Part 20: PRESENT(now)

'Uh..'  Yoongi bangun dan memandang sekelilingnya,putih.

Hanya kelihatan dia dan Jimin sahaja yang sedang terbaring di lantai,tidak beralaskan apa apa.

Dia memegang kepalanya yang sakit dan merasakan dirinya lemah seolah olah dia telah kehilangan tenaga yang sangat banyak.

'Ji...Jimin! '  Panggilnya.Jimin masih lagi tidak menyahut.

Dia bingkas bangun,akan tetapi terjatuh semula.

Yoongi berusaha untuk berdiri dan dia berjaya.Sambil berjalan dalam keadaan yang terhuyung hayang,dia berteriak memanggil nama seseorang.

'Taehyung!!  Taehyunggieee!!! Eoddisseo?!!'

'Taehyung!!  Where are you!! '   Jeritnya sambil membuat terowong tangan pada mulutnya berharap jeritannya akan didengari dari jauh.

Tiba tiba seseorang datang mendekatinya.Ianya Taehyung,berpakaian baju T-shirt dan berhud yang masih ada darah bertompok padanya.

"Hyung.."  Sapanya perlahan,hanya cukup untuk didengari Yoongi dan dirinya sahaja.

'Tae..Taehyungg!'   Yoongi sepantas kilat pusing ke belakang dan memeluk Taehyung.

"Hyung.."  Panggilnya lagi.

Tiba tiba Yoongi terasa lemah,kakinya tidak dapat bertahan lagi.Kepalanya juga berasa sakit.Dia jatuh terduduk membiarkan Taehyung berdiri tercegat di situ.

'Erh..kepala hyung..arh!' 

"Hyung...

"Hyung.....

"Hyung......

Penglihatan Yoongi semakin lama semakin kabur dan suara Taehyung bermain di telinganya..dan tiba tiba..
PUPP!   segala galanya kembali kelam...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

'Arh...'  Yoongi terbangun.Segera dia memegang kepalanya yang amat sakit.Tangannya meraba sekeliling.Lembut,ada tilam dan dia dilitupi dengan selimut sehingga ke paras dada.

Yoongi duduk,baru sahaja dia ingin mengalihkan selimutnya untuk bangun,pintu bilik dikuak dan kelihatan seorang perempuan pertengahan umur menyapanya sambil membawa dulang yang berisi dua bekas mangkuk yang terkandung air suam,bersama tuala basah disangkut di bahunya.

"Suga! Syukurlah kamu sudah sedar..Hah..Ahjumma risau tau tentang kamu dan Jimin." 

'Risaukan Suga..? Jimin...?' terkebil kebil matanya

"Yea,Jimin.Tuuu"  Mi Ra menunjukkan ke arah katil di sebelahnya,kelihatan Jimin sedang terbaring lemah,masih ada kesan lebam dan luka di hujung bibirnya.

"Mari sini,Ahjumma lap kan luka kamu tu."  Perintah Mi Ra dan mula mengambil tuala basah yang diletakkan di bahunya tadi.

Yoongi hanya menurut seperti orang yang baru sahaja hilang ingatan,dia pun tidak pasti adakah mukanya tercedera.

"Ok,dah siap."

Sedang Mi Ra berborak bersama Yoongi,Terdengar suara seseorang.

"Aih....sakitnyaa"

"ChimChim!! Kamu pun dah sedar!! baguslahh!!"  Teriak ahjumma gembira.

Jimin bangun duduk,dan bersandar di dinding katil.
Mi Ra segera pergi menghadap ke muka Jimin,takut takut ada apa apa yang tidak diingini.

"Ahjumma..Chim dekat mana nih..?"  Tanya Jimin terkebil kebil.

"Dekat rumah ahjumma la..takkan lah kamu dah hilang ingatan?"  Mi Ra tergelak kecil.

Yoongi hanya menunjukkan senyuman pahitnya

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Nah,makan lah,Ahjumma buatkan bubur panas untuk kamu berdua."  Jemput ahjumma sambil meletakkan dulang itu di meja antara dua katil tersebut.

"Arhhhh!  Laparnyaaa!! "  Teriak Jimin sambil menyuapkan bubur itu ke dalam mulut tanpa mengira suhu bubur tersebut.

Mi Ra tergelak apabila Jimin mula menggelupur kepanasan.

"Eh Suga..kenapa tak makan? tak sedap ke?"  Tanya Mi Ra apabila melihat bubur Yoongi terbiar di pegangannya.

'Eh takdelah,Suga belum lapar lagi lah'  Nafi Yoongi biarpun perutnya sudah berkeroncong meminta suapan.

"Ish makanlah..mari sini ahjumma suapkan"  Mi Ra terus mengambil mangkuk tersebut dan menyuapkan Yoongi beberapa sudu bubur itu.Yoongi hanya menurut dan membuka mulutnya.

'Hah,sedapnyaaa..Takpelah ahjumma,biar Suga suap sendiri.Terima kasih'

"Hmm..makan ya? jangan buat ahjumma risau lagi.Dah beberapa hari kamu berdua terlantar pengsan di sini..macam...Koma?"

'Apa..? k-koma?' Tanya Yoongi perlahan.
Terbantut niatnya untuk menyuapkan bubur itu ke dalam mulutnya.

"Yes..koma.."  Mi Ra sengaja memperlambatkan jawapannya.

'T-tak..
Aaahjumma..Mana Tae- ....'

Belum sempat Yoongi menghabiskan pertanyaan yang ingin ditujukan,Jimin menoleh ke arahnya.
Jimin memandang tepat ke arah Yoongi sebaik sahaja dia mendengar permulaan nama lelaki tersebut,'Tae'...

Mata mereka bertemu.Air muka Yoongi serta merta berubah daripada tersenyum kepada terpaku.Pandangan Jimin seperti tidak percaya akan pertanyaan yang baru sahaja melalui telinganya.

Jimin segera menundukkan mukanya semula sambil menyuapkan makanan itu.
Terlihat pandangan sayu di mata Jimin.

"Ahjumma..Jimin dah kenyang...Jimin tiba tiba rasa mengantuklah,Jimin tidur dulu ya? Annyeong"  Ucap Jimin seperti berpura pura gembira.

"Eh..tadi bukan lapar ke?"  Tanya ahjumma bingung.

Jimin tidak menghiraukan pertanyaan Mi Ra,malah dia lantas menarik selimut sehingga ke paras bahu dan menoleh menghadap dinding di sebelah kirinya.

Tidak semena mena,air mata Jimin jatuh berderai.Dia cuba menahan sedunya agar tidak didengari Mi Ra mahupun Yoongi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

//flashback//

Perlahan lahan...Yoongi mendekati gambar tersebut..Wajah Taehyung diamatinya.

'Taehyung..mian..' 

"Hah..hah..hah.."  Jimin yang masih termengah mengah menguatkan dirinya untuk bangun.Kelihatan di sudut bibirnya berdarah,begitu juga Yoongi.          *Read Part 13*

Tanpa disedari,Yoongi berjalan pantas keluar dari rumah Mi Ra menuju ke jalan raya.

Yoongi tidak sedar bahawa ada sebuah kereta maju menghampirinya sehinggalah seseorang memanggil namanya.

"MIN YOONGI!!!!"   teriak Jimin cemas dari pintu rumah

Yoongi yang tersedar akan hal itu memandang ke arah kereta itu yang semakin lama semakin hampir dengannya.Dia mengamati wajah pemandu tersebut.

Yoongi tidak bergerak walau setapak pun.Dia terpaku,terkesima,kerana pemandu yang dilihatnya itu adalah Kim Taehyung.

Ya..sahabat baiknya.

'Tae...heh'   Yoongi tersenyum dan hanya memandang kenderaan itu,sehinggalah dia tersedar yang pemandu tersebut bukanlah sahabatnya...bukanlah Taehyung.

Namun,Yoongi masih tidak mahu bergerak.mungkin ini cara yang terbaik untuknya melupakan Taehyung..dengan cara,mati..

"YAHH MIN YOONGI!!!!"  Jimin dengan pantas berlari ke arah Yoongi dan menolak sambil memeluknya.

Mereka berdua tergolek ke tepi jalan raya menuju ke hutan kecil dengan keadaan jalan raya yang berbukit.

"Arghh!!!" 

PUPP!!!    Jimin dan Yoongi terhenti dan kepala mereka terhentak pada sebuah pohon yang dipercayai punca mereka terhenti.

Yoongi memandang wajah Jimin lemah.nampaknya Jimin sudahpun pengsan.

'Gumawo..chingu ya... '

Mi Ra yang sedang cemas pantas berlari ke arah mereka berdua.

"Ohh tidakk..Jiminnn!  Yoongi!!  bangunnn!!!"   Mi Ra menepuk nepuk pipi mereka berdua yang mempunyai kesan calar dan darah,alamak! kedua duanya telah pengsan.

//End of Flashback//

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
-Malam-

Yoongi sudah lena tidur dibuai mimpi,begitu juga dengan Jimin.

Mi Ra mengusap usap luka di muka Yoongi.luka akibat perlanggaran dan pertelingkahan antara dia dengan Jimin beberapa hari yang lalu.Nampaknya luka tersebut semakin pudar.

"Hemm..sleep well..jangan buat ahjumma risau lagi.."  Katanya sebelum membetulkan selimut Yoongi dan Jimin dan berlalu keluar.

Yoongi masih belum lena,dia hanya berpura pura tidur sahaja.

Yoongi membuka matanya,Dia baring menghadap syiling.Perlahan lahan dia menggerakkan jari jemari melalui kesan calar di mukanya

Walaupun luka itu semakin kering,,entah mengapa peritnya masih lagi terasa.

Dia hanya membiarkan sahaja angin dingin yang masuk dari celah celah tingkap itu melembapkan mukanya.

Yoongi akhirnya menutup mata,membiarkan air mata membasahi mukanya

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top