4
Author's P.O.V
Pada malam itu Jin berbaring dikatilnya sambil menangis. Gambar keluarganya dipeluk dengan erat.
Perutnya berbunyi akibat tidak makan dari pagi hingga sekarang.
--
Keesokkan harinya , Jin bangun dengan mata yang bengkak. Dia berasa sangat malas untuk ke sekolah.
"Huwaa.. tapi kena pergi jugak huhuu" Monolog Jin lalu segera masuk ke dalam bilik mandi.
Usai membersihkan diri , Seokjin memakai uniform sekolahnya.
Sudah 3 hari dia kurang makan. Dia kelihatan lebih kecil dari biasa.
Nampaknya aku kena teruskan macam ni.
Jin tersenyum kecil lalu menyarungkan kasutnya lalu segera berjalan kaki ke sekolah.
--
Namjoon's P.O.V
Aku bangun dari tidurku dengan perasaan yang gembira kerana hari ini aku dapat kesekolah yang sama dengan Jin. Walaupun aku berasa sedikit kecewa dengan eomma sebab cakap benda macam tu dekat Jin.
takpe , aku akan cuba minta maaf kat dia
--
Setibanya disekolah , Aku berjalan dengan senyuman yang lebar. Semua pelajar memandangku sambil berbisik-bisik
"Uish hensemnya"
"Wait , dia anak pengarah sekolah kita kan? omooo hensemnya!"
"Omg , aku rasa aku gay"
Aku hanya tergelak kecil mendengar bisikan mereka. Klishe sangat la AHAHA.
Aku tercari-cari dimana Jin berada.
Tiba-tiba aku terdengar bunyi sesuatu yang kuat seperti menghentam loker besi.
Aku segera berlari untuk melihat apa yang berlaku.
Perkara yang berlaku disitu mengejutkanku.
Jin terbaring diatas lantai dengan wajahnya yang lebam dan berdarah , semua pelajar disekeliling mentertawakan dia.
Tiada sesiapa yang menolong.
Aku menolak orang yang berkerumun di sekeliking Jin lalu memeluk tubuhnya yang tidak bermaya itu. Semua pelajar memandangku dengan riak wajah yang terkejut.
Air mataku mengalir. Sampai hati mereka buat macam ni dekat orang yang tak bersalah. Apa mereka ni tak ada hati?
"KORANG SEMUA NI MEMANG TAK ADA HATI PERUT KE HA?! ORANG LAIN KENA BULI BOLEH KAU GELAK? WEI BODOH! OTAK TU LETAK KAT MANA SIAL KAT LUTUT KE BODOH?! DASAR BINATANG TAK ADA BELAS KASIHAN! BERAMBUS LA SIAL! BODOH!" Tengkingku.
Semua pelajar segera beredar.
Aku mendukung tubuh Jin yang cedera itu ke klinik sekolah.
Jinnie-yah , aku akan lindungi kau dengan apa cara pun. Aku tak nak gagal lindungi orang yang aku sayang lagi.
--
Flashback...
"Hyungieeee saranghaeyoo~" Kata adikku Jimin lalu mencium pipiku.
Aku tersenyum manis lalu mencubit pipi adikku yang tembam itu.
Walaupun Jimin muda setahun dariku. Tetapi dia sangat manja denganku.
"Dah siap? jom pergi sekolah jom" Kataku kepadanya.
"J-jimin tak nak pergi sekolah.." Balas Jimin.
"Kenapa?" Soalku
"A-ada orang pukul Jimin.. Jimin takut" Balasnya sambil memelukku.
"Dia gurau je tu , jangan la risau minnie.. dah dah jom pergi sekolah" Kataku lalu menarik tangan Jimin yang kecil itu.
--
Setibanya di sekolah , aku menghantar Jimin sehingga ke kelasnya. Tetapi dia tak mahu masuk.
"Yah Jiminnie , kenapa ni?" Soalku.
"J-jimin tak nak! Jimin nak balik! hyung tolong la!" Rengek Jimin.
"Kim Jimin! jangan mengada! cepat masuk dalam kelas!" Herdikku.
Jimin mengangguk.
"Hyung" Panggilnya.
"Ye?" Balasku.
Jimin memelukku lalu mencium pipiku.
"Terima kasih sebab jaga J-jimin tau selama ni. Jimin sayang hyung" Kata Jimin.
Aku berasa pelik , kenapa Jimin tiba-tiba macam ni?
Aku mencium pipinya lalu Jimin masuk kedalam kelasnya.
--
Jam sekarang menunjukkan pukul 3 , iaitu waktu pulang dari sekolah. Aku menunggu Jimin dihadapan kelasnya tetapi dia tidak keluar dari tadi.
Aku membuat keputusan untuk bertanya pada rakan sekelasnya.
"Erm Yoonjae-ah , nampak Jimin tak?" Soalku.
"Oh , Sunbae! tadi dia ada jerit dekat depan satu kelas yang dia akan terjun bangunan sekolah. Semua orang tengah tengok sekarang--"
Mendengar kata-kata Yoonjae itu aku segera berlari ke rooftop sekolah dengan airmata yang mengalir deras.
Aku membuka pintu rooftop tersebut.
Hatiku berkecai.
Aku dah terlambat.
Semua pelajar disekeliling hanya melihat Jimin terjun sambil bertepuk tangan menyokong Jimin.
Perasaan amarah yang membuak-buak mula menguasai diriku. Aku menjerit sambil menangis dihadapan semua orang.
Adik kesayanganku , Jimin telah tinggalkan aku buat selamanya.
End Flashback..
--
TBC
fuh fuh sedih (T^T)
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top