Bab 15 [EDIT]
Votelah duluuu😉💫
Tiga bulan berlalu semenjak kematian Raja Zulkarnain. Mereka semua menjalankan hari seperti biasannya. Zara cuba untuk menyibukkan diri bagi melupakan kesedihan yang melanda. Syamim yang berada di sisinya tidak pernah lelah untuk mengembalikan senyumannya yang sudah lama tidak terukir. Sedar ataupun tidak, sudah hampir 3 bulan mereka membina masjid kehidupan ini.
Pagi ini Zara harus berjumpa dengan Hilmi. Katanya ada perkara yang perlu diberitahu.
"Ada apa abang? Macam penting je abang nak jumpa Zara."
Kata Zara sebaik sahaja dia duduk di kerusi kosong berhadapan dengan Hilmi.
"Adik ingat tak pasal projek yang dekat Pulau Pinang tu?"
"Ingat. Kenapa?"
"Kita dapat projek tu. Dato' Jamri nak adik sendiri yang datang jumpa dia dekat Pulau Pinang untuk bincangkan pasal projek tu."
"Betul ke, bang? Adik dapat projek tu? Alhamdulillah."
Zara seakan-akan tidak percaya akan berita yang baru sahaja didengarinya.
"Yep. And adik kena pergi Pulau Pinang tu dalam masa lima hari dari sekarang. Tapi, adik ingat! Adik kena tanya Syamim dulu. Kalau dia tak setuju, bagitahu abang, biar abang yang ganti tempat adik."
Senyuman Zara mati. Dia hampir terlupa tentang itu. Bagaimana jika Syamim tidak mengizinkan dirinya pergi? Sedangkan projek hotel di Pulau Pinang ini sudah lama dikehendakinya. Zara berdoa dalam hati agar hasratnya ini diizinkan oleh suaminya.
Sebaik sahaja pulang ke rumah, Zara menyediakan makan malam untuk mereka berdua.
Setelah makan malam di rumah bersama, Zara mencuci pinggan sementara Syamim hanya memerhati isterinya dari belakang. Syamim mendekati Zara lalu memeluknya dari belakang. Zara yang menjadi mangsa hanya membiarkan.
"Suka tengok sayang macam ni. Tak sedih dah. Ceria je."
Zara hanya tersenyum.
"Lagi seronok kalau saya sedih. Ada orang nak pujuk."
Syamim memalingkan tubuh Zara menghadapnya setelah Zara selesai mencuci pinggan. Satu ciuman dihadiahkan di dahi Zara kemudian Zara dipeluk.
"Kalau sayang sedih, abang lagi sedih. Sakit, sayang tengok awak menangis. Rasa macam hati saya kena hiris."
Syamim menundukkan mukanya agar dapat melihat wajah Zara. Pipi gebu Zara dibelai lembut.
"Tolong janji dengan abang yang sayang takkan nangis lagi."
"Zara janji yang Zara takkan sedih lagi."
Zara memeluk Syamim dengan erat. Bahagia kerana mempunyai suami yang sangat sayang pada dirinya.
"Macam inilah abang nak. Ceria je."
"Abang..."
"Ye sayang. Ada apa?"
Syamim melihat wajah isterinya. Seperti ingin menyatakan sesuatu yang penting.
"Boleh tak kalau Zara nak pergi Pulau Pinang untuk projek hotel Dato' Jamri for three days dengan Asyraf sebab projek ni Zara usahakan dah lama dan bila dah dapat Zara rasa rugi kalau bukan Zara yang pergi sendiri tengok keadaan pembinaan kat sana. Boleh?"
Dinyatakan hasratnya dalam satu nafas seperti penyanyi rap.
Syamim terdiam apabila Zara mempersembahkan bakat rap nya. Setelah sedar akan apa yang Zara cakapkan, Syamim tersenyum. Dia tahu betapa bahagianya Zara apabila projek itu mahu diserahkan padanya.
"Laju nya sayang rap. Erm, macam nilah. Kalau sayang betul-betul nak pergi, abang izinkan."
"Betul ni?! YES!!!"
Zara membuat aksi seperti mahu melompat. Tapi tidak sempat melompat, tangannya yang sudah berada di langit dipegang. Zara terkejut dengan tingkah Syamim.
"Hey! Jangan excited lagi. Abang tak habis cakap lagi. Harris ada cakap kat abang petang tadi pasal hal ni. So, flight and tempat tidur sayang abang dah booked. Tinggal kemas barang lepastu berlepas saja."
Tiket penerbangan yang dari tadi berada di dalam poket belakang seluarnya dikeluarkan. Zara segera mengambil tiket itu dan memeluk Syamim. Tidak sangka akan kejutan ini.
"Terima kasih abang!"
Pipi Syamim dicium berkali-kali sebelum Zara berhenti.
"Esok bagi tiket lagi satu tu kat Asyraf."
"Baik bos!"
***
"Kita kena lantik pengerusi yang baru! Takkan kita nak biarkan saja jawatan itu tiada pengganti?!"
Ahli lembaga syarikat mengadakan mesyuarat untuk membincangkan masalah jawatan yang ditinggalkan secara mengejut oleh Raja Zulkarnain.
"Kenapa kita nak kecoh-kecoh lagi? Tuan muda Harris adalah calon yang paling layak untuk kita tempatkan sebagai pengerusi syarikat. Lagi pula, tuan muda merupakan CEO syarikat ni. Jadi, saya rasa amat layak kalau jawatan itu diberikan kepada tuan muda Harris." kata Dato' Jamilah.
"Tapi saya rasa, tuan muda Hilmi lebih layak. Bukan apalah. Tuan muda Hilmi lebih berpengalaman dalam menguruskan klien-klien kita yang berada di Malaysia. Tuan muda juga lebih tahu kehendak mereka berbanding tuan muda Harris. Cara tuan muda Hilmi menguruskan masalah dengan cara yang lebih efektif itu menjadikan klien-klien kita gemar akan idea-idea tuan muda Hilmi. Lagi pula, sekarang syarikat kita lebih memfokuskan projek di dalam negara. Jadi, saya rasa lebih mudah kalau jawatan pengerusi itu disandang oleh tuan muda Hilmi."
Dato' Jaafar tersenyum sinis.
Pada awal lagi, Zara memang tidak sukakan sikap Dato' Jaafar yang sentiasa cuba menterbalikkan keluarganya sejak Harris dilantik menjadi CEO syarikat. Sekarang, pernyataan yang dikeluarkan itu sengaja ingin menimbulkan perbalahan antara Harris dan Hilmi.
Hilmi juga terkilan dengan cadangan Jaafar. Dia tahu bahawa hanya Harris yang layak untuk memegang jawatan pengerusi itu. Tapi sekarang, dia menjadi calon untuk bersaing dengan saudara kembarnya sendiri. Perit rasanya.
"Sudah! Saya rasa dah cukup tentang pencalonan yang disebut. Calonnya adalah saya dan tuan muda Hilmi. Dalam masa dua minggu lagi, ahli lembaga akan memilih siapa yang lebih layak untuk posisi itu. Jangan disebabkan saya seorang CEO di syarikat ini, saya boleh dinaikkan ke jawatan pengerusi. Jadi, tuan dan puan semua ada masa untuk berfikir siapa yang lebih layak. Saya dan tuan muda Hilmi akan terima keputusan itu hati yang terbuka."
Hilmi dan Zara terkejut dengan pernyataan yang dibuat oleh Harris.
Mesyuarat bersurai dengan dua penamaan calon tersebut. Hilmi berasa bersalah.
Mereka pulang ke rumah pada petang itu untuk membincangankan hal ini. Hilmi tidak faham dengan sikap Harris yang tidak membantah.
"Abang. Kenapa abang tak fight je tadi? Abang tahu kan atuk memang didik abang untuk jadi pengganti atuk."
Mereka tiga beradik berada di ruangan pejabat di rumah. Hilmi sebenarnya dihimpit rasa bersalah gara-gara cadangan Jaafar tadi. Ada ke patut suruh dia bersaing dengan kembar dia sendiri? Sudah gila agaknya!
Harris tidak menjawab.
"Abang! Abang dengar tak apa yang Hilmi cakap ni? Abang tak pernah macam ni pun! Selalunya, abang ada saja jawapan nak sembur. Kali ini, kami perlukan jawapan-jawapan abang tu. Kenapa abang terima cadangan mengarut tu?!"
Harris menghembuskan keluhan berat. Kemudian mengukir senyuman nipis.
"Abang buat macam tu, sebab abang tahu Hilmi pun layak pegang jawatan tu. Jadi, sebab tu abang tak bantah cadangan Dato' Jaafar."
Hilmi dan Zara melopong. Biar betul abang ni?! Macam kena sampuk hantu saja. Hilmi memegang bahu Harris. Mata mereka bertemu.
"Abang, Hilmi yakin abang ada alasan kenapa abang biarkan jawatan pengerusi tu kosong. Dan, takkanlah alasan abang sebab Hilmi lebih layak? Abang tahu semua tu tak betul kan? Kenapa abang kisahkan apa yang orang tua tu cakap? Abang tahu dia ada niat nak porak perandakan keluarga kita dari dulu lagi sebab dia bengang arwah atuk tak pilih dia jadi CEO syarikat. Abang tahu tu kan?"
Suara Hilmi semakin mengendur. Hilmi mengeluh nafas berat. Harris hanya mampu tersenyum nipis.
"Hilmi, abang tahu semua tu. Dan abang tahu apa yang terbuku dalam hati Hilmi juga. Kita kongsi satu rahim dengan mama. Kita share tarikh lahir, baju, makanan dan segalanya. Hilmi takkan boleh tipu abang walau macam mana hormat sekalipun Hilmi pada abang."
Hilmi tersentak.
"Apa yang abang cuba cakap ni?"
"Abang tahu Hilmi tak pernah suka cara atuk lebihkan abang kan? Hilmi rasa terpukul bila atuk jadikan abang CEO syarikat sedangkan Hilmi yang banyak berada di Malaysia, betulkan masalah syarikat sedangkan abang banyak ikut atuk ke luar negara. Hilmi, abang tak buta lagi untuk tak dapat tahu apa yang Hilmi rasa selama ni. Abang kesal sebab abang tak pernah duduk dan bercakap dengan Hilmi pasal ni. Sebab tu abang setuju dengan pencalonan nama dari Dato' Jaafar. Abang rasa ini sahaja cara yang terbaik untuk abang sembuhkan semua luka di hati Hilmi."
Hilmi bungkam! Zara pula mengalirkan air mata sayu mendengar penjelasan Harris. Dia terkejut. Menyalahkan diri sendiri yang tidak pernah memikirkan perasaan Hilmi. Zara berasa bersalah.
Hilmi terduduk mendengar penjelasan Harris. Sungguh dia tidak tahu bahawa kembarnya itu selalu memikirkan tentang dirinya. Air mata yang mengalir tiada tanda untuk berhenti. Zara memegang bahu Hilmi dan memeluknya dari belakang untuk seketika bagi menyalurkan sedikit kekuatan kepada Hilmi.
"Abang. Semua yang abang cakap tu semuanya betul. Tapi ada satu yang abang terlepas. Hilmi tak pernah simpan semua tu dalam hati sebagai dendam. Sesaat pun Hilmi tak ada rasa benci pada abang dan atuk. Hilmi jadikan semua tu sebagai pengalaman hidup."
Jeda.
"Betul. Hilmi kecewa bila atuk lebih memilih abang untuk jawatan CEO tu. Tapi, Hilmi tak pernah pendam apa-apa perasaan benci. Sebab Hilmi tahu, abang lebih bijak dalam selok belok dunia perniagaan ni. Atuk bawa abang keliling dunia untuk gunakan pengalaman tu untuk membimbing syarikat. Jadi, boleh tak abang terima je jawatan tu?"
"Hilmi, abang tak patut salah sangka dengan Hilmi. Abang salah. Abang ingatkan Hilmi.."
Kata-kata Harris dipotong sebelum dia sempat menghabiskannya.
"Abang, tak sesaat pun Hilmi benci kembar Hilmi. Sesaat pun tak pernah. Kita membesar sama-sama, Harris. Dari dalam perut mama lagi. Tak patut Hilmi ada rasa benci tu pada abang."
Harris memeluk Hilmi dengan erat. Zara yang hanya menjadi penonton berasa lega kerana persoalan yang selama ini terpendam akhirnya terjawab. Zara memeluk kedua-dua abangnya itu.
"Macam nilah baru seronok! Dah baik. Dah happy-happy! Malam ni adik masak ye!"
Mereka bertiga berdakapan setelah sekian lama. Masing-masing memanjatkan rasa syukur.
XXX
"Kunci kebahagian tu tak perlu kita cari tetapi tetapkan sendiri."
-💜miszhann-
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top