1

Jam menunjukkan pukul 4.50 pagi.
Aku belum mengantuk lagi.
Sebelah aku ada seorang gadis yang amat aku cintai. Seorang gadis yang berjaya membuka mata aku tentang kebodohan diri aku kerana menunggu 10 tahun untuk satu hubungan yang tidak pasti.

Pertama kali aku jatuh cinta adalah semasa aku Darjah 6. Ye, semasa aku 12 tahun.

~~~~~~~~~~

Aku berjalan ke belakang kelas untuk membuang sampah. Biasanya tong sampah akan diletak dibelakang kelas, tak tau lah kalau sekarang ada undang-undang baru supaya tong sampah tu ada di depan kelas.

Tujuan sebenar aku berjalan ke belakang kelas ni bukanlah untuk membuang sampah sebenarnya, tapi nak bagi surat dekat gadis yang aku suka.

Sarah.

Surat tu aku selit kemas dekat pensil mekanikal Pilot Shaker aku. Perlahan-lahan aku letak pensil tu atas meja dia dengan muka tak bersalah.

Tindakan aku mencetuskan reaksi seterusnya; dia pulang semula pensil aku dengan surat yang lain. Tapi dia cuma suruh budak-budak kelas pass around pensil aku, takkan ramai-ramai nak berjalan waktu kelas kan?

Mulanya cuma sembang biasa. Membincang tentang kebosanan kelas yang sedang berlangsung. Sehinggalah....

"Awk, saya ada benda nak bagitau awk."

"Apa dia?"

"143"

"Apa benda 143 tu??"

"I love you"

Umur baru 12 tahun dah reti I love you dekat anak gadis orang. Itu lah aku.

Direct approach, sebab aku terlampau yakin dengan rupa aku yang setanding pelakon Korea yang menjadi kegilaan gadis masa tu.

Boleh kata sejak hari tu, aku dan Sarah kira official jadi couple.

Kecoh juga lah satu sekolah pasal kitorang.

Satu hari tu Sarah datang sekolah pakai lip balm. Cikgu marah dia, dengan aku sekali kena tegur dengan cikgu. Waktu tu baru Darjah 6 je...

Cinta budak-budak lah katakan.

Habis je UPSR, masing-masing tulis biodata untuk kawan-kawan. Macam semua sekolah menengah tempat lain je. Lainlah aku, sekolah dekat Seksyen 18, tapi rumah dekat Seksyen 25. Tengah aku sibuk conteng buku, Sarah datang ke meja aku.

"Awak, tulislah biodata awak dalam ni."

"Ni buku siapa?"

"Sofea punya."

"Awak dah tulis ke dalam ni?"

"Saya baru je tulis, sebab tu nak bagi awak tulis lepas saya punya."

Awww... So sweet kan? Tapi macam aku kata, cinta budak-budak. Sangat polos dan suci.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top