Chapter 4 : Perkenalan

'Ah... Ace! Awak buat apa kat sini?

'Saje nak tengok aunt Amber ok atau tidak. 'Jelasnya sambil memerhati Amber.

Dan matanya menyoroti dahi Amber.

'Kenapa dengan dahi aunty ni? ' perlahan-lahan jari-jemari kecil Ace mengusap dahinya.

'Er... Takde apalah Ace'

'Ni mesti kerja Kay kan? 'Tanya Ace sambil merenung tajam Amber. Amber hanya mampu tersengih lalu mengiakan saja.

Terus saja muka Ace kemerahan menahan geram.

'Siap nanti orang tua ni! 'Gerutu Ace di dalam hati. Tangannya mengepal penumbuk kerana teramat geram.

'Jom Aunt kita pergi bilik kawalan, semalam Kapten ada pesan pada saya untuk bawak Amber dengan Kay kesana. 'Ajaknya lembut sambil menarik tangan Amber.

☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Disituai Kay

Hmmmph....

Penerangan di depan aku tadi buat aku rasa nak hempuk je minah depan ni. Aku langsung tak paham apa-apapun.

'Kenapa aku kena pakai ni? ' tanyaku sedikit pelik. Mana taknya tiba-tiba saja suruh pakai suit pelik apa entah. Kebanyakan orang dalam kapal ni pun pakai suit sama!

'Alah pakai sajalah! Banyak songeh pulak. Hempuk kang!' hah tudiaaa. Gadis didepan matanya dah menyinga sambil bercekak pinggang. Terus kecut perut Kay mendengar.

Tika itu juga, pintu besi terbuka. Terpampang jelas muka Amber dan Ace. Melihat saja muka Ace merah padam, Kay hanya mampu berdiri tegak.

Mereka menghampiri aku dan kapten.

'Mummy apa khabar, lama sangat rasanya tak jenguk mummy kat sini'Ace segera memeluk kapten dan begitu juga kapten.

'Mummy ok je sayang. Tulah mummy bagi mission senang taknak. Saja pilih yang susah.' Muncung bibir kapten kerana merajuk dengan perangai Ace. Kapten melepaskan pelukan sambil memandang Kay dan Amber.

Dari riak wajahnya, aku tahu pasti akan dimarahi. Kapten pantas berjalan kearah aku dan mengalihkan pandangan matanya kearah Amber.

'Amber masih sama lagi macam Amber kat dunia ni.' pandangan mata kapten redup memandang Amber.

'Huh?? 'Kelihatan Amber bingung dengan penjelasan Kapten. Kemudian pandangan kapten beralih kepada aku.

Oh ya aku lupa bagi tahu. Kapten ni perempuan. Umur dia kalau tak silap aku 24. Namanya...

'Nama saya Kapten Juliana. Just panggil kapten saje. No more and no less' ayat dibelakangnya ditekankan.

Ceh!! Aku baru je nak bagi tahu kat readers aku nih! 😒😒

'Baik kapten' aku dan amber menyahut serentak!

'Kay, saya nak lepas ni awak pergi ke lapangan Mecha.' arahnya tegas. Whoah!! Biar betul aku tak salah dengar ke tadi? Mecha...

'TERBAIKLAH' aku menjerit teruja. Dan suasana bertukar senyap. Semua kru memandang aku pelik!

'Hehe... Sorry' aku pantas meminta maaf kepada semua sambil menggosok belakang leher. Suasana senyap tadi kembali seperti biasa.

Ace, Amber dan Juliana hanya tersenyum melihat aku. Dan ketika itu aku perasan muka Juliana merona merah.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top