Bab 25 [EDIT]
Votelah duluuu😉💫
Sudah hampir 3 minggu Zara dalam keadaan koma. Harris dan Hilmi sentiasa menemani Zara. Syamim pun tidak kurangnya. Zara beruntung kerana mempunyai pelindung dan penjaga yang sangat setia pada dirinya.
Zara memerhati keadaan sekeliling. Alhamdulillah! Setelah 3 minggu dirinya terlantar di hospital Zara sudah membuka matanya.
"Syamim."
Itu perkataan pertama yang keluar daripada mulutnya. Rindu yang amat mungkin pada suaminya.
Syamim yang baru sahaja selesai menunaikan solat isyak langsung pergi ke bilik Zara. Syamim terkejut kerana Zara sudah membuka matanya.
"Sayang dah sedar?"
Air matanya mengalir. Begitu juga Zara. Tangan mulus Zara dipegang lalu dikucupnya.
"Sayang, abang rindu sangat dekat sayang. Terima kasih, ya Allah Engkau makbulkan doaku ."
Betapa bahagianya hati Syamim ketika ini Allah saja yang tahu. Orang yang paling disayanginya sudah sedar.
Zara hanya tersenyum nipis. Tenaga yang ada belum cukup untuk digunakan. Dalam pada itu, Zara memegang perutnya. Risau akan khalifahnya itu. Syamim turut memegang di bahagian yang sama.
"Sayang jangan risau ya. Khalifah kita selamat."
Syamim mengucup rahim Zara.
"Assalamualaikum, anak ayah. Anak ayah apa khabar harini? Sihat? Ibu dah bangun, sayang. Sekarang ni, ibu dan ayah akan tunggu sampai khalifah kami ni keluar bertemu dunia. Anak ayah bertahan, ya?"
Zara yang melihat adegan itu tersentuh. Sangat besryukur. Bersyukur kerana Allah masih memberi peluang kepada dirinya untuk memelihara anugerah ini.
"Abang, Zara haus."
Air mineral yang berada di atas meja diambil. Straw diletakkan bagi memudahkan Zara untuk minum.
"Dah berapa lama Zara kat sini?"
"Dekat tiga minggu. Kenapa sayang tanya?"
"Zara rasa macam dah lama tak jumpa abang."
Syamim hanya tersenyum.
"Abang hari-hari jumpa sayang. Tapi muka saja. Abang rindu nak dengar suara sayang yang manja, yang sweet bila cakap dengan abang. Sekarang ni, abang nak sayang sihat dulu. Lepas saja sayang keluar dari sini, abang akan jaga sayang, jaga baby. Okay?"
"Okay."
Tenaga yang Zara ada tidak cukup untuk membalas kembali kata-kata Syamim. Rindu untuk bergurau senda bersama suami tercinta. Dia harus sembuh dahulu. Barulah kehidupan boleh kembali normal.
***
"Pak long! Pak long kena tolong aku! Polis tengah cari aku sekarang ni!"
Shafiq hanya menerpa rumah Jaafar. Sejak peristiwa dia menculik Zara, Shafiq menjadi buruan polis. Sekarang ni, dia cuma mempunyai Jaafar. Hanya Jaafar yang mampu membantunya ketika ini.
"Hesy kau ni! Aku suruh kau culik dia saja. Bukannya pukul dia! Dah! Aku taknak terlibat lagi dengan kau! Tak pasal-pasal aku masuk dalam sekali. Dah! Keluar kau dari rumah aku!"
Shafiq dihalau. Dia sudah tiada hala tuju. Kini, dalam fikirannya cuma satu.
Aku kena cari Aliya dan Iman. Mereka je boleh tolong aku.
...
"Iman! Dah siap ke belum tu? Dah lambat ni nak interview kerja!"
Iman bergegas ke hadapan. Iman berpakaian sangat kemas. Sut biru gelap itu sangat sesuai dengan kulitnya yang cerah. Aliya tersenyum bangga.
"Macam mana kak? Okay ke?"
"More than okay, Iman! Handsome juga adik kakak ni, ya?"
Aliya memuji Iman sambil membetulkan tali lehernya yang sedikit senget.
"Terima kasih, kakak! Okay lah, kak. Iman pergi dulu. Assalamualaikum."
"Waalaikumusalam."
Kereta dipandu.
Ya allah, kau permudahkan lah urusan adikku pada hari ini.
Setibanya Iman di syarikat temu duganya itu, Iman menarik nafas panjang. Walaupun umurnya baru 23 tahun, tapi cita-citanya sangat tinggi. Iman membaca doa penenang hati sebelum melangkah masuk ke syarikat itu dengan langkah kanan.
Sementara menunggu giliran, Iman mempersiapkan dirinnya sebaik mungkin. Apabila tiba gilirannya, dia membaca bismillah. Namun, apabila masuk sahaja ke dalam bilik temu duga tersebut, kejutan lain pula yang dia dapat.
'Dia kerja kat sini ke?' hati Iman terdetik.
'Memanglah dia kerja kat sini. Kalau tak, buat apa dia ada kat sini?' suara lain dalam fikirannya memberi jawapan.
Walaupun pertanyaan itu mengganggu dirinya, tapi Iman tetap fokus dalam temu duga. Lelaki di hadapannya ketika ini sangat berbeza dengan perwatakkannya di luar. Sangat profesional.
Setelah temu duga itu tamat, Iman setia menunggu lelaki itu di luar.
"Iman."
Lelaki itu menegur Iman yang juga sedang menantinya di luar.
"Abang Ariff!"
Iman segera bersalaman dengan Ariff.
"Kenapa abang tak cakap yang abang kerja kat sini? Abang tahu tak, masa saya masuk bilik tu, nak tercabut jantung saya nampak abang duduk kat situ."
Ariff hanya tersenyum nipis. Ada-ada saja Iman ni.
"Abang sengaja tak nak bagi tahu Iman. Yelah. Nanti kan tak adil untuk calon lain."
Iman hanya angguk tanda setuju. Hilmi baru keluar dari kamar temu duga itu. Hilmi menegur Ariff.
"Riff, jom makan sekali. Abang ada juga kat sana."
Dalam pada itu, Hilmi tersedar akan sesuatu.
"Ni bukan Iman Anaqi, calon bintang tadi?"
Walaupun Iman kurang faham apa yang dimaksudkan calon bintang, dia hanya mengangguk.
"Iman, jom lah lunch sekali."
Ariff mempelawa Iman. Lagi pula, pertanyaan yang terbuku itu kini timbul dalam fikirannya. Dan dia perlu mendapatkan jawapan itu daripada Iman.
"Eh takpelah bang. Segan lah saya nak makan dengan orang-orang pangkat besar macam abang."
Ya. Iman sangat segan sekarang. Mana tidaknya. Di hadapannya sekarang ini ialah Raja Syaiful Hilmi kut. Idolanya dalam dunia perniagaan. Boleh pengsan dirinya kalau jumpa Harris juga.
"Iman, selepas waktu kerja, kami hanyalah manusia biasa. Jom!"
Hilmi berkata mesra. Iman akhirnya akur.
Setibanya sahaja di restoran, Iman sudah lemah lutut.
Raja Syaiful Harris! OMG!
Itulah perasaan Iman bila bertemu dengan idolanya. Iman berasa lagi sakit jantung apabila di hadapannya ini adalah kembar yang disanjungnya selama ini.
"Oh! Jadi inilah calon bintang yang Hilmi cakap tu?"
Harris yang melihat penampilan Iman terpegun. Aura yang dibawanya pun merupakan aura yang positif.
Mereka mengambil tempat duduk masing-masing.
"Haah, abang. Oh ya, Riff. Macam mana kau kenal dengan Iman ni?"
Hilmi bertanyakan soalan yang sepatutnya daripada tadi disoal.
"Kau ingat tak masa aku tak dapat datang mesyuarat kita tentang perbincangan nak naikkan jawatan Encik Burhan? Kan aku tak dapat datang sebab tolong seorang wanita. Tu kakak Iman. Sebab tulah aku kenal dengan Iman."
"Oh! Habis tu Iman, kakak macam mana? Dah sihat?"
Harris terus mencelah.
"Sihat dah alhamdulillah. Cuma jahitan tangan masih baru jadi tak boleh bergerak banyak sangat."
"Oh ya, tuan muda. Iman..."
Belum sempat Iman menghabiskan ayatnya, Harris menyampuk.
"Iman, tak perlu kut nak bahasakan kami tuan muda. Kami ni manusia biasa saja apabila habis waktu kerja. Lagi pula, Iman kawan Ariff. Kalau Iman kawan Ariff, maknaya Iman kawan kami juga. Panggil jelah abang."
Iman tersenyum. Kagum dengan sifat rendah diri kembar ini.
"Baiklah. Abang. Iman nak tanya. Macam mana nak bezakan abang berdua?"
Harris dan Hilmi tergelak. Itu rupanya yang dirisaukan Iman.
"Okay macam ni! Kalau Iman perasan, muka kami takdelah sama mana pun. Cuma, untuk Iman yang baru nak bezakan, boleh tengok ni ha."
Tahi lalat di pipi Hilmi ditunjukkan. Manakala wajah Harris pula tiada. Itu sahaja perbezaan yang ketara yang mampu membezakan mereka bagi yang baru mula mengenal mereka.
Iman hanya angguk tanda mengerti. Buat masa sekarang, Iman perlu fokuskan itu sahajalah. Lambat-laun, wajah kembar idolanya ini mampu dibezakan olehnya sendiri.
Makan tengah hari itu penuh mesra. Iman seronok sebab dapat meluangkan masa bersama Harris, Hilmi dan Ariff. Dia seolah-olah dapat merasakan kasih sayang seorang abang yang tidak pernah dia dapat rasakan.
***
"Sayang, makan dulu. Nurse cakap sayang dari pagi tadi tak makan tau."
Puas Syamim memujuk Zara untuk makan. Tapi Zara tetap tak mahu untuk makan.
"Tak nak! Saya nak air batu jagung! Kalau tak dapat tu, saya tak nak makan!"
Syamim buntu. Dia tak tahu di mana hendak mencari ABJ tengah-tengah malam ni. Syamim baru boleh melawatnya pada waktu malam kerana urusannya di pejabat. Dan sekarang, mengidam pula!
Syamim mengambil keputusan untuk menelefon Harris. Tidak dijawab. Hilmi? Pun tidak diangkat.
Nombor telefon Ariff ditatap. Tidak tahu sama ada dia patut menelefon Ariff pada waktu malam ini. Dia mengaku hubungannya dengan Ariff sangat renggang sekarang.
'tapi, kesian Zara.' getus hatinya.
Nombor telefon Ariff ditekan.
Ariff terkejut!
Dah kenapa Syam call aku malam-malam ni?
"Assalamualaikum?"
"Waalaikumusalam, Ariff. Sorry kacau kau malam-malam ni. Tapi, aku nak minta tolong kau."
Ariff sudah naik hairan.
"Tolong apa?"
"Tolong tapaukan ABJ untuk Zara. Dia mengidam. Aku tak boleh tinggal dia sorang kat hospital."
Ariff hanya tersenyum.
"Okay, nanti aku sampai."
Laju saja Ariff mengatur langkahnya. Mujur saja ada satu kedai mamak yang memang selalu dia dan Zara lepak bersama sewaktu zaman sekolah dulu.
"Abang call siapa tu?"
Zara menunjukkan rasa ingin tahu.
"Nanti sayang tahu siapa. Orang tu nanti akan delivery sayang punya ABJ tu. But for now, boleh tak sayang makan bubur nasi ni dulu? Kesian dekat anak kita tu. Lapar."
Syamim menyuakan sudu yang berisi nasi bubur.
Zara terharu dengan sikap Syamim yang ambil berat akan anak mereka. Nasi bubur yang disua itu dimakannya.
"Sedap!" puji Zara.
Syamim tersenyum nipis.
"Lain kali, tolong makan ya, sayang. Abang tak nak sayang dengan anak abang sakit. Kalau ibu dengan anak ayah ni sakit, ayah susah hati sangat tau."
Zara tergelak sekejap. Tangan diangkat seperti orang yang sedang berjanji.
"Baik bos."
Tidak lama selepas itu, Ariff mengetuk pintu dan masuk ke bilik itu. Zara agak terkejut.
"Assalamualaikum Zara, Syam. Ni ABJ yang Zara ngidam sangat tu."
"Thanks, bro. Aku tak tahu nak minta tolong siapa. Harris dengan Hilmi tak angkat call aku. Tu yang aku call kau."
Syamim tetap rasa bersalah walaupun dia tahu Ariff rela.
"Eh takpelah. Bukan selalu. Lagipun yang mengidam tu bakal anak buah aku juga. Oh ya! Kalau tiada apa-apa lagi, aku balik dulu. Assalamualaikum."
"Waalaikumusalam."
Ariff pulang. Ariff tahu sikapnya itu salah kerana mengendahkan Zara. Tapi dia lakukan semua itu bagi mengelakkan salah faham antara Zara dan Syamim. Memang rasa cinta itu sudah bertukar kepada rasa kasih terhadap sahabat, tapi itu hanya sebagai langkah berhati-hati.
Zara hanya mendiamkan diri sementara Syamim menghidangkan ABJ itu.
"Sayang, nah. Abang suap."
Tiada respon. Syamim jadi risau. Takut caranya ini merimaskan Zara.
"Sayang? Kenapa tak nak makan? Tadi kata mengidam?"
"Kenapa abang suruh Ariff? Abang sengaja kan?"
Syamim terkedu.
"Sengaja apa, sayang? Abang tak faham."
"Zara tahu yang abang sebenarnya sedar macam mana perasaan Ariff pada Zara kan? Kenapa abang suruh dia yang hantar? Abang sengaja nak sakitkan hati dia ke? Nak tunjuk kat dia yang kita bahagia sedangkan dia merana sebab cinta dia tak kesampaian. Macam tu ke?"
Syamim terlopong. Terkejut dengan tuduhan isterinya. Ya, memang benar Syamim sudah lama sedar perasaan Ariff terhadap Zara itu lebih daripada seorang sahabat.
Sebagai seorang lelaki, dia dapat merasakan itu. Tapi, hati Zara berpihak kepada dirinya. Jadi, tiada sebab Syamim perlu gelisah. Tiada niat sedikit pun mahu melukakan hati sahabatnya itu.
Ais batu jagung itu diletakkan di atas meja. Tangan Zara dipegang erat.
"Sayang, demi Allah. Abang tiada niat pun nak sakitkan hati Ariff. Ya, memang betul abang tahu perasaan dia kat sayang macam mana. Tapi hati sayang pilih abang kan? Jadi, untuk apa abang perlu gelisah untuk buktikan pada dia yang kita sedang bahagia sekarang? Tiada sebab pun, sayang. Abang cakap jujur dengan sayang. Abang kesian tengok sayang mengidam macam ni. Tapi takkan abang nak tinggal sayang sorang-sorang kat sini? Abang call Harris, call Hilmi tapi mereka tak angkat. Jadi, abang terpaksa call Ariff. So, please sayang, jangan tuduh abang macam tu lagi. Hati abang terluka, sayang."
Syamim menempatkan tangan mulus isterinya itu ke bibirnya. Lama. Tanpa sedar, air mata lelaki itu mengalir sedikit.
Nafas dihembus berat. Rasa bersalah menyerang dirinya. Zara sedar bahawa dia sudah melampui batas. Tidak sepatutnya dia menuduh suaminya sampai tahap itu tanpa usul periksa.
"Okay, abang. Look at me. Zara minta maaf. Tak patut Zara tuduh abang macam tu, kan? Zara janji Zara tak buat abang sedih lagi."
Air mata suaminya diseka. Rasa hiba melihat lelaki itu mengalirkan air mata.
"Abang terima kalau sayang nak marah abang, nak maki abang ke. Tapi bila sayang tuduh abang macam tu, abang sedih, sayang."
"Zara minta maaf."
XXX
"Tak salah nak marahkan seseorang. Cuma, jangan lama sangat. Mana tahu orang tu mungkin akan jadi asbab kita rasa senang di kemudian hari."
-💜miszhann-
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top