9
Di sekolah, aku menjadi terkenal. Tapi tak ada lah sampai tahap semua orang pengsan nampak aku. Semua ni sebab komik aku yang aku cuma buat beberapa salinan.
Rupanya ada antara komik aku tu disalin semula dan diedarkan ke budak-budak lain. Benda tak sampai 20 muka surat pun, jadi murah je nak photostat komik aku. Apa-apa pun aku masuk je kelas dulu macam biasa.
"Weh, kau tak terfikir nak buat sambungan ke?" soal Zaidi sebaik sahaja aku melabuhkan punggung ke kerusi.
"Sambungan apa benda ni?" saja je aku buat-buat tak tau apa yang dia tanya.
"Kalau tak ada sambungan pun, cerita lain ke."
"Haah, kau buat lain cerita lain pula. Kitorang pun nak baca juga."
Ok, yang last tu buat iman aku bergoyang kejap sebab Aliya sendiri yang minta aku buat. Aku suka dengan Aliya, tapi tak cinta. Mungkin belum masanya lagi. Mungkin takkan langsung, impian semata.
"Err... Kalau nak buat cerita lain, kena ada jalan cerita dulu. Macam skrip." terus aku menoleh kebelakang dan tidak mempedulikan Zaidi.
"Aku boleh buat. Hannis pun boleh buat."
Hannis menarik lengan baju Aliya, macam budak kecil cuba memanggil ibunya. Tapi dia buat muka "kenapa kau sebut nama aku" dekat Aliya.
"Boleh juga kalau korang ada cerita menarik. Tapi janganlah buat panjang-panjang sangat. Komik aku nak buat tu kurang dari 20 muka surat je."
"Haaa! Aku nak tanya kau!" Raiheezan tiba-tiba muncul dan mengetuk meja aku.
"Kau nak tanya pun elok-elok lah. Nasib baik kitorang ni muda, kalau tak dah sakit jantung dah masing-masing." Kata Zaidi sambil mengurut-urut dada dia.
"Alaaa... Rileks lah, tak pengsan lagi kan? Hahaha! Weh, kenapa komik kau 20 muka surat je?"
Aku baru nak jawab soalan Raiheezan tu, cikgu dah masuk kelas. Matapelajaran pertama hari ni; matematik.
~~~~~~~~~~
Plan untuk komik kedua tu jadi angan-angan je. Aku reject hampir semua jalan cerita yang Aliya dan Hannis bagi dekat aku. Diorang pun naik menyampah nak hantar lagi.
Aku perasan bahang dari komik pertama aku pun tak habis lagi. Bukannya aku perasan syok sendiri, tapi kerap kali aku nampak bila bertembung dengan gadis-gadis, ramai yang akan tersenyum tunduk berbisik dengan dayang-dayang diorang.
"Budak-budak tu asyik tengok kau je, kenapa weh?"
Raiheezan ni memang suka bertanya pada masa yang kurang sesuai.
"Diorang pandang kau kot."
"Tak ada lah. Siapa nak pandang aku yang kurus kering macam lidi ni?"
"Ok lah diorang pandang aku, tapi kau rasa kenapa?"
"Seluar kau terkoyak kot. Tak pun kau terlupa nak zip seluar kau sampai terkeluar benda yang tak patut."
"Kau ingat aku macam kau? Dah sekolah menengah pun malas nak pakai spender!"
Terkuat pula aku cakap perkataan terakhir tu. Time tu lah malaikat nak melintas. Kalau tak kantin sekolah tu tempat paling bising sekali masa waktu rehat.
Jatuh banyak saham aku pada masa itu kerana aku dilabel otak kuning hanya kerana aku sebut spender. Hanya kerana perkataan spender tu, aku dipandang macam aku baru lepas mengamuk bunuh sekampung.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top