Bab 24 [EDIT]
Votelah duluuu😉💫
Zara berada dalam wad ICU. Keadaannya agak parah kerana pukulan Shafiq meninggalkan kesan yang dalam. Syamim di luar hanya mampu menunggu berita tentang Zara. Harris, Hilmi dan Ariff pula duduk dengan keadaan gelisah.
Doktor Laila keluar daripada bilik rawatan rapi itu. Syamim terus menuju ke arah Doktor Laila.
"Doktor, macam mana keadaan isteri saya?"
"Ermm... saya berharap yang encik semua dapat bersabar. Puan Zara dalam keadaan koma ketika ini. Pukulan yang Puan Zara terima memberi kesan yang sangat dalam. Lagi satu, keadaan kandungan Puan Zara sangat-sangat lemah. Jadi saya harap apa pun kemungkinan yang akan datang, diharapkan encik dapat bersabar "
Mata Syamim membutang.
Zara mengandung? Sejak bila? Kenapa dirinya tidak tahu?
Harris dan Hilmi menyuruh Syamim untuk melawat Zara terlebih dahulu. Zara lebih memerlukan Syamim pada ketika ini.
Syamim akur. Sebaik sahaja Syamim melihat keadaan Zara, serta-merta butir-butir mutiara jernih itu gugur. Sebak apabila melihat orang yang disayanginya itu terlentang sakit.
Syamim menghampiri Zara. Tangan mulus itu dipegang erat lalu dicium tangan isterinya.
"Zara, bangun sayang. Jangan tinggal abang. Abang tahu, abang gagal jaga sayang dengan baik. Tak patut abang biarkan sayang pergi keluar sorang-sorang. Sayang bangun eh? Abang rindu kat sayang. "
Tangan Syamim berubah ke arah perut Zara. tempat di mana zuriatnya berada.
"Assalamualaikum anak ayah. Anak ayah sihat? Maafkan ayah sayang sebab lambat sedar anak ayah dah ada dalam perut ibu. Maafkan ayah juga sebab tak dapat jaga ibu dan anak ayah dengan baik. Ayah janji yang lepas ni, ayah akan jaga ibu dan anak ayah ni. Dalam pada tu, anak ayah kena kuat ya, sayang."
Syamim berasa sangat bersalah. Air matanya gugur lagi. Bagi dirinya dia telah gagal menjadi seorang suami yang baik untuk Zara dan ayah yang baik untuk bakal anaknya.
Harris dan Hilmi masuk ke dalam bilik rawatan setelah satu malam Syamim menjaga Zara.
"Syam, kau baliklah dulu. Biar kami pula jaga Zara. Aku yakin Zara mesti tak nak bangun kalau kau dalam keadaan tak sudah macam ni. "
"Yelah. Kalau ada apa-apa pasal Zara, tolong inform kat aku. "
Syamim pulang untuk membersihkan diri. Kini giliran si abang kembar yang menjaga adik kesayangan mereka itu Harris menghampiri birai katil. Kepala adiknya dibelai dengan penuh rasa kasih sayang dan rasa kesal Hilmi pula menggenggam erat tangan Zara.
"Adik, maafkan abang. Abang tak lindungi adik. Abang leka. Abang mungkir janji abang pada adik. "
Harris hanya memerhatikan Hilmi yang asyik menyalahkan dirinya itu. Harris menenangkan saudara kembarnya itu Hilmi.
"Jangan salahkan diri sendiri. Kita kena kuat. Hilmi kena ingat yang adik dengar apa yang kita bualkan. Adik perlukan semangat kita sekarang ni. Macam mana Hilmi nak beri semangat kat adik kalau Hilmi asyik salahkan diri sendiri?"
Hilmi hanya mampu anggukkan kepala. Betul kata Harris. Dia harus kuat! Dirinya akan pastikan bahawa Shafiq akan terima balasan yang setimpal atas perbuatan zalim ini.
"Oh ya. Hilmi tak call Ariff ke? Lepas hari adik masuk hospital, Ariff tak datang pun."
"Ada juga Hilmi call dia, tapi dia cakap dia nak jaga perasaan Syam. Yelah, abang faham-faham sendiri lah kalau Ariff tu risau dengan adik macam mana. Nanti tak pasal-pasal ada salah faham."
Harris hanya mengangguk faham. Dia tahu rasa cinta dalam diri Ariff itu untuk Zara. Tapi Zara sudah menjadi milik orang. Sekarang, hanya mampu mengharapkan rasa cinta itu pudar.
***
"Ya allah, aku tahu salah untuk aku simpan perasaan ni. Tambahan pula, perempuan yang aku cinta itu isteri orang. Ya allah, pudarkan lah rasa ini. Gantikan dengan nama orang lain yang boleh menjadi hak aku. Dalam pada itu, engkau sembuhkanlah sahabatku. Lindungi bahtera pernikahannya."
Sedang elok kaki mengatur ke arah tempat parkir setelah menunaikan solat di masjid, Ariff terlanggar seseorang.
"Eh saya... "
"Eh, abang Ariff!"
Ternyata Iman. Sudah agak lama Ariff tidak melawat dua beradik itu. Iman juga tiada menghubunginya dalam tempoh itu.
"Iman sihat? Kakak macam mana? Dah keluar hospital?"
Iman tergelak. Risau jugak kat kakak rupanya.
Ariff jadi hairan.
Aku ada cakap apa-apa yang lawak ke?
"Iman! Kenapa gelak?"
"Takde apa-apa. Oh ya! Ni saya dengan kakak nak pergi makan. Abang nak join? Lagipun, dah lama abang tak lawat kakak."
"Boleh juga. Jom."
Setibanya di restoran, Aliya agak terkejut.
"Iman! Kenapa Iman tak cakap yang abang Ariff ada sekali?"
"Oh ya! Lupa Iman nak bagitahu kakak. Tadi, masa kita berhenti solat kat masjid, Iman terserempak dengan abang Ariff. Alang-alang tu, Iman ajak lah dia makan sekali. Lagipun tadi dia ada tanya pasal kakak."
Aliya hanya terdiam sendiri. Melihat keadaan kakaknya, Iman tergelak sendiri lagi.
"Kakak, kalau kakak nak duduk dalam kereta ni, Iman tak kisah. Tapi kalau lapar, jangan mengadu kat Iman tau."
Kata-kata Iman menyedarkan lamunan Aliya. Aliya mencebik. Kaki diatur ke tempat duduk di restoran. Ariff menyambut mereka.
"Duduk lah. Kita pesan makan ya?"
Setelah mereka memesan makanan, Ariff banyak menanyakan tentang keadaan Aliya kepada Iman. Ariff memang mudah mesra dengan orang. Jadi, tidak hairanlah orang luar mudah senang dengan sikapnya.
"Erm, Iman nak ke toilet kejap eh kakak."
Tinggal lah mereka berdua. Sepi.
Adumak, tak suka nya rasa awkward ni! Kali kedua dah ni! Aku kena start juga.
"Erm, Aliya dah elok ke tangan tu? Ariff tengok, tangan Aliya tu macam kekok je?"
"Erm, tangan Aliya dah elok sikit. Oh ya! Terima kasih ye, Ariff sebab tolong Aliya. Kalau Ariff tiada, tak tahulah apa yang jadi dengan Aliya."
Ariff hanya menggangguk. Tidak lama kemudian, Ariff sedar shawl yang Aliya kenakan itu menampkkan bahagian leher sedikit kerana tidak dijarumkan dengan kemas. Ariff agak kaget. Tidak semena-mena dia ternampak kesan cekik dibahagian leher Aliya.
"Erm, Aliya. Leher awak."
Aliya yang sedang khusyuk menikmati makanan itu tersedar.
Alamak! Aurat aku!
"Terima kasih."
Seminit. Dua minit. Suasana kembali janggal. Iman tiba di meja makan.
"Lahai, diam saja ke? No fun-fun ?"
Iman bertanya sekadar bergurau.
Ariff teringin untuk bertanya kepada Aliya tentang bagaimana dia boleh mendapatkan kesan cekik itu. Pastilah ada yang mencekiknya. Tapi siapa? Takkan dia cekik diri sendiri kut?
Persoalan itu dibiarkan sahaja terbuku. Siapalah Ariff untuk masuk campur hal keluarga orang.
***
Syamim menemani Zara pada setiap malam. Sepanjang Syamim menemani Zara dia tidak putus-putus berdoa agar Zara sedar daripada komanya dengan segera.
Pada setiap malam juga dia tidak pernah lupa untuk tunaikan solat malam untuk memohon kepada Allah SWT. Kadang-kadang dia juga menceritakan pelbagai cerita kepada Zara supaya Zara dapat merasakan kehadiran dirinya. Zara juga sering mengalirkan air matanya ketika Syamim berkongsi pelbagai cerita. Syamim tahu Zara begitu kerana dia mendengar segala luahan hatinya.
"Sayang, abang rindu sayang. Sayang bangun, okay? Abang sanggup tunggu sayang sampai sayang sedar."
Tangan Zara diciumnya. Syamim terlelap di birai katil itu. Biarlah ini menjadi salah satu cara untuk melepaskan rindunya.
Keesokkan harinya, Syamim terpaksa pergi ke pejabat kerana terdapat urusan penting. Ariff mengambil kesempatan ini untuk melawat Zara. Apabila Ariff masuk ke dalam bilik itu, air matanya mengalir tanpa dia sedar. Sedih melihat sahabat baiknya kini terlantar begitu. Ariff menghampiri Zara. Wajah lembut itu ditatapnya. Rasa bersalah mengetuk pintu hati.
"Zara, maafkan aku. Aku tahu aku lambat. Kalaulah aku tahu lebih cepat, pasti kau tak macam ni kan? Zara, tolonglah bangun. Aku tak sanggup nak tengok kau dalam keadaan macam ni. Tolong bangun demi Syam dan abang kau. Tolong Zara."
Air mata yang selama ini ditahan mengalir jua. Teresak-esak juga. Ariff seperti ingin menyalahkan diri sendiri. Setelah lebih kurang 15 minit Ariff berada di situ, dia pamit pulang.
"Zara, aku balik dulu. Aku akan lawat kau lagi. Assalamualaikum."
Kaki mengatur langkah. Perih rasanya. Rasa yang ada dalam hati Ariff sekarang bukanlah rasa cinta tapi rasa kasih kepada seorang sahabat.
XXX
"Buatlah apa-apa yang akan boleh buat kau tersenyum sebab kadang kita lupa untuk senyum untuk diri sendiri."
-💜miszhann-
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top