Bab 11 [EDIT]
Votelah duluuu😉💫.
Pada hari pernikahan Zara, Ariff tidak kelihatan. Zara masih rasa sedih tentang perkara itu. Dia merasakan bahawa dirinya tidak penting dalam hidup Ariff. Padahal, Ariff orang pertama yang tahu tentang keputusannya ini. Rasa kesal itu Zara bukukan dalam hati demi menjaga perasaan suaminya.
Pagi ini Zara menyediakan sarapan yang khas untuk sang suami. Syamim turun daripada anak tangga. Dia mencari kelibat isterinya.
Zara sedang membancuh air di dapur. Melihat Zara yang sedang asyik membancuh air, idea nakal Syamim muncul. Syamim mendekati Zara kemudian merangkul pinggang Zara dari belakang.
"Good morning, sweetheart." bisik Syamim di sebelah telinga Zara lalu mencium bahunya.
Zara terkejut dengan perbuatan Syamim.
"Hish, abang ni! Terkejut Zara tahu tak. Kalau macam ni setiap hari, mahu jantung Zara tercabut."
"Marah ke?"
Syamim menyoal itu apabila Zara menunjukkan riak wajah yang kurang senang. Selepas itu, Zara kembali menanyangkan senyuman yang manis.
"Mana adalah. Jom makan lepastu pergi kerja."
Mereka menuju ke meja makan. Mereka sarapan pagi bersama-sama kemudian berangkat ke pejabat. Entah kenapa hari ini Zara tidak sabar hendak ke pejabat. Mungkin dia teruja untuk berjumpa dengan abang-abangnya. Sejak berpindah, Zara lebihkan masanya bersama Syamim. Pengantin barulah katakan.
***
Zara menjejakkan kaki masuk ke dalam bilik kerjanya. Rindunya pada bilik ini. Lama sudah tidak menjejakkan kaki ke bilik ini. Zara memanggil Farah melalui mesin intercom.
"Ya cik puan. Ada apa yang boleh saya bantu?"
"Jadual saya hari ini?"
"Hari ini cik puan ada appointment dengan Tan Sri Ibrahim pukul 9 pagi di pejabatnya. Lepastu pukul 12 cik puan kena jumpa Dato' Jamri untuk bincangkan pasal projek dekat Pulau Pinang tu. And then, cik puan ada lunch dengan Tuan muda Hilmi. Yang lain cik muda free."
Zara hanya tersenyum. Jelas terpampang wajah gembiranya apabila dia dapat berjumpa dengan abangnya.
Panggilan yang ditukar untuk menggelar Zara setelah bernikah mengambil masa yang cepat untuk para pekerja biasakan diri. Status dirinya yang dahulu menyebabkan kebiasaan itu.
"Amboi cik puan. Sejak cik puan kawin ni, berseri-seri saja saya tengok cik puan." usik Farah.
"Ish! Mana adalah Farah. Kamu ni ada-ada je. Dah lah, kamu boleh keluar."
Farah hanya akur. Zara kembali melihat kerjanya yang tertangguh.
Banyak juga kerja yang aku tak siap lagi.
Belum sempat dia membuka fail-failnya,ketukan pintu didengarinya. Setelah diberi arahan masuk, ternyata Asyraf.
"Asyraf! Dah lama saya tak nampak awak. Awak sihat? Kak Siti dengan anak-anak sihat?"
"Alhamdulillah semua sihat, cik puan. Cik puan makin berseri-seri saya tengok lepas kawin ni."
"Tak ada lah. Oh ya, nanti awak temankan saya pergi jumpa klien ya."
"Baik cik puan."
Baru masuk kerja, sudah banyak perkara yang perlu dilakukan. Letih! Penat! Lelah! Zara melihat ke arah bilik kerja Syamim. Zara hanya tersenyum apabila melihat Syamim tekun melakukan kerjanya. Syamim seorang yang professional dalam pekerjaan. Dia tahu membezakan hal peribadi dan hal kerja. Zara kembali melihat fail-fail yang ditinggalkan di atas mejanya.
***
Zara tiba di bilik kerjanya setelah selesai temu janjinya bersama Dato'Jamri. Lama juga perbincangan mereka sehingga sudah waktu makan tengah hari.
Zara mengerling jam tangannya. Dia hampir terlupa akan temu janjinya bersama Hilmi. Zara mengemas mejanya yang dipenuhi fail. Rimas melihat meja bersepah begini. Ketika Zara sedang sibuk mengemas, pintu diketuk. Zara tersenyum melihat gerangan yang hadir di sebalik pintu itu.
"Boleh masuk?"
"Masuklah."
Syamim melangkah masuk kemudian menutup pintu.
"Sayang sibuk ke? Dari tadi abang tengok sayang ke sana ke sini."
Zara mengeluh kemudian tersenyum.
"Haah. Kerja banyak hari ini. Ni tak siap. Tu tak siap lagi. Tu yang tak tenang je duduk."
"Alololo, kesiannya wife kita ni. Erm sayang, jom lunch sekali."
Mendengar pelawaan Syamim, Zara berasa bersalah ingin menolaknya.
"Zara bukan tak nak makan dengan abang tapi Zara kena makan dengan klien."
Mendengar kata-kata Zara, Syamim menarik tangannya daripada dipegang oleh Zara lalu memalingkan tubuhnya. Merajuklah konon. Dasar orang tua!
Zara mengambil langkah menghadap Syamim kemudian kedua-dua belah tangannya merangkul tangan Syamim.
"Abang, sorry lah. Bukan niat Zara tapi memang kita orang deal time lunch. Janganlah merajuk. Nanti Zara buat apa aje yang abang nak hari ini asalkan abang tak merajuk.
Pujuk Zara dengan nada yang lembut dan agak manja.
Syamim tersenyum melihat Zara yang sedang memujuknya.
"Okaylah. Abang tak merajuk. Sayang lunch dengan siapa?"
"Macam ni lah baru sayang. Zara lunch dengan abang Hilmi."
Zara melihat jam tangannya. Tangan yang melingkari lengan Syamim dilepaskan.
"Abang, Zara dah lambat ni. Zara pergi dulu ye."
Belum sempat Zara mahu keluar, lengannya Syamim tarik.
"Pergi macam tu aje?"
Zara memahami maksud suaminya. Lalu, satu ciuman mendarat di pipi kanan Syamim. Syamim tersenyum dengan tingkah Zara. Lalu Zara mengatur langkah keluar daripada bilik itu.
...
"Abang Hilmi!"
Zara merangkul leher abangnya itu.
"Adik rindu abang tahu tak?"
Mereka mengambil tempat duduk.
"Ye ke rindu? Yelah mana tahu dah kahwin terus lupa kat abang."
Hilmi mengendurkan suaranya. Macam ada orang yang sedang merajuk saja.
"Hish! Apa abang ni! Mana ada Zara lupa abang. Abang segalanya untuk Zara. Yelah, abang sendiri yang cakap kalau isteri kena lebihkan suami daripada keluarga sendiri, Zara ikutlah cakap abang."
Hilmi mempamerkan senyuman.
"Erm, dik. Macam mana? Bahagia tak sekarang?"
Laju Zara mengangguk.
"Alhamdulillah. Abang Harris sihat? Akak? Anak-anak buah Zara tu? Atuk?"
Mendengar persoalan itu, Hilmi teragak-agak untuk menjawabnya.
"Semua sihat je. Ni bila adik nak balik rumah? Semua rindu adik. Amar dengan Hakim pun tanya bila adik nak balik."
Zara tersenyum.
"Bukannya Zara tak nak balik bang, cuma tak tahu bila. Adik dengan Syamim ada plan nak balik, tapi tak tahu bila."
Walhal dia dengan Syamim tidak pernah merancang hal itu. Zara berkata sebegitu supaya Hilmi tidak makan hati.
Mendengar jawapan Zara, Hilmi tersenyum. Dia masih belum siap untuk memberitahu hal sebenar kepada Zara. Mungkin biar Harris sahaja yang menyatakan hal itu.
Mereka bergelak mesra. Sudah lama juga mereka tidak berkongsi cerita bersama. Rindunya pada Hilmi tidak terkata. Namun, perasaan rindunya pada ahli keluarganya yang lain masih belum terubat.
Sedang mereka bergelak ketawa, ada sepasang mata memerhati mereka. Entah apa niatnya kembali selepas dia telah menghancurkan kehidupan Zara.
XXX
"Tak salah nak rasa cemburu dengan kehidupan orang lain. Cumanya, jangan sampai rasa cemburu itu mengusai diri sampai kita lupa nak hargai apa yang kita ada dalam kehidupan."
-💜miszhann-
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top