Bab 31 [EDIT]
Votelah duluuu😉💫
"Abang, Zara nak ikut abang lah. Tak nak duduk rumah! Zara nak ikut mana-mana jeq abang pergi!"
Syamim mengeluh berat. Bukannya dia mahu meninggalkan Zara, tapi dia perlu pergi. Melihat Zara merengek seperti anak kecil membuatkan Syamim rasa lebih berat untuk pergi. Tambahan pula, ini kali pertama Syamim meninggalkan Zara sejak Zara mengandung. Kepala Zara diusap lembut sebelum bibirnya yang merah itu mendarat di ubun-ubun isterinya.
"Sayang tak boleh pergi. Sayang duduk sini dengan abang, dengan kakak ya? Lagi pun, abang pergi tiga hari je. Sayang kena jaga diri sayang, jaga Umar baik-baik."
"Abang jugak ke yang kena pergi? Kalau ganti orang saja tidak boleh ke? Zara tak nak jauh-jauh dengan abang."
Lengan Syamim dipaut. Tidak menunjukkan tanda-tanda untuk melepaskan pautan itu. Syamim berasa kasihan. Sepatutnya dalam keadaan Zara yang sedang sarat ini, dirinya lebih banyak meluangkan masa bersama-sama.
"Okay, macam ni. Lepas abang balik saja dari Kuantan, abang bawa sayang jalan-jalan. Boleh?"
"Betul ni?"
"Abang janji."
Pagi itu, Syamim berangkat ke Kuantan. Zara pula akan ditinggalkan di rumah Harris.
"Abang, abang tak payahlah hantar Zara. Nanti Zara minta Ariff hantarkan. Sebab hari ini Ariff ajak Zara keluar. Abang izinkan?"
"Kenapa?"
"Ariff cakap, dia nak kenalkan Zara dengan seseorang."
Wajah Syamim berkerut.
"Siapa?"
"Entah. Tapi Ariff ada cakap yang orang tu perempuan."
"Yelah. Kalau macam tu, abang izinkan. Sayang jaga diri baik-baik tau. Kalau penat, duduk. Jangan jalan lama sangat. Kirim salam kat Ariff."
"Baik, bos," Zara tabik kepada Syamim.
Mereka bersalam-salaman. Syamim memandu keluar dari perkarangan rumah.
Tidak lama kemudian, Ariff menjemput Zara di rumahnya. Ariff membantu Zara untuk masuk ke dalam kereta. Sudah lama agaknya mereka tidak bertemu sehinggakan sekarang ini usia kandungan Zara sudah lapan bulan.
"Zara, kau sihat?"
"Sihat saja. Kau tu. Sepanjang aku mengandung, tak sekali pun kau datang jenguk aku kat rumah abang. Kenapa? Kau masih tak boleh move on ke?"
Fuh takde belok-belok si Zara ni!
"Eh tak! Bukan tu lah! Kau tahu kan walau apa pun jadi, aku tetap sayang kau sebagai sahabat aku. Dan, aku kena pastikan hubungan kau dengan Syamim baik-baik saja. Aku tahu Syam cemburu kalau aku ambil berat pasal kau. Sebab tu aku pilih untuk tak jenguk kau. Tapi kau jangan ingat aku tak ambil berat pasal kau tau. Hari-hari aku tanya Harris dan Hilmi pasal kau."
"Yelah. Aku percaya. Tapi, kau pun kena tahu yang Syamim okay jelah. Dia tak ambil hati sangat pun. By the way, dia kirim salam. Ni kau nak bawak aku pergi mana ni?"
"Aku nak kenalkan kau dengan seseorang. Jom!"
Kereta dipandu menuju ke pusat beli-belah. Orang yang ingin Ariff kenalkan kepada Zara sedang menunggu.
Setibanya mereka di restoran Myeongdong Topokki, mereka cepat-cepat mengambil tempat duduk. Ariff tidak boleh membiarkan Zara berdiri terlalu lama.
Kedatangan mereka disambut baik oleh Iman. Aliya pergi ke tandas pada waktu itu.
"Zara, ni Iman. Pembantu pentadbiran di syarikat kita. Iman, ni cik puan Zara."
Iman dan Zara hanya bertukar senyuman.
"Awak tak perlu lah panggil saya cik puan. Lagi pula, saya bukannya bekerja di syarikat tu lagi. Panggil kakak saja."
"Baiklah, kalau itu permintaan kak Zara. Erm, kalau boleh Iman tahu, kandungan akak ni dah berapa bulan?"
"Dah nak masuk lapan bulan dah."
"Ouh! Bila akak dengan abang kahwin?"
Zara dan Ariff terkedu lalu ketawa. Iman yang memerhati berasa hairan.
"Iman, ni bukan isteri abang lah. Ni kawan abang dari kecil. Sekarang ni, Zara dah kahwin dengan peneraju syarikat TA Global, Tuan Syamim."
"Ouh! Hahaha! Patutlah."
Iman hanya mengusap belakang tengkuknya.
Dalam pada itu, Ariff seperti seekor meerkat yang terjenguk-jenguk mencari orang. Iman perasan akan kelakuan Ariff.
"Kakak pergi tandas kejap. Nanti sampailah tu."
Ariff tersentak.
Nampak sangat ke aku tengah cari Aliya?
"Ouh! Iman ada kakak?"
Zara menunjukkan rasa minat ingin tahu.
Mesti kakak Iman yang Ariff nak kenalkan kat aku.
"Haah. Namanya Aliya. Nur Aliya Fariha."
Ketika itu, Aliya tiba di meja mereka.
"Maaf lambat."
"Eh, takpe. Oh ya, Aliya! Ni, Zara. Zara, ni Aliya."
Mereka berdua bersalaman.
'Ariff dah kawin? Kecewanya aku! Kenapa dia buat baik dengan aku sedangkan dia dah kahwin? Sampai hati dia mempermainkan perasaan aku,' detik hatinya.
'Alah, selama ni Ariff dengan kau bukannya bercinta pun. Buat apa kau nak cemburu,' fikirnya lagi. Haih!
Dalam pada itu, Zara menyedari sesuatu. Mata Aliya jelas menunjukkan bahawa dia cemburu.
Mesti dia fikir aku ni isteri Ariff kan?
"Jomlah kita pesan makan. Saya dah lapar ni."
Ketika mereka sedang makan, hanya kedengaran suara Iman dan Zara sahaja manakala Ariff dan Aliya hanya sepatah dua kata. Iman sedar akan perubahan sikap kakaknya itu.
Kakak cemburu! Comel lah kakak ni!
Setelah mereka selesai makan, Zara teringin untuk melihat pakaian bayi. Walaupun sudah ada beberapa pasang yang sudah dibeli bersama Syamim, Zara tetap ingin membeli lagi. Biasalah, perempuan kan.
Ariff menemani Zara di dalam butik pakaian kanak-kanak itu sementara Iman dan Aliya menunggu di luar.
"Kakak cemburu ya tengok abang Ariff dengan kak Zara?"
Aliya tersentak.
"Buat apa kakak nak cemburu? Ariff tu bukannya ada apa-apa hubungan pun dengan kakak."
Iman hanya ketawa.
"Kakak, jelas terpampang kat dahi kakak tu. Dahi kakak tulis SAYA CEMBURU!"
"Ish! Iman ni kan!"
Aliya menumbuk dada Iman. Lalu mereka ketawa berdua.
Ariff memang menemani Zara melihat baju-baju bayi. Namun, fikiran Ariff tidak bersama Zara. Zara yang menyedari perubahan Ariff itu hanya tersenyum.
"Ariff, kalau kau suka sangat dengan Liya tu, baik kau mengaku sekarang. Nanti melepas tau. Aku tengok Liya tu pun suka kat kau. Masa kau kenalkan aku tadi pun, dia cemburu tau."
"Hah?! Cemburu? Banyak lah kau. Mana kau tahu?"
"Hello! I'm a woman too. Kau kenalkan aku as Zara sahaja. Not even as your friends, fiancée or wife. Tapi, dengan keadaan aku sekarang, kau rasa dia boleh fikir apa?"
Ariff termenung sekejap.
"Maksud kau, dia fikir kau ni isteri aku?"
"Exactly, babe! Kau fikir dia diam time kita makan tadi sebab apa? Mestilah sebab dia rasa yang kau tipu dia. Kau tipu pasal status kau. Dia terasalah tu."
Kenyataan Zara itu membuatkan Ariff sedar bahawa dirinya mempunyai sedikit harapan untuk menghuni hati Aliya. Senyuman di wajahnya kini kelihatan. Zara sedar bahawa Aliya adalah perempuan pertama yang bertakhta di hati Ariff setelah Ariff meletakkan dirinya di posisi hanya sebagai seorang sahabat.
Zara tidak mahu Ariff merasakan kehilangan untuk kali kedua. Cukuplah dengan perkahwinanya ini pernah dibina di atas kedukaannya. Sudah tiba masanya untuk Ariff kecapi bahagianya sendiri.
Sebaik sahaja mereka berdua keluar daripada butik pakaian kanak-kanak, Zara mengidamkan sesuatu.
"Ariff, aku rasa macam nak makan donutlah. Kau singgah beli kejap boleh?"
Ariff memandang wajah Zara.
"Janganlah buat muka macam tu! Aku rasa nak nangis tengok muka craving kau!"
"Hehehe. Ni bukan muka aku tau! Muka anak aku ni ha! Cepatlah pergi beli! Erm, Iman! Ikut abang Ariff eh? Kak Zara ngan Liya tunggu sini."
Iman bingung. Tapi diikutkan sahaja arahan itu. Sekarang, Zara dengan Aliya tinggal berdua sekarang. Inilah peluang Zara untuk melihat adakah Aliya cintakan Ariff.
"Kak, duduklah dulu. Kesian kat kak."
Zara hanya menurut. Tapi, soalan cepumas tak boleh tanya lambat-lambat. Nanti jawapannya tak laku.
"Liya! Liya suka kat Ariff eh?"
Mata Aliya membulat seperti nak terkeluar biji mata.
Biar betul kak Zara ni?
"Jawablah akak tanya ni. Kenapa Liya diam?"
"Kak. Kenapa akak tanya Liya soalan macam tu? Takkan Liya suka kat suami orang kut. Mengarutlah akak ni!"
Zara tersenyum. Kan betul! Liya ingat aku ni isteri Ariff.
"Siapa suami orang?"
"Ariff lah, kak."
"Ariff? Dia suami siapa?"
"Suami akaklah! Akak, janganlah main-main dengan saya."
Zara ketawa. Aliya semakin hairan dengan sikap Zara.
"Kenapa akak gelak?"
"Memanglah akak gelak sebab akak dapat tahu yang awak sebenarnya cemburu! Lagi satu Liya, Ariff tu bukan suami akak. Dia kawan baik akak saja."
"Hah?! Ish! Akak ni. Kut ye pun nak tipu, janganlah pasal status akak. Kalau Ariff kecil hati macam mana?"
Telefon bimbit Zara dikeluarkan. Album gambar dibuka. Zara menunjukkan gambar kahwinnya dengan Syamim. Aliya yang melihat gambar itu diserbu rasa malu.
"Dah percayakan? Jadi, awak bolehlah bagitahu Ariff pasal perasaan awak. Liya, akak tahu yang awak sayangkan Ariff. Cara awak tadi pun dah cukup nak bagitahu akak segalanya. Tujuan Ariff datang bawa akak jumpa dengan Liya untuk akak lihat dan nilai perwatakkan Liya. Ariff dibesarkan dengan kasih sayang keluarga akak. Ibu bapa Ariff sudah lama meninggal. Sejak daripada itu, akak seolah-olah ibu, kakak, adik dan sahabat pada dia. Sebab itu, setiap keputusan yang dia akan buat, dia akan tanya pendapat akak."
"Jadi? Apa yang akak cuba nak sampaikan pada Liya?"
Zara hanya tersenyum nipis.
"Dia nak bagitahu awak yang dia pun sayangkan awak. Tapi, dia takut cinta yang kini berputik dalam hatinya itu hanya bertepuk sebelah tangan . Dia nak akak tolong dia pastikan yang Liya mungkin ada rasa yang sama. Liya tahu? Dulu, Ariff ada sukakan seorang wanita. Selama tujuh tahun dia pendam rasa suka tu, wanita tu tak pernah tahu perasaan sebenar Ariff sampailah wanita itu dah kahwin dan sekarang tengah tunggu masa untuk timang anak. Masa yang Ariff ambil untuk lupakan wanita tu sangat lama bila dia sedar bahawa wanita itu sudah memberi hatinya kepada orang lain. Tapi, rasa sayang tu, hilang sekelip mata dan berubah menjadi rasa sayang kepada seorang sahabat bila Ariff jumpa Liya. Seolah-olah, Ariff jumpa cinta pertama dia. Jadi, as a friend, akak harap sangat Liya boleh jujur dengan Ariff tentang perasaan Liya."
Aliya menunjukkan wajah keliru. Dia sendiri bingung tentang perasaannya ini. Rasa sayang yang tiba-tiba berkampung di laman hatinya itu seolah-olah sentiasa mekar dan mendambakan kasih sayang serta keprihatinan Ariff tetapi takut untuk menuntut kerana perasaan yang terlalu berjaga-jaga. Tetapi, sangatlah mustahil untuk tidak jatuh hati dengan Ariff kerana layanan yang diberikan itu mampu mencairkan hati mana-mana wanita termasuklah Aliya sendiri.
"Tapi kak, Liya sendiri tak yakin dengan perasaan Liya. Liya takut dengan rasa ni, kak."
Zara hanya mengukir senyuman nipis.
"Liya. Akak tak minta untuk terus terima Ariff. Islam mengajar kita untuk taaruf dengan pasangan kita sebelum meneruskan sebuah pernikahan. Cara ini adalah cara yang paling digemari Rasulullah saw kerana dalam proses taaruf ini terdapat keberkatan. Selepas proses taaruf ini, semuanya bergantung kepada Liya untuk meneruskan hubungan ini atau tidak."
"Baik, kak. Liya faham."
Keadaan menjadi senyap seketika sebelum Aliya kembali bersuara.
"Akak, kalau boleh Liya nak tahu siapa wanita yang Ariff suka dulu?"
Zara hanya tersenyum. Rasa hiba memikirkan perkara itu.
"Wanita yang dah sakitkan hati Ariff dulu ialah akak. Akak tak mampu nak balas cinta dia sebab akak hanya anggap Ariff sebagai seorang kawan. Tak pernah lebih."
Aliya semakin terkejut. Hubungan Zara dan Ariff sebentar tadi tidak menunjukkan bahawa Ariff mencintai Zara. Tidak sangka itulah kenyataannya.
"Maaf kak. Liya tiada niat pun."
"Takpe, Liya. akak tak salahkan Liya pun. Sekarang ni, akak harap sangat yang Liya mampu terima Ariff bagi pihak akak. Tolong akak tebus semua salah akak dengan terima Ariff."
"In sha allah, kak."
XXX
"Jodoh ni ada 2. Jodoh dengan manusia dan jodoh dengan ajal. Kita tak tau jodoh mana sampai dulu. So, be prepare."
-💜miszhann-
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top