Part 24: Mesej


Yoongi membetulkan posisi duduknya.Dia menghadap Jimin sekarang ini.

"Tentang pagi tadi...Min rasa bersalah sangat..Min minta maaf.Min memang gila! Min memang psycho! Min memang patut mati hyung!!"  

'Min..?  Jimin?  '  Yoongi mengawang awangkan tangannya di hadapan muka Jimin yang termenung kaku.

'Are you alright?'  tanyanya lagi.

"Ah ya..hyung,Min ok je."  Katanya tersenyum dan baru menyedari yang dia hanya mendiamkan dirinya sahaja tadi.

"Hyung.." 

'Eh Jimin,ke-kenapa ni?!'  Yoongi menegur Jimin yang bertindak mendudukkan diri ke bawah.Dia melutut di hadapan Yoongi.

"Jimin minta maaf.."  Jimin menggosok gosok kedua tapak tangannya dan memandang Yoongi serius.

"Tolong maafkan Jimin! Tolonglah! "  Sambung Jimin lagi.Dia memandang ke arah dua kaki milik Yoongi yang pucat itu.

Yoongi memegang tangan Jimin yang sedang digosok kasar olehnya,sejurus memberhentikan tindakan Jimin dan Jimin mendongak.Mendongak menatap wajah Yoongi.

'Jimin...kalau ni soal pagi tadi,hyung tak kisah' Yoongi kemudiannya tersenyum walaupun agak lemah.

' Sekarang bangunlah..'  kata Yoongi kepada Jimin.

Jimin menundukkan mukanya sekali lagi

"Hyung..Jimin nak minta maaf.."  esakan nya kedengaran.

' Jimin..kan hyung dah cakap,hyung tak kisah.Sekarang bangun,'

" Tak! Bukan! Bukan soal tadi.."  Jimin mendongak menatap Yoongi sekali lagi.

' Bukan soal tadi?'

" Ya! Tak! Jimin memang nak minta maaf pasal tadi..juga tentang"

'Juga tentang?' Yoongi menunggu jawapan daripada Jimin.
Yoongi masih lagi memegang tangan milik sahabatnya itu.

" Juga tentang,Taehyung.."

Riak wajah Yoongi tiba tiba berubah.Senyuman yang hinggap di bibirnya tadi sudah hilang,terbang entah ke mana.
Yoongi melepaskan tangan Jimin.

" hyung..Jimin betul betul minta maaf...Jimin memang.."  Jimin teresak esak.

Yoongi memandang tepat ke mata Jimin.Tetapi pandangannya kosong.
Yoongi menatap mata Jimin yang sedang mengeluarkan air mata,dengan pandangan yang kosong.Rohnya seperti tidak berada di situ,hanya jasadnya yang sedang memandang Jimin.

"Hyung..?"  Menyedari akan hal itu,Jimin dengan segera menggoncangkan tubuh Yoongi.

"Hyung! Hyung!!"
Yoongi tersedar daripada lamunannya.Lamunan memori bersama Taehyung.

Dia mengerdipkan matanya beberapa kali.Segalanya seperti perlahan baginya.Suara teriakan Jimin pun kurang jelas kedengaran.

Perlahan...perlahan...dan perlahan...

~~~

Tit,tit,tit

Bunyi mesin nadi kedengaran.Yoongi membuka matanya dan mendapati Jimin berada di sebelah,memandang dirinya.

"Hyung..dah sedar?  biar Jimin panggilkan doktor" Kata Jimin lalu berjalan pergi.

Yoongi mengeluh.Dia keliru,mengapa dia berada di sini.Terbaring seperti orang sakit,memakai pakaian pesakit di hospital dan wayar yang melekat di tangannya itu.

Seorang doktor dan Jururawat memasuki bilik yang diduduki Yoongi.Doktor itu tersenyum kemudian meminta izin untuk memeriksa Yoongi.

" Hai Min Yoongi.Saya doktor Sungjae."

Yoongi tidak membalas.Dia hanya memandang doktor itu seperti biasa.pandangan biasanya itu.

"Macam mana? rasa lebih baik?"

Yoongi menggeleng

"Hmmm baiklah kalau macam tu,saya akan berikan beberapa suntikan kepada awak ya."

Yoongi memandang doktor itu yang sedang memegang tangannya.

Doktor Sungjae memandang Yoongi dan tersenyum.

"Ianya akan melegakan awak"  Doktor itu mengenyitkan sebelah matanya sambil tersenyum.
Memang seorang yang periang agaknya.

"Baiklah,saya minta diri dahulu,jika ada apa apa yang berlaku..Awak tahu apa nak buat kan?"
Tanya doktor itu kepada Jimin yang baru sahaja memasuki bilik Yoongi.

Jimin mengangguk.
"Terima kasih" ucapnya,dan menunduk.

Doktor serta jururawat itu tersenyum dan berlalu pergi.

"Hyung..Hyung ok?"  Jimin mendekati Yoongi.

' Hmm'  balasnya dan kemudian menoleh ke kiri,ke luar tingkap.

"Boleh Jimin duduk di sini?"  Jimin menepuk perlahan ruang kosong di atas katil.

Yoongi mengangguk.Dia yang bersandar masih tidak mengalihkan pandangannya dari tingkap.

"Hyung ingat tak dulu? hyung masuk hospital ni..sebab hyung pengsan juga"  Jimin cuba membuka tajuk.

Yoongi mendiamkan diri.

Jimin agak hampa.
"Lepastu Jimin belikan hyung air teh strawberry..ingat tak?"

Yoongi masih memandang ke luar tingkap.

"Ah ya,biar Jimin pergi belikan.Hyung duduk dekat sini tau." 

Jimin berjalan hampir ke pintu sebelum..

'Jimin,'  Jimin menoleh,Yoongi sedang memandang ke arahnya dengan wajah yang pucat.

"Ya hyung"  Jimin memusingkan keseluruhan badannya.

'hyung nak yang sejuk tau...'  Katanya dan menoleh ke tingkap sekali lagi.

"Ah,baiklah hyung!"  Jimin tersenyum dan keluar dari bilik itu.

"Hmmm kat mana ya nak beli..Mesin air? Ok jom cari!"  Kata Jimin pada dirinya.

"Eh..tak silap,Mesin air tu dekat sini..Dah pindah kot"
.

Nada dering yang berbunyi membuatkan Yoongi menoleh ke sebelahnya.Dia mengabaikan telefon itu dan kembali menatap pemandangan.

Telefon itu yang asyik berbunyi membuatkan Yoongi mengambilnya.

Belum sempat Yoongi membaca nama yang tertera,nada dering itu sudah berhenti.

' Missed call..Takpelah,nanti bagitahu dia' 

Yoongi ingin meletakkan telefon itu semula di sebelahnya,namun sesuatu menarik pandangan matanya.

'Apa ni...'   Ianya sebuah ruangan mesej.

Daripada: _Tae Tae_

_Jimin hyung...Saranghae..._

14:34,15 Februari 2014

~~~

"Haih..kafe ni tutup pula..mesin air,rosak.."  Jimin mengeluh dan duduk sebentar di kerusi kawasan kafeteria itu.

"Yaaahhhhhhhhhh"  Jimin tiba tiba menjerit tidak tentu pasal dan meneruskan langkahnya.Jimin ingin pergi ke kedai di kawasan hospital besar itu.

Jimin mahu memberitahu Yoongi tentang keberadaanya,akan tetapi..dia baru sahaja  teringat yang beg sandangnya tertinggal di dalam bilik wad Yoongi.Dia membuat muka 'apa salahnya' dan mengangkat bahu.

Jimin meluru ke arah telefon awam dan memasukkan sekeping duit syiling.

Nombor telefonnya ditekan dan..

Tuttt Tuttt,

Yoongi mengangkat.

"Hyung.Ni Jimin.."

'Ah ya,kenapa?'

"Jimin nak pergi kedai sekejap ea.Hyung tunggu tau"

'Okay,hati hati.'

"Baiklahh"  Jimin tersenyum dan meletakkan semula gagang telefon itu.

~~~~

Juga satu gambar yang dihantar Taehyung kepada Jimin.Gambar dirinya yang tersenyum sebagai watak utama,dan Yoongi yang berada agak jauh di belakang sedang memandang kamera sambil memegang seluar.Seluar yang ingin dipilih untuk Taehyung bagi menggantikan seluarnya yang tertinggal di rumah Neneknya.

Yoongi menatap mesej itu  lama.Lagi lagi pada tarikh mesej itu tiba dan waktunya.

' Tarikh kematian Taehyung...'  Gumam Yoongi perlahan. Dia mengusap wajah Taehyung pada gambar itu.

Yoongi kemudiannya menutup telefon itu dan meletakkannya di atas meja.Tanpa sengaja, tangannya terpaut pada tali beg milik Jimin dan menjatuhkannya.

' eish '  Yoongi memarahi dirinya.Habis terkeluar semua barangan milik Jimin termasuklah sebuah buku.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top