Bab 32 [EDIT]
Votelah duluuu😉💫
Bandar Kuantan agak sibuk ketika waktu petang. Maklumlah ramai yang baru pulang dari kerja. Syamim juga tidak kurangnnya. Setelah seharian melawat kawasan pembinaan baru di Tanjung Lumpur, Syamim pandu pulang ke hotel. Jam tangan berjenama Casio itu dikerling. Sudah hampir waktu asar.
Syamim singgah di masjid berdekatan. Sebagai seorang muslim, seharusnya kita berusaha dan cuba untuk menunaikan solat di awal waktu. Jangan sia-siakan peluang waktu lapang yang ada.
Setelah selesai menunaikan solat asar secara berjemaah, Syamim pandu pulang. Sebaik sahaja Syamim tiba di bilik hotelnya, telefon bimbitnya berdering. Senyuman terukir di wajah Syamim.
"Assalamualaikum, sayang!"
"Waalaikumusalam, abang! Cerianya suara abang. Abang baru balik dari mana?"
"Mestilah ceria! Dah sayang call abang. Abang baru saja sampai bilik hotel ni. Lagi pun, semalam orang tu lupa nak call kita sebelum tidur."
Zara menepuk dahi. Tidak sangka perkara itu akan diungkit oleh Syamim. Zara diserbu rasa serba salah.
"Alah, abang. Maaflah. Zara tak sengaja. Semalam lepas isyak memang Zara nak call abang, tapi terlelap lepas solat. Suara mengaji abanglah merdu sangat. Sampai Zara tertidur dengar rakaman suara abang mengaji."
Syamim hanya tersenyum. Saja dia hendak menyakat Zara. Walaupun baru satu malam tidak bersua muka, rindunya itu tidak terkata.
"Eh?! Salahkan abang pula. Hahaha! Erm, anak kita sihat, sayang?"
"Sihat! Tapi..."
"Tapi apa sayang? Jangan buat abang takut!"
Cuak weh!
"Umar rindu nak rasa ayah usap perut ibu bila ayah bacakan surah untuk ibu dan Umar."
Syamim menghembus nafas lega. Nak kena kokak si Zara ni!
"Sayang...sayang buat abang takut. Hrm, sayang dengan Umar tunggu abang balik tau? Abang pergi kejap nak cari nafkah untuk orang yang abang sayang."
"Ye abang. Zara faham. Erm, okaylah abang. Abang rehatlah dulu. Nanti Zara telefon abang lagi. Jaga diri, jaga iman ye, abang. Assalamualaikum."
"In sha allah, sayang. Waalaikumusalam."
***
Harris dalam perjalanan untuk bertemu klien di luar pejabat. Belum sempat dia menjejakkan kaki ke dalam kereta, Harris ternampak susuk tubuh yang dia kenali sedang menghampiri. Pintu kereta ditutup kembali.
"Kau nak apa? Kau sedar tak yang sekarang ni kau tengah jadi buruan polis? Kau nak aku call polis sekarang ke?"
Shafiq tertawa. Harris menayangkan muka hairan dengan sikap Shafiq ketika ini.
"Harris or should i call abang? Hrm, kalau betullah aku ni jadi buruan polis, kenapa bukan dari dulu? Kenapa baru sekarang?"
Harris mengerutkan dahinya. Apa lagi ni?
"Dari dulu? Apa maksud kau? Kau ada buat jenayah lain ke selain kau cuba nak bunuh adik aku?"
Shafiq menayangkan muka hairan kemudian tersenyum sinis.
Harris tak tahu rupanya yang aku punca Nadia mati. Aku boleh manfaatkan peluang ni untuk pecah belahkan kembar tak guna ni.
"Abang Harris. Abang lupa ke apa yang jadi kat anak buah kesayangan abang? Kau percaya ke punca kematian Nadia tu disebabkan masalah jantung yang Nadia ada? Fikirlah dalam-dalam kalau kau betul-betul sayangkan Nadia."
Shafiq menepuk bahu Harris dan berlalu pergi. Harris semakin bingung. Harris tidak faham apa yang dimaksudkan dengan kenyataan Shafiq. Telefon bimbit diambil.
"Hello, Dina. Saya minta awak batalkan semua temu janji saya petang ni."
"Baik, tuan muda."
Panggilan dimatikan. Nombor Hilmi didail.
"Hilmi, abang nak jumpa Hilmi sekarang kat rumah."
"Boleh, tapi kenapa? Macam penting saja."
"Jangan banyak tanya. Abang tunggu Hilmi kat rumah."
Kereta dipandu pulang ke rumah. Dia perlu tahu kebenaran tentang punca kematian Nadia.
Sebaik sahaja Harris tiba di rumah, kepulangannya disambut oleh puteranya.
"Yeay! Papa dah balik!"
Amar bergegas ke arah Harris. Pelukan Amar itu dibalas oleh Harris. Jannah juga menuju ke arah Harris.
"Awal awak balik harini? Ada tertinggal apa-apa ke?"
Jannah mula berasa hairan. Pasti ada sesuatu yang tidak beres jika dilihat daripada wajah Harris.
"Adik ada kat rumah?"
"Ada. Kenapa awak cari adik? Ada apa-apa ke yang awak tak bagitahu Jannah?"
Harris menghembus keluhan berat. Bahu Jannah dipegang.
"Awak bawa naik Amar dengan Hakim kat atas, boleh? Nanti bila saya dah dapat tahu semuanya, saya bagitahu awak."
Jannah hanya menganggukkan kepalanya. Jannah tidak mahu serabutkan kepala Harris lagi.
"Jom Amar, Hakim. Ikut mama naik atas. Kita mewarna buku yang ibu Farhah belikan semalam."
"Okay!"
Setelah mereka bertiga hilang dari pandangan, Harris berjalan menuju ke arah Zara di hadapan kolam renang. Zara sedar akan kehadiran Harris cuba untuk berdiri daripada kerusi rehat.
"Eh adik! Hati-hati!"
Harris membantu Zara untuk membetulkan posisinya. Zara bersalaman dengan Harris.
"Awal abang balik? Ada apa-apa ke?"
Harris diam membatu. Keluhan berat dilepaskan sebelum Harris memulakan bicaranya.
"Adik, abang minta maaf sebab tanya adik pasal hal ini, tapi abang perlu tahu kebenarannya. Pasal Nadia."
Muka Zara mula menunjukkan riak cuak. Zara cuba untuk menenangkan diri.
"Kenapa dengan Nadia?"
"Nadia meninggal kenapa? Betul ke yang Nadia pergi sebab masalah jantung yang Nadia ada. Bukan sebab lain?"
"Kenapa abang tanya soalan macam tu?"
"Tadi Shafiq datang jumpa abang. Dia cakap Nadia meninggal bukan sebab masalah jantung. Abang tak faham apa yang dia maksudkan. Abang rasa tak sedap hati. Abang rasa ada sesuatu yang adik tak bagi tahu abang. Kalau betul ada apa-apa yang adik rahsiakan pasal Nadia, boleh tak adik jujur dengan abang sekarang?"
Zara cuak. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan ketika ini. Jujur atau teruskan menyimpan kebenaran yang terlalu pahit untuk ditelan.
Ya Allah. Patut ke aku jujur dengan abang Harris?
Zara terus diam membisu. Tiada tanda-tanda untuk memulakan bicara. Otak ligat berfikir patutkah dirinya jujur atau tidak. Tepat pada waktunya, Hilmi sempat tiba di rumah sebelum Zara membuka mulut.
"Abang Hilmi!"
Hilmi menuju terus ke arah Zara. Tangan Hilmi dicapai dan digenggam sekuat hati. Hilmi merisaukan Zara manakala Harris menunjukkan riak hairan.
"Adik, adik kenapa? Abang, kenapa dengan adik? Abang cakap apa kat adik sampai adik takut macam ni?"
"Hilmi tahu?"
"Tahu apa?"
"Punca sebenar kematian Nadia."
Hilmi kaget! Patutlah adik takut.
"Abang, boleh tak kalau Hilmi cakap berdua saja dengan abang? Hilmi hantar adik masuk bilik kejap."
Hilmi memimpin Zara masuk ke dalam bilik. Keadaan Zara agak sarat ketika ini. Susah untuk berjalan tanpa ada yang membantu. Sampai di dalam bilik, Hilmi membawa Zara ke katil.
"Adik rehat, ya?"
Kepala Zara diusap lembut. Belum sempat Hilmi melangkah pergi, Zara menarik tangan Hilmi. Hilmi faham bahawa ketika ini semua peristiwa hitam itu sedang ligat berputar dalam fikirannya. Air mata Zara gugur serta merta ketika Hilmi memeluknya. Kepala Zara diusap lembut. Hilmi tidak tahu bagaimana Harris tahu tentang hal ini. Tetapi, lama-kelamaan Harris pasti tahu dan masanya sudah tiba. Hilmi cuba untuk menenangkan Zara.
Pintu diketuk. Farhah yang baru pulang dari kedai sempat mendengar perbualan mereka bertiga di bawah. Farhah menghampiri Hilmi.
"Awak, abang Harris tunggu kat bawah tu. Awak pergilah turun bawah, biar saya teman adik kat sini."
Hilmi hanya menganggukkan kepala. Pelukan Zara dileraikan. Hilmi menghapuskan sisa air mata Zara.
"Adik jangan risau ya? Abang yakin yang abang Harris akan faham lepas abang terangkan segalanya. Adik tak payah fikir sangat. Adik duduk sini dengan kak Farhah kejap."
Hilmi menuju ke ruang tamu.
XXX
"Kenangan tak boleh diubah namun boleh menjadi samar-samar."
-💜miszhann-
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top