesuatu, namun dia tetap menanyakan hal itu kepada Zara.
"Adik, abang nak tanya something ni. Boleh berhenti buat kerja kejap?"
Permintaan Harris Zara turuti. Zara pun berhenti daripada menyemak fail di hadapannya kemudian menghadap Harris.
"Kenapa ni abang? Macam serius je?"
Harris menarik nafas kemudian menghembusnya.
"Pasal lamaran Syamim tu, adik--"
Belum sempat Harris menghabiskan kata-katanya, Zara mencelah.
"Adik masih belum ada jawapan. Adik masih keliru dengan perasaan adik. Adik harap abang faham."
Harris hanya tersenyum.
"Dik, abang tak paksa adik untuk terima Syamim. Tapi, abang harap apa pun keputusan yang adik buat dalam hidup adik, abang harap adik dapat berfikir dengan matang. Semua keputusan adik tentang kehidupan adik, semuanya terletak pada diri adik sendiri. Abang mampu berdoa je untuk adik agar adik dapat kehidupan yang bahagia."
Tanpa sedar, mata Zara berkaca-kaca ketika mendengar luahan Harris. Dia berasa terharu kerana mempunyai abang yang sentiasa prihatin pada dirinya. Zara memeluk Harris. Erat.
"Abang, terima kasih sebab abang jaga adik, abang berkorban segala benda untuk adik. Terima kasih sebab abang sayang adik selama ni."
Pelukan itu dileraikan.
"Dik, abang mana tak sayang adik sendiri? Semua yang abang bagi pada adik semua tu tanggungjawab abang selagi adik belum berumah tangga. Nanti kalau adik dah kahwin, adik tak perlukan abang dah."
"Tak! Abang salah. Setiap masa Zara perlukan abang. Sampai Zara mati."
Harris memeluk Zara kembali. Dia tidak dapat membayangkan bagaimana kehidupannya tanpa Zara. Selama ini, mereka adik-beradik sentiasa bersama. Sekarang, mereka sudah mempunyai kehidupan masing-masing. Hala tuju masing-masing. Tiada yang mengatur. Harris hanya mampu berdoa agar saudara kembarnya dan adiknya dikurniakan kehidupan yang sempurna dan dilindungi oleh Allah jika dia sudah tiada di dunia ini.
XXX
"Kesempurnaan itu terletak pada diri sendiri. Tidak perlu meminta kesempurnaan itu daripada orang lain sedangkan kita yang menentukan kesempurnaan yang macam apa kita mahukan."
-💜miszhann-
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top