Chapter 3 : Parallel World?

'Wake up, Kay! '

'Wake up, Kay! '

Sayup suara seseorang memanggil nama aku. Aku segera membuka mata. Dalam keadaan masih mamai aku nampak seseorang atau lebih tepat hologram seorang gadis. Ya, gadis semalam!

'What time now? ' soalku perlahan.

'0630am sir....i mean Kay'

'Nah... Its ok. Are we there yet? 'soalku lagi sambil menguap kecil.

'Nope.. Kay you need to came to control room. Immediately!'Arah sang gadis. Haih aku tak tahu apa benda yang nak di cakap lagi. Haaa satu lagi aku nak tanya, nama dia. Tapi tunggu dulu la...

Aku bangun perlahan-lahan lalu berjalan menghadap tingkap kaca besar. Di situ aku nampak berpuluh kapal angkasa bergerak bersama dengan kapal yang aku naiki.

Terasa sungguh kerdil diri ini, melihat keindahan alam semesta. Kerlipan bintang-bintang bagaikan kerlipan kunang-kunang.

'Abang... ' panggil Amber lembut apabila pintu besi di belakang aku terbuka.

'Am.... Buat apa kat sini? ' soalku perlahan tanpa memandang kearah Amber. Amber menapak perlahan mendekati aku dan tatkala Amber berada disisi....

Pinggang aku dicuit perlahan. Pantas aku mengelak untuk dicuit lagi. Aku tahu Amber tak akan berhenti mengusik aku. Amber hanya tersengih bak kerang busuk.

'Saje nak usik abang.' ujarnya sambil meruncingkan lagi jari telunjuk. Mati aku kena geletek lepas ni!

5minit...

10minit...

Barulah Amber berhenti mengeletek aku. Aku rasa dah merah habis muka aku menahan gelak dari terhambur.

'Mana aci abang main tipu! 'Tuduhnya melulu. Apakah? Bila masa aku menipu?

'Aik...bila masa abang tipu Am? ' tutur aku selamba lalu aku jentik dahi Amber. Muka Amber terus masam mencuka. Aku tengok muka Amber dah macam sayur peria pun ada!

Hahaha....

Apalagi aku bantai gelak lah. Berair mata aku gelakan Amber. Tu lah siapa suruh usik aku dulu. Padan muka! Kan dah kena.

'Ok.... Ok.... Abang mintak maaf ya Am.' pujuk aku lembut. Aku masih lagi tercungap-cungap mengambil nafas dengan ketawa yang masih bersisa!

'Hruummmph... ' Amber mendengus sambil berjalan ke arah pintu besi. Aik merajuk pulak? Aku menarik nafas dalam-dalam dan.....

Huuufff... Aku menghembusnya kuat seraya mengosok belakang kepala. Aku bergegas mengambil baju yang di sangkut di dinding bilik lalu aku menapak ke pintu kemudian hilang dibalik daun pintu dan pergi mencari bilik kawalan.

******************

AMBER POV

Hmmmmph...

Jahat betul Kay! Aku segera berjalan kearah tandas untuk lihat kesan jentikan Kay tadi. Merah! Siap Kay bila aku jumpa nanti!

'Siap abang bila Am jumpa nanti. 'Gumam aku perlahan. Penumbuk aku gengam perlahan. Tatkala aku asyik mengomel seorang diri, aku rasakan seseorang mencuit bahu aku.

'Ah... Ace! Awak buat apa kat sini?

'Saje nak tengok aunt Amber ok atau tidak. 'Jelasnya sambil memerhati Amber.

Dan matanya menyoroti dahi Amber.

'Kenapa dengan dahi aunty ni? ' perlahan-lahan jari-jemari kecil Ace mengusap dahinya.

'Er... Takde apalah Ace'

'Ni mesti kerja Kay kan? 'Tanya Ace sambil merenung tajam Amber. Amber hanya mampu tersengih lalu mengiakan saja.

Terus saja muka Ace kemerahan menahan geram.

'Siap nanti orang tua ni! 'Gerutu Ace di dalam hati. Tangannya mengepal penumbuk kerana teramat geram.

'Jom Aunt kita pergi bilik kawalan, semalam Kapten ada pesan pada saya untuk bawak Amber dengan Kay kesana. 'Ajaknya lembut sambil menarik tangan Amber.

☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Disituai Kay

Hmmmph....

Penerangan di depan aku tadi buat aku rasa nak hempuk je minah depan ni. Aku langsung tak paham apa-apapun.

'Kenapa aku kena pakai ni? ' tanyaku sedikit pelik. Mana taknya tiba-tiba saja suruh pakai suit pelik apa entah. Kebanyakan orang dalam kapal ni pun pakai suit sama!

'Alah pakai sajalah! Banyak songeh pulak. Hempuk kang!' hah tudiaaa. Gadis didepan matanya dah menyinga sambil bercekak pinggang. Terus kecut perut Kay mendengar.

Tika itu juga, pintu besi terbuka. Terpampang jelas muka Amber dan Ace. Melihat saja muka Ace merah padam, Kay hanya mampu berdiri tegak.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top