Bab 18 [EDIT]

Votelah duluuu😉💫

Mata dibuka. Pandangannya masih samar-samar. Aliya cuba untuk bangun daripada perbaringannya. Dalam pada itu, Iman yang tidur di sofa tersedar.

"Eh kakak! Kakak nak buat apa ni? Kakak kena rehat tau."

Kepala dipicit. Sakit lagi mungkin.

"Iman, macam mana kakak boleh ada dekat sini?"

"Tadi Iman balik dari library, Iman tengok kakak dah terbaring atas lantai. Tangan kakak berdarah banyak pula tu. Kakak, boleh cerita dekat Iman apa yang jadi dekat kakak? Papa? Ke abang?"

Aliya hanya membisu. Dia tidak mahu mengeruhkan keadaan lagi. Iman geram. Badan Aliya ditarik Iman supaya menghadapnya.

"Kakak, tolong jujur dengan Iman. Siapa yang buat kakak macam ni? Kalau kakak tak nak cakap, biar Iman buat report polis."

Tangan Iman ditarik. Sejahat-jahat Jaafar, Aliya tidak sanggup melihat ayahnya itu meringkuk dalam penjara. Walaupun Jaafar itu ayah tirinya.

"Okay, kakak cakap. Tapi Iman kena janji jangan report polis."

"Okay."

"Papa. Papa cuba nak pekak kan telinga kakak dengan serpihan pasu kaca yang papa pecahkan. Kakak melawan, tapi kena tangan kakak."

Iman melopong. Terkedu. Tidak sangka sampai tahap itu sikap keterlaluan papanya.

"Kenapa kakak biar lagi apa yang papa buat kat kakak? Kak, badan kakak dah habis lebam macam ni pun dia tak puas hati lagi? Nak pekak kan telinga anak pula? Kak, kita pergi ya? Iman tak sanggup nak tengok kakak macam ni lagi."

Air mata Iman mengalir. Sebak memikirkan kakaknya yang sering menjadi mangsa pukulan papanya. Aliya pun tidak kurang sebaknya. Sedih memikirkan nasib Iman yang perlu hidup dalam keadaan begini.

"Iman, kan Iman dah janji dengan kakak. Kita takkan tinggalkan papa sendirian. Papa ada kita saja, Iman."

"Dan Iman cuma ada kakak saja. Iman tak boleh maafkan diri Iman kalau apa-apa jadi pada kakak. Kakak fikir, Iman boleh lupa macam tu saja apa yang papa dan abang buat pada kakak, pada Iman? Kak, sampai bila lagi? Kakak tahu kan, bukannya Iman tak mampu nak bina hidup baru untuk kita berdua cuma kakak saja yang degil. Harta ibu yang ibu tinggalkan tu tak luak pun, kak. Nak juga duduk dengan papa."

"Ya Iman. Kakak faham. Kalau betul Iman nak kakak ikut rancangan Iman, kakak ikut cakap Iman."

Aliya hanya mampu menurut untuk ketika ini. Ikutkan hati, Aliya juga tidak mahu pulang ke rumah setelah kejadian tadi. Tapi, papa itu tanggungjawab mereka. Mereka harus pulang juga ke pangkuan Jaafar walau apa pun yang berlaku.

***

Syamim berangkat ke pejabat lebih awal hari ini. Kata Syamim, dia ingin makan tengah hari di rumah. Kebetulan pula, Zara sedang cuti. Zara hanya tersenyum. Zara ingin masak lauk kegemaran Syamim.

Sedang Zara sibuk menghidangkan makanan, loceng berbunyi. Zara membuka pintu tanpa mengintai terlebih dahulu. Zara hanya menyarungkan tudungnya, walaupun senget benget tetap tutup aurat. Syamim selalu mengingatkan dirinya supaya sentiasa bertudung walaupun hendak pergi menjenguk siapa yang datang.

Zara melangkah bahagia kerana dia pasti Syamim yang pulang. Tetapi dia menerima kejutan lain. Terkejut dirinya melihat gerangan itu. Pintu kembali ditutup. Namun, sempat ditahan oleh orang itu.

"Zara, please. Saya perlu cakap dengan awak."

"Tak! Aku tak nak tengok muka kau lagi! Kau blah daripada sini!"

Tangan Zara dipegang erat. Zara meronta-ronta supaya tangannya dilepaskan.

"Kau siapa nak pegang tangan aku?! Kau tiada hak pun!"

Makin kuat jeritan itu, makin kuat pegangan Shafiq.

"Saya takkan lepaskan awak selagi awak tak dengar penjelasan saya."

Mata Shafiq sudah merah.

Zara yang masih meronta-ronta supaya tangannya itu dilepaskan namun dirinya tidak mampu melawan tenaga lelaki milik Shafiq.

Kereta BMW 7 Series berhenti di hadapan rumah banglo itu. Syamim terkejut melihat Zara dalam keadaan sebegitu.

"Zara!"

Tidak sempat untuk mengejar, Shafiq sudah melarikan diri.

Syamim melihat ke arah Zara yang terduduk menangis. Dia menghampiri isterinya itu. Kepala itu diusapnya. Zara yang baru tersedar memeluk suaminya dengan erat. Pelukan itu dibalas. Sungguh. Hati Syamim sangat sakit melihat cinta hatinya ini mengalirkan air mata duka. Lelaki yang melarikan diri tadi bermain di fikirannya.

Siapa lelaki itu? Apa hubungan dia dengan Zara?

"Sayang, sayang okay tak ni?"

Zara tidak menjawab pertanyaan Syamim. Pandangan matanya tiba-tiba menjadi kabur. Gelap.

Syamim terkejut. Dengan segera Syamim membawa Zara ke hospital.

Syamim menelefon Harris dan Hilmi untuk memberitahu tentang khabar ini. Mereka berdua tiba selepas tiga puluh minit.

Hampir 15 minit juga Syamim hanya mundar mandir. Hatinya tidak tenang selagi Zara tidak sedarkan diri. Ahli keluarga Zara yang lain juga ada di situ.

"Syamim, duduklah dulu. Aku yakin Zara okay."

Harris cuba menenangkan Syamim. Pasti kerisauan yang berada di dalam hatinya ini sedang bergelora.

Doktor Laila keluar daripada bilik rawatan Zara. Dengan segera Syamim menghampiri untuk mengetahui keadaan Zara.

"Doktor, macam mana keadaan isteri saya? Tiada apa-apa yang seriuskan doktor?"

"Alhamdulillah. Isteri encik okay. Dia pengsan sebab dia stres dan shock. Saya cuma nasihatkan supaya Puan Zara tidak terlalu banyak berfikir atau terlalu letih. Kalau boleh, jangan terlalu ramai yang melawatnya dalam satu masa. Tunggu kedaannya benar-benar stabil. Ini untuk kebaikan."

Doktor Laila berlalu setelah menyelesaikan kata-katanya.

Syamim masuk ke dalam dan duduk di tepi katil sambil mengusap kepala cinta hatinya itu. Masih nampak cantik walaupun wajahnya agak pucat. Tangan Zara dicapai Syamim sebelum satu ciuman singgah ke tangan mulus milik Zara itu. Dipandang lagi isterinya dan dibelai pipi gebu itu.

"Sayang, maafkan abang. Kalau abang datang lebih awal, sayang takkan jadi macam ni. Abang gagal menjadi pelindung yang baik untuk sayang."

Syamim tahu walaupun semua kata-kata itu tidak dibalas, namun dia masih bercakap dengan Zara yang terbaring lemah itu.

"Sayang, kalau abang boleh gantikan sayang dekat sini, dah lama abang buat. Tapi, abang tak mampu, sayang. Sayang, tolong bangun. Hati abang sakit tengok sayang macam ni."

Dicium lagi tangan mulus Zara. Air mata jantannya kini mengalir. Hatinya benar-benar dirobek. Sakit. Melihat insan tercinta terbaring tidak sedarkan diri. Tanpa Syamim perasan, ada dua pasang mata yang mendengar luahan hatinya.

"Shafiq."

Nama itu meniti di bibir Hilmi. Walaupun perlahan, tetapi masih dapat didengari Harris dengan jelas.

"Hilmi rasa apa yang abang rasa?"

Hilmi hanya mengangguk. Sejak Shafiq hadir di dalam kehidupan Zara, hidup adiknya menjadi kucar kacir. Harris dan Hilmi takkan biarkan adik kesayangan mereka ini terseksa lagi. Mereka akan cari jawapan atas kemunculan semula Shafiq. Apa lagi yang lelaki ini mahukan? Tidak cukupkah apa yang telah dia lakukan kepada Zara?

***

Sedang elok Shafiq sedang duduk minum kopi sendirian di sebuah cafe, satu penumbuk sampai dia wajahnya. Shafiq jatuh terduduk. Mujur saja pelanggan di dalam kafe itu tidak ramai. Jika tidak, makin kecoh keadaannya.

"Ariff, sudah lah tu. Cara ni tak selesaikan masalah pun."

Mujur Hilmi menemani Ariff. Jika tidak, mungkin lagi parah Shafiq dikerjakan.

"Kau nak bagi muka apa lagi kat binatang ni, Hilmi? Sebab dia, Zara masuk hospital tau."

Ketika hati masih panas, Ariff masih ingin memberi pengajaran kepada Shafiq. Mujur sempat dihalang oleh Hilmi.

"Riff, dah. Cukup. Muka dia dah macam tu kut. Kalau kau sikap macam ni, kau tiada beza pun dengan dia."

Ariff merengus kasar sebelum dia menggenggam kuat kolar baju Shafiq.

"Eh jantan! Kau kena bersyukur tau kawan aku ada kat sini. Kalau tak, kau pun tak hidup dah lepas ni."

Ariff keluar daripada kafe itu. Hilmi mendekati Shafiq. Wajah Shafiq kelihatan sedikit takut.

"Shafiq, kau jangan ingat aku halang Ariff sebab aku kesiankan kau. Tapi, aku tak nak Ariff kotorkan tangan dia untuk orang macam kau. Kau dengar ni baik-baik. Kalau lepas ni kau kacau adik aku lagi, aku akan pastikan kau takkan boleh tengok dunia keesokkan harinya. Ingat tu."

Hilmi beredar. Walaupun rasa marah itu membuak-buak dalam dirinya, tapi Hilmi cuba untuk rasional.

"Tak guna kau Ariff! Dari dulu lagi kau selalu kacau plan aku! Kau tengok lah! Aku takkan duduk diam!"

***

Iman baru sahaja siap-siap mengemaskan barang Aliya untuk ke hospital. Iman ternampak Shafiq yang pulang dengan wajah yang lembam.

"Kenapa dengan muka abang ni? Abang gaduh lagi ke?"

Iman agak terkejut melihat Shafiq pulang dalam keadaan lebam sebegitu.

"Yang kau terjegat kat sini kenapa? Tak reti nak pergi ambik first aid kit ke?"

Iman tidak membantah. Kotak first aid kit diambilnya. Ubat disapu pada luka Shafiq.

"Ni kau siap-siap ni nak pergi mana? Harini kan ahad. Mana ada kelas."

"Iman nak pergi lawat kakak. Kakak masuk hospital."

Shafiq hairan.

"Kenapa kakak kau masuk hospital?"

"Papa cuba nak toreh telinga kakak. Mujur Iman sempat balik."

Shafiq tersenyum sinis.

"Papa kau ni boleh tahan gila ya? Anak sendiri pun dia buat macam tu. Dah lah tu. Kau pergilah lawat kakak kau tu. Nanti tak pasal-pasal mati kat situ tiada siapa tahu."

Shafiq hanya berlalu. Iman pula memggenggam penumbuknya.

Ya Allah, sabar sajalah dengan perangai Shafiq ni. Takpe Iman. Lepas ni pun kau tak perlu jumpa mereka lagi.

XXX

"Just dont stop. Kalau penat and nak rest, silakan. Tapi jangan stop."

-💜miszhann-

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top