Chapter 1: Memory
Aku tak tahu perang ni dah berapa lama berlangsung. Yang pasti sudah lama. Kediaman aku, kerja aku, kawan-kawan aku musnah. Yang cuma tinggal hanya aku dan adik perempuan aku.
Hidup aku jadi tunggang langgang kerana perang ini. Aku juga manusia biasa mahukan keamanan tapi bukan dengan cara berperang. Aku bencikan pertumpahan darah!
Hmmm....
Well kenalkan nama aku Kay, Kay Mark. Umur aku 25 tahun dan aku ada seorang adik perempuan.
Amber Mark namanya. Tua aku dan dia tak jauh sangat cuma dia dua tahun lebih muda dari aku.
Aku masih ingat lagi masa mula peperangan ni. Semuanya masih segar lagi dalam kepala aku. Segalanya bermula apabila sebuah kapal Angkasa moden tiba-tiba muncul di ruang perkarangan rumah aku.
FLASHBACK KAY
Huaaarrrghhh.....
Kelihatan seorang jejaka menguap sambil menggosok kelopak mata di atas katil.
'Hhmmm.... Dah pukul berapa ni hah? ' ucapnya didalam hati sambil mengerling ke arah jam digital di dinding. Jarum panjang menunjukkan angka 6 manakala jarum pendek menunjukkan angka 8 terus saja membulat matanya merenung jam tersebut.
'Mak ai... Mati aku, aku dah lambat pergi kerja!! ' ujarnya separuh menjerit lalu bingkas bangun menuju ke bilik air.
5minit....
10minit....
Kedengaran pili shower mandi ditutup. Dengan tergesa-gesa mencari baju kerjanya di dalam almari pakaian dan tatkala dibuka pintu almari tersebut.....ianya kosong yang ada hanyalah baju biasa saja.
'AMBER!!!! Mana semua baju kerja abang kat almari ni? ' jeritnya sekuat hati. kedengaran derapan tapak kaki seseorang menuju ke arah pintu biliknya.
'Apa ni abang pagi-pagi lagi dah kenapa terjerit-jerit macam orang tak betul.? 'Ucap Amber dalam keadaan masih mamai.
'Haih... Mana baju abang yang abang minta tolong simpan semalam' tuturnya sekali lagi dengan nada selembut mungkin manakala wajahnya kemerahan menahan marah.
Amber hanya mampu mengaru kepala mendengar soalan abangnya, Kay. Kepalanya ligat mengingati kemana letaknya baju kerja Kay. Jarinya diletakkan di dagu.
Setelah beberapa minit, Amber tersengih sambil menggosok belakang leher. Kay yang dari tadi memerhatikan kelakuan 'normal' adiknya menjadi pelik.
'Amber terlupa lah abang, semalam semuanya Amber masukkan dalam mesin basuh. Dan.... Lupa nak jemur... Hehe' terangnya satu persatu.
Haih.... Macam manalah Amber boleh terlupa. Tak apalah esok saja lah aku pergi.
'Tak apalah Amber. Dah pergi mandi busuk Bau bantal tu.' ucapku tanpa memandang wajah Amber. Aku pasti dia marah.
PAPP.!!
Aduh... Keras betul tangan dia ni, sampai merah lengan aku dia tampar. Lekas aku menggosok lengan aku yang berbirat dengan tamparan dia.
BAMMM!!!
Kedengaran pintu bilik tidur aku dihempas kuat oleh Amber. Haih mesti merajuk tu. Setelah beberapa minit aku siap berpakaian aku segera turun ke ruang tamu dan terus ke dapur untuk memasak buat breakfast.
Ketika leka aku menikmati sarapan pagi aku terdengar sesuatu jatuh di jatuh tamu . Aku menoleh untuk melihat apa yang jatuh.
Hmmm... Tak ada apa yang jatuh. Haih biarkan... Aku terus kembali duduk menikmati sarapan aku dan.....
BAAAHHH.!!!
'Opocot mak kau melambung!' aku melatah apabila disergah kuat oleh Amber. Mengekek Amber ketawa kerana berjaya mengenakan aku.
'Hahahaha.... ' Amber memegang bucu meja sambil mengesat airmatanya yang masih bersisa.
'Apa ni Am, main sergah sergah... kan abang tengah sarapan.?' Aku memandangnya dengan muka tak puas hati.
Am, nama panggilan Amber di rumah.
'Sorry eh' ucapnya sambil menahan gelak.
'It's ok, but next time no more. Understood? ' tuturku.
Amber hanya mengangguk lalu menarik kerusi. Aku hanya memerhatikan dia makan. Sesekali dia termenung.
'Am, what's wrong with you? ' aku menyoalnya perlahan.
Pelik...
Selalunya dia tak macam ni. Ada saja yang nak diceritakan pada aku tapi pagi ni aku tengok dia lain macam saja.
'Nothing' balasnya pendek lalu kembali menumpukan sarapannya kembali
Tiba-tiba keadaan rumah kami bergegar kuat. What the... Seingat aku sebelum ni tak pernah jadi gempa bumi.
Aku dan Amber berlari sekuat hati menuju ke arah pintu utama. Aku menoleh sekilas lalu tempat kami duduk tadi habis berselerak. Barangan dapur berantakan.
'Apa dah jadi ni abang?! ' Amber memekik kuat di cuping telinga tatkala kami berada di halaman rumah.
'Mana abang tahu' aku membalas pekikannya tadi. Kelihatan bahagian dapur dan bahagian lain rumah aku musnah dihadapan mata aku sendiri.
Aku terjelepok memandang rumah yang kami diami hancur. Amber teresak-esak di tepi aku sambil memegang bahu aku.
ZZZUUUUPPPP.....
Aku dan Amber terpinga-pinga dengan bunyi bingit tersebut. Kelihatan sebuah kapal Angkasa yang terlampau canggih berada betul-betul di atas rumah aku yang musnah tadi. What the hell is going on here?.
Aku tertanya-tanya kenapa kapal angkasa yang canggih macam ni boleh ada depan mata aku.
Impossible!! Maksud aku spaceship yang macam ni belum wujud pun.
Perlahan-lahan spaceship tersebut mendarat di depan aku dan Amber.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top