Bab 20 [EDIT]

Votelah duluuu😉💫

Zara dan Syamim pergi membeli belah di Wangsa Walk. Saja mahu merapatkan lagi hubungan suami isteri mereka. Banyak juga yang dibeli. Setiap kedai yang mereka lalu pasti disinggah. Kata Syamim, hari ini dia akan membayar segala yang ingin dibeli oleh Zara.

"Sayang, abang nak pergi tandas kejap. Sayang tunggu kat kedai ni okay? Nanti abang datang."

Tiba-tiba saja perut Syamim meragam apabila mereka tiba di kedai yang penuh dengan aneka tudung itu.

"Okay."

Sepatah Zara jawab. Mana tidaknya. Jika tudung di depan mata, suami sendiri pun dilupanya. Syamim mengatur langkah ke tandas.

Zara sibuk membelek tudung tapi masih tidak jumpa yang mengikut citarasanya. Dalam kelekaan Zara mencari tudung, Shafiq menghampiri lalu ingin memeluk Zara dari belakang namun sempat dielak oleh Zara apabila Zara melihat tingkah lelaki itu yang dipantulkan oleh cermin.

"Fiq! Kau dah gila ke?"

Shafiq tersenyum.

"Yes. Memang saya gila. Gilakan awak."

Mata Zara membulat.

"Fiq, berapa kali aku perlu cakap yang aku dengan kau dah tiada apa-apa? Kau tak faham bahasa ke? Aku dah kahwin. Aku dah jadi isteri orang!"

Selesai sahaja berbicara, Zara mengatur langkah keluar. Langkahnya itu diikuti oleh Shafiq. Shafiq menarik tangan Zara supaya menghadapnya. Dengan pantas Zara merentap tangannya. Zara tidak mahu jika Syamim melihat adegan itu.

"Shafiq! Kita dekat tempat awam. Lagi satu, kau memang tak tahu hukum ke? Please, go away! Aku tak nak tengok muka kau lagi. Jangan pernah kau kacau rumah tangga aku lagi."

Senyuman sinis dipamerkan oleh Shafiq.

"Tapi sayang, saya tetap nak kacau awak sebab I love you."

Shafiq mencapai tangan Zara dan sekali lagi sempat Zara menjauhi dirinya daripada lelaki itu.

"Kau betul-betul dah gila, Fiq!"

Zara berpusing lalu ternampak Syamim yang sudah menghampiri. Zara hanya terpaku. Berharap Syamim tidak melihat adegan dirinya bersama Shafiq.

Matilah aku!

"Abang, jom kita balik."

"Sayang, wait! Ini lelaki hari itu kan? Dia kacau sayang lagi ke?"

Wajah isterinya dipandang. Zara terdiam. Habis hilang semua ayat.

"Oh ya. Aku lupa nak kenalkan diri. Nama aku Shafiq Mukhriz. Kau boleh panggil aku Shafiq ke Fiq ke apa-apalah. Kalau kau nak tahu kenapa aku datang rumah kau hari tu, aku rasa better kau tanya isteri kau. Lagipun, aku tak rasa salah kot aku cari bekas aku sendiri. Kalau tiada apa-apa lagi, aku pergi dulu."

Shafiq mengenyitkan matanya kepada Zara sebelum berlalu.

Zara memandang ke arah Syamim. Pasti di dalam fikiran suaminya ketika ini bercampur baur.

"Abang."

Tangan Syamim dicapai. Syamim yang tiada reaksi hanya membiarkan sahaja tindakan Zara. Dalam fikirannya saat ini cuma satu.

Apakah hubungan Zara dengan Shafiq?

Otaknya ligat berfikir. Zara yang melihat tiada sebarang reaksi daripada Syamim mengeluh. Zara khuatir jika Syamim akan meninggalkannya setelah kebenaran terbongkar.

Mereka terus pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang, tiada sebarang suara yang didengari. Masing-masing hanya mendiamkan diri. Syamim duduk di atas sofa. Zara hanya terus berjalan ke arah bilik namun ditegah oleh Syamim.

"Duduk dulu. Ada hal yang perlu dibincang."

Zara akur. Otaknya ligat memikirkan apa yang akan diperkatakan oleh Syamim.

"Siapa lelaki itu? Tolong jujur dengan abang sekarang. Apa maksud dia yang Zara ni bekas dia? Apa? Sayang dengan dia pernah--"

"Abang, sabar jap! Semua tu tak seperti yang abang fikir."

"Habistu? Tolong lah, sayang. Jangan buat abang fikir yang bukan-bukan."

Suara Syamim mengendur.

Zara menarik nafas. Mungkin sudah tiba masanya untuk Syamim mengetahui hal yang sebenar.

"Shafiq tu bekas suami Zara."

Mata Syamim membulat. Zara pernah kahwin?

Kenapa aku tak tahu?

"Sayang dah pernah kahwin? Dengan lelaki tu? Kenapa abang tak pernah tahu?"

"Sebab abang tak perlu tahu. Abang sendiri pernah cakap yang masa lalu Zara, hak Zara. Abang cakap pilihan Zara sama ada nak cerita atau tak kat abang pasal kisah silam Zara. Kalau ye sakalipun Zara akan cerita pasal kisah lalu Zara, tak pernah terlintas pun dalam fikiran Zara untuk cerita dekat abang tentang Zara dengan Fiq."

Air matanya sudah bergenang. Syamim hanya menghela nafas penat. Senjata dah makan tuan. Syamim paling tak boleh melihat Zara menangis.

Zara mengatur langkah ke dalam bilik yang bersebelahan dengan biliknya dan Syamim. Bilik ini khas untuk Zara yang telah Syamim sediakan dulu. Setiap kali Zara mempunyai masalah, bilik inilah yang menjadi saksi luahan hatinya.

Air mata Zara mengalir laju memikirkan rahsia yang telah lama disimpan ini akan terbongkar. Apa yang akan terjadi pada hubungannya dengan Syamim? Adakah mereka akan berpisah setelah segalanya terbongkar? Saat ini hanya doa yang terbaik.

Selepas waktu solat isyak, Zara masih belum keluar dari dalam bilik itu. Syamim menjadi risau. Syamim masuk ke bilik Zara. Melihat Zara yang tidur dengan mata sembap membuatkan Syamim diserang rasa bersalah. Rasa hiba mengetuk pintu hatinya. Dia sudah membuat isterinya mengalirkan air mata. Syamim berjalan menuju ke katil lalu membelai pipi Zara yang sedang lena itu.

"Sayang, abang minta maaf sebab ungkit masa lalu sayang."

Air mata yang mengalir semakin laju. Malam itu, Syamim juga tidur di situ menemani Zara. Sebentar sahaja Syamim mengambil masa untuk lena.

Hari berlalu dan matahari menerangi dunia. Syamim tersedar daripada tidurnya kerana Zara sudah tiada di sisinya. Lantas, dia bangun mencari Zara.

Apabila Syamim turun daripada anak tangga, dia melihat Zara sedang menyediakan sarapan. Zara yang baru sedar akan kehadiran Syamim menghampiri suaminya. Zara menarik tangan Syamim menuju ke meja makan. Kerusi ditarik untuk Syamim.

"Abang, hari ini Zara masak khas untuk abang. Abang duduklah, makan."

Zara terpaku apabila Syamim tiba-tiba memeluknya.

"Sayang, abang minta maaf. Abang tak sepatutnya buat sayang sedih. Maafkan abang ya, sayang."

Pelukan dileraikan. Air mata Syamim mengalir. Jari jemari Zara dicium.

"Sayang tak marahkan abang, kan?"

Zara menyeka air mata Syamim.

"Tak! Zara tak marah abang. Cuma bagi Zara masa untuk jujur dengan abang pasal semua ni. Bukan sekarang."

Senyuman kembali terukir.

"Baik, sayang. Abang faham. I love you, sayang."

"Me too."

Mereka menikmati sarapan pagi. Syamim bersyukur kerana Zara memaafkan dirinya. Syamim berharap agar tiada lagi yang Zara rahsiakan.

***

"Eh kamu ini memang tiada adab kan? Masuk pejabat aku tak bagi salam ke apa ke."

Shafiq tersenyum sinis.

"Tak payah nak tunjuk alim sangatlah, pak long. Habistu, dosa pak long nak pekak kan telinga si Aliya tu? Beradab sangat ke?"

"Kau tak payah sibuk hal aku. Dosa aku, biar aku yang tanggung. Yang kau kat sini kenapa? Tak takut ke bekas abang ipar kau tahu?"

Shafiq bengang. Ikutkan hati dah lama dah orang tua ini mati. Tapi kerana orang tua ini masih ada kepentingan, dibiarkan sahaja hidup lagi.

"Tak, sekarang ni Fiq datang sini sebab nak bincang dengan pak long. Apa payah sangat pak long nak lagakan si kembar tu? Susah ke? Habuk pun tiada."

"Habistu kau? Dapat ke kau pikat Zara tu? Tulah kau. Dulu dah dapat buat perangai. Bila dah melepas, sibuk nak kejar."

Itulah kerja terkutuk mereka. Sibuk nak hancurkan keluarga orang untuk kepentingan sendiri.

"Yelah pak long. Aku tahu. Tapi aku dah buntu sekarang ni nak kena buat apa. Setiap kali aku nak dekat dengan Zara tu, ada saja yang kacau."

"Aku ada satu idea."

Mereka merancangkan sesuatu untuk memporak-perandakan keluarga itu. Rancangan seterusnya ini agak gila. Namun begitu, Shafiq tetap bersetuju untuk melakukan perkara tersebut.

***

Hari ini Syamim cuti. Jadi, dia mengambil keputusan untuk menghabiskan masanya bersama Zara di rumah. Rancangan running man mereka tonton sehingga tidak kering gusi mereka ketawa. Syamim tiba-tiba memeluk Zara yang sedang leka itu.

"Sayang, kalau abang pergi kerja, sayang buat apa je dekat rumah?"

"Kalau abang pergi kerja? Zara kemas rumah, basuh baju, jemur baju. Buat apa yang patutlah. Kenapa abang tiba-tiba tanya?"

Tangan Zara bermain-main di tangan Syamim.

"Takdelah. Abang tengok sayang macam duduk je hari ni. Tu yang abang tanya. Kalau sayang bosan duduk dekat rumah masa abang pergi kerja, sayang pergilah rumah Abang Harris. Tak lah sunyi sangat."

"Baik bos!"

Zara berhenti kerja sejak peristiwa Shafiq datang ke rumah. Keputusan itu jugak disokong oleh Harris dan Hilmi. Ini bagi menjaga keselamatan Zara. Syamim jugak tidak melarang. Jadi, posisi Zara di syarikat diganti oleh Ariff.

Mereka menyambung melihat tontonan mereka. Tiba-tiba idea nakal Syamim muncul. Dah alang-alang tengah peluk Zara ni, boleh keluarkan taringnya.

Syamim menggeletek pinggang Zara sehingga Zara terbaring di atas sofa.

"Abang! Berhentilah!"

Syamim tidak menghiraukan Zara. Malah, tangannya masih menggeletek Zara.

Bunyi loceng rumah mematikan ketawa mereka. Mereka saling berpandangan.

"Siapa yang datang tu? Abang ada pesan apa-apa makanan dari luar ke?"

Syamim menggeleng.

"Biar abang buka. Sayang naik atas ambil tudung, pakai."

Zara angguk. Laju kakinya melangkah. Syamim menuju ke arah pintu. Tidak sangka dia menerima kejutan besar. Syamim hanya terpaku.

"Hai, Zara ada?" tanya Shafiq.

Pertanyaan Shafiq tidak dibalas. Syamim hanya mendiamkan diri. Zara turun dari anak tangga. Dia hairan melihat Syamim yang seakan-akan patung di hadapan pintu. Dia menuju ke arah Syamim.

"Siapa yang datang, abang?"

Pintu dibuka luas untuk melihat siapa yang datang. Hampir terkeluar biji mata Zara.

"Apa kau buat dekat sini?! Tak puas lagi ke nak hancurkan rumah tangga aku?!"

Syamim hanya mendiamkan diri. Membiarkan sahaja isterinya itu.

"Zara, saya datang nak bincang."

"Bincang? Eh mamat brutal! Part mana yang kau tak faham bila aku cakap yang antara kau dan aku dah tiada apa-apa lagi! Bagi aku, kau dah lama mati!"

Pintu dihempas kuat. Syamim masih mendiamkan diri. Zara yang melihat menghampiri. Tangan Syamim dicapai.

"Abang, tolong percayakan Zara. Zara tiada apa-apa hubungan lagi dengan dia."

"Sayang bincang dengan dia. Mungkin hal yang dia nak bincang tu penting."

Syamim hanya bersuara lembut sambil mengusap kepala Zara.

Zara yang mendengar kata-kata Syamim terkejut.

"Abang, kalau abang nak mengarut sekalipun, sekarang bukannya masanya. Yang abang kena buat sekarang is believe me."

"Abang percayakan sayang, cuma abang tak nak dia selalu kacau sayang. Mana tahu bila sayang bincang dengan Shafiq, dia tak kacau sayang, tak kacau kita."

Zara mengeluh.

Boleh tahan degil jugak suami aku ni.

"Untuk abang, Zara jumpa dia."

Pintu dibuka. Shafiq masih berdiri di hadapan pintu. Senyuman diukir apabila melihat Zara berdiri di hadapannya.

"Dah! Kau ikut aku."

Shafiq duduk di meja laman rumah Zara sementara Zara hanya berdiri membelakangi Shafiq. Benci melihat lelaki ini. Saat ini, hati Zara membara kerana kedatangan lelaki ini tanpa diundang.

"Kau nak apa, Fiq? Aku takde masa banyak dengan orang macam kau. Kau kena bersyukur tau kat suami aku. Kalau bukan sebab dia suruh aku cakap dengan kau, memang tak lah aku nak ada dekat sini."

Kata Zara dengan nada yang sinis.

"Solehahnya awak ni. Ikut semua cakap suami. Sama macam dulu."

Zara menjegilkan matanya selepas mendengar kenyataan Shafiq.

"Macam dulu?! Senang kau bercakap kan?! Kalau betul aku dulu solehah sangat macam apa yang kau cakap tu, kenapa kau sia-siakan aku macam aku ni takde maruah?!"

Shafiq agak tersentak dengan jerkahan Zara.

"Zara, takkan takde sikit pun rasa sayang awak pada saya?"

Zara tersenyum sinis.

"Aku pernah sayangkan kau dan hormatkan kau sebagai suami aku dua tahun lepas. Aku cuba terima takdir yang aku ni berjodoh dengan kau. Tapi apa yang aku dapat? Aku dapat layanan yang sama dengan binatang kurap. Diherdik, dipukul, didera macam aku ni takde perasaan. Lepas semua tu jadi, kau rasa ada lagi ke rasa sayang tu?"

"Kita pun pernah ada memori yang indah kan?"

Lagi Zara seperti mahu mengangkat penumbuknya ke muka Shafiq itu. Dasar jantan!

"Fiq, berapa banyak sangatlah memori indah tu berbanding derita yang aku tanggung selama dua tahun? Memori yang sikit tu tak bermakna apa-apa. Semua yang kau tinggal hanya kenangan yang buat aku makin benci kau. Setiap malam kau bawa perempuan balik. Kau layan aku macam aku ni binatang! Kau hanya puaskan nafsu kau pada aku. Dan kau bunuh anak aku! Tu kau cakap kwnangan indah? Lagi satu, hidup aku dah takde apa-apa makna sejak kau sendiri penyebab anak aku mati. Kau dah ambil kehidupan aku. Aku cuba jadi isteri yang baik walaupun layanan kau pada aku macam sampah. Tapi, bila kau penyebab anak aku mati, aku tak boleh terima, Fiq. Sejak itu, bagi aku kau dah mati."

Kata-kata Zara telah menghiris hati Shafiq. Tuada secalit senyuman pada wajah itu. Yang terserlah hanyalah perasaan benci dan marah.

"Satu lagi, aku dah cukup bahagia dengan Syamim sekarang. Kau pun tahukan yang hati aku hanya untuk Syamim dan takkan ada ruang pun untuk kau lepas apa yang kau buat pada aku! Dah, kau boleh berambus dari hidup aku. Jangan cari aku lagi."

Zara berlalu masuk. Hatinya sakit saat ini. Apa yang Shafiq lakukan terhadap dirinya tidak akan dilupakan inikan lagi memaafkan.

XXX

"Luka yang ada boleh kita pilih sama ada untuk biarkan untuk menjadi parut atau rawat luka itu sehingga tiada parut yang ditinggal."

-💜miszhann-

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top