Chapter 2 : New World

# When i want to refix my Wattpad Acc then suddenly all my saving data that I wrote down lost! That makes me so piss. Anyway I need to wrote it. I'm so sorry for any inconvenience.

******************************

Suasana keadaan halaman rumah aku mula sunyi sepi sejurus spaceship tersebut mendarat.

Aku memandang Amber dan Amber memandang kembali ke aku. Mata aku terus tertancap di pintu spaceship tersebut.

Pissss....

Pintu spaceship tersebut terbuka dan mengeluarkan asap putih tebal menerusinya. Melalui asap tebal tu mata aku tertancap pada seorang gadis cantik!

Tanpa berlengah sang gadis terus memekik ke kami.

'Kay, Amber! Cepat masuk' arahnya tegas. Aku masih termangu-mangu dengan apa yang jadi tapi aku turutkan juga. Tatkala aku berselisih dengan gadis tadi, jelas lihat tompokan darah di kot putihnya.

Beberapa saat kemudian si gadis rebah tak sedarkan diri! Pengawal yang berada di belakangnya tadi terus memapah dia.

Ketika aku asyik leka dengan dekorasi dalaman kapal tersebut, bahuku dicuit seseorang. Kelihatan seorang gadis berambut hitam lebat tersenyum apabila aku dan Amber menoleh.

'Tuan Kay, Cik Amber sila ikut sini. ' arahnya. Amber terus saja mengekori langkah sang gadis tadi tanpa banyak bicara.

Kepala aku mula pening kerana banyak bahagian perlu dilalui. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Tatkala kami tiba di bilik yang tak ubah latihan tentera. Seseorang menjerit lantang!

Dari jauh aku lihat seorang remaja perempuan berlari ke arah kami. Sampai di depan kami dia berhenti dan nampak termengah-mengah. Aku lirik kearah suit yang dipakainya dan aku ternampak namanya. C. Ace

'Daddy.... Is that you? 'Soalnya apabila pernafasannya kembali normal. Aku terpinga-pinga.

Wait...? What?

Kepala yang tak gatal aku gosok perlahan. Amber pandang aku sambil mengerutkan dahi.

'Abang drama apa ni? 'Amber berbisik perlahan di cuping telinga aku. Tanya aku! Mana aku tahu!

'Mana abang tahu! 'Balasku kembali. Remaja tadi masih setia memandang aku dan Amber.

'Cik Ace, boleh awak tolong tunjukkan bilik Tuan Kay dan Cik Amber kita ni? Saya ada kerja kejap lagi.'Ujar sang gadis yang sedari tadi memandang kami.

'Sure. Why not? ' balasnya riang.

Haih....

***********

Setelah beberapa minit masing-masing senyap akhirnya aku mula bersuara.

'Er... Ace boleh awak tolong tunjuk di mana bilik kami. Sedari tadi asyik diam. Boleh tak betul kepala aku!

Zzziiiiiuuuunnngggg.......

Pergerakan spaceship kami mula bergerak perlahan dan muncul satu lohong ruang masa. Seketika kemudian spaceship tersebut lesap dari pandangan mata dan memasuki ruang masa.

Spaceship tersebut bergegar sekali lagi namun kali ini lebih kuat! What the?

Aku lihat Ace masih kelihatan tenang. Macam takde apa yang berlaku.

'Jangan risau Kay, ini hanya proses tujahan hyperspace untuk menentukan koordinat dan dimensi.' ujarnya seraya tersenyum.

'Ouh... 'Hanya itu yang mampu keluar dari kerongkong tekak aku. Amber hanya berpeluk tubuh di sisi aku dan sesekali dia mengerling ke arah Ace.

Akhirnya, sampai juga kami di sebuah lapangan kabin yang agak luas ataupun sememangnya luas. Beberapa kru sibuk berborak di hadapan bilik masing-masing.

Setelah hampir dua puluh minit berjalan aku terpegun dengan rekabentuk kabin yang dihujung sekali. Ianya penuh dengan corak yang aku tak paham!

'Ini dia bilik awak Kay' ujarnya perlahan sambil menuding jari telunjuknya kearah bilik tadi.

'Dan ini bilik Aunt Amber' sambil menunjukan bilik Amber disebelah kirinya.

'Thanks' serentak ucapan kami berdua. Ace hanya tersengih memerhati gelagat kami.

'Kay, have a rest and after this you need to go to the control room unit and here the pass card to get there. 'Pesannya sebelum Ace berlalu pergi. Amber hanya berdiam diri dan menghilangkan diri ke kabinnya.

Aku perhatikan kad platinum di tangan aku. Aku ada satu je yang aku tak paham. Kenapa aku? Sejak melangkah ke spaceship ni lagi aku ada terfikirnya. Tapi tiada jawapannya!

************

Hmmmm.....

Lega betul dapat baring. Tulang kaki aku dah naik lenguh berjalan dalam spaceship ni.

Perlahan-lahan mata aku mulai tertutup. Aku hanya nak berehat! Tu saja yang aku fikir.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top