Bab 8 [EDIT]
Votelah duluuu😉💞
Syamim yang berada di kafe berdekatan dengan RZ Ideas hanya memerhati langkah Zara dan Hilmi yang sedang menuju ke arahnya. Langkah Zara terhenti apabila melihat Syamim. Hilmi terkejut apabila melihat Zara terhenti secara tiba-tiba. Hilmi melihat ke hadapan. Hilmi menggelengkan kepala.
"Adik. Dah lah tu. Ingat balik apa yang abang pesan. Adik dah janji dengan abang kan?"
Hilmi cuba meredakan ketakutan Zara. Tangan adiknya dipegang erat sebelum dilepaskan. Mendengar kata-kata Hilmi, ketakutan Zara berkurangan. Terima kasih kepada Hilmi kerana dia seorang abang yang sentiasa memahami dirinya.
"Thank you, abang. Lega sikit hati adik."
Asyraf yang tiba-tiba datang menerpa mengejutkan Zara.
"Tuan muda. Cik muda."
"Asyraf! Bukan awak sepatutnya cuti ke?"
"Saya datang atas arahan tuan muda Hilmi."
Zara memandang Hilmi dengan riak yang penuh tanda tanya.
"Abang call dia tadi. Asyraf tak boleh tinggalkan adik kalau adik kena pergi temu janji apa sekalipun. Pasal cuti tu, abang dah minta Doktor Irwan untuk rawat anak Asyraf. Lepas saja dia hantar adik balik, dia boleh jenguk anak dia."
Hilmi meminta diri. Zara bersalam dengan Hilmi lalu menuju ke arah Syamim.
"Asyraf, awak minumlah dulu ke apa ke. Buatlah apa yang awak nak sampai saya habis meeting okay?" kata Zara dengan ceria.
Asyraf hanya menurut. Sepanjang Asyraf bekerja sebagai pengawal peribadi Zara, sekali pun tidak pernah ditengking. Malah, setiap arahan yang Zara berikan sentiasa dengan nada yang ceria. Asyraf sentiasa senang apabila berada di sisi majikannya yang periang ini. Asyraf menjadi pengawal peribadi Zara sejak lima tahun lalu. Peristiwa yang cukup pahit untuk diterima oleh seseorang.
Syamim yang memerhati rasa kurang senang dengan kehadiran Asyraf.
"Siapa tu?"
Zara hanya mendiamkan diri. Cemburu lah tu!
Dulu masa kau tinggalkan aku tak pernah kisah pula aku ni macam mana, dah ada pengganti ke tidak, sekarang sibuk hal aku!
Zara mengendahkan soalan Syamim.
Encik Burhan hadir sedikit lewat. Perbincangan ini adalah untuk menerangkan kepada Syamim bahawa dia akan lebih banyak berurusan dengan Encik Burhan.
"Maaf cik muda. Saya lambat. Tadi ada perkara yang perlu saya selesaikan."
"Tidak mengapa. Lagipun awak dah sampai ni. Baiklah kita mulakan perbincangan sekarang."
Syamim tidak mendengar jawapan untuk soalannya. Syamim mengeluh. Mungkin wanita di hadapannya ini sangat marah pada dirinya.
"Baiklah. Sebenarnya, perbincangan ini hanya untuk menerangkan tugas semata-mata. Encik Syamim, kenalkan ini Encik Burhan, penolong tuan muda Hilmi di bahagian kewangan. Encik Burhan akan lebih banyak berurusan dengan Encik Syamim berbanding saya. Saya tetap terlibat dalam rancangan untuk memulihkan syarikat cuma tidak secara langsung. Jadi, 3 hari sekali saya akan dapatkan report daripada Encik Burhan tentang perkembangan anak syarikat. Jadi saya harap Encik Syamim boleh memberikan kerjasama yang baik kepada Encik Burhan."
Syamim terkejut dan bingung.
"Tapi kenapa? Bukan ke awak yang bertanggungjawab dalam menguruskan masalah ini?"
Tidak sempat Zara membuka bicaranya, Encik Burhan menyampuk.
"Maaf sebab saya mencelah Encik Syamim. Tapi, panggilan itu tidak menghormati cik muda. Ini perbincangan formal. Tidak wajar untuk Encik Syamim membahasakan diri cik muda sebagai 'awak'."
Encik Burhan tidak tahu apa hubungan mereka, tapi dalam perbincangan formal, tidak sepatutnya diri majikannya digelar sebegitu. Panggilan ini sangat ditekankan oleh Raja Zulkarnain walaupun mereka tiga beradik tidak mengambil kisah sangat.
Syamim sedar akan kesalahannya.
"Baiklah. Saya minta maaf. Tapi kalau boleh saya tahu, apa alasan cik muda untuk menyerahkan separuh tanggungjawab itu kepada Encik Burhan?"
Zara tersenyum sinis.
"Seperti yang Encik Syamim tahu, saya masih ada banyak lagi urusan penting. Bukan ini sahaja masalah yang melibatkan kewangan. Jadi, saya harap Encik Syamim boleh berurusan dengan Encik Burhan sebaiknya."
Syamim mengeluh. Dia tahu. Tiada sesiapa yang mampu mengubah keputusan Zara. Kalau putih, putihlah. Kalau hitam, hitamlah.
Selesai sahaja perbincangan mereka, masing-masing meminta izin untuk pulang. Zara terus bangun daripada tempat duduknya lalu melangkah meninggalkan Syamim dan Encik Burhan. Asyraf hanya mengikut Zara daripada belakang tanpa berkata walaupun sepatah perkataan.
Tanpa berlengah, Syamim mengatur langkah mengejar Zara.
"Zara!" jerit Syamim.
Langkah Zara terhenti sebaik sahaja mendengar jeritan itu.
Dengan senyuman yang lebar, Syamim menghampiri Zara. Dia sekarang berhadapan dengan Zara. Hati Zara berdegup kencang. Dia tidak tahu apa perasaannya sekarang sama ada rasa rindu pada lelaki yang berada di hadapannya sekarang atau rasa benci kerana kesalahan lelaki itu.
Kenapa aku berhenti?
Dengan pantas Zara mengatur langkah pergi tapi dihalang oleh Syamim. Malah, Syamim menarik lengan Zara sehingga Zara terjerit kesakitan.
"Syamim, sakitlah!"
"Sorry. Saya tiada niat pun nak sakitkan awak. Saya cuma minta masa daripada awak untuk dengar semua penjelasan saya."
Tangan Syamim masih erat memegang lengan Zara. Melihat Zara kesakitan, Asyraf meleraikan pegangan tangan Syamim daripada terus menyakiti majikannya. Syamim yang melihat tindakan Asyraf rasa bengang.
"Siapa lelaki ni? Boyfriend awak ke, Zara?"
"Kenapa awak sibuk sangat nak tahu siapa dia? Kalau dia boyfriend saya sekalipun, apa kena mengena dengan hidup awak?"
Soalan Syamim dibalas dengan soalan dengan nada yang sinis.
"Zara, awak itu bukan jawapan untuk soalan saya. Tolong jujur dengan saya."
"Dia bodyguard saya."
Syamim menghembus nafas lega. Mujur bodyguard saja. Tiada siapa boleh menggantikan tempat aku dalam hati Zara. Ya! Aku akan pastikan yang aku saja yang ada di dalam hati Zara.
"Asyraf, awak tunggu saya dalam kereta. Nanti saya datang." arah Zara kepada Asyraf.
"Baik, cik muda."
Asyraf hanya akur dengan arahan majikannya itu.
"So, apa dia yang penting sangat sampai saya kena tunggu bagai?"
"Zara, saya nak jelaskan yang apa yang awak fikir selama ni pasal saya tu tak betul."
Zara tersenyum sinis. Tak betul? Habis apa yang betul?!
"First, awak memang salah atas apa yang terjadi lima tahun lepas. Second, sepatutnya melutut minta maaf pada saya, abang dan atuk. Awak dah malukan kami semua. Third, that thing you suppose to do it masa pertama kali awak datang jumpa kami. Awak memang tak tahu malu eh? Pergi dengan tiba-tiba tanpa penjelasan kemudian datang seperti awak tak buat salah! "
Zara menjelaskan semua itu dengan perasaan marah. Dia sudah tidak mampu menahan rasa sakit hatinya. Lima tahun dia menderita gara-gara lelaki di hadapannya ini. Lima tahun dia cuba melupakan lelaki ini, namun di saat dia sudah melupakan segalanya, lelaki ini kembali merebut hatinya.
Apakah maksud semua yang terjadi ini? Ya Allah, pinjamkanlah hambamu ini sedikit kekuatan menghadapi dugaan ini.
Syamim terkejut dengan kata-kata Zara. Dia tahu bahawa sakit hati yang Zara tanggung selama ni cukup untuk membuatkan wanita itu membencinya.
Syamim tiada niat untuk meninggalkan wanita yang telah bertakhta di hatinya itu, namun dia juga tiada kesempatan untuk menjelaskannya.
"Zara, saya tahu yang perbuatan saya tu salah. Tapi, tolong dengar dulu apa yang saya nak cakap. Saya tiada niat pun nak tinggalkan awak masa hari--"
"Eh, dengar ni mamat senget! Tiada niat? Gila juga alasan awak ni. Tiada niat, tapi hakikatnya awak dah pun tinggalkan saya! On our wedding day pulak tu! Hari bahagia yang hanya hidup dengan angan-angan palsu. Hidup hanya bila awak tabur janji-janji manis awak! And you said what? Tiada niat? Good job Syamim! "
One kill.
"Zara, please. I'm not that bad."
"Ya, saya tahu. Sebab dulu awak pernah buat baik sampai semua orang percayakan yang awak sebanrnya talam dua muka!"
Double kill!
"Zara! How could you said that? Apa yang buat awak berubah sampai tahap macam ni?"
Syamim terkedu apabila Zara menuduh dirinya sebegitu. Hatinya kini tersakiti oleh wanita yang dicintainya.
"Saya berubah? Come on! People changed base on how others treat them. Syamim, saya rasa baik awak balik dululah. Kalau dulu awak boleh dapatkan saya dengan cara terhormat, saya nak awak datang dan minta maaf dengan cara terhormat juga."
Dengan itu, Zara beransur pulang. Zara cuba mengawa perasaannya. Penjelasan yang dituntut belum sedia untuk dia dengar. Takut kebenaran itu akan membuatkan rasa ini mati.
XXX
"Maaf itu boleh diberi tanpa syarat. Tetapi sedarlah tentang hakikat yang selepas maaf itu diberi, perkara mungkin tidak akan seindah dulu."
-💜miszhann-
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top