Part 30 : The end of the day
" Woahhh ,, handsomenya hyung nii !! " kata Jimin , memuji Yoongi yang baru sahaja selesai menyikat rambutnya yang berwarna hitam.
' well...rasa lega bila warna rambut kembali pada yang asal ' Yoongi senyum manis.
" hehe , let's go ! "
~~~
Jarum jam menunjukkan tepat pada angka 8 sewaktu mereka berdua tiba di ruangan parkir festival tersebut.
' Jimin , did you bring the mat ? '
tanya Yoongi sambil membetulkan pakaiannya. Mereka berdua mengenakan pakaian tradisional Korea iaitu Hanbok yang membuatkan mata para gadis tertumpu kepada ketampanan mereka berdua.
" Hyung!! Tadi Min rasa dah masukkan dalam kereta..kenapa lesap pula " Jimin bagaikan mencari alasan kepada sikap cuainya itu.
' Hmmm tak apalah , nanti pandai-pandailah kita cari alas untuk duduk hahahahah' Jimin yang sudah bersedia untuk dimarahi itu terkejut apabila mendengar kata-kata hyungnya itu , Jimin lalu tersenyum kelat .
~~~~
Yoongi tersenyum melihat pemandangan tasik sebelum termenung seketika.
Dia tersengih , lantas berkata
' Jimin , let's sit here '
Jimin dan Yoongi membentangkan surat khabar yang diperoleh mereka sebentar tadi , sebagai alas agar baju mereka tidak kotor dengan kesan rumput dan tanah.
~~~
' Lagi berapa minit pertunjukkan bunga api tu nak mula ? '
Tanya Yoongi kepada Jimin , yang sedang membelek risalah festival itu.
" dalam... lebih kurang 15 minit hyung! woaaaah , tak sabarnya!!"
Jimin yang berada di sebelah kiri Yoongi hanya memerhatikan hyungnya yang sedang tersengih sendiri, sambil membuka semua pek makanannya.
" Hyung , Min nak beli air ni ,, hyung nak air apa ? "
Yoongi berfikir sejenak , lalu tersenyum.
' Teh bunga '
" coming! "
.
.
.
Dari jauh Yoongi sudah terdengar bunyi tapak kaki yang berlari ke arahnya , semakin lama semakin dekat , dan
Splash!
"Hy..Hyung! Mi-mianhaeyoo! " Jimin yang menggelabah serta merta mengeluarkan kertas tisu daripada koceknya , mengelap wajah Yoongi yang basah.
' Hehe, mandi pula hyung malam malam ni , air teh bunga pula tu ' sambung Yoongi yang juga telah berdiri , membiarkan air tersebut melepasi permukaan kain bajunya.
" Aish.. apa Min dah buat nii.. habis rambut hyung.. Surat khabar pun dah basah, huwaaaaa " Jimin meluahkan rasa bersalahnya , diikuti dengan nafasnya yang masih laju.
~~~
Lama Yoongi memerhatikan riak wajah Jimin yang gelisah ,
' Jimin , are you okay ? '
Lama Jimin terdiam sebelum membuka bicara ,
" Hyung , mesti hyung ingat Min ni gila kan.. min rasa.. min masih dibelenggu oleh rasa bersalah..terhadap hyung , terhadap Taehyung.. Min rasa min ni tak guna sangat , I shouldn't be born in the first place , I should have die--" Yoongi memotong kata-kata Jimin , dan mula memeluknya.
' Min, hey.. you are the one who taught me to be strong , and.. for the thousand times , Tae sentiasa maafkan min , sebab dia sayang min..dan hyung. Hyung pun sama.. Maafkan hyung kerana bersikap tak waras selama ni.. Let's ,
Let's move on okay ? ' pelukan Yoongi bertambah erat , dia tersenyum. Jimin memejamkan matanya , melepaskan segala kesengsaraan dan bebanan melalui air matanya yang deras jatuh. Dia kemudiannya membalas pelukan Yoongi.
" Jimin sayang hyung , "
' Nado (me too) '
POMM!
Jarum jam menunjukkan angka 9 , menandakan bermulanya pertunjukkan yang ditunggu-tunggu para pengunjung.
Letupan bunga api di udara itu meleraikan pelukan mereka berdua , Jimin mengesat air matanya . Dia agak terkejut melihat Yoongi yang seakan-akan terpukau dengan kilauan bunga api tersebut.
Yoongi sangat menikmati pergerakan bunga api tersebut , dan tanpa disedari, air matanya perlahan-lahan jatuh menuruni pipinya yang mungil.
Jimin tersenyum , lantas merangkul bahu hyungnya.
" both of us , love you too Taehyung " bisik Jimin perlahan, namun dapat didengari oleh Yoongi.
Yoongi tersenyum , menandakan kelegaan . kehidupan mereka yang penuh dengan kedukaan sudahpun diberikan sentuhan keceriaan oleh mereka berdua sendiri.
' You are the 'cause of my Euphoria '
[ Tamat ]
~~~
Terima kasih sangat-sangat kepada readers yang sudi baca fanfiction nii T,T ♡♡♡♡♡
Walaupun ambil masa yang saaaaaangat lama untuk tamat hahahahahhha,,,,
Me laf uuu ,, uwu♡♡♡ Thank yoo sooo muchie!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top