Bab 5 [EDIT]

votelah duluuu😉💫

Zara dan Ariff hanya memilih restoran berdekatan. Zara masih mempunyai urusan selepas makan tengah hari.

Namun, Zara dan Ariff belum memecahkan kesunyian mereka dari dalam kereta lagi. Dari mereka duduk sehinggalah makanan ada depan mata, suara masih belum kedengaran.

Ariff mula rasa tidak senang duduk.

Takkan lah dia marah aku pasal tadi kut?

Entah bila mereka hendak memecahkan suasana sunyi ini. Tak bosan ke senyap saja daripada tadi?!

"Zara!"

Ariff memecahkan suasana sunyi itu. Dia sudah bosan dengan suasana sunyi itu.

Lamunan Zara mati. Akhirnya dia bersuara.

"Ariff, aku nak tanya kau satu soalan."

"Apa dia? Macam serius je bunyi."

"Apa yang kau cakap tadi tu tak betul kan? Kau tak maksudkan yang kau nak jadikan aku ni--"

Zara tidak menghabiskan ayatnya kerana Ariff menyampuk. Dia tahu apa yang ingin dikatakan oleh Zara.

"Aku main-main jelah. Aku tak maksudkan pun. Alah, lagi pun aku tahu yang perasaan kau dekat ..."

Ariff menekup mulutnya. Sedar bahawa dirinya terlanjut kata.

Nak tempah maut ke, Riff? Kalau mood Zara spoil lepas ni, kau melututlah minta maaf.

Ariff bermonolog sendirian di dalam hati.

"It's okay Ariff. Aku tak marah pun. Betullah apa yang kau cakap tu. Aku masih mengharapkan orang yang terang-terang tak setia dengan aku. Konon nak jadi pelindung aku."

Ariff rasa serba salah. Tulah mulut tiada insurans sangat!

"Zara aku minta maaf. Aku takde niat pun nak sebut pasal hal tu."

Zara hanya mendiamkan diri. Ariff semakin resah. Diam Zara bermakna dia sedang sedih.

Namun, apa yang pasti, apa yang di dalam fikirannya adalah benar. Ternyata lelaki yang pernah menyakiti hati Zara separuh nyawa masih bertakhta di hatinya. Tujuh tahun dia cuba memikat hati wanita ini tetapi tidak sekali wanita ini memahami isi hatinya. Apa yang patut dia lakukan agar Zara memahami isi hatinya.

Zara, kenapa dia masih ada di dalam hati kau? Terlalu hinakah aku untuk menjadi pelindung kau?

...

Sebaik sahaja pulang dari tempat kerja, Harris baring di atas katilnya. Dia memejamkan matanya. Mungkin dia keletihan memikirkan projek yang terbaru ini. Dengan perangai klien yang kejap-kejap berubah fikiran. Siapa saja tak jadi buntu?

Ketukan pintu mematikan lamunannya. Dia membuka mata dan memandang wajah yang menenangkan hatinya iaitu isterinya, Jannah. Jannah sentiasa mendengar luahan hatinya. Saat suka dan duka mesti dikongsi bersama. Barulah rumah tangga boleh bahagia betul tak?

"Awak dah makan ke? Layu je saya tengok. Kalau belum makan, saya siapkan makan."

"Dah tadi dengan klien."

Hanya itu yang keluar dari mulut Harris.

"Awak fikirkan apa? Macam ada sesuatu saja yang awak tak bagitahu."

"Fikirkan si Zara tu ha. Sampai bila dia nak hidup sendiri macam tu?"

"Kalau nak sangat Zara tu kawin, saya tengok Ariff tu macam suka dekat Zara. Apa salahnya kalau mereka... awak tahulah kan apa maksud saya."

"Saya pun ada fikir nak jodohkan mereka tapi kita semua tahu yang adik masih berharap pada dia."

Hatinya disapa rasa sedih mengenangkan nasib adiknya itu. Dia juga tidak pasti luka yang ada di hati Zara masih terpahat atau tidak.

"Saya yakin dia ada sebab kenapa dia tinggalkan adik macam tu. Kita semua tahu macam mana dia cintakan adik. Separuh nyawa dia perjuangkan cinta dia untuk Zara."

Jannah dilanda perasaan sayu apabila mengenangkan Zara.

Harris tersenyum. Ada saja jawapan daripada Jannah yang boleh menenangkan hatinya walaupun dia tahu Jannah juga merisaukan Zara. Fikiran Harris ligat berfikir. Kenapa lelaki itu meninggalkan Zara sebegitu? Walaupun lelaki itu sahabatnya, namun apa yang dilakukan terhadap Zara, masih tidak boleh dilupakan.

Kenapa kau hilang macam tu saja? Tidak boleh ke kau tinggalkan penjelasan?

Harris tidak berdendam, cuma agak terkilan. 

Tak! Sangat terkilan! 

Lelaki yang dicintai adiknya itu tinggalkan adik kesayangannya itu tanpa kesan. Tapi, Harris yakin satu hari nanti, si lelaki itu akan pulang dengan jawapan.

***

Hari ini RZ ideas akan menerima tetamu. Zara menuju ke bilik Hilmi. Katanya, dia akan diperkenalkan dengan wakil TA Global. Haraplah orang yang ingin digandingkan bersama dirinya itu yang berdedikasi. Kalau yang pemalas dan pasif, bagaimana hendak melakukan kerja? Boleh lingkup anak syarikat tu!

"Kenapa Abang Harris ada kat sini jugak?" 

Soal Zara sebaik sahaja melabuhkan punggung ke sofa yang tersedia di dalam bilik kerja Hilmi.

"Saja je nak tengok siapa yang akan berganding dengan adik. Mesti dia tu seorang yang sangat penyabar. Adik kan cerewet."

Kata Harris dengan spontan. Zara pula mula menunjukkan riak tak puas hati.

"Hey! Bukan cerewet ye, abang. Tapi teliti!"

Zara memandang fail-fail yang berada di atas meja Hilmi. Macam orang yang tengah buat assignment dah.

"Abang Hilmi, kenapa banyak sangat fail atas meja abang? Berapa banyak projek yang abang dah ada?"

"Tu semua detail untuk anak syarikat kita. Abang pun terkejut juga sebab banyak perkara yang tak tally dengan plan asal. So, abang kena tengok satu-satu."

Zara hanya menganggukkan kepalanya tanda mengerti akan kerja Hilmi. 

Ketika itu, pintu diketuk.

"Masuk."

Hilmi memberi arahan.

Apabila pintu dibuka, mereka bertiga terkejut melihat gerangan tersebut.

"Syamim!"

Nama itu dijerit oleh Hilmi dan terus didakapnya sahabat yang telah lama menghilangkan diri. Harris mengatur langkah mendakap sahabatnya. 

Zara yang terduduk pula sudah terpaku. Apakah benar apa yang dilihatnya? Lelaki ini kembali selepas lima tahun. Hatinya berdegup kencang. Sekarang ini, otaknya ligat memutarkan kembali kenangannya bersama lelaki itu.

"Harris, Hilmi kau orang sihat? Zara? Awak sihat?"

Syamim bertanya dengan mesra.

"We're better than okay. Bertahun kau hilang tiba-tiba balik. Kau pergi mana selama ni?" tanya Hilmi.

"Entah kau ni. By the way, apa kau buat dekat sini?"

Harris pula menyambung. Zara hanya menjadi penonton. Atau lebih tepat, seperti boneka.

"Satu-satu kay? Aku sihat je. Aku hilang selama ni bersebab. And, sebab tu aku tak boleh bagitahu kau orang lagi buat sementara waktu ni. Aku kat sini sebab aku wakil daripada TA Global ke RZTV."

"What! That's mean you will be working with Zara."

Jawab Hilmi dengan perasaan kaget.

Zara kelu seribu bahasa. Kalau abangnya terkejut, dia rasa nak berhenti jantung. 

Dia akan bekerja dengan Syamim? Memang tak lah! Akhirnya dia mengatur langkah keluar daripada bilik Hilmi dan menghempas pintu. Kuat! Harris terkejut melihat kelakuan Zara.

Syamim hanya terdiam. Dia pasti Zara masih marah pada dirinya. Sulitkah untuk Zara memaafkan dirinya?

XXX

"Memaafkan itu bukan bererti melupakan. Tetapi perkataan maaf itu merupakan satu peluang untuk membuktikan perkara yang lebih baik." 

-💜miszhann-

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top