7

Sejak aku dah tau macam mana Aliya ni bila luar sekolah, pandangan aku dekat dia terus berubah.

Aku kagum dengan dia.

Dia antara pelajar terbaik sekolah dari segi akademik. Setiap kali ujian, nama dia mesti akan berada di top 3.

Aku lebih suka dengan gaya bad girl dia. Jauh kontra dengan Aliya yang aku hari-hari jumpa dekat sekolah.

Tapi aku tak pernah lebih dari suka dan kagum je dengan Aliya ni. Hati aku masih lagi tersangkut dengan orang yang patahkan hati aku.

Selepas masuk sekolah menengah, aku terus putus dari berhubung dengan Sarah. Itu pun sebab mak aku selalu sorok handphone aku bila waktu sekolah. Waktu cuti baru aku pegang handphone aku.

Aku pun tak ambil pusing sangat pasal handphone aku sebab aku boleh berjimat untuk ke cyber cafe. Cyber cafe ni tumbuh macam cendawan baru lepas hujan. Bersepah.

"Jom pergi main Counter Strike!"

"Nanti kita lawan Half Life lah!"

Itu jelah benda yang akan terpacul daripada mulut kawan-kawan aku. Mak aku pun dah tau aku akan ada dekat mana kalau aku minta izin nak keluar dengan kawan aku.

Dari cyber cafe ni juga lah aku mula kenal Friendster, Myspace, Yahoo Messenger, dan semua bagai jenis media sosial. Aku cuma guna media sosial tu untuk mencari band-band indie tempatan dan luar negara. Kemaruk genre screamo katanya.

Hati aku masih lagi patah walaupun dah dekat dua tahun perkara tu berlaku.

Sampailah satu masa bila mak aku rasa aku terlalu banyak habiskan masa dekat cyber cafe, mak aku pun pasang internet dekat rumah.

Rumah orang lain ada Astro dulu, baru ada internet. Rumah aku terbalik...

"Mak tak nak kau pergi cyber cafe tu selalu sangat. Nanti kau kena cekup dengan budak-budak yang ponteng sekolah tu baru kau tau."

"Mak ni pun. Yang kena tangkap tu diorang pergi cyber cafe dengan baju sekolah. Memang lah kena tangkap. Abang pergi luar waktu sekolah. Mana sama dengan diorang tu."

"Tak kisah lah. Kau dengar je cakap mak ni."

Dengan adanya internet dekat rumah tu lah aku mendapat satu kemahiran yang pelik dan luar biasa. Stalking.

Disebabkan komputer dekat rumah tu tak mampu untuk menampung game, maka memang aku gunakan sepenuhnya untuk internet.

Aku mencari semula semua kawan-kawan aku waktu sekolah rendah.

Ada yang dah masuk MRSM. Ada yang pindah Perak.

Carian aku cukup mudah, cari sorang je dulu dengan menggunakan nama penuh dia. Bila dah jumpa, tengok pula friends list dia.

Perlahan-lahan aku cari sorang demi sorang sampai lah orang yang ke-30 dan terakhir; Sarah.

Tangan menaip, hati membenci. Aku tanya diri aku, kenapa aku marah lagi...?

Tiga hari aku berfikir adakah patut aku add Sarah dalam friend list aku. Kalau tak add, nanti dia mesti akan nampak juga aku dalam friend list orang lain.

Butang add friend tu aku klik. Rasa macam baru lepas tekan butang untuk melancarkan misil nuklear ke arah diri aku sendiri.

Komputer tu aku tutup. Aku biarkan berhabuk.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top