Bab 21 [EDIT]
Votelah duluuu😉💫
Ariff menunggu Zara di kafe. Katanya ada sesuatu yang ingin dikongsi. Ariff juga risau tentang hubungan Zara dan Syamim sekarang. Kehadiran Shafiq bukan sesuatau yang boleh dipandang remeh. Ariff yakin pasti tentang hal ini yang ingin Zara kongsi.
"Ariff!"
Zara menuju ke arah Ariff. Lalu, Zara mengambil tempat di hadapan Ariff.
"Zara, kenapa kau nak jumpa aku? Apa yang penting sangat kau nak bagitahu aku?"
Zara menarik nafas.
"Shafiq. Dia ada datang jumpa aku masa kat Pulau Pinang. And, baru-baru ni aku masuk hospital sebab dia datang cari aku kat rumah. "
Ariff hanya tersenyum senget.
"Aku dah tahu. Hilmi bagitahu kat aku."
Mata Zara membulat.
"Zara, aku tahu aku salah sebab tak jenguk kau kat hospital. Aku tak sepatutnya buat macam tu. Tapi, bila aku tahu aku masuk hospital sebab Shafiq, kau rasa aku boleh duduk minum kopi ke? Aku tak faham kenapa kau susah nak bagitahu aku pasal hal ni."
Zara hanya diam membatu. Air matanya bergenang. Ariff yang melihat keadaan itu merasakan sesuatu.
"Mata kau sembap macam ni mesti sebab kau menangis banyak sangat kan?"
Ariff meneka.
Zara hanya mengangguk perlahan. Dia tahu bahawa Ariff mampu meneka segala yang berlaku setelah kejadian itu.
"Zara, kau tahu kan aku selalu ada untuk kau? Aku ni tak cukup penting ke dalam hidup kau?"
Suara Ariff mula mengendur.
Zara diketuk rasa bersalah. Tidak sekalipun Zara merasakan Ariff tidak penting dalam hidupnya. Malah, bersama Ariff lah dia selalu bercerita setiap suka duka hidupnya.
"Bukan aku tak nak bagitahu kau tapi, ini masalah rumah tangga aku. Aku tak nak orang lain masuk campur."
"Masuk campur? Zara, Fiq tu bukan calang-calang orang. Dia boleh buat apa saja untuk pisahkan kau dengan Syamim."
Suara Ariff mula meninggi. Air mata Zara mula gugur. Memikirkan jika dia dan syamim benar-benar akan terpisah. Hati Ariff seperti dirobek-robek apabila melihat Zara menangis.
"Zara, stop! Aku tak nak tengok kau menangis pun. Aku tiada niat pun nak tinggikan suara kat kau. Sorry."
"Aku tahu kau tiada niat tu, tapi kenapa kau kena marah aku? Kau nak aku buat apa? Aku dah tak daya nak lawan semua memori hitam aku."
Zara bertanya dengan suara yang tersekat-sekat.
"Zara. Aku sayangkan kau lebih dari seorang kawan. Hati aku dah cukup sakit bila aku tak mampu nak jadi pelindung kau. Aku tahu kau dah tak mampu nak ingat kembali semua memori hitam kau tu. Tapi tolong, pertahankan rumah tangga kau. Aku tahu kau mampu untuk buat tu."
Kata-kata Ariff membuatkan Zara terpaku.
Ariff suka aku? Bila? Kenapa aku?
Riak wajah Zara sudah boleh Ariff baca. Pasti wanita ini banyak persoalan.
"Sejak kita sekolah. Aku pendam perasaan ni selama 7 tahun. Aku buat macam-macam cara supaya kau nampak isi hati aku tapi kau tak pernah nampak sebab masa tu hati kau dah terisi dengan Syamim."
Luahan hati Ariff itu membuatkan Zara bersalah. Tidak sangka bahawa Ariff menyimpan perasaan terhadap dirinya.
"Ariff, aku --"
"Zara, maafkan aku. Aku tak sepatutnya luahkan perasaan aku. Aku pendam sebab aku tahu, dalam hati kau takkan ada ruang untuk aku sebab hati kau dah diisi dengan Syamim."
Luahan hati Ariff menyebabkan Zara terkelu seribu bahasa. Dia tidak tahu apa yang harus diucap. Pengorbanan Ariff terhadap dirinya dan Syamim telah membuat hati tulus Ariff hancur.
"Zara, aku harap apa yang aku cakap ni tak buat hubungan kita renggang. Boleh kita terus bersahabatkan?"
Zara mengangguk. Sungguh dia tidak sanggup kehilangan sahabatnya dari kecil ini. Sahabat yang selalu ada ketika dirinya senang atau susah.
Ariff, aku doakan perasaan yang ada sekarang dapat kau curahkan kepada orang yang lebih berhak. Maafkan aku.
***
"Ini rumah baru kita! Cantik kan? Boleh lah untuk kita berdua saja, kan?"
Beg yang dibawa oleh Iman diletakkan dalam bilik. Aliya hanya duduk. Puas.
"Cantik! Pandai Iman pilih rumah. Selesa lagi."
Iman tersenyum bangga. Hiks!
"Kalau macam tu, malam ni kakak masak ya?"
"Hei! Apa yang kakak merepek ni? Tangan kakak berbalut lagi tu. Dah lah! Malam ni Iman bawa kakak pergi makan kat luar. Lagipun, dah lama kan kita tak keluar berdua. Iman bawa kakak pergi makan makanan favourite kakak."
Aliya mengalah. Kalau dengan Iman, susah nak menang. Tidak lama kemudian, Iman memeluk Aliya. Aliya tersentak.
"Kakak, Iman sayang kakak tau. Iman janji yang Iman akan sentiasa ada di sisi kakak walau apa pun yang jadi. Walau kakak dah kawin sekalipun, kalau kakak perlukan Iman, Iman akan ada untuk kakak."
Aliya terharu. Beruntung dirinya dikurniakan adik sebaik Iman. Hubungan rapat mereka sebagai adik-beradik kadang-kadang pernah disalah tafsir orang luar. Tetapi, tidak ambil peduli kerana mereka sedar batas mereka.
Malam itu, Iman bawa Aliya makan di Myeongdong Topokki. Aliya sangat sukakan makanan korea. Saja Iman bawa Aliya ke situ. Setelah selesai makan, mereka jalan-jalan di pasar malam. Aliya dan Iman lebih gemar untuk menghabiskan wang di pasar malam berbanding tempat beli-belah yang mahal. Apabila kaki sudah menuju ke kereta, Iman berhenti. Aliya jadi hairan.
"Iman? Kenapa ni?"
"Ish kak! Tak boleh jadi ni! Hoodie tadi ada dalam kepala Iman lah."
Aliya ketawa. Bukan tidak tahu sikap Iman yang sangat suka mengumpul baju hoodie.
"Habistu kenapa tak beli tadi? Dah lah. Iman pergi beli ya? Nanti karang masuk mimpi."
"Erm, kalau macam tu, kakak ambil kunci ni, masuk kereta dulu. Iman tengok hoodie tu dulu."
Aliya menuju ke tempat letak kereta. Dalam perjalanan itu, Aliya dihalang oleh beberapa orang lelaki.
"Ish! Apa ni pegang-pegang."
"Aku suka orang macam kau ni. Tapi garang sangat lah. Tak baik tau garang-garang."
Aliya sesak. Jantungnya berdegup kencang. Takut.
Ya allah. Tolong aku.
"Tolong! Tolong!"
Aliya menjerit sekuat hati.
Seorang lelaki yang kebetulan lalu melihat keadaan Aliya. Dengan pantas lelaki itu menolong Aliya. Setelah itu, lelaki itu mendapatkan Aliya.
"Cik. Cik okay?"
Mata tertumpu kepada pembalut tangan yang sudah bertukar warna.
Darah! Mungkin kerana penjahat tadi memegang kuat tangan yang dibalut itu. Luka jahitan pun belum sembuh sepenuhnya. Lelaki itu panik apabila Aliya mula tidak sedarkan diri.
Apa patut aku buat ni?
Iman yang menuju ke arah Aliya terkejut.
"Kakak! Kenapa dengan kakak ni?"
Laju air matanya mengalir.
Lelaki itu sedikit lega.
"Adik, kita bawa kakak adik ke hospital dulu ya?"
Laju Iman mengangguk.
Aliya dibawa ke hospital dengan bantuan lelaki itu.
XXX
"setiap orang ada perwatakan harimau itu sendiri di dalam diri. Bergantung kepada diri sendiri nak tunjuk atau tidak."
-💜miszhann-
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top