Bab 26 [EDIT]
Votelah duluuu😉💫
Laju kakinya mengatur langkah. Perasaan takut ini hanya Allah saja yang tahu. Aliya melarikan diri daripada Shafiq. Risau dirinya akan diapa-apakan lagi. Namun, langkah Shafiq lebih pantas. Dia berjaya memegang tangan Aliya.
"Abang! Lepaskan Liya lah! Sakit abang!"
"Eh, kau dengar sini! Aku cuma nak minta tolong kau je. Tu pun susah ke?"
Aliya masih meronta-ronta minta untuk dilepaskan.
"Abang, kalau abang nak minta tolong, bukan macam ni cara dia! Abang, lepaslah tangan Liya!"
Shafiq tidak mempedulikan jeritan itu sebaliknya, makin kuat genggamannya.
"Eh, Liya! Kau dengar sini! Aku nak minta kau bank in kan duit dalam akaun bank aku. Aku nak lari daripada sini. Aku dah tiada duit."
"Hisy abang ni! Liya tiada duit! Abang pergi lah minta kat papa. Abang, lepaslah tangan Liya!"
Shafiq semakin geram dengan jawapan yang diberi oleh Aliya.
"Ish, kau ni memang cabar aku kan?!"
"Hoi!!!"
Shafiq sedar akan jeritan itu. Dia cepat-cepat melarikan diri. Aliya terjatuh terduduk kerana Shafiq melepaskan genggaman itu begitu sahaja.
Ariff cepat-cepat mendapatkan Aliya. Aliya menangis dengan teresak-esak. Memorinya sedang memutarkan apa yang dilakukan oleh Jaafar dan Shafiq. Kesakitannya yang tak tertanggung.
"Aliya. Ni Ariff ni. Aliya okay kan? Tak cedera kan?"
Aliya hanya mengangguk. Tidak mampu untuk berkata-kata.
"Liya, ikut Ariff ye. Ariff hantar Liya balik."
Aliya hanya menurut. Rasa takut itu menguasai dirinya.
Dalam perjalanan pulang, Aliya sudah selamat dibuai mimpi. Ariff sedikit lega. Apabila sudah tiba di hadapan rumah Aliya, Ariff turun terlebih dahulu memberi salam. Iman membuka pintu.
"Eh abang? Kenapa ni? Ada apa-apa ke?"
Ariff rasa serba salah untuk memberitahu Iman.
"Erm, kakak Iman ada dalam kereta abang. Dia kena kacau tadi. Abang jumpa dia. Dia macam trauma gitu."
Mata Iman membutang. Kakinya laju menuju kepada Aliya. Aliya dipapah masuk ke dalam bilik. Iman mengambil kain dan air untuk diletakkan di dahi Aliya. Iman memerhati wajah kakaknya itu.
Rasa sebak. Apa yang telah kakaknya lakukan sehingga dia diuji sebegini. Air mata yang mengalir dihapuskan. Kakinya menuju ke hadapan dan bertemu dengan Ariff.
"Bang, terima kasih sebab tolong kakak sekali lagi. Salah Iman sebab Iman biarkan dia keluar sorang-sorang. Kalau abang tiada tadi, mesti Iman tak jumpa kakak dah."
"Iman, tak baik cakap macam tu. Oh ya Iman. Kalau boleh abang nak tanya Iman sesuatu boleh?"
Iman berasa hairan.
"Kalau macam tu, abang masuk lah dulu. Iman buat air."
Ariff hanya setuju. Persoalan ini tidak boleh dibiarkan lama. Lagi pula, dia yakin bahawa lelaki tadi adalah Shafiq. Tidak mungkin dia salah lihat. Dia perlukan kepastian.
Air sudah siap dibancuh. Iman membawanya ke depan.
"Minum, bang."
Air yang Iman hidang diteguk beberapa kali oleh Ariff.
Sedap. Untuk orang lelaki yang bancuh, ia sangat memuaskan.
"Iman, abang akan cakap terus terang ya. Masa kita keluar makan bertiga, abang ternampak ada kesan cekik pada leher Aliya. Kalau boleh abang tahu, kenapa ya?"
Iman terkejut. Dia menghembus nafas berat. Tidak sangka Ariff sangat peka orangnya. Iman mengumpulkan keberanian untuk menceritakan segalanya kepada Ariff.
"Sebenarnya, Iman dengan kakak selalu kena pukul dengan papa. Papa tak pernah pun nak layan kami baik sebab kami ni cuma anak tiri. Ibu kawin dengan papa selepas ayah kami meninggal dengan harapan, papa boleh jadi ayah yang baik. Tapi, sebaik saja ibu meninggal, papa layan kami teruk. Kakak setiap hari dipukul. Iman tak boleh buat apa-apa sebab kalau Iman cuba nak tolong kakak, kakak akan kena pukul lagi teruk dari Iman. Sebab tu kami lari dari rumah. Kakak tak nak tinggalkan papa pada awalnya tapi, sampailah satu hari tu, papa cuba nak pekakkan telinga kakak dengan serpihan pasu. Lepas saja kakak keluar hospital, kami lari dari rumah. Dan, rasanya abang kenal dengan papa kami. Dato' Jaafar. Salah seorang ahli lembaga syarikat yang abang bekerja sekarang."
Ariff agak terkejut. Kejutan yang tidak dijangka menerpa dirinya. Tidak sangka Jaafar sejahat itu melayan anak-anak tirinya. Persoalan lain perlu disoal bagi mengetahui cerita penuh.
"Abang minta maaf, Iman. Abang tiada niat nak buat Iman ingat cerita lama. Tapi, boleh abang tanya satu soalan lagi?"
"Apa dia, bang?"
Ariff menghembus nafas berat.
"Tadi, masa abang tolong Aliya. Ada seorang lelaki yang lebih kurang sebaya abang. Abang rasa abang kenal dia. Nama dia Shafiq. Kan?"
Mata Iman sekali lagi terbutang. Dia kaget kerana Ariff mengenali Shafiq.
"Jadi, kakak jadi macam tu sebab abang Fiq? Macam mana abang kenal dengan abang Fiq?"
Iman mengeluh. Dia sedar soalan yang Ariff tanya sebentar tadi tidak dijawab.
"Abang Fiq tu abang sepupu kami. Dia tinggal dengan kami sejak dua tahun lepas. Dan masa tu juga lah hidup kami lebih menderita. Bang, macam mana abang kenal dengan abang Fiq?"
"Shafiq tu pernah bernikah dengan kawan baik abang. Kalau Iman kenal, cik puan Zara yang dulunya pengarah kewangan di syarikat itu. Tapi, dia mensia-siakan perempuan sebaik Zara. Dan akhirnya mereka bercerai. Sejak itu, kami sangat berhati-hati dengan Shafiq. Tak sangka dia buat perkara yang sama kepada Iman dan Aliya."
Mendengar penjelasan Ariff, Iman terkelu seribu bahasa. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Tidak sangka Shafiq itu sudah melampui batas.
"Bang, Iman minta maaf atas kesalahan abang Fiq. Tapi Iman harap, jangan disebabkan abang tahu hubungan keluarga kami, abang jadi benci pada kakak dan Iman."
"Iman, kenapa Iman yang perlu minta maaf atas perbuatan dia? Iman dengan kakak tak salah. Dan jangan risau, abang seorang yang rasional. Tiada sebab untuk abang benci Iman dan Aliya."
Jeda.
"Erm, Iman. Kalau boleh untuk sementara waktu ni, kamu berdua jangan keluar rumah ya. Iman jaga kakak."
Iman hairan.
"Kalau saya tak kerja, macam mana saya nak cari makan, bang?"
Ariff tersenyum.
"Pasal tu, Iman jangan risau. Nanti setiausaha abang akan sentiasa hantar barang-barang keperluan untuk Iman dan kakak. Sekarang ni tugas Iman hanya perlu jaga kakak. Gaji Iman nanti abang masukkan dalam akaun bank Iman."
"Gaji? Gaji apa?"
"Mulai sekarang, Iman diterima masuk ke syarikat kami. Tapi sebagai tugas permulaan, Iman kena jaga kakak Iman sampai dia betul-betul sihat. Lepas tu, baru Iman masuk pejabat. Nanti abang inform pada Harris dan Hilmi."
Apa yang Iman dengar itu seakan-akan mimpi. Dia dapat kerja di syarikat yang selama ini dia impikan.
"Bang, terima kasih. Iman tak tahu nak balas jasa abang macam mana."
"Senang. Iman hanya perlu jaga kakak. Itu saja."
Iman tersenyum lebar. Ariff yang melihat tingkah Iman jadi hairan.
"Abang ada hati eh kat kakak?"
Ariff yang baru sahaja hendak meminum air terkejut. Mujur saja air itu tidak disemburnya.
"Apa yang Iman cakap ni?"
"Yelah. Abang sibuk suruh Iman jaga kakak. Buat itu ini untuk kakak. Ni pun dah kali keberapa abang tolong kakak. Abang tak rasa ke ini yang dinamakan jodoh?"
Ariff hanya tersenyum. Apabila difikirkan semula, betul juga apa yang Iman katakan.
Sejak Ariff mengenali Aliya, rasa ingin mengenal Aliya itu membuak-buak. Ataupun, lebih tepat lagi, rasa untuk melindungi Aliya.
Jodoh?
Ariff tidak tahu. Dirinya sendiri tidak mahu untuk terburu-buru. Ini soal hati dan perasaan. Ariff perlu betul-betul yakin dengan perasaannya kerana dia tidak mahu menjadikan Aliya sebagai kambing hitam untuk menggantikan Zara di hatinya.
XXX
"Jangan bina hubungan atas dasar kepuasan semata-mata. Sekeping hati itu sangat susah untuk pulih jika sudah pernah disakiti."
-💜miszhann-
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top