Bab 10 [EDIT]
votelah duluuuu😉💞
And, salam jumaat💫
Pada pagi Sabtu yang tenang ini, Zara mengajak Ariff keluar bersamanya. Ariff juga terkejut sebenarnya. Kebiasaannya, Zara hanya terperap dalam rumah pada hujung minggu sebegini tetapi Zara yang menelefonnya dan mengajaknya keluar.
Mereka mencuci mata di Wangsa Walk. Zara mengajak Ariff untuk minum di Blackball.
"Zara, kau kena sampuk hantu apa harini? Sampai semua benda yang aku nak beli semua kau bayar."
Kata Ariff selepas sahaja mereka duduk.
"Kau ni! Aku ajak kau keluar kau bising. Kalau aku tak nak keluar pun kau bising. Ni aku dah belanja pun kau nak bising?"
"Yelah. Kau mesti ada masalah kan? Aku kenal kau dah lama. Cepatlah share. Ada apa?"
Ariff meneka.
Zara terdiam. Memang benar dia ingin berkongsi masalah bersama Ariff. Zara sering menceritakan masalahnya bersama Ariff tetapi kali ini dia berasa malu untuk mengadu masalahnya.
Nafas Zara ditarik sebelum menghelanya.
"Ariff, sebenarnya Syamim dah lamar aku semula. "
Jantung Ariff bagai direntap. Apa yang didengari oleh telinganya itu di luar jangkaannya. Syamim dah balik? Dia dah lamar Zara semula?
"Habis tu kau dah buat keputusan ke?"
Tanya Ariff dengan teragak-agak.
"Dah. Aku akan terima lamaran dia. Aku perlukan seseorang untuk lindungi aku, teman aku dalam setiap keadaan. Kau tahu kan? Aku memang mengharapkan perkara ini berlaku. Dah dekat 2 minggu aku fikir, aku buat istikarah. Jawapannya tetap sama. Aku mengharapkan ini jodoh aku yang selama-lamanya, bukan sementara."
Hati Ariff bagai dihirs oleh pisau belati. Sungguh dia tidak percaya apa yang didengarinya. Harapan dia hancur begitu sahaja.
Memang aku ni tak lebih dari kawan kan, Zara?
Ariff cuba mengawal perasaannya. Dia tidak mahu menjadi penghalang kebahagiaan Zara.
"Tahniah Zara. Akhirnya kau ada menuju ke arah menamatkan zaman bujang kau."
Walaupun perit baginya, namun dia lebih ingin melihat Zara bahagia bersama orang yang dicintainya walaupun orang itu bukanlah dirinya.
"Alhamdulillah. Cuma, aku berharap peristiwa lalu tak berulang lagi. Aku takut, Ariff."
"Aku yakin Syamim boleh jaga kau. Lebih baik daripada dia, Zara. Kau kena yakin yang Syamim bahagiakan kau."
Kata-kata Ariff membuatkan Zara berasa tenang sedikit.
Ya allah, andai hubungan aku dengan Zara hanya setakat seorang sahabat, kau hilangkanlah rasa kasihku ini. Janganlah engkau biarkan rasa cinta ini di hatiku lagi kerana wanita yang aku cinta ini merupakan milik orang.
...
Syamim menunggu kepulangan Zara di ruang tamu. Katanya, Zara ada menelefon Tengku Aziz untuk memberi jawapan atas lamarannya. Syamim pun bergegas ke rumah Raja Zulkarnain. Dia berharap agar jawapan yang ingin diberi jawapan yang gembira.
BMW 5 Series meluncur laju dan berhenti di hadapan rumah Raja Zulkarnain. Ariff menghantar Zara pulang. Sebelum Zara masuk ke dalam rumah, Ariff berpesan pada Zara agar yakin dengan jawapan yang diberi. Nasihat Ariff diterima baik oleh Zara.
"Zara, aku balik dulu tau. Ingat pesan aku tadi. Nanti kalau jadi, bagitahu aku tarikh bila apa semua. Mana tahu aku boleh tolong."
Kata-kata yang diucapkan itu sebenarnya membuat hatinya tersakiti. Memikikan bahawa Zara ditakdirkan untuk orang lain.
"Okay! Kau bawa kereta elok-elok tau."
Zara masuk ke dalam rumah sebaik sahaja Ariff memandu pulang. Kakinya melangkah perlahan menuju ke ruang tamu.
Sebaik saja Zara masuk ke dalam rumah, dia melihat Syamim sedang menunggu kehadirannya bersama ahli keluarganya. Zara memberi salam lalu mengambil tempat di antara Farhah dan Jannah.
"Baiklah. Zara pun dah balik, sekarang kita dengar apa jawapan dia bagi lamaran Syamim."
Zara menarik nafas. Ya Allah, engkau jadikanlah keputusan aku ini yang terbaik.
"Zara terima pinangan Syamim."
Syamim terkejut mendengar jawapan Zara. Akhirnya, dia kembali mengambil tempat di dalam hati Zara.
"Be..betul ke ni Zara? Awak terima lamaran saya?"
Syamim ingin memastikan bahawa apa yang baru sahaja didengarinya itu bukan mimpi.
Zara mengangguk.
Ternyata ini bukan mimpi.
Syamim tersenyum bahagia. Inilah saat yang dia tunggukan. Lima tahun dia mencari keberanian untuk merebut kembali hati wanita ini. Lima tahun dia bersembunyi untuk menghadap kembali wanita ini untuk melamar menjadi miliknya dan akhirnya lima tahun itu cukup berbaloi kerana penantiannya sudah berakhir sebaik sahaja Zara menerima lamarannya.
"Alhamdulillah. Zara pun dah bagi jawapan yang gembira, jadi tarikh nikah kau orang atuk dah tetapkan. Kamu berdua akan disatukan dua bulan daripada sekarang." Kata putus Raja Zulkarnain membuatkan Syamim tersenyum lagi lebar. Betapa bahagianya dirinya saat ini.
...
Zara bersiar-siar di taman bersama Harris dan Hilmi. Katanya, mungkin selepas ini mereka bertiga tidak mempunyai masa untuk luangkan masa bersama seperti ini. Zara termenung melihat tasik di hadapannya. Sungguh nyaman keadaan di sini. Suara Harris dan Hilmi yang datang menerpa mematikan lamunannya.
"Adik! Nah aiskrim." kata Harris sambil menghulurkan aiskrim Malaysia berperisan laici kegemaran Zara.
"Terima kasih, abang."
Zara mengambil kemudian kembali mendiamkan diri.
"Pahal adik ni? Senyap je. Tadi beria-ia sangat ajak kita orang jalan-jalan."
Hilmi hairan dengan sikap adiknya.
"Adik fikir je. Nanti bila adik dah kawin, kita boleh ke lepak macam ni lagi? Yelah, sejak abang kembar adik ni kawin, masa lebih dengan family sendiri, sampai kadang-kadang tiada masa untuk adik sendiri."
Luahan hati Zara itu membuatkan Harris dan Hilmi tersentuh. Lalu, memeluk Zara secara serentak. Zara terkejut dengan tingkah abang kembarnya.
"Adik, walaupun kami dah ada kehidupan sendiri, tak bermakna kami lupa kehidupan asal kami iaitu adik." kata Hilmi.
"Betul cakap Hilmi, dik. Abang tak pernah berhenti fikir pasal adik sebab adik sebahagian daripada life kami. Kalau adik happy, kita orang happy."
"Betul ni? Abang-abang adik tak tipu?" tanya Zara yang inginkan kepastian.
Dengan serentak, Harris dan Hilmi meleraikan pelukan dan mengangkat tangan seperti orang yang sedang berikrar.
"Betul. Sumpah tak tipu."
Zara ketawa melihat gelagat kembar di hadapannya ini. Zara tidak terbayang andaikata salah seorang tiada di sisinya, adakah dia mampu untuk meneruskan kehidupan seperti saat ini? Jika mereka tiada, siapa yang akan memberinya semangat jika dia putus asa? Siapa yang akan menghapuskan air matanya jika dia sedang menangis? Siapa yang akan membuat dirinya ketawa semula setelah berduka? Pasti seribu orang pun tidak terganti jika Harris dan Hilmi tiada di sisinya.
...
Dua bulan kemudian.......
Ramai yang hadir ke majlis perkahwinan Zara dan Syamim. Zara menilik diri di hadapan cermin kemudian duduk di kerusi ruang menunggu. Zara sangat berdebar menanti kehadiran Syamim. Beberapa minit sebelum majlis akad nikah berlangsung, Jannah dan Farhah melihat apa yang dilakukan oleh Zara di ruang menunggu.
Sebaik sahaja mereka membuka pintu, kelihatan Zara duduk di kerusi dan mempergayakan baju songket pengantin berwarna putih dan bertudung putih.
"Adik." Kata Jannah dan Farhah serentak.
"Ye kak." Zara tersenyum melihat kehadiran kakak-kakak iparnya.
Jannah dan Farhah mengambil tempat dan membiarkan Zara di antara mereka.
"Macam mana, dik? Berdebar tak?" tanya Farhah.
"Debar gila kak. Macam ni ke perasaan orang nak kawin?"
"Entah. Tapi masa akak nak kawin dengan Hilmi dulu pun macam ni. Nanti akak rindulah kat adik. Tiada siapa yang nak teman Amar dan Hakim bila mereka main dah."
Ketika mereka menginap di rumah kebajikan binaan arwah mama dan papa Zara, Zaralah peneman Amar dan Hakim ketika dua pasangan suami isteri itu sedang sibuk.
Zara hanya tersenyum melihat wajah Farhah.
"Ermm, dik. Akak nak pesan ni. Lepas ni, adik dah jadi milik orang lain, jadi adik kena patuh semua arahan dia, selagi tak langgar hukum agama, jangan lawan cakap dia. Nanti adik pun tak boleh suka-suka hati buat keputusan. Adik kena bagitahu semua perkara dekat suami adik. Nak keluar rumah sekalipun, nak pergi mana, nak keluar dengan siapa, semua adik kena bagitahu. Baru jadi isteri yang solehah. Ingat tau." pesan Jannah.
Tangan Farhah dan Jannah digenggam erat oleh Zara.
"Kak Jannah, Kak Farhah, maafkan adik kalau selama ni adik ada buat salah dekat akak berdua. Adik tahu, adik bukan adik yang baik."
Rasa hiba melihat adik ipar mereka mengalirkan air mata. Lalu, Jannah dan Farhah memeluk Zara.
"Adik, dah jadi adik yang terbaik untuk kami. Tiada siapa dapat gantikan adik." luah Jannah.
"Betul tu dik. Semoga kebahagian yang ditunggu selama ini menjadi milik adik."
Pelukan dileraikan. Farhah menghapuskan air mata Zara yang tersisa.
"Dah lah tu. Cepat siap. Apa emosi sangat hari adik nak kahwin ni?"
Zara tersenyum. Kasih sayang kakak yang tak pernah dia rasa kini dicurahkan apabila hadirnya kakak-kakak ipar yang sangat menyayangi dirinya. Sedikit sebanyak rasa kasih itu dapat mengubatkan rindu Zara kepada arwah mamanya.
...
"Aku terima nikahnya Raja Zara Farhana binti Raja Saiful Zikry dengan mas kahwin senaskah al quran dibayar tunai."
Alhamdulillah, Syamim dan Zara bergelar suami isteri hanya dengan satu lafaz. Doa dibaca kemudian diteruskan dengan acara menyarungkan cincin. Syamim melihat Zara yang bersimpuh sopan. Seusai sahaja menyarungkan cincin, Zara bersalam dengan Syamim.
"Terima kasih sebab terima saya."
Bisik Syamim di telinga Zara. Zara tersenyum. Akhirnya, dia sudah bergelar seorang isteri kepada seseorang yang amat mencintai dirinya.
...
Syamim masuk ke dalam bilik. Dia melihat bahawa Zara masih belum menukar pakaian sedang elok duduk di birai katil. Syamim membuka songkok dan diletakkan di atas meja solek. Setelah itu, Syamim mengatur langkah menuju ke birai katil dan mengambil tempat di sebelah isterinya. Syamim memalingkan tubuh Zara agar menghadapnya kemudian tangan mulus Zara dicapainya. Zara yang melihat perlakuan Syamim hanya menundukkan kepalanya. Syamim yang melihat tingkah Zara tersenyum. Syamim mengangkat wajah Zara agar mata mereka bertentangan.
"Awak, terima kasih sebab sudi terima saya untuk menjadi pelindung awak. Saya tahu saya bukan yang terbaik, tapi in sha allah saya cuba jadi yang terbaik."
Perlahan suara Syamim menyatakan itu. Hatinya benar-benar bahagia saat ini.
"Awak nak tahu? Awak cantik sangat malam ni. "
Tangan kanan Syamim membelai pipi lembut Zara.
Zara yang menjadi mangsa akan tingkah Syamim berasa malu. Mukanya sudah berona merah!
"Malu ke?" tanya Syamim yang perasan perubahan isterinya.
Zara hanya menganggukkan kepalanya. Kemudian, dia cuba memberanikan diri memegang tangan Syamim sebelum bibirnya singgah ke tangan suaminya.
"Awak, kalau awak nak tahu, tiada siapa boleh gantikan tempat awak dalam hati saya. Awak dah jadi yang terbaik untuk saya. Ya, salah saya sebab tak pernah nak dengar penjelasan awak. Tapi.."
Zara berkata perlahan dan suaranya hanya didengari oleh Syamim.
"Tapi hati awak pun sakit, kan? Ya, saya faham. Saya tak salahkan awak pun, sayang. I will do the same thing if I were you, sweetheart."
Zara sedikit malu apabila Syamim mula menggunakan panggilan 'sayang' itu. Syamim merapatkan jarak mereka kemudian memeluk wanita di hadapannya ketika ini.
"Terima kasih sayang sebab sanggup terima saya. "
Syamim berasa bahawa dialah lelaki yang paling bahagia saat ini. Lama mereka dalam keadaan begitu sebelum pelukan mereka dileraikan.
"Jom kita solat dulu."
Kata Syamim dengan penuh manja. Zara hanya akur atas permintaan suaminya. Malam itu berlalu dengan begitu indah. Penantian mereka selama ini sudah berakhir. Inilah pertemuan kedua yang membawa seribu satu maksud yang dicari oleh Zara selama ini. Seribu satu maksud yang bahagia.
XXX
"Tak semua yang manis itu bahagia. Tak semua yang pahit itu kecewa. Kadang, pahit lebih mengajar kita erti kehidupan sebenar berbanding manis."
-💜miszhann-
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top